
Rendang Ayam Hancur Lagi Padu Makan Dengan Lemang & Ketupat Raya Haji Nanti!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!
Fahami 6 Rahsia Ini Kalau Nak Kurus Tanpa Diet! Jika Ikut, Boleh Dapat Berat Badan Ideal
Mempunyai berat berat badan yang berlebihan adalah mimpi buruk bagi setiap wanita. Tambahan pula buat anda yang sedang menghitung hari untuk menempuh hari bahagia. Rela diet bermati-matian demi mendapatkan berat badan ideal agar nanti ketika menyarungkan baju pengantin terletak cantik di tubuh.
Satu hal yang perlu anda fahami, diet bukan bermakna anda harus memotong setiap hidangan makanan, namun paling penting anda bijak mengatur apa yang anda makan. Jadi, diet itu ialah memilih mana yang baik untuk tubuh dan menjauhi apa yang boleh memberikan kesan buruk apabila diambil.
Tanpa diet khusus dan ekstrem, anda masih boleh menjaga badan agar kekal ideal. Di bawah ini merupakan beberapa penjelasan yang mana anda mungkin boleh berdiet tanpa dibebani dengan terma diet itu sendiri.
1. PILIH MAKANAN ISTIMEWA HANYA DI HARI ISTIMEWA
Anda boleh cheat day ketika hari-hari istinewa, misalnya makan donut dan kek ketika majis ulang tahun. Namun diingatkan cheat day itu hanya dibuat untuk majlis itu sahaja dan bukannya di hari ulang tahun semua teman-teman anda. Di hari-hari biasa, anda boleh meneruskan pengambilan makanan sihat seperti biasa.
2. BANYAK BERBUAL KETIKA MAKAN
Kalau nak kurus tanpa diet, jangan makan seorang diri. Usahakan untuk anda mencari teman makan agar ketika di hadapan makanan, anda boleh terganggu dengan berbual bersama teman. Ini kerana semakin banyak yang anda berbual maka proses makan anda akan menjadi semakin lambat. Ini secara tidak langsung membuatkan anda makan sedikit.
3. JANGAN MEMUSUHI COKLAT
Kajian yang dilakukan di University of Toronto mengatakan gadis yang menghindari coklat selama seminggu akan membuatkan anda semakin mengidamkannya, malah akan makan lebih banyak lagi coklat. Kajian lainnya pula mengatakan, jika anda melarang diri daripada makan coklat dan berusaha untuk tidak memikirkan tentang coklat, anda akan semakin obsesi dan teruja untuk makan lebih coklat.
4. JANGAN AMBIL DIET SODA
Jika anda mengambil diet soda, ia sebenarnya mendorong otak untuk mengambil lebih banyak gula. Bahkan diet soda juga membuatkan anda percaya yang anda sudah mengurangkan kalori harian, jadi kemungkinan anda akan mensubsidikan kalori tersebut untuk mengambil makanan berkalori yang lebih banyak.
5. JANGAN SIBUK MENGIRA KALORI
Tubuh kita menggunakan 1000 kalori daripada junk food dengan 1000 kalori daripada makanan sihat untuk hal-hal yang berbeza. Jangan terlalu sibuk mengira jumlah kalori yang anda ambil. Jika anda sibuk mengiranya, ini akan membuatkan anda kehilangan kalori padat yang berkhasiat. Sebaiknya fokus sahaja piring anda dengan makanan sihat yang terdiri daripada protein, sayuran dan lemak sihat. Itu lebih baik!
6. BIJAK MENGAMBIL GULA
Gula tidak baik untuk tubuh, jika anda mengambilnya secara berlebihan ia akan tersimpan sebagai lemak. Namun ini bukan bererti anda perlu menghilangkannya sama sekali. Kenali reaksi tubuh anda setelah mengambil makanan yang mengandungi gula. Makanan yang membuatkan anda rasa keletihan setelah mengambilnya, itu yang patut anda hindari. Pada dasarnya, semua makanan seharusnya mampu membuatkan tubuh seseorang menjadi sihat.
