Punya hubungan cinta yang bahagia, menyenangkan dan romantik tidak hanya ada dalam novel cinta. Setiap orang boleh memiliki fasa bercinta yang bahagia sehingga boleh dilanjutkan hingga ke jinjang pelamin.
Kebahagiaan itu tidak datang dengan sendiri sebaliknya ia perlu dicari. Mudah kata, kita dan pasangan yang perlu melakar bahagia itu dengan corak yang kita idamkan.
Mengimpikan hubungan cinta yang lebih bahagia? Apa kata anda cuba tip berikut. Moga-moga ia menjadi penyubur hubungan cinta anda dan pasangan.
1. Tinggalkan Masa Lalu Di Masa Lalu
Hal ini adalah yang paling penting ketika anda ingin memulakan hubungan baharu. Agar penilaian anda kepada si dia yang sekarang lebih adil dan tidak terus membandingkan dengan mantan, maka tinggalkan masa lalu anda. Anda hidup untuk hari ini dan masa hadapan, bukan masa lalu.
Ads
2. Kebahagiaan Dimulai Daripada Anda
Ada orang bijak yang mengatakan jangan memulakan sesebuah hubungan cinta jika anda belum menemukan kebahagiaan dalam diri anda. Jika anda sudah bahagia dengan diri anda, maka hubungan anda akan berjalan dengan lebih baik.
3. Komunikasi & Keyakinan
Hubungan yang lancar pasti memiliki pola komunikasi yang baik. Jangan pernah menduga-duga atau menganggap pasangan tahu apa yang anda fikirkan atau apa yang anda rasakan. Bicarakan semua hal dan berlatihlah untuk percaya padanya. Sebuah hubungan tanpa diiringi rasa percaya akan berakhir dengan air mata.
Ads
4. Ada Waktunya Bersama, Ada Waktunya Sendiri
Tidak selamanya anda harus bersama dengan pasangan 24 jam. Ada waktunya anda berdua dengannya, ada waktunya masing-masing menikmati waktu sendiri. Selalu bersama memang menyenangkan namun saat anda tidak bersama dengannya, anda akan semakin menghargai erti kehadirannya.
5. Jangan Pernah Membandingkan Pasangan
Hentikan kebiasaan membanding-bandingkan pasangan dengan psangan anda sebelum ini. Walaupun maksud anda ingin memotivasikan pasangan terkini untuk berubah menjadi lebih baik namun kebiasaan ini akan melukai hati pasangan anda. Misalnya, “Amira dahulu seorang yang sangat menepati masa tapi awak…” Bukankah anda juga tidak suka dibanding-bandingkan begitu jugalah dengan pasangan anda.
Ads
6. Cinta Boleh ‘Menguncup’ & Boleh ‘Mengembang’
Cinta itu seperti bunga, kadang-kadang mekar, kadang-kadang kuncup dan layu, kadang-kadang memerlukan waktu sedikit lama untuk kembang mekar. Namun apakah anda dengan mudah membuang tanaman dan bunga jika layu? Tidak bukan? Akan ada masa hubungan sangat hangat, ketika anda selalu ingin di sampingnya. Akan ada masa anda bosan dan ingin mencuba sesuatu yang baharu. Namun percayalah, selama anda dan pasangan mampu menjaga kesetiaan maka semuanya akan berakhir dengan satu kemanisan yang hanya anda berdua sahaja dapat merasakannya.
Hubungan cinta akan semakin hangat dan kukuh jika anda dan pasangan mampu melewati hal-hal menyenangkan, sekali gus hal terburuk yang terjadi. Semakin baik anda dan si dia menghadapi masa buruk, semakin kukuh cinta yang akan terbentuk. Jangan hanya bersamanya ketika bahagia, saat pasangan sedang susah, pastikan anda selalu menjadi penyokong kuat dan ada untuknya.
8. Selalu Mengucapkan ‘I Love You’
Tidak ada salahnya jika anda sering mengucapkan ungkapan keramat I love you setiap hari. Situasi akan menjadi lebih manis dan bermakna jika ucapan itu hadir tanpa disangka-sangka. Tidak perlu menuliskan kata-kata ini di Facebook. Ini kerana yang ingin anda tujukan rasa cinta itu adalah pasangan anda, bukan teman-teman Facebook anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kami andaikan anda sudah daftar JobsMalaysia. Kini, sebagai Pencari Kerja, anda mahu buat Carian Jawatan yang sesuai dengan kelayakan. Klik sini untuk teruskan proses pencarian kerja kosong dengan login JobsMalaysia terlebih dahulu.
