Menyemai cinta bersaksikan ikatan suci membawa kasih hingga ke syurga abadi. Utusan beradat digubah indah tanda cinta sehati sejiwa. Melakar detik bahagia dan romantis cinta menerusi bingkisan berbalas kasih untuk momen yang cukup istimewa.
Aksesori pelengkap si dara dari LA PUTRI bakal memberi aura seri yang tiada tara. Gemerlapan rekaan memukau diserikan lagi dengan suntikan mutiara dan batu permata yang cukup mewah.
Ads
Ringkas dan moden! Mainan rona pastel mengilhamkan biasan elegan dan eksklusif. Gubahan istimewa berisi sepatu dari THE_CHEMPAKA membawa elemen minimalis dalam gubahannya. Rekaan minima jam tangan jenama ICE WATCH sesuai buat si dara yang ingin gaya ringkas dan bersahaja. Abadikan detik cinta bersama si dia dengan hadiah berupa jam tangan ikonik ini.
Ads
Ads
Wangian segar bakal membuatkan si dia tertarik. Dulang berisi pewangi dari THE_CHEMPAKA ini hadir memukau dengan gubahan bunga segar berona putih. Tidak lengkap dulang kasih tanpa pemanis mulut. Seleksi coklat dari GODIVA membariskan cita rasa yang mampu membangkitkan rasa cinta buat selamanya.
Hadiah tas tangan pasti membuatkan hati si dara teruja. THE_CHEMPAKA memberikan idea kreatif yang tiada tara dalam setiap sentuhannya. Pastinya ia cukup relevan. LA PUTRI menghadirkan biasan elegan buat ratu sehari. Hadiah berupa aksesori mewah bertatahkan berlian menjadi pelengkap untuk penampilan di majlis meraikan cinta.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cantik pula tengok rumah yang ada bilik baking dalam rumah, nampa kemas dan teratur bila pandai bab susun atur ruang.
Begitulah yang dihasilkan oleh suri rumah, Puan Noraini Hashimah menerusi laman Facebook miliknya Ainie Syeema.
Bilik Baking Dalam Rumah
Mendiami rumah teres empat bilik termasuk stor, tidak menjadi masalah untuk tiga beranak dalam keluarga ini mendeko ikut idea sendiri.
Profesional baker tersebut mengakui minat dalam bidang pembuatan kek merupakan antara sebab utama beliau berbuat demikian.
Selain itu, Noraini juga tidak mahu membuatkan ruang berkenaan nampak serabut.
“Sekadar berkongsi bilik baking yang jadi tempat saya bekerja yang berjaya disiapkan dalam tempoh dua minggu. Sebenarnya ini rumah teres biasa yang dibeli memandangkan sebelum ini kami hanya menyewa.
“Awal-awal masuk rumah saya sudah cop satu bilik untuk dijadikan bilik baking. Sengaja saya tidak mahu campurkan dengan dapur,” ujar beliau yang mesra disapa Ainie Syeema.
Fokus Keselesaan Masa Makan
Pada masa sama, wanita ini mahu memberi keselesaan kepada suami dan anaknya terutama ketika waktu makan.
Oven, chiller dan peti ais sengaja diletakkan di bahagian ruang makan tepi dinding. Setiap satunya ditempatkan plug berasingan bagi tujuan keselamatan.
Ringkaskan Ruang Yang Ada
Biarpun ruang bilik yang berukuran 6 X 6 kaki itu sempit, namun dengan kreativiti dan cara ibu kepada seorang cahaya mata itu membolehkan ruang berkenaan tampak tersusun dan kemas.
“Saya memang sengaja menghias serba ringkas memandangkan ruang tersebut terhad. Pada saya, walaupun hanya baking di rumah, namun tetap kena ada susun atur supaya senang kita nak cari barang, kerja juga akan lebih teratur.
“Ruang baking ini terletak bersebelahan dengan dapur. Jadi, mudahlah untuk saya membuat kerja-kerja dalam bilik termasuklah membakar dan mencuci barang selepas selesai semua kerja,” ujarnya lagi.
Barangan untuk kegunaan kerja-kerja membuat kek tersusun kemas di bahagian rak atas. Sementara bahan-bahan seperti gula, serbuk coklat, tepung dan buttercup ditempatkan di bahagian bawah.
