Selepas tamat sidang media yang disampaikan oleh Perdana Menteri berkenaan perintah kawalan pergerakan, ramai individu telah mula melakukan pembelian panik di pasaraya. Malah, kebanyakan barang di pasaraya turut habis licin dibeli oleh individu yang terlalu panik dengan perintah ini.
Buat isteri yang bekerja dari rumah atau yang sedang bercuti, jika anda tiada masa atau takut untuk keluar membeli barangan rumah, anda boleh membuat pembelian menerusi online untuk membeli barangan runcit.
Pastikan diri anda dan keluarga selamat di rumah semasa musim COVID-19 ini. Berikut merupakan senarai kedai yang menawarkan pembelian barangan runcit secara dalam talian.
Lembah Klang
1. Mygroser
Penghantaran setiap hari, 9 pagi hingga 9 malam setiap hari termasuk cuti umum. Mereka mempunyai kedai fizikal sendiri, bilik penyimpanan sejuk dan kedai roti untuk memastikan kebersihan dan kesegaran.
2. Happyfresh
Penghantaran pada hari yang sama. Mempunyai pelbagai pilihan pasar raya di kawasan anda. Setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 9 malam termasuk cuti umum.
3. Tesco
Penghantaran sehari selepas pesanan, 10 pagi higga 10 malam setiap hari termasuk cuti umum. Boleh juga ambil di kedai.
4. Mydin
Penghantaran keesokan harinya, 10 pagi hingga 10 malam setiap hari termasuk cuti umum, boleh juga ambil di kedai.
Ads
5. Jaya Grocer
Penghantaran keesokan harinya, 10 pagi hingga 10 malam setiap hari termasuk cuti umum.
6. Redtick
Penghantaran keesokan hari, lokasi terhad.
7. Pantry Express
Tempoh penghantaran adalah 3 hingga 5 hari kecuali cuti umum, 8 pagi hingga 6 petang.
8. Potboy
Tempoh penghantaran 3 hingga 5 hari bekerja, tiada cas penghantaran.
** Sila ambil perhatian bahawa penghantaran hari yang sama adalah tertakluk kepada terdapat slot yang tersedia untuk hari tersebut.
Ads
Nationwide Groceries
1. Redtick Plus
Tempoh penghantaran adalah 1 hingga 5 hari bekerja.
Makanan Laut Segera
1. My Seafood Mart
2 petang hingga 8 malam kecuali sesetengah cuti umum, Lembah Klang sahaja.
2. Fish Club
Tempoh penghantaran 3 hingga 5 hari pada hari Rabu, Khamis dan Ahad (JB) dan Khamis (KL dan Penang).
3. Fish For It
Penghantaran dalam masa 48 jam, dihantar ke Lembah Klang, di tempat lain akan mengambil masa lebih lama.
4. Fresh Seafood Malaysia
Penghantaran pada hari bekerja sahaja, tersedia di Georgetown, Ipoh, Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Johor Bahru.
Ads
5. My Fishman
11 pagi hingga 7 malam dari Rabu hingga Sabtu sahaja, penghantaran di seluruh negara.
Barangan Organik
1. Signature Market
Penghantaran mengambil masa 7 hingga 10 hari, seluruh negara.
2. Everleaf
Penghantaran mengambil masa 4 hingga 5 hari, barang segar dari ladang tempatan. Lembah Klang sahaja.
3. Organic Express
Penghantaran mengambil masa 3 hingga 5 hari, seluruh negara.
4. Organic4U
10 pagi hingga 6 petang, hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja. Keluaran ladang organik, Lembah Klang sahaja.
5. TM Organic Farms
Penghantaran kotak organik mingguan di Lembah Klang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat anda yang nak berumah tangga, cuba hadam pesanan pelakon dan penyanyi, Ziana Zain ini. Dengar nasihat orang lama kalau nak terlindung daripada musibah dan perkara yang tidak diingini.
Maklumlah, orang muda cepat buat keputusan dan mudah suka. Kalau buat keputusan, kadang ada yang tak fikir apa yang berlaku kemudian hari.
Ziana Zain Pesan, Jangan Ketepikan Nasihat Orang Tua
“Wanita ni hati dia lembut, mudah jatuh cinta. Jadi hati hati, ibu bapa ni kita sebagai anak kena sentiasa jadikan mereka sebagai penasihat. Mereka hidup lebih lama dari kita, banyak perkara yang mereka dah lihat.
“Jangan sesekali pandang remeh apa yang orang tua-tua cakap. Sebelum kita berkenalan dengan orang tu, tengok dulu kita berkawan dengan siapa. Kaji latar belakang dia macam mana.
“Jodoh pertemuan di tangan Tuhan, tapi nasihat orang tua jangan ketepikan. Jangan nak kata ini zaman sekarang, ibu bapa tak tahu,” katanya.
Letakkan Agama Nombor 1
Ziana berkata demikian ketika diajukan soalan pendapat peribadinya mengenai segelintir akhlak anak muda khususnya wanita yang semakin berani dalam era zaman kini.
Sementara itu, pelantun lagu popular Madah Berhelah ini tidak menafikan dia juga pernah melalui fasa berhibur dengan rakan-rakan namun akan sentiasa menjadikan agama sebagai penunjuk.
Dalam masa sama, Ziana turut menasihati golongan anak muda untuk tidak takut kehilangan rakan-rakan sekiranya mereka mengajak untuk melakukan perkara tidak senonoh.
“Saya nak cakap pun tak berani sebab saya juga ada anak-anak. Guideline saya satu je, ‘don’t do beyond your limit’, sentiasa jadikan Agama itu sebagai guideline.
“You can still enjoy, dengan kawan-kawan dengar live band. Saya pun pernah melalui fasa itu, cukup masa balik rumah.