Tanpa perlu melakukan diet khusus dan semua orang faham tentang enam perkara ini pasti anda mampu mempunyai berat badan ideal seperti yang anda idam-idamkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!
Betul Ke Nak Suami Sihat, Kena Ada Isteri Cerewet & Suka Membebel?
Suami mana yang tahan jika isterinya cerewet. Ada sahaja benda yang tak kena di matanya sehingga suami rimas dan bingit dengan bebelannya. Ingat ye suami, jika isteri anda cerewet dia bukanlah seburuk yang anda sangka.
Jika suami tahu betapa besarnya keuntungan yang bakal anda peroleh jika miliki isteri cerewet, percayalah bahawa anda pastinya akan rindu dengan bebelan isteri apabila anda berdua berjauhan.
Menurut satu kajian, miliki isteri yang cerewet sebenarnya menguntungkan suami kerana sikap isteri sebegini dikaitkan dengan kesihatan suami yang bertambah baik.
Oleh itu, jom kita tengok kebaikan-kebaikan yang bakal suami peroleh apabila mempunyai isteri yang cerewet.
1. Tanda isteri sayang suami
Bebelan isteri sebenarnya menunjukkan bahawa isteri mengungkapkan rasa sayang dan peduli dengan cara yang berbeza pada orang yang dikasihinya. Jika isteri anda diam tentu suami rasa hilang punca kerana bimbang isteri memendamkan sesuatu perkara, sakit sedang bermasalah atau sebagainya. Jadi biarlah isteri cerewet kerana itu tanda bahawa dia begitu memberi sepenuh perhatian kepada suaminya.
2. Buat kesihatan suami tetap terjaga
Satu kajian yang dijalankan oleh WHO satu masa dahulu yang diketuai oleh Dr Hui Liu mengatakan bahawa isteri yang cerewet boleh membuatkan kesihatan suami bertambah baik. Ini kerana isteri cerewet menunjukkan sikapnya yang peduli dan prihatin dengan kesihatan suami. Tentu sahaja isteri inginkan yang terbaik untuk suami dan keluarganya sehinggakan isteri yangt cerewet tidak akan membiarkan suami melakukan sesuatu kesalahan yang berkaitan dengan kesihatannya yang mungkin suami anggap remeh.
3. Bantu suami kawal perbelanjaan
Isteri yang cerewet tentu sahaja membantu suami menguruskan perbelanjaan dengan lebih baik. Sikap cerewetnya itu akan membantu suami untuk berbelanja dengan lebih berhemah, selain memastikan keluarganya membeli barang keperluan yang terpenting sahaja.
4. UBAH TABIAT BURUK SUAMI MENJADI LEBIH BAIK
WALAUPUN BEBELAN ISTERI TIDAK PERNAH HABIS, NAMUN PERCAYALAH BAHAWA SIKAP INI MENUNJUKKAN CARA ISTERI INGIN MEMPERBAIKI SESUATU KEADAAN MENJADI LEBIH BAIK. MALAH ISTERI YANG CEREWET JUGA INGIN AGAR KEHIDUPAN ANDA MENJADI LEBIH TERATUR DAN MENGUBAH KEBIASAAN BURUK YANG SELALU ANDA LAKUKAN. ANDA HARUS INGAT BAHAWA WANITA ADA KELEBIHAN DALAM MENGINGATI SETIAP PERKARA LEBIH-LEBIH LAGI YANG MELIBATKAN ORANG TERSAYANG.
5. Ingin penampilan suami sentiasa segak
Isteri yang cerewet akan sentiasa memastikan penampilan suaminya tampak rapi, segak dan mempesonakan sepanjang masa. Tentu sahaja isteri tidak mahu suaminya tampil dalam keadaan yang tidak siap di khalayak ramai. Oleh itu suami jangan mengeluh jika isteri anda cerewet kerana dia ingin anda kelihatan menarik sekali gus tampil berkeyakinan apabila berdepan dengan orang ramai.
