Rupanya ada pengikut dalam Instagram yang mesej pelakon, Siti Elizad yang sanggup untuk bermadu dengannya, atas alasan dirinya belum ada zuriat selepas hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga.
“Memang ada wanita yang mesej saya dalam Instagram (DM) untuk tawarkan diri jadi nombor dua (isteri kedua), termasuk ibu tunggal yang sudah ada anak tiga.”
Siti Elizad Terima Mesej Untuk Jadi Madunya
Elizad atau nama lengkapnya Siti Elizad Mohd. Sharifuddin, 39, bagaimanapun tidak mengambil serius tentang tawaran tersebut, namun mengakui ada meminta suaminya untuk berterus-terang jika mahu berkahwin lagi disebabkan zuriat.
“Ada yang sanggup untuk jadi isteri kedua. Macam-macam. Tapi saya tidaklah ambil perkara itu serius sangat. Tapi saya ada tanya sendiri pada suami, kalau sebab anak dia nak kahwin lagi, beritahu. Saya tak nak gaduh-gaduh.
“Kalau betul dia nak pergi dekat orang lain (berkahwin lagi) sebab anak, saya reda. Sebab saya tahu saya ada kekurangan. Sedangkan suami sudah ada dua cahaya mata (hasil perkahwinan terdahulu),” katanya.
Jalani IVF Kali Kedua
Berkongsi lebih lanjut, Elizad berkata, selepas melakukan pelbagai ikhtiar, termasuk menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) sebanyak dua kali, namun tetap belum dikurniakan rezeki anak, dia kini sudah berada dalam fasa reda, walaupun tidak menentu.
Ads
Kata Elizad, jika hari ini dia berkata dirinya okey, namun bila melihat kawan-kawan lain berkongsi (kehamilan) dalam media sosial, keinginan untuk memiliki cahaya mata itu timbul semula.
“Sebagai orang perempuan, kadang-kadang perasaan itu tak menentu. Kalau hari ini saya kata okey, esok lain pula.
“Tapi kalau ikutkan saya sudah masuk ‘musim’ reda. Namun bila tengok kawan-kawan kongsi kehamilan mereka dalam media sosial, perasaan itu datang balik.
“Tapi sejujurnya, saya sudah reda dan enjoy. Maksudnya kalau kata ada (rezeki anak), adalah. Tapi kalau tiada, saya okey sahaja,” jelasnya.
Tak Terlalu Berharap
Ads
Pun begitu, Elizad masih lagi mencuba, walaupun tidak terlalu berharap seperti sebelum ini.
“Sebelum ini saya memang rajin bertanyakan petua dengan kawan-kawan. Saya jadi ‘detektif’ duduk depan laptop dan cari petua untuk hamil. Saya sudah jelajah seluruh pelusuk Malaysia untuk berubat, selain buat ujian IVF.
“Tapi belum ada rezeki. Doktor beritahu, saya dan suami sihat dan tidak ada apa-apa masalah. Cuma Allah kata belum ada rezeki lagi. Itu sahaja.
“Sekarang pun saya masih lagi mencuba. Tapi tidaklah macam dulu. Kalau sebelum ini, akhir bulan mesti saya akan periksa sama ada hamil atau tidak. Tapi sekarang tidak lagi. Apa-apa pun, saya bersyukur diberikan seorang suami yang prihatin, serta adik beradik yang sentiasa memberi saya semangat,” katanya.
Ads
Walaupun berasa sunyi tanpa zuriat, namun pelakon filem Berlari Ke Langit itu tidak merancang untuk mengambil anak angkat, kerana perkara tersebut bakal membabitkan perasaan banyak pihak.
“Kadang-kadang rasa sunyi duduk rumah. Ada juga keluarga yang cadangkan untuk ambil anak angkat.
“Tapi saya dan suami masih belum lagi terfikir untuk ke fasa itu. Sebab perkara ini membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak,” katanya.
Sekadar info, Elizad pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) IVF pertama pada Februari 2020 sebelum disahkan mengalami keguguran pada November tahun yang sama.
Pada Mac 2022, dia memaklumkan kembali menjalani rawatan IVF kali kedua dalam usaha mendapatkan cahaya mata.
Elizad mendirikan rumah tangga bersama suami, Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.
Selepas hampir setahun menjadi balu, Anita Baharom, 39, kembali bergelar isteri kepada Engku Isyamuddin Tuan Losin, 48. Dengan sekali lafaz, Anita sah menjadi suri hati Engku Isyamuddin pada jam 11.50 pagi tadi.
Majlis pernikahan pasangan ini telah pun berlangsung di Bizmilla Garden Hall, One City. Majlis dihadiri lebih 100 tetamu.
Pasangan itu telah dinikahkan oleh abang Anita, Zulkifly Baharom. Anita menerima mas kahwin sebanyak tiga dinar emas.
Majlis pernikahan itu dimulakan dengan acara khatam Al Quran oleh pengantin lelaki.
Anita yang mengenali suaminya sejak 2017 tetapi hanya kembali berhubung selepas melalui tempoh edah pada Mei lalu.
Pasangan mempelai melahirkan rasa bersyukur di atas kelancaran majlis yang dirancang sejak sebulan lalu.
