Keinginan untuk kurus semestinya menjadi impian untuk sesiapa jua. Bukan hanya untuk menjadi diri agar nampak sempurna malah yang paling penting faktor kesihatan perlu anda pertimbangkan kerana pelbagai penyakit berpunca daripada kegemukan yang tidak dikawal.
Atas faktor kesihatan juga mendesak Fauzul Kabir untuk melakukan perubahan pada diri. Beratnya yang mencecah tiga angka membuatkan dirinya bertekad untuk menurunkan berat badan. Ikuti kisah perkongsiannya dalam blog kevinzahri.com yang pastinya memberi anda semangat untuk sama-sama berjaya sepertinya.
Salam,
Nama saya Fauzul Kabir atau lebih mesra dikenali sebagai Fauka. Pada tahun 2015, BMI saya boleh dikategorikan sebagai ‘moderately obese’ sehinggalah saya mengambil keputusan untuk mengubahnya. Tekanan belajar membuatkan saya asyik mencari makanan sebagai medium of escapism saya. Tanpa saya sedari, berat saya telah mencecah hampir 106kg. Saya sangat terkejut kerana selama ini berat saya tidak pernah mencecah tiga angka.
Atas desakan dan pujukan keluarga yang merisaukan kesihatan saya dan faktor susah untuk melakukan aktiviti harian seperti cepat berasa penat dan susah untuk beribadah, selepas Raya tahun lepas saya bertekad untuk menurunkan berat badan.
Sebelum ini saya pernah mencuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badan termasuklah crash diet dan ubat kurus malangnya tiada yg berjaya malahan berat saya makin naik. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan ‘the balanced way’. Selama ni saya sangkakan dengan ‘skipping meal’ atau ‘overtraining’ boleh menguruskan badan tapi sangkaan saya salah. Saya belajar cara yang betul untuk menurunkan berat badan dan alhamdulillah kurang dari 6 bulan saya telah berjaya menurunkan berat badan saya sebanyak 30 kg.
… alhamdulillah kurang dari 6 bulan saya telah berjaya menurunkan berat badan saya sebanyak 30kg.
Selagi ada kemahuan inshaAllah akan ada jalannya, saya percaya dengan konsep #slowlybutsurely sebab nak turunkan berat badan ni perlukan usaha yang berterusan dan sokongan positif dari org sekeliling. Pada awalnya ada pihak yang tidak memberi support kepada saya tetapi azam dan sokongan Kawan2 seperjuangan membuatkan saya teruskan usaha.
Ads
Find the exit rather than excuses. Jangan jadikan ‘genetik keluarga memang semua besar, rangka aku jenis besar sebab tu aku gemuk’ sebagai alasan lagi. Percayalah, saya adalah pengguna setia alasan-alasan di atas sehinggalah saya mengambil keputusan untuk berubah.
Do not stop when you are tired. Stop when you are done.
Percaya atau tidak. Pada seminggu awal perubahan saya. Setiap langkah slow jog saya. Saya akan kata dalam diri ‘no pain no gain’. Alhamdulillah hari ini saya sangat gembira kerana hidup sehat.
Di sini saya share 10 tips for all
1. Mula-mula sekali kena tetapkan objektif misi dan target, nak sihat dan bebas daripada pnyakit. Mesti aim yang strong so bila kita down ke..kite tengok balik aim kita tu.
Ads
2. Cari ilmu, research cara yg paling sesuai. Saya amalkan konsep 70 peratus pmakanan seimbang. 30 peratus senaman
4. Pelbagaikan routine senaman sekurang-kurangnya 30 min sehari. Waktu paling ‘mujarab’ bersenam ialah di waktu pagi. Tak kisah lah apa jenis senaman contoh lari ke basikal ke swimming ke gym keyang penting anda enjoy.
Ads
5. Banyakkan makan Sayur dan buah kerana ia Sangat Baik utk badan kita
6. Tangkap gambar utk ‘compare’ diri sndri selepas beberapa minggu utk naikkan semangat. Kdg2 berat tak berapa nak trun tapi inchi loss ade.
7. Don’t skip meal at all especially breakfast and eat 5 to 6 times per day
8. Cari kawan-kawan yang ada misi lose weight yg sama utk support dan sentiasa motivate each other. Cth groupworkout.
9. Keep ur body well hydrated. Sangat penting.
10. Konsistensi. Biar la orang sekeliling cakap apa. Yang penting kite kene be positive and keep moving. InsyaAllah akan dapat kemanisan di hujung usaha kita.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika anda sudah bersedia untuk berdepan dengan pelbagai komitmen yang lebih besar berbanding kehidupan sebelum berkahwin, itu maknanya anda sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
Tetapi, kalau diri anda masih lagi dibayangi dengan ketakutan selepas berkahwin, ternyata anda masih belum benar-benar bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Ia kerana diri anda masih lagi diliputi dengan keraguan. Ini juga akan memberi kesulitan untuk anda mencipta kehidupan baru bersama pasangan anda kelak. Justeru itu, cuba mendalami ilmu-ilmu mengenai rumah tangga supaya anda dapat mengatasi segala keraguan dan ketakutan.