6. Cara isteri mengungkapkan kasih sayangnya dengan cara yang berbeza.
Wanita cerewet semestinya banyak cakap dan ini menandakan yang dia tidak pernah kekeringan idea untuk berbicara apatah lagi dengan suaminya. Pastinya hidup anda tidak akan sunyi kerana ada sahaja yang ingin dibicarakannya. Apatah lagi sikap cerewet isteri itu merupakan cara dia menyalurkan ekspresi peduli dan kasih sayangnya terhadap orang di sekeliling, selain ingin bebelan itu didengar oleh suami dan anak-anaknya. Oleh itu, para suami haruslah rasa bersyukur kerana isteri yang cerewet lebih pandai mengekspresikan apa yang dirasainya daripada isteri pendiam yang kadangkala tampak tenang tapi hatinya bergelora. Tentu suami akan rasa bimbang kan jika tiba-tiba isteri anda yang selalunya banyak bercakap tiba-tiba jadi pendiam.
7. Menguruskan keluarga dengan baik tanpa balasan
Jangan disebabkan isteri cerewet anda memarahinya. Ingatlah bahawa isteri telah melahirkan dan menjaga anak-anak, selain menguruskan keluarga dengan baik. Sewajarnya isteri cerewet kerana mungkin isteri kepenatan menguruskan rumah selain lelah menjaga anak-anak yang semakin membesar. Tentu sahaja isteri inginkan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu. Oleh itu, selamilah perasaan dan kepenatan yang dialami oleh isteri.
8. Cara isteri melampiaskan rasa penat
Pastinya isteri rasa kepenatan menguruskan hal-hal rumah ditambah lagi dengan urusan di tempat kerja. Jadi kemungkinan sikap cerewet isteri itu merupakan satu cara isteri melampiaskan rasa penatnya. Seberapa penat pun isteri, pasti dia tidak akan membiarkan suami dan anak-anaknya kelaparan dan berusaha memasak makanan agar mereka kenyang dan gembira, selain dia memberi perhatian pada kesejahteraan orang-orang di sekelilingnya.
9. Memberi pahala untuk suami
Jangan selalu memandang negatif terhadap isteri yang cerewet. Bayangkan jika isteri anda cerewet kerana anda sering mengabaikan solat, tentu sahaja isteri ingin membantu anda beroleh ganjaran pahala sekali gus mendorong anda ke jalan syurga. Bukankah itu sesuatu yang terbaik? Ingatlah tak ada isteri yang bersikap cerewet pada perkara yang boleh mendatangkan keburukan ataupun perkara yang memalukan suaminya.
10. Suami yang isterinya tidak membebel dikatakan mudah menderita diabetes, kenapa?
Kajian yang dilakukan terhadap lelaki yang sudah berkahwin dalam usia 57 hingga 58 tahun menemukan hampir 389 daripada 1.228 lelaki menderita risiko diabetes padahal mereka memiliki kehidupan perkahwinan yang bahagia. Kenapa jadi begitu? Dari hasil kajian tersebut, perkahwinan yang bahagia dengan isteri yang tidak pernah membebel seringkali membuatkan sebuah keluarga lupa bahawa gaya hidup yang mereka jalani selama ini salah sehingga memungkinan peningkatan suami dihidapi diabetes. Ketika seorang isteri cerewet sudah tentu isteri tidak akan membiarkan keluarganya hidup dalam keadaan yang tidak sihat. Ini kerana dia pastinya akan peduli terhadap kehidupan keluarga yang dicintainya.
** Ingatlah wahai isteri! Meskipun kajian mengatakan isteri yang cerewet dan suka membebel membuatkan kesihatan suami anda semakin baik, perlu diingatkan janganlah sampai sikap cerewet anda itu menjadi tabiat dan memperlihatkan ia sebagai satu keburukan. Bimbang jika terlalu kerap boleh menjurus kepada perkara yang boleh membawa huru-hara kepada rumah tangga serta kerenggangan dalam hubungan anda dan suami. Apatah lagi suami juga manusia biasa yang kadang kala perlu dibelai dengan kelembutan. Untuk itu, cerewetlah dalam keadaan yang sewajarnya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

sekarang!