Sedikit mengenai JobsMalaysia
Mula dilancarkan pada tahun 2002, JobsMalaysia adalah sistem penjodohan pekerjaan automatik atas talian yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia. Sistem ini disediakan melalui penjodohan pencari kerja dan kekosongan jawatan yang lebih sistematik dengan tujuan menjadi pusat maklumat pasaran buruh yang boleh dicapai oleh pengguna awam sama ada dari dalam atau luar negeri termasuk para pelajar Malaysia di luar negeri dan pelabur asing. Jadi, bagi anda yang masih belum bekerja dan ingin menjana pendapatan, anda boleh gunakan portal JobsMalaysia untuk mencari peluang pekerjaan yang anda inginkan.
Program Penempatan Semula Pekerjaan (tidak perlu login JobsMalaysia)
Sesiapa yang terjejas dengan Coronavirus COVID-19 juga digalakkan memohon dengan inisiatif Program Penempatan Semula Pekerjaan. Inilah peluang keemasan anda untuk mendapatkan peluang pekerjaan melalui Program Penempatan Semula Pekerjaan. Pihak JobsMalaysia Kuala Lumpur akan cuba sedaya upaya membantu anda. Selepas memohon, pihak JobsMalaysia akan respons dalam tempoh 5 hari bekerja.
Anda tidak perlu login JobsMalaysia. Boleh terus mohon di sini melalui Google Form. Untuk pengetahuan anda, portal JobsMalaysia telah dikemas kini kepada JobsMalaysia2.0. Jadi, bagi yang sudah pun mempunyai akaun JobsMalaysia sebagai Pencari Kerja mahupun Majikan, mereka perlu mengemas kini akaun mereka untuk portal JobsMalaysia 2.0, memandangkan akaun mereka hanya sesuai untuk versi lama.
Walau bagaimanapun, mereka masih boleh login ke JobsMalaysia versi lama.
Cara login JobsMalaysia versi baru
Berikut ialah cara untuk login JobsMalaysia versi baru.
Layari laman web https://www.jobsmalaysia.gov.my/jobsmy/home untuk ke laman depan portal JobsMalaysia.
Scroll ke bahagian atas, dan tekan butang LOG MASUK.
Pada laman seterusnya, anda akan login di bahagian PENGGUNA JOBSMALAYSIA VERSI BARU.
Tekan butang Log Masuk untuk meneruskan sesi login
Pada laman seterusnya, pada ruangan LOG MASUK KATA LALUAN, masukkan ID Pengguna anda.
Kemudian, tekan butang SETERUSNYA.
Pada laman seterusnya, masukkan pula password anda untuk bahagian kata laluan.
Login anda berjaya. Anda akan tiba di akaun anda untuk memulakan pencarian kerja kosong sebagai Pencari Kerja.
Versi lama
Berikut pula ialah cara untuk login JobsMalaysia versi lama 1.0
Layari laman web https://www.jobsmalaysia.gov.my/jobsmy/home untuk ke laman depan portal JobsMalaysia.
Scroll ke bahagian atas, dan tekan butang LOG MASUK.
Pada laman seterusnya, anda akan login di bahagian PENGGUNA JOBSMALAYSIA VERSI LAMA.
Pada Log Masuk Sebagai :, pilih Pencari Kerja.
Kemudian, pada ruangan ID Pengguna Lama, masukkan ID akaun anda.
Tekan butang Semak.
ID anda akan disemak, dan anda akan dibawa ke proses untuk mengemas kini akaun anda supaya anda boleh login untuk portal JobsMalaysia yang baru.
Hubungi JobsMalaysia (call centre hotline)
Jika anda mempunyai masalah untuk login JobsMalaysia, boleh hubungi pusat panggilan atau call centre seperti di bawah:
03-8320 2713
03-8320 2714
03-8320 2715
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masih ramai tak buat dating suami isteri sebab masing-masing sibuk dengan urusan harian, rugi!
Ini anda kena ubah, cukup sekali seminggu pun sudah okay buat jadi ubat penat lakukan rutin harian yang sama. Jom, baca perkongsian saudara Najmi Nawawi sejenak untuk kita pulihkan hubungan suami isteri.