“Semua ada tugas masing-masing ikut kepada satu-satu keperluan. Ini kerana ada mixer atau pengadun kek yang lain-lain kegunaannya. Ada yang cantik buat cake, ada yang sesuai buat cookies.
“Selain itu, bahan untuk baking memang saya beli berasingan dengan kegunaan peribadi di dapur. Jadi, barangan tidak bercampur,” ujarnya lagi.
Pilih Konsep Terbuka
Mengulas lanjut, Ainie Syeema berkata, beliau memilih konsep terbuka yang memudahkannya melihat semua stok tanpa tersorok dalam almari atau sebagainya, selain memudahkan untuk mencari barang.
“Saya tiada sebarang tip penjagaan, cuma saya aplikasikan first in first out. Malah, saya juga mempunyai jadual berkala yang mana hari Isnin adalah hari untuk berkemas dan memeriksa barangan baking supaya tiada yang tamat tempoh.
“Selain itu, macam mana kita masuk, begitulah kita keluar. Selepas siapkan kerja, penat macam mana sekalipun kena pastikan bilik sentiasa kemas. Walaupun kita baking dalam rumah tetapi kena disiplin dalam mengemas. Kerja juga akan lebih teratur,” katanya.
Haa.. untuk anda yang baru berumah tangga dan ada plan nak buat bisnes dari rumah macam ini, boleh lah cuba deko ruang baking sendiri ya. Barulah kemas dan tak stress buat kerja. Nak masak pun, enjoy!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penularan wabak Covid 19 yang semakin mengganas ni, kerajaan pun mengambil langkah bijak dengan mengeluarkan arahan untuk Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). Kebanyakkan pasangan suami isteri yang bekerja diarahkan untuk untuk hanya bekerja dari rumah.
Ada yang mengambil kesempatan bekerja dari rumah untuk meluangkan masa bersama keluarga dan tak kurang yang memilih untuk mengubahsuai rumah secara DIY. Seperti pasangan suami isteri ini, mereka berkongsi idea dan hasil yang sungguh ‘wow’ apabila ruangan dapur mendapat sentuhan peribadi dari tuan rumah sendiri. Beberapa barangan dibeli hanya secara online!
Bagi pasangan suami isteri yang baharu berkahwin dan masuk ke rumah sendiri, mungkin bajet yang ada untuk dekorasi rumah adalah terhad. Tapi jangan risau kerana bila kita rajin buat projek DIY, kos untuk menghasilkan dekorasi impian akan jadi lebih murah.
Menurut pasangan suami isteri ini, projek DIY sempena PKP 3.0 merupakan percubaan pertama mereka. Setiap hasil kayu, pemotongan dan gam semuanya dilakukan sendiri pleh suami. Manakala isteri bantu pegangkan kayu dan mengecat.
Hasil kerjanya sangat kemas dan cantik. Dengan bajet rendah, pintu biasa menjadi luar biasa dan beri nafas baharu untuk tuan rumahnya.
“Kayu wainscoting kami beli di shopee , kayu ukuran 4cm, kami beli 16 batang dan dapat buat 5 pintu (Depan sahaja kecuali main door kami buat depan belakang).
Cat pula kami gunakan high gloss cat from jotun code iconic. Alhamdullilah hasilnya kami puas hati. Pintu biasa2 bertukar seperti pintu mahal walaupun dgn budget yg rendah.
InsyaAllah, next plan kami bercadang nak buat batten wall pula di entry way bilik. Diharap perkongsian ini dpt membantu semua yg mencari idea.”
Cat yang digunakan untuk daun pintu.
Seronoknya bila rumah dah cantik. Tambah-tambah lagi keindahan dalam kediaman itu dilakukan sendiri bersama suami isteri. Terasa penat lelah diganti dengan kebahagiaan. Buat yang berkelapangan, bolehlah jadikan ini sebagai inspirasi dan pencetus idea untuk anda. Nak beli kayu wainscoting yang digunakan tuan rumah? KLIK SINI!
Sirih junjug kebiasaannya menjadi pelengkap hantaran buat bakal pengantin. Sirih junjung boleh digubah dengan pelbagai hiasan mengikut citarasa anda.
Adakah anda sudah terbayang hiasan sirih junjung yang anda ingin buat untuk si dia? Jom kita lihat antara beberapa inspirasi yang boleh anda cuba. Semestinya sangat menawan.