“Tengok siapa kawan, siapa lawan. Kalau orang nak bagi barang yang tak senonoh, jangan ikut.
“Tak kisah la if orang tu kata kita ni tak berani, no such thing as that. Kalau iyanya membawa kepada keburukan, tak usah.
“Tak rugi, ada kawan lain lagi lebih baik. Bukan bermakna satu kawan you tinggalkan, you tak ada kawan. Kita akan sentiasa jumpa dengan orang baru,” tuturnya lagi.
Jadi, buat anda di luar sana, jika berniat mahu berumah tanga, jangan letak mak ayah di belakang. Dengar nasihat orang lama dan cuba toleransi dengan permintaan orang tua.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak sulung adalah anak yang paling disayangi pada awalnya. Ada yang direzekikan awal, ada yang direzekikan setelah bertahun. Jadi, kecintaan pada anak pertama itu melebihi. Namun, kasih terbahagi bila dapat adik. Berkurang lagi bila bertambah bilangan adik-beradik.
Semakin hujung anak itu, makin disayangi. Boleh dikatakan, yang bongsu lebih dimanjakan. Walaupun ibu bapa sentiasa cuba berlaku adil, ramai yang mengaku bagaimana mereka akan berubah daripada seorang ibu atau bapa yang ‘garang’ kepada seorang yang lebih ‘lembut’.
Perubahan ini biasanya berlaku apabila apabila usia kita semakin bertambah. Sebab itulah kadangkala ada pengorbanan anak sulung yang kita terlepas pandang.
1. Ibu bapa akan lebih garang dengan anak sulung
Kebiasaannya ibu bapa akan menjadi lebih garang kepada anak sulung kerana mahu mereka tunjukkan contoh yang baik kepada adik-adiknya. Sebab itulah kita banyak menetapkan peraturan dan bertegas dengannya.
2. Anak sulung selalu jadi ‘bahan eksperimen’
Pada masa ibu bapa masih belum mahir mengendalikan anak-anak, maka banyaklah kesilapan yang dilakukan apabila pertama kali mencuba. Dari sudut pemilihan makanan, pakaian, taska, dan barang mainan. Kita selalunya akan ambil masa yang paling lama untuk pilih yang terbaik. Namun disebabkan kurang pengalaman, tentulah ada sesetengahnya yang tidak menjadi dan tidak sesuai dengan minat atau kemahuan mereka.
3. Anak sulung perlu menjadi contoh
Ramai anak sulung mula berasa tertekan apabila mereka mula persekolahan. Mana tidaknya, mereka rasa ‘perlu’ menjadi contoh yang baik buat adik-adik. Maka, ramailah antara mereka yang membesar menjadi seorang yang sempurna. Mereka mempunyai kecenderungan untuk berbuat apa yang orang dewasa buat, bukannya kanak-kanak.
4. Anak sulung selalu mengalah untuk adik
Setelah lahirnya anak kedua atau ketiga, ada anak pertama yang sering berkecil hati dan cemburu. Sekarang, mereka terpaksa berkongsi kasih sayang ibu bapa dan tidak lagi mendapat perhatian 100% seperti dulu. Mereka diajar untuk menyayangi dan mengasihani adik walaupun pada hakikatnya kadangkala emosi mereka masih belum bersedia.
5. Anak sulung selalu banyak dipersalahkan
Anak sulung akan selalu dipersalahkan kerana mereka perlu dipertanggungjawabkan untuk menjaga adik-adik. Namun, tahukah anda bahawa tanggungjawab ini bukanlah satu keistimewaan malah ianya adalah tanggungjawab yang berat. Sebaliknya, mereka boleh dipersalahkan dan dihukum apabila tidak dapat menjalankan tanggungjawab mengikut kehendak ibu bapa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekali pun nampak ada yang tak kena dalam hubungan anak, mertua perlu tahu waktu yang sesuai nak tegur. Biar kena caranya.
Kalau tengok anak awak gembira, menantu gembira, kemudian update pergi makan sedap-sedap, pergi melancong sana sini, bila diorang balik rumah awak pun nampak macam tak ada masalah apa-apa, maka jangan masuk campur.
Mertua Perlu Tahu Bila Masa Sesuai
Suami isteri itu tak memerlukan campur tangan mertua lagi dalam rumah tangga mereka. Semuanya masih terkawal, everything is fine.
Tetapi sekali awak nampak suami isteri itu sudah mula update bukan-bukan, dan bila balik rumah awak pun masing-masing nampak senyap, tak nampak seperti kebiasaan perangai diorang, maka di situ mungkin mereka sedang menghadapi masalah.
Panggil Menantu dan Tanya
Siapa yang perlu awak bercakap dahulu ialah menantu perempuan awak. Panggil menantu perempuan, ajak dia bersembang. Tanya dia, ada apa-apa ke nak cerita, nak kongsi. Anak awak ada buat apa-apa ke kat dia. Tolong berlapang dada untuk dengar apa yang bakal diceritakan menantu perempuan itu tentang anak awak.
Jangan nak menangkan anak lelaki awak sangat! Lepas dah dengar apa yang menantu cakap, panggil anak lelaki awak, nasihat dia, perbetulkan dia, ubah cara dia melayani isterinya.
Awak perempuan, awak juga isteri, awak tahu apa yang seorang isteri mahukan dan perlukan dari seorang suami, awak tahu apa yang seorang isteri suka dan tak suka. Ajar anak lelaki awak tentang semua itu. Apa yang dia patut buat, apa yang dia tak patut buat.
Walaupun dia sudah besar. Ini tanggung jawab mertua, ini yang patut seorang mertua buat. Bukan cari kesalahan menantu sehingga tak nampak kesalahan anak sendiri.