Tajuk santai tapi serius. Kerana ketahuilah, siapa tak dating suami isteri memang rugi besar. Mana tidaknya, kalau sibuk dengan alam kerjaya, balik rumah, dengan anak lagi. Alamak memang tak sempat lah nak dating.
Dating ini bukan untuk orang yang couple, bukan untuk budak-budak tapi untuk mereka yang bergelar pasangan suami isteri. Dating high class ini aku boleh cakap sangat-sangat penting untuk kedua-dua pasangan. Aku huraikan.
Bukan apple ios sahaja yang penting untuk kita update, emosi pasangan kita pun penting untuk kita update. Lebih-lebih lagi kalau kedua-dua pasangan bekerja.
Nak juga tahu apa perasaan dia dengan apa berlaku dekat tempat kerja, dengan kawan-kawan, bahkan antara ahli keluarga pun. Kalau tak update nanti tak synchronised emosi kedua-dua pasangan. Nanti mula akan muncul isu suami tak faham isteri dan sebaliknya.
Ini sangat penting. Memang dah jadi fitrah perempuan, suka bercerita. Kalau ada apa yang tak disukanya lebih baik dia cerita dekat kita dulu sebelum dia sebar media sosial.
Suami perlu main peranan dan jadi dominan untuk mulakan sesi confessions ni. Pada waktu berduaan itu, boleh mulakan dengan pegang tangan isteri. Tatap mata dan tanya macam biasa. Ini kunci dia, lepas itu sediakan telinga untuk mula mendengar.
Kau tahu kan, sekarang ini tahun 2018. Depression awareness semakin diakui ramai kepentingannya. Dah banyak NGO ditubuhkan bagi menangani isu ini. Sebelum ianya berjangkit pada kita, belajarlah untuk listen.
Untuk huraikan tentang depression ini memang tak cukup ruangan ini, aku kena buat artikel khas lain pula. Tapi point aku ialah tersangat bagus kalau suami isteri dapat luangkan sedikit masa untuk dating, agar kita boleh lebih faham pasangan.
Pasangan suami isteri mana ada masa. Lagi kalau anak dah dua tiga orang. Kau ingat macam mana, katil pun dah sempit. Cadangan aku, kalau ada pasangan yang mc, seorang lagi ambil anual leave untuk dating bersama pasangan kau. Anak hantar taska.
Dijadikan pasangan itu untuk menyempurnakan fitrah lelaki dan perempuan. Tak perlu hurai lebih, tapi kau faham sendiri. Kalau tak ada masa, cari masa dan create space untuk bersama. Banyak keruntuhan rumah tangga pun berpunca dari hal ini, jika gagal disempurnakan.
Moment moment sweet ialah sesuatu yang kita atau pasangan kita akan kenang sampai mati. Mungkin ada moment bagi kita biasa je, contoh kita angkat beg berat depan pasangan. Untuk kita, tak ada apa-apa. Tapi bagi pasangan kita itulah moment yang boleh buat dia tersenyum teringat nanti.
Otak manusia akan ingat moment pada waktu hati tenang dan bahagia. Moment itu akan disimpan dalam bahagian istimewa otak manusia. Ianya akan menjadi perisai untuk hadapi bad day satu hari nanti. Tapi kalau dating pun tidak, bila masa kita nak create moment moment ini.
Cuba ingat balik, apa moment paling anda suka tentang pasangan anda?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Adakalanya kita merasakan pilihan kita adakah ia benar ? Dan pernah tak kita juga merasa rungsing dan celaru dengan keputusan kita. Mesti pernah kan ? Kerana kita semua adalah manusia biasa, tidak maksum dan sebagai hamba Allah di dunia ini. Dalam kehidupan ini sewajarnya kita perlu membuat pilihan antara salah satu manakah yang terbaik.
Sebagai contoh, kita dapat tawaran pekerjaan company yang bagus dan kedua-duanya terbaik, dan juga dalam pemilihan jodoh. Lepas habis belajar, ada dua orang jejaka meminang dan menyatakan ingin menyunting untuk dijadikan teman hidup.
Lalu, kita tidak tahu nak memilih yang mana satu kerana bab-bab dalam hal perkahwinan bukan perkara yang kecil. Kalau boleh, mestilah kita mahukan seorang pasangan yang betul-betul boleh membawa kita kearah kebaikan, dan membimbing hingga ke syurgaNya.