Bersedia dengan komitmen
Pada saat ini anda sudah bersedia untuk berdepan dengan pelbagai komitmen yang lebih besar berbanding kehidupan sebelum berkahwin. Sesungguhnya sebelum anda bersedia untuk menerima komitmen yang akan datang, anda memerlukan waktu lagi untuk memantapkan hati anda. Bersikap jujur pada diri sendiri, jangan disebabkan terikut-ikut dengan orang lain membuatkan anda tidak jujur pada diri sendiri.
Berani menghadapi perubahan
Setiap orang menyedari akan setiap perubahan yang akan berlaku selepas berkahwin. Banyak perkara yang akan berubah dalam hidup kita dari aspek kehidupan, ekonomi dan juga dari segi tanggungjawab. Dalam persediaan untuk bernikah, setiap muslim haruslah benar-benar bersedia untuk menerima dan menjalani semua perubahan yang berlaku.
Sudah yakin dapat menjadi yang terbaik
Kekurangan pada setiap individu adalah kurang keyakinan terhadap diri sendiri. Kadang-kadang kita berasa seperti tidak mampu menjadi yang terbaik untuk orang yang kita cintai. Malah, ada yang dijadikan alasan untuk melewatkan perkahwinan meskipun dari aspek lain kita sudah bersedia.
Bersedia menghadapi konflik
Seperti perumpamaan melayu “sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri”. Perumpamaan ini membawa maksud pertengkaran antara suami dan isteri memang tidak dapat dielakkan. Tanyalah mana-mana pasangan termasuklah pasangan bahagia sekalipun, mereka pasti pernah melaluinya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Banyak perkongsian daripada pihak lelaki mengatakan mereka lebih suka kahwin dengan janda malah ada yang memilih golongan perempuan yang lebih berumur dan bekas isteri orang. Agaknya kenapa ya?
Ya, jodoh tetapi ada tak jawapan yang lebih tepat tentang persoalan ini?
Hal ini sedikit sebanyak boleh juga membantu memberi ilmu pengetahuan kepada perempuan yang belum berkahwin bagi memikat hati bakal suaminya nanti supaya lebih tahu untuk melayan suami.
Janda pandai menggoda
Sudah sedia maklum bahawa janda sudah ada pengalaman, tak perlu nak ajar macam mana cara nak goda suami. Kalau dapat yang jenis suka melawa, hari-hari dia bersolek untuk suami.
Janda sudah sedia
Dalam segala apa pun mereka dah bersedia untuk fokus dunia rumah tangga. Contoh mudah, bab anak. Tak ada istilah “tak nak anak lagi” sebab mereka lebih bahagia jika lelaki bahagia dengan anak-anak. Asal lelaki bantu dan tak kedekut bab nafkah.
Janda senang kira
Apa masalah pun, mereka boleh tolak ansur dengan suami. Mungkin pengalaman lalu mengajar mereka jadi lebih matang dan tidak berkira dengan suami dalam segala hal.
Janda mudah mesra
In shaa Allah, mereka lebih pandai bergaul dan bermesra dengan sesiapa pun yang akan muncul. Mereka akan jadi lebih ramah dan tak suka orang pandang rendah padanya atas ‘sejarah lalu’. Jadi, tiada istilah sombong dengan keluarga atau kawan-kawan keluarga belah suami. Automatik dia pandai bawa diri.
Janda pandai ‘menggula’
Pernah dengar orang jenis ‘mulut manis’? Ya, selalunya janda pandai jaga hati. Tak perlu bubuh gula, confirm lelaki cair dengar ayat-ayat mulut dari janda!
Janda pandai menjaga
Dah pernah kahwin, pastinya golongan janda lebih bijak menguruskan hal rumah tangga. Seharusnya mereka tak akan ulang kesilapan dalam hubungan suami seperti dulu. Nak pergi kerja atau balik dari kerja ada nasi siap lauk bawah saji. Kalau dengan anak dara belum tentu pandai masak ya. Silap-silap bangun pagi pun suami kejutkan. Ops! Hal anak-anak tak yah cakap, mesti terurus!
