Dalam hubungan suami isteri, apabila kita sudah duduk sebumbung berkongsi suka duka kehidupan dalam alam perkahwinan, barulah kita akan berhadapan dengan kehidupan yang sebenar.
Perkahwinan bukan satu pengakhiran bahagia tapi sebenarnya kehidupan baru bermula.
Perkahwinan adalah pembuka realiti kehidupan. Selepas kita berkahwin kita akan berjumpa dengan orang baru daripada pasangan kita, yang kita anggap betul-betul telah kita kenali hati budinya sepanjang percintaan kita dengannya.
Ikuti perkongsian ini buat yang bakal berkahwin nanti…
Ada masa ribut datang dengan goncangan pelakon tambahan ?
Ada masa mak mertua datang bertandang dan tinggalkan sedikit kesan ?
Ads
Ada masa mak sendiri beri sedikit pandangan dan menantu pun tersenget hati sambil memendam ?
Ada ketika ipar duai mulut macam celaka ?
Ada masa rasa nak lari tinggalkan anak tinggalkan pasangan ?
Ada masa macam menyesal tapi tak boleh nak patah balik ke belakang ?
Ada masa rasa macam beruntungnya kahwin dengan pasangan ?
Ada masa rasa apasal lah macam ni kehidupan ?
Ads
Ada masa duit tak cukup nak makan jauh sekali nak berjalan2 ?
Ada masa bila tengok anak rasa berbaloi hutang perkahwinan ?
Ada masa rasa romantik macam dalam dunia perfileman ?
Ada masa basah lenjun dua orang sebab naik motor dalam hujan. Berhenti kat traffic light nampak ada couple acah2 romantik dalam kereta padahal tak jadi kahwin in the future ?
Macam tu kahwin dik. Banyak suka dan banyak jugak duka ✔❌
Orang bertahan bukan sebab harta tapi sebab tanggungjawab to each other. Sebab sayang anak dan mahu anak ada ibubapa. Sebab dah janji pada diri akan bersama dalam duka dan suka.
Ads
Dalam filem cinta tu 2 jam aje. Dia tak tunjuk anak berak pukul 3 pagi. Dia tak tunjuk anak melalak tak henti2. Dia tak tunjuk korek tabung sebab nak beli nasi. Dia pun tak tunjuk waktu gaji selesai dalam masa sehari.
Realiti tak sama dengan fantasi ?
Kepada yang dah berkahwin, doalah perkahwinan kalian sampai ke jannah.
Kepada yang belum berkahwin, ada masanya jodoh tiada itu adalah rahmah.
Kepada yang nak sangat berkahwin, mohonlah kepada Allah.
Kepada yang tengah dalam proses penceraian, moga Allah yang memegang hati manusia menunjukan jalan yang betul dan benar.
#khidmatmasyarakat
Kredit: Nurmaliza
Photographer: @hamizahhhh
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial berkenaan gambar pengantin berbusana simple yang sangat cantik. Bukan sahaja ia menjadi bualan hangat, namun masing- masing warganet turut memasang angan-angan untuk memilikinya suatu hari nanti.
Rupa-rupanya buju kurung tradisional lengkap dengan Chiffon Keringkam bewarna biru muda itu dari butik pengantin, Teh Firdaus. Pasangan pengantin yang menggayakan busana tersebut dikenali sebagai Arif Azmi dan Tengku Ameera dan digayakan pada hari persandingan mereka.
Hasil pemerhatian di laman sosial pengantin, hari persandingan mereka sudah sebulan yang lalu, namun busana pengantin itu menjadi tumpuan kembali setelah pihak butik Teh Firdaus memuat naiknya di media sosial.
Rata-rata warganet memuji kecantikan busana itu, kata mereka baju tradisi selalu terbaik… elok macam pengantin berdua ni, tampak ayu dan menawan.
Cantiknya pakai simple gini… Pretty nya baju macam ni. Nnti kahwin nak baju macam ni sangat simple.
Lawanya simple tapi kenapa aku rasa macam naik seri dia.
OMG CANTIKNYAAA BAJU DIA!