Justeru itu, sebagai seorang muslim, kita disarankan untuk melakukan solat istikharah, iaitu meminta petunjuk kepada Allah agar dalam pemilihan yang dibuat ianya yang terbaik Allah berikan dan meminta redhaNya.
Apa Itu Solat Istikharah?
Solat istikharah membawa maksud solat sunat yang dikerjakan untuk memohon petunjuk kepada Yang Maha Esa dan mengetahui penentuan untuk memperoleh keputusan yang terbaik. Dan juga memohon agar Allah memberi petunjuk, jalan dan dorongan yang baik dengan izinNya.
Solat istikharah dilakukan bukan untuk pemilihan jodoh dan cinta sahaja, tetapi ia juga dilakukan untuk memohon petunjuk hal-hal berkaitan perkara-perkara yang lain. Ini kerana dalam kehidupan kita, Allah sudah tentukan jalan hidup bagi hamba-hambaNya. Tugas kita sebagai seorang mukmin, sememangnya memerlukan pertolongan dan petunjuk dari pencipta kita, kerana itulah tanggungjawab sebagai seorang muslim yang sejati.
Cara Solat Sunat Istikharah Jodoh
Langkah 1: Mulakan dengan niat. Niat dalam bahasa melayu:
.
1 – Solat Sunat Istikharah Jodoh
Langkah 2: Pada rakaat pertama, bacaan surah Al-Fatihah dengan surah Al-Kafirun
Langkah 3: Pada rakaat kedua, bacaan surah Al-Fatihah dengan surah Al-Ikhlas
Langkah 4: Bacaan dalam sujud akhir, ketika sujud akhir pada rakaat kedua (sebelum tahiyyat akhir), baca sebanyak 40 kali:
.
2 – Solat Sunat Istikharah Ayat
Sebelum bangun dari sujud, hendaklah berdoa memohon kepada Allah SWT agar dipertemukan jalan kebenaran dalam membuat pilihan dan keputusan.
Langkah 5: Selepas salam, baca surah Al-Fatihah dan wirid-wirid. Selain itu juga, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW.
Langkah 6: Banyakkan istighfar dan memohon keampunan dari Allah SWT agar doa yang kita minta diperkenankan olehNya.
Doa Solat Sunat Istikharah
Bertapa pentingnya solat istikharah ini agar kita diberi ketetapan yang paling bagus dari Allah. Disusuli juga berdoa kepada Allah SWT mestilah perlu dan digalakkan kita berdoa kepada Dia agar pilihan jawapan kita akan didorong dengan baik. Rasulullah SAW seringkali mengajar doa ini sebagaimana Baginda mengajar ayat-ayat Al-Quran (Rekod Imam Al-Bukhari)
.
3 – Doa Solat Istikharah
Waktu Afdhal Solat Sunat Istikharah
Setiap orang yang bingung, kerisauan dalam sesuatu untuk membuat keputusan. Bagaimanapun, tiada sesiapa pun yang mampu mengetahui kejadian pada masa akan datang samada benda baik atau buruk yang akan berlaku dalam waktu yang seterusnya. Justeru itu, kepada Allah SWT jua tempat kita mengadu dengan penuh harapan Dia yang Maha Kuasa akan menentukan yang terbaik atau diberi petunjuk.
Bagi yang melakukan solat istikharah, jumlah rakaat solat istikharah minimum sebanyak 2 rakaat dan maksimum adalah 12 rakaat. Ianya mengikut kemampuan individu itu tersendiri bagi melakukan ibadah sunnah ini. Selain itu juga, hukumnya adalah sunnah iaitu tidak wajib.
Jika melakukan ibadah sunnah ini, akan mendapat ganjaran pahala besar, dan jika tidak melakukannya hukumnya tidak berdosa. Solat isitkharah ini biasa dilakukan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW di dalam Hadis Sahih dari Jabin bin Abdullah, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
.
Solat sunat istikharah boleh dilakukan pada waktu siang hari atau di malam hari, lebih afdal jika dilakukan apabila selesainya waktu solat isyak sampai sebelum waktu imsak (sebelum masuk waktu subuh) di pagi hari.
Tetapi, disarankan dan lebih afdal melakukan ibadah sunnah ini pada waktu sepertiga malam selepas waktu isyak, ketika pukul 2 pagi atau ketika selepas melakukan solat sunat tahajjud. Ini kerana, pada waktu ini, semua orang sedak berehat dan nyenyak tidur. Maka, eloklah dilakukan pada waktu sebegini ketika bertaqarrub pada Allah SWT.