Janda pandai cari rezeki
Bukan nak kata anak dara tak pandai cari duit tetapi pengalaman janda pernah berdiri atas kaki sendiri menjadikan sebab utama golongan janda punya hati kental dua ganda berbanding orang bujang. Paling bagus, kerja apa pun tak kisah janji duit masuk! Mereka dah biasa tak cukup tidur demi anak-anak dan uruskan hal rezeki tanpa seorang lelaki, jadi tak pelik kalau janda lebih ‘win’ bab ini.
Janda tahu semua benda
Masa jadi janda, merekalah ibu dan merekalah bapa. Jadi, pastinya mereka terpaksa tahu semua benda walau perkara itu patutnya hanya lelaki yang tahu. Senang nak jawab kalau anak-anak soal. Yang tak ada anak pun, pastinya lebih suka gali ilmu dan usaha sendiri dalam segala bagai hal.
Janda pandai jaga body
Mereka cukup menjaga badan mungkin sebab nak nampak cantik walau status janda. Lebih pandai hargai body dan kesihatan untuk elak orang pandang rendah. Haaa… pernah tak berdepan dengan janda yang mahir bab jaga badan? Tergodaaaa….
Janda kurang belanja
Maksud belanja di sini ialah perbelanjaan kahwin. Standard anak dara sekarang nilai hantarannya mesti 10 ribu ke atas. Tetapi kalau janda dah tak letak harga mahal-mahal. Mereka lebih pandai berjimat dan target mereka adalah bahagia dan ada masa depan anak-anak.
Dalam perkongsian ini, sedikit sebanyak dapat diketahui bahawa lelaki lebih sukakan perempuan yang bersedia untuk melakukan perkara-perkara yang disebutkan diatas. Kadang-kadang ada gunanya tips ini untuk perempuan kan? Bagi menghalang janda untuk “overtake” bakal suami. hehehe..
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak perlu bertahan demi anak-anak kalau jadi mangsa keganasan rumah tangga, itu pandangan pelakon wanita, Nelissa Nizam apabila dia sendiri pernah lalui perkara yang sama.
Jangan Bertahan Demi Anak-anak
Menerusi portal hiburan, pemilik nama lengkap, Nelissa Adreena Nizam, 26, itu berkata, membiarkan diri dalam lingkungan toksik demi anak-anak merupakan perkara tidak masuk akal dan mengundang natijah lebih teruk terhadap psikologi.
“Pada saya jangan jadikan anak-anak sebagai alasan mempertahankan perkahwinan toksik. Tiada guna kerana anak-anak juga akan mendapat kesan buruk dan mustahil untuk berasa bahagia sekiranya membesar dalam lingkungan sebegitu,” katanya.
Kena Berani Selamatkan Diri
Pelakon filem Saka Perawan itu turut meluahkan harapan agar wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga berani untuk tampil dan berusaha menyelamatkan diri dan anak-anak.
“Saya mengharapkan kepada ibu di luar sana supaya memikirkan juga keadaan dan kesan kepada anak-anak. Jangan paksa mereka untuk membesar dalam keadaan sebegitu.
“Bagi saya menyelamat dan melindungi diri sendiri itu penting. Membesarkan anak sebagai ibu tunggal tidak akan melemahkan,” katanya.
Lari Daripada Kehidupan Toksik
Pelakon Saka Perawan itu juga menzahirkan kesyukuran apabila ibunya sendiri sudah melakukan tindakan tepat untuk membebaskan diri daripada dibelenggu toksik.
“Apa yang boleh saya katakan adalah perasaan sangat bersyukur kerana semua itu sudah berakhir dan kami sekeluarga tidak lagi berhadapan dengan pengalaman sebegitu.
“Dahulu kes keganasan rumah tangga ini tidak ramai yang ambil tahu atau peka terhadap persekitaran mereka. Begitu juga yang berlaku kepada saya dahulu apabila jiran saya tidak tahu apakah yang perlu mereka lakukan untuk membantu.
“Selepas ibu berpisah, kami semua membesar dan belajar untuk hidup berdikari sendiri. Selepas tamat sekolah, kami adik-beradik saling membantu keluarga mencari wang untuk keluarga. Tidak menjadi masalah dan lihat sekarang, kami semua baik-baik saja,” katanya.
Terdahulu Nelissa mendedahkan pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak berusia kanak-kanak. Disebabkan pengalaman masa lalu juga, dia mengalami kesukaran melakonkan beberapa babak melibatkan penderaan fizikal.
Jadi buat pasangan suami isteri, jika anda berada dalam situasi ini, mungkin boleh fikir jalan terbaik demi masa depan anak-anak. Jangan sampai mereka jadi mangsa penderaan rumah tangga.