Kemas je kan dia pakai. Takdala semak dengan labuci sana sini.
Songket, seni warisan kita… yang kian dilupai.
Jarang tau nak jumpa lelaki sekarang yang nak pakai baju Melayu Johor ni.
Gambar : Teh Firdaus
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular berita legenda dikir barat, Halim Yazid kahwin lagi dengan wanita berusia 21 tahun baru-baru ini di medsos.
Halim Yazid Kahwin Lagi
Dalam usia 64 tahun, siapa sangka pelantun lagu Anak Tupai direzekikan jodoh lagi yang mana beza jarak usia pun 43 tahun. Namun ini bukan satu halangan buat Nurul Farhana Asyikin, 21, menerima Halim Yazid.
Diijab kabul pada 8 November 2022, wanita itu tulus menerima Halim yang merupakan bapa kepada lapan cahaya mata.
Kenal Di Media Sosial
Menurut Halim yang merupakan pesara Universiti Malaya, percintaannya Nurul Farhana bermula apabila wanita itu pernah menjadi pengasuh anak sepupunya. Hubungan itu lebih erat selepas masing-masing berkenalan di laman sosial.
“Isteri berasal dari Kelantan dan merupakan peminat saya. Walaupun dia masih muda tetapi dia tetapi tahu lagu-lagu dikir barat yang saya nyanyikan,” katanya.
Perkahwinan Direstui Isteri Pertama
Pendikir barat yang berasal dari Kampung Changgai, Pasir Puteh itu menzahirkan kesyukuran perkahwinan poligami direstui isteri pertama. Namun, kedua-dua isterinya itu tidak pernah bertemu biarpun tinggal dengan jarak tiga minit sahaja di Salak Tinggi, Sepang.
“Isteri pertama dan kedua tidak pernah bergaduh dan tidak berbaik, mereka tidak berjumpa dan memang tidak bergaduh,”ujarnya yang menyambut kelahiran anak pertama bersama Nurul Farhana enam bulan lalu.
Kisah pasangan berbeza usia Halim dan Nurul Farhana menjadi perhatian para peminat. Rata-rata mendoakan agar mereka berbahagia.
Orangnya hebat, pasti ramai yang menunggu! Inilah rezeki pempengaruh popular, Khairul Aming dalam dunia bisnes dan apabila disoal tentang rumah tangga, katanya masih belum terbuka hati untuk mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat.
Khairul Aming Belum Bersedia Kahwin
Meskipun setiap hari menerima ratusan permohonan untuk menjadi isteri di media sosial, pempengaruh popular Khairul Aming.
Jelas Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, 32, fokusnya lebih tertumpu kepada menguruskan perniagaan dan kerjaya sebagai pencipta kandungan buat masa sekarang.
“Boleh dikatakan hampir setiap hari saya menerima ratusan mesej (DM) di media sosial dan e-mel resume bertanya untuk menjadi isteri.
“Agak mengejutkan juga, tetapi itulah yang berlaku. Walaupun orang kata seperti perigi cari timba, tetapi saya sangat kagum dengan keberanian mereka untuk bertanya.
“Tetapi sayangnya tuan badan pula yang tidak sempat untuk memikirkan soal pasangan apatah lagi berkahwin,” katanya lagi.
Keluarga Faham, Tak Desak Suruh Berumah Tangga
Khairul Aming turut memberitahu dia bersyukur apabila keluarga juga tidak mendesak untuk dia segera mendirikan rumah tangga.
“Alhamdulillah keluarga memahami kesibukan jadual kerja saya yang ingin menguruskan kilang, pekerja, produk dan konten.
“Walaupun sebelum ini ada keluarga bertanya, tetapi sekarang mereka serahkan semua itu kepada saya dan sudah mula kurang bertanyakan soalan bila ingin berkahwin,” katanya.
Sebelum ini timbul dakwaan mengatakan dirinya sudah mempunyai kekasih selepas tular sebuah video menunjukkan dia berbual mesra dengan seorang wanita di sebuah kafe.
Namun Khairul Aming menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan wanita terbabit hanya seorang peminat yang ingin merakam video TikTok bersama.