“Alhamdulillah saya bersyukur kerana majlis pada hari ini berjalan dengan lancar.
“Saya berterima kasih kepada anak-anak kerana merestui perkahwinan ini serta ahli keluarga di dalam memastikan kelancaran majlis pada hari ini,” katanya.
Tampil mengenakan persalinan serba putih, turut kelihatan beberapa rakan artis seperti Yat Hamzah dan Abby Fana yang meraikan momen bahagia pasangan berkenaan.
Anita dan Engku Isyamuddin akan diraikan dalam majlis resepsi pada malam ini di lokasi sama.
Terdahulu, Anita pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit televisyen, Allahyarham Mohd Ismadi yang telah meninggal dunia pada 1 Januari lalu.
Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, dan Mohamad Dhia Mikail, 8.
Manakala bagi Engku Isyamuddin pula, melalui perkahwinan terdahulu, dia dikurniakan lapan orang anak.
Tersebar berita Shakilla Khoriri kembali bergelar isteri selepas rakan artis yang meraikan majlisnya memuat naikkan gambar dia mengenakan busana serba putih.
Dengan gelakan kecil dalam frame gambarnya, jelas tergambar kebahagiaan yang dilalui oleh Shakilla selepas bergelut dengan beberapa kontroversi sebelum ini.
Shakilla Khoriri Kembali Bergelar Isteri
Kemudian pemilik nama lengkap Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, sendiri memuat naikkan gambar dia bersama pasangannya, Mohd Faiz dengan ‘welcome‘ kehadirannya dalam keluarga kecilnya. Tulisnya:
SELAMAT DATANG UNCLE FARIZ
Alhamdulillah selesai majlis hari ni dengan kehadiran family dan teman-teman rapat. Majlis yang kecil dan tertutup. Atas permintaan dan persetujuan kami sekeluarga untuk menyambut dan merai ahli baru dalam keluarga kami.
Terima kasih atas ucapan, doa dan kata-kata yang baik buat saya & Ameena. Kami berdua setuju dan bersyukur dengan kehadiran Uncle Fariz dalam family kecil kami.
Tanggungjawab bertambah. Amanah Allah untuk saya jaga dua orang ni. Doakan saya. Doakan perjalanan baru ni lebih baik untuk kami bertiga. Doakan saya menjadi Umi dan Isteri yang baik untuk mereka.
Doakan saya kuat dan sihat untuk jaga mereka dan bahagiakan mereka selagi Allah pinjamkan hayat saya atas dunia ni.
Terima Kasih atas doa-doa kalian pada kami bertiga. Terima kasih Mak Abah, Terima kasih Ameena Sofia, Terima kasih ALLAH.
Ramai Mendoakan Dan Meraikan Hari Bahagianya
Rakan artis, Ramona Zamzam juga mendoakan agar Shakilla dikurniakan kebahagiaan yang diimpikan selama ini.
“Semoga kebahagiaan milikmu Shakilla, sayang kau dan Ameena,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen hantaran foto dalam Instagram miliknya.
Majlis Berlangsung Di Shah Alam
Difahamkan majlis berlangsung di Shah Alam dan hanya dihadiri keluarga terdekat dan kenalan rapat.
Sebelum ini, Shakilla pernah bernikah dengan penyampai radio Fizi Ali pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak iaitu Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun.
Elyana baru-baru ini menggemparkan kita semua selepas mengumumkan bahawa dia menghidap kanser Limfoma tahap empat. Pengumuman itu diberitahu selepas dia tersingkir dari pertandingan Gegar Vaganza baru-baru ini.
Namun apa yang kita banggakan ialah kecekalan dia melawan penyakit yang dihadapinya tujuh tahun yang lalu. Meskipun ramai yang sedih dengan apa yang dilalui Elyana, tapi dia tidak pernah pun menitiskan air mata saat menerima berita itu. Apa pula reaksi suaminya berhadapan saat-saat ini?
“Ajal dan maut di tangan Allah, jangan fikir tentang sakit, hiduplah seperti orang biasa,” itu kata-kata rutin sejak lima tahun lau yang diungkapkan suami Elyana, Khairul Anuar Hussin bagi memujuk hati isteri tercinta keluar daripada belenggu emosi.
Kata Khairul, di sebalik ketawa dan senyum Elyana, hanya dia yang tahu betapa luluh hati isterinya ketika dimaklumkan menghidap kanser limfoma tahap dua sekitar tahun 2012.
“Memang kami terkejut sebab Elyana baru sahaja melahirkan anak sulung kami namun doktor maklumkan kanser ini boleh dirawat.
“Tapi, bagi kami kanser tetap kanser!
“Emosi Elyana ketika itu betul-betul terjejas. Dia mahu buat comeback selepas bersalin, fikirkan tentang anak dan tambah pula ujian penyakit kanser yang tahu tiba-tiba.
“Dia rasa bercelaru sebab terlalu memikirkan perkara-perkara itu.
“Katanya, apa akan jadi pada Cinta Sumayyah kalau dia sudah tiada nanti?
“Memang, waktu itu saat paling sukar bagi kami dan rasa sangat down. Tugas saya sebagai ketua keluarga dan suami hanya mampu berdoa dan berada di samping isteri saya sepanjang masa,” kongsi isi hati Khairul kepada Astro Gempak.