
Kononnya ingin menjadi lebih bahagia, lebih senang, dan lebih bersemangat menjalani hidup, itulah beberapa hal yang menjadi alasan seseorang itu untuk berlaku curang
Namun percayalah, bahagia dari hasil merosakkan kebahagiaan orang lain itu tidak akan bertahan lama dan pastinya tidak mendapat barakhah

Kau Boleh Merasa Menang Kerana Memilikinya, Tapi Sampai Bila pun yang Namanya Merampas Tidak Akan Membawa Ketenangan
Dan ya, saat ini kamu boleh merasa menang kerana telah memilikinya, tapi percayalah, sampai bila pun yang namanya merampas yang bukan haknya itu pasti tidak akan pernah bahagia.
Maka Hati-hatilah Saat Kamu Mencuri Kebahagiaan Orang Lain
Oleh itu, buat yang saat ini sedang bahagia dengan kekasih, hati-hatilah takut pembalasan Allah datang dan akan membuatmu tidak kuat daripada dia yang kamu rampas kebahagiannya

Kau Harus Ingat, Bahwa Allah Sentiasa Adil. Jika Jalan dan Cara yang Diambil Salah, Bersiaplah Menerima Balasan-Nya
Jika kebahagiaanmu sekarang kamu dapatkan dari jalan dan cara yang salah, maka pasti pembalasannya akan sampai kepadamu tanpa mengenal waktu dan tempat.
Percayalah Semua Perbuatan Buruk yang Kau Lakukan Akan Kembali Kepadamu, Maka Fikirlah Berkali-kali Saat Kamu Ingin Merebut Kebahagiaan Orang Lain
Jangan Rasakan Setelah Kau Mendapatkannya Maka Kau Akan Bahagia, Kerana Pasti Ada Balasan Allah.
Usap Ubun-Ubun Suami Ketika Dia Tidur, Ada DOA Patut Isteri Baca.

Dapat masa untuk berkasih-kasihan dengan suami, gunalah sebaiknya. Walaupun suami tak romatik, isteri tak mesra tetapi gunakanlah kesempatan yang ada untuk saling berkasih-sayang. Doa untuk suami yang paling penting.
Bila agaknya kali terakhir isteri bermanja dengan suami? Balik kerja dah lewat petang, buat persiapan untuk makan malam, mandikan anak-anak dan macam-macam lagi tugasan si isteri.
Suami pula ada tugasnya sendiri. Masa itulah nak buang sampah, kemas rumah mana yang patut dan bermain-main dengan anak. Nak cium isteri pun susah. Tapi bila ada masa, cuba isteri buat ini pada suami ketika dia sedang tidur.
Usap kepala suami dengan penuh kasih sayang dan kelembutan. Bacakan doa ini…
“Ya Allah Ya Tuhanku,
Lembutkan hatinya, Murahkanlah rezekinya,
Berikanlah dia kesihatan yang baik,
Permudahkanlah segala kesulitannya.
Ya Allah,
Jadikanlah suamiku iman yang terbaik buatku dan anak-anak,
Suami yang soleh dan pemimpin terbaik buatku dan anak-anak.
Tiupkan pada ubun-ubun suami…
Suami Yang Baik Adalah Bersabar Dan Layan Karenah Seorang Isteri

Adakah anda bosan melayan karenah isteri? Hari ini, terlalu banyak kes yang kita jumpa tentang perilaku tidak berperikemanusiaan seorang suami terhadap isterinya.
Isteri diperlakukan dengan teruk, seolah-olah tubuh badannya amat murah. Sedangkan suami adalah pelindung dan pembela kepada isterinya. Janganlah kita menjadi seperti apa yang digambarkan sebagai suami tidak guna.
Suami Yang Baik Adalah Suami Yang Bijak Menghargai Isterinya
Penghargaan terhadap isteri tidak semestinya dilakukan dengan memberikan hadiah yang mahal kepada isteri. Tidak. Namun cukuplah dengan menunjukkan kasih sayang kepadanya.
Ada isteri yang tidak mengimpikan pun suaminya memberikan harta melimpah ruah. Tidak juga mengharapkan suami membawanya melancong ke luar negara dengan menggunakan belanja yang banyak.
Namun, baginya cukuplah sekadar ucapan terima kasih diatas penat lelah usahanya menyediakan keperluan suami.
Maka, para suami sekalian, apakah kita tidak boleh menghargai isteri sendiri?
Isteri tahu keupayaan dan kemampuan kita. Bukan semua isteri meminta itu ini kepada suaminya. Namun cukuplah baginya sebuah kasih sayang yang mampu membahagiakannya.
Jika ini pun tidak mampu dilakukan seorang suami, jadi apakah lagi yang boleh kita berikan kepada isteri?
Bersabarlah Dalam Melayani Karenah Isteri
Hanya dengan kita sahajalah tempatnya bermanja dan menumpang kasih. Maka sekiranya ada dalam kalangan isteri yang melakukan perbuatan yang tidak kita sukai, janganlah kita cepat menghukum dan memarahinya.
Sebaliknya, hadapilah karenah itu dengan kebijaksanaan dan berhikmah. Didiklah isteri kita dengan lemah lembut dan sebaik-baiknya.
Isteri apabila diperlakukan sedemikian oleh seorang suami, pasti dia akan menuruti nasihat suaminya. Namun, sekiranya kita menggunakan kekerasan, bimbang ia boleh menyebabkan isteri menjauhi kita.
Malah reaksinya terhadap kita juga akan menjadi keras seperti didikan kita juga. Boleh jadi isteri juga akan memendam perasaan terhadap perilaku kita.
Saya sangat sedih apabila membaca laporan media tentang suami yang melakukan perbuatan tidak baik kepada isterinya. Isteri insan yang telah banyak membantu kita dalam melayari bahtera rumah tangga.
Sumber : aku islam
Dapatkan Peluang Untuk Bercuti Ke Maldives Dengan Pembelian Peranti HUAWEI

