Tak perlu campuran tepung, garam dan perasa. Hanya goreng kosong tapi confirm bertambah.
Empunya resepi turut berkongsi tips supayan rendam terlebih dahulu bawang dengan air bagi mengelakkan mata pedih sewaktu mengupas kulitnya.
Dan jika tidak mahu mata pedih sewaktu menghiris bawang, simpan bawang yang telah dikupas di dalam peti ais.
Ads
.
.
Cara:
Ads
1.Goreng bawang seperti biasa menggunakan minyak yang banyak dan api panas.
2.Apabila bawang mula garing dan agak keperangan, terus angkat. Jangan tunggu sehingga bawang bertukar warna gelap, nanti rasanya hangus dan pahit.
Ads
3.Tunggu bawang betul-betul sejuk baru masukkan ke dalam bekas. Jangan tutup bekas semasa bawang masih panas, wap akan menyebabkan bawang lembab dan tidak crispy.
.
Foto : Instagram emymellisa
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Salah satu biskut yang menjadi kegemaran orang ramai ketika Hari Raya adalah chocolate eclairs. Rasa coklatnya memang cukup enak. Lebih-lebih lagi jika anda merupakan pencinta coklat.
Menariknya, resipi ini hanya menggunakan 4 bahan sahaja dan cukup mudah untuk disediakan. Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh Norasikin Md Noor menerusi grup Masak Apa Hari Ni… (MAHN).
*****
Chocolate Eclairs
Korang agak-agak je nak banyak mana. Nak sedap, kacang lebih.
Sambal goreng ini dikatakan sangat sedap untuk dihidang di dalam majlis perkahwinan, nampak mudah dan tidak memerlukan bahan yang sukar. Ikuti perkongsian resepi ini daripada Habibah Badar Bajrai di Facebooknya.
Dah lama tak masak sambal goreng ni. Nama dia, sambal goreng pengantin. Jangan tanya kenapa nama dia gitu. Sesungguhnya daku tak tau .Tapi lauk ni selalu ada kat time wedding kat Singapore.
Sambal goreng ni sedap sesangat tau. Ratah sedap, makan ngan nasi panas panas pun sedap. Tak payah lauk lain. Kalau ada yang nak cuba, ni Kak Bib share lagi sekali resepi dia
10 batang lada merah
10 batang lada hijau
5 tangkai lada kering
12 ulas bawang putih
3 batang serai
3 inci lengkuas
* Buang biji lada. Pastu, bahan di atas kita hiris halus. Lada kering tu kita hunting halus. Tak yah rebus. Pastu seme bahan kita goreng kejap.
Bahan Kisar
2 kotak santan kara
½ cawan asam jawa
2 inci belacan
3 cawan bawang goreng
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Daun limau purut
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga garing dan naik baunya.
3. Masukkan air asam jawa dan belacan tadi. Kacau kejap.
4. Kemudian, masukkan daging, paru, limpa dan hati yang telah dipotong dadu dan digoreng, lada merah, lada hijau, bawang putih yang telah digoreng, bawang goreng dan daun limau purut. Kacau hingga rata.
5. Masukkankan santan, garam dan gula. Kalau kering, tambah sikit air.
6. Masak sehingga kuahnya mendidih dan pekat sedikit dan rencahnya meresap dalam daging, paru dan bahan-bahan lain. Kemudian masukkan lada kering yang telah digoreng. Gaul rata. Sambal ni rasa dia pedas pedas manis, dan basah sikit.
Orang Selatan terutamanya di Johor tentunya suka telur pindang kan? Telur pindang seringkali menjadi buah tangan setiap kali menjelang majlis perkahwinan. Disebabkan cara membuatnya agak rumit dan memakan masa, ramai yang tidak suka menyediakannya. Namun bagi penggemarnya, cabaran inilah yang membuatkan telur pindang lebih berharga dan terasa kenikmati saat menjamah.
Walaupun banyak resipi yang hanya memerlukan waktu penyediaan sehari, namun proses rebusan menggunakan api kecil selama tiga hari dua malam itulah yang terbaik kerana semua bahan akan mesra dan serasi di dalam telur yang direbus.
Terima kasih Rohanah Tahirin atas perkongsian resipi.
Bahan :
30 biji Telur – basuh bersih
1 sb Ketumbar
1 sb Jintan manis
1 sb Jintan putih
Rempah 4 beradik
2 botol kicap yang kecil / Kicap manis
1 cekak Daun manggis / Kulit manggis
1 cekak Daun mengkudu
1 cekak Daun jambu batu
1 cekak Daun senduduk
1 cekak Daun serai wangi
5 tangkai Daun kari
6 batang Serai
10 biji Bawang merah – belah empat, kulit tak perlu kupas
Sedikit Lengkuas – hiris
5 helai Daun pandan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara :
Masukkan semua daun dan bahan-bahan lain berselang-seli dengan telur. Buat sehingga bahan habis.
Masukkan air sehingga telur tenggelam.
Perasakan dengan garam.
Rebus menggunakan api kecil sehingga tiga hari dua malam supaya semua bahan mesra dan serasi dengan telur.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...