
Doa Mendapat Anak Soleh

Maksudnya:
Tuhanku, kurniakan kepadaku anak-anak yang soleh (bertakwa)

Zikir Untuk Mendapat Anak

Maksudnya:
Wahai Tuhan Yang Maha Menjadikan, Wahai Tuhan Yang Maha Mencipta dan Yang Maha Membentuk
Perempuan yang lama berhasrat memiliki anak, bolehlah mewiridkan nama-nama (Asmaul Husna) di atas sebagai wirid harian.
Doa Untuk Mendapat Anak Yang Sempurna (Tidak Cacat)

Maksudnya:
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
Doa Agar Mendapat Anak Yang Berakhlak Mulia Dan Menghormati Ibu Bapa

Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
8 Hikmah Yang Anda Perolehi Setelah Berkahwin

Dalam perkahwinan juga terdapat makna tersirat, kebaikan, faedah dan hikmah yang ditentukan oleh Allah swt. Faedah dan hikmah tersebut boleh dilihat dan difikir oleh akal manusia, namun hanya Allah sahaja yang benar-benar mengetahuinya secara tersirat.
Di Antara Faedah & Hikmahnya Ialah:
1. Supaya manusia itu hidup berpasangan menjadi suami isteri yang sah bagi mengatur dan membangunkan rumah tangga dengan janji-janji setia (akad nikah) sehidup semati.
2. Supaya perhubungan lelaki dan wanita akan lebih bermakna lagi di sisi Allah dengan ikatan dan pertalian yang kukuh di mana tidak mudah putus atau diputuskan.
3. Membangunkan masyarakat dari asas-asas rumah tangga yang damai dan berdisiplin.
4. Supaya dapat melahirkan keturunan bangsa manusia yang diakui sah serta kekal pula dalam masyarakat dan negara.
5. Supaya dapat menumpukan perasaan mahabbah, kasih sayang, tanggungjawab seorang suami kepada isteri, seorang bapa kepada anaknya, seorang datuk kepada cucunya dan seterusnya dari sebuah masyarakat kepada negara.
6. Perkahwinan membuka pintu rezeki serta nikmat hidup.
7. Perkahwinan memelihara agama, kesopanan, kehormatan dan kesihatan.
8. Menyempurnakan naluri manusia bagi mendapat kepuasan nafsu dan keinginan syahwat serta menjauhkan diri dari gangguan godaan maksiat dan kezaliman yang amat dilarang oleh agama.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak Majlis Kahwin Nampak Wow? Caranya, Anda Wajib Guna Bunga Popular Ini!