Untuk melengkapi amalam sunnah kita, lebih elok ditambahi dengan zikir-zikir selepas menunaikan solat istikharah ini. Memnajatkan rasa bersyukur kehadrat Illahi dengan meminta yang baik-baik dalam kehidupan kita. Kerana berzikir itu banyak manfaatnya dalam melakukan perkara sunnah serta hati juga akan berasa tenang dengan mengingati Allah.
Waktu Dilarang Solat Istikharah
Terdapat banyak hadis yang telah menyebut tentang larangan waktu solat dikerjakan. Ada beberapa waktu yang diharamkan untuk solat. Iaitu sepertimana di dalam riwayat hadis,
.
5 Solat Istikharah
Waktu selain daripada selepas solat subuh, dan selepas solat asar maka kita boleh melakukan solat istikharah ini kerana ianya bukan waktu tahrim.
Kelebihan Solat Sunat Istikharah
Dalam Islam sudah meletakkan garis-garis panduan yang perlu kita ikuti bagi seorang hamba Allah yang bertakwa. Jika kita melakukan solat sunat istikharah, kita lebih yakin pada jawapan yang akan Allah berikan kepada kita.
Banyak kelebihan dan kebaikan yang kita akan dapat jika melakukan solat istikharah ini. Antaranya, kita lebih yakin dan percaya kepada Yang Maha Esa bahawa jawapan yang akan diberikan adalah lebih indah dengan izin Dia.
Ini kerana kita sebagai manusia hanya duduk di dunia ini sementara sahaja. Justeru itu, segala keputusan hanya di tangan Dia. Walaupun sebenarnya Allah dah tentukan segalanya sejak azali lagi perjalanan hidup kita.
Adakalanya ramai memikirkan solat istikharah ini adalah hanya untuk pemilihan jodoh sahaja kerana ia begitu sinonim lagi untuk membuat keputusan dalam memilih suri hati atau pasangan hidup untuk selamanya. Sebenarnya skop amalan solat sunat istikharah ini adalah luas. Malah, kita betul-betul digalakkan untuk melakukannya bagi permintaan atau arah tuju sesuatu.
Solat sunat ini dituntut dalam Islam dan banyak lagi kelebihannya yang perlu kita tahu. Antaranya, apabila kita melaksanakannya, hati akan berasa tenteram dan tenang dengan segala keputusan samada ianya keputusan yang kita merasakan sedih dan perlu redha.
Tetapi, jika ianya dari Allah, sudah pasti kita akan terimanya dengan redha dan berlapang dada. Kerana sudah tentu apa yang Allah berikan adalah yang terbaik buat diri kita juga. Selain itu, dengan mendirikan solat ini, lebih mendekatkan diri kepada pencipta kita iaitu Allah Yang Esa.
Rezeki yang kita miliki dan dapati juga adalah dari Allah SWT. Lebih-lebih lagi, kita akan memperolehi rezeki yang luas, ketenangan hidup dan dipermudahkan segala urusan di dunia mahupun akhirat jika mengingati Allah. Oleh itu, digalakkan perbanyakkan doa dan melakukan setiap hari dalam kehidupan kita.
Untuk mengetahui petunjuk istikharah diterima atau tidak ianya tidak sepertinya dapat melalui mimpi, adakalanya hasilnya diperoleh daripada hati. Yakni hati kita lebih cenderung ke pilihan mana satu yang kita rasakan terbaik untuk kita. Imam Nawawi telah menjelaskan, “Setelah istikharah, seseorang harus mengerjakan apa yang terasa baik untuknya”.
Shaikh Wahbah Az-Zuhaili menasihatkan, jika pada solat istikharah pertama belum temui petunjuk, disarankan ulangi sehingga tujuh kali.
Selain itu, tips untuk mendapat jodoh adalah kita mestilah menjadi terbaik dan memperbaiki diri ke arah kebaikan agar pasangan kita juga orang yang baik. Semoga dipermudahkan urusan kita semua di dunia dan akhirat. Semoga yang belum temui jawapan ,maka teruskan lah agar Allah redha.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti ramai sedia maklum, pelakon terkenal, Jazmy Juma sudahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Farah Athirah pada Sabtu lalu, 27 Jun 2026.Perkahwinan yang...