Bunga semestinya menjadi antara elemen terpenting dalam menceriakan majlis perkahwinan tidak kira sebagai hiasan pelamin, gubahan hantaran, dekorasi meja pengantin ataupun bunga tangan. Tanpa kehadiran bunga pasti sesebuah majlis perkahwinan itu akan hilang serinya.
Adalah penting untuk anda mengetahui jenis-jenis bunga yang popular agar majlis perkahwinan yang bakal berlangsung nanti tampak lebih gemilang, romantis dan penuh berseri.
1. Ros
Bunga ros sememangnya menjadi pilihan dan kegemaran ramai mempelai kerana ia mampu menaikkan aura romantis dalam sesebuah majlis perkahwinan. Apatah lagi variasi warna dan haruman yang dimiliki mencipta aura memukau saat melangsung hari bahagia.
2. Tulip
Tulip yang terkenal di negara Belanda ini sesuai dijadikan bunga tangan hinggalah pada dekorasi meja pengantin. Kepelbagaian warna memberi banyak pilihan untuk anda sesuaikan dengan tema perkahwinan.
3. Lili
Bunga lili bukanlah bunga sembarangan kerana ia termasuk dalam kategori bunga indah yang sesuai diberikan kepada insan teristimewa. Walaupun nampak ringkas namun bunga ini tetap ada kelasnya yang tersendiri. Ia mampu mencipta momen terindah untuk hari bahagia. Gunakan bunga lili daripada rona putih atau krim untuk menghasilkan aura seri yang tiada tara.
4. Hydrangea
Bunga yang berasal dari Jepun ini turut dikenali dengan nama tempatannya sebagai Bunga Tiga Bulan atau Bunga Siti Zubaidah. Ada juga yang menggelarnya sebagai Bigleaf Hydrangea, French Hydrangea, Lacecap Hydrangea, Mophead Hydrangea, Penny Mac dan Hortensia. Seleksi warnanya memberi ilham kelembutan dalam dekorasi yang ditampilkan. Ia juga membawa perlambangan warna yang tersendiri selain popular dijadikan sebagai bunga gubahan hantaran.
5. Peony
Bunga yang agak besar mekarnya ini membuatkan hiasan tampak lebih cantik dan penuh. Ia juga sesuai digandingkan dengan mana-mana bunga kerana memiliki kepelbagaian warna yang boleh menyerikan majlis hari bahagia.
6. Gradenia
Bunga yang mengeluarkan haruman yang agak kuat ini sesuai jika dijadikan sebagai hiasan untuk aksesori rambut mempelai. Tentu sahaja mencipta kelainan pada dandanan si ratu sehari.
7. Orkid
Dengan fizikalnya yang eksotik, sifat bunga orkid menggambarkan sesuatu yang unik. Keindahannya juga tidak dapat disangkal dan sesuai dijadikan bunga hiasan untuk gubahan hantaran.
8. Stephanotis
Bunga yang berbentuk bintang ini merupakan salah satu pilihan yang classy untuk dijadikan sebagai bunga tangan mempelai. Warna putih yang dimiliki oleh bunga ini melahirkan rasa suci.
9. Baby Breath
Bunga klasik yang kebiasaannya dipakai sebagai korsaj ini melambangkan ketulusan dan kebahagiaan. Penggubah bunga sering menggunakan bunga jenis ini bersama bunga ros sebagai simbol cinta yang agung. Ia memiliki dua warna iaitu putih dan merah jambu serta sering digunakan dalam hiasan bunga untuk majlis akad nikah.
10. Carnation
Merupakan bunga yang paling dikenali di seluruh dunia dan melambangkan penghargaan. Ia ada dalam pelbagai warna dan menjadi simbolik kepada tarikan cinta.
11. Gerbera Daisies
Mempunyai pelbagai warna yang menonjol, ia dikenali dengan saiz dan kuntumannya yang menawan. Ia juga menjadi bunga kegemaran bagi menggambarkan perasaan ceria.
12. Kekwa / Chrysanthemum
Disebabkan oleh sifatnya yang tahan lasak dan memiliki variasi warna, bunga ini menjadi pilihan pasangan mempelai untuk mengabadikannya dalam majlis perkahwinan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kahwin Ni Bukan Sedap Je Semata. Banyak Tanggung Jawab Suami Kena Pikul

Selalunya dalam perkahwinan, benda yang suami selalu terlepas pandang adalah hutang nafkah.
Sebab apa rezeki selalu tak cukup? Sebab apa, dapat banyak mana pon tak pernah rasa cukup. Duit tak nampak ke mana dibelanjakan. Lepastu, hati kusut.
Tanya isteri anda dari hati ke hati. Adakah di redha untuk segala nafkah suami terhadap isteri. Tanya isteri, adakah dia betul-betul halalkan segala hutang nafkah yang suami berhutang ?
Percayalah, isteri ni sebenarnya banyak benda dia pendam tapi dia takkan luahkan sebab menjaga hati.
Selain itu, isteri cuba elakkan dari bergaduh.
Jangan kedekut dengan isteri. Perasan tak pasangan yang bahagia selalunya suami tak kedekut dengan isteri. Perasan tak?
Makan pakai isteri berkira, sampai isteri kena keluarkan duit sendiri. Dalam tak sedar, kita suami dah berhutang dengan isteri. Kita tengok isteri tak kisah, kita tahu ke dalam hati dia?
Mak ayah dia lepaskan untuk menjadi isteri kamu dan sentiasa berharap untuk dijaga sepertimana ibu bapanya menjaganya.
Bukan kamu kerah tenaga dia macam babu. Bukan untuk kamu kerah kudrat dia siang malam 24 jam tanpa rehat.
Bukan untuk kamu lukakan hati dia sedangkan hati kamu, kamu nak dia jaga. Kalau dia tahu layanan kamu terhadap anak dia macamana, agak-agak dia akan bagi tak kahwin?
Kahwin ni bukan untuk sedap semata. Tapi banyak tanggung jawab yang kena pikul. Atas dunia boleh kita mengelat tapi kita kena ingat allah Azza Wajalla maha Melihat. Kita akan dipersoalkan di akhirat esok.
Jadilah suami yang bertanggung jawab. Sayangi isteri. Jagalah perasaan isteri.
Isterilah punca rezeki suami makin bertambah. Semoga kita terus bahagia dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Sumber : FB Khairul Johari
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!