Tak semua pasangan yang berkahwin dapat tinggal sebumbung kerana ada yang tinggal berjauhan atas komitmen kerja atau belajar. Walaupun ramai yang kata perkahwinan jarak jauh sukar, tapi ia bukan alasan untuk anda berdua kekal romantis dan bahagia.
Paling penting kedua-duanya perlulah saling menghargai perasaan dan mempercayai antara satu sama lain. Baru anda berdua akan merasai kenikmatan berumah tangga.
Jika anda tergolong dalam pasangan yang terpaksa berpisah dengan insan tersayang, ayuh terapkan dalam diri enam petua ini agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia dan romantis seperti pasangan lain.
1. Tetapkan matlamat dalam hubungan

Sebelum anda dan pasangan tinggal berjauhan, menentukan dahulu arah hubungan, sebab-sebab kenapa tinggal berjauhan dan bilakah tarikh untuk anda berdua akan tinggal bersama. Ia penting agar anda dan pasangan ada matlamat untuk berusaha tinggal bersama seperti pasangan yang lain.
2. Perlu ekstra percaya terhadap pasangan
Hubungan dalam rumah tangga menuntut kita untuk saling mempercayai antara satu sama lain. Tidak dinafikan saat berjauhan kepercayaan akan teruji. Oleh itu belajarlah untuk meningkatkan kepercayaan dalam diri masing-masing. Singkirkan segala perasaan curiga terhadap pasangan kerana sikap tersebut jika dibiarkan boleh menjadi duri selain membuatkan anda memikirkan perkara yang buruk.
3. Sentiasalah berkomunikasi

Walaupun anda berdua terpisah disebabkan oleh komitmen kerja atau pelajaran, jangan sesekali mengabaikan komunikasi. Sentiasalah berhubung antara satu sama lain. Ceritakan kepada pasangan tentang aktiviti harian, masalah yang dihadapi ataupun luahkan rasa rindu anda kepadanya. Apatah lagi zaman yang serba moden ini lebih memudahkan kerana terdapat banyak cara untuk seseorang itu berhubung dengan orang tersayang.
Tempahlah telefon HUAWEI 7i pada harga RM 1,099 sahaja bermula pada 14 – 21 Februari ini dan anda akan menerima HUAWEI Band 4 secara percuma!
Pastinya hati insan tersayang akan tertawan kerana ia hadir dalam tiga warna yang memukau iaitu Sakura Pink, Hitam & Crush Green!
Sakura Pink
Hitam
Crush Green
Istimewanya telefon ini adalah kerana baterinya 4200mAh yang tahan lama. Selain itu, dengan adanya 40W Huawei SuperCharge ini, ia boleh mengecas hingga ke 70% hanya dalam masa 30 minit sahaja. Cas pantas ini juga telah diiktiraf oleh TÜV Rheinland bagi memastikan keselematan dan kelajuannya.
Bukan itu sahaja, HUAWEI nova 7i ini hadir dengan AI Algorithms untuk efek Beauty yang nyata! Ia lengkap dengan stiker AR, Beauty Selfie Video yang berikan efek slim pada tubuh (siapa yang tidak suka bukan?) dan juga mod malam super untuk berswafoto. Eh,bestnya! Mesti gambar akan jadi sempurna.
Seterusnya, ia mempunyai kualiti panggilan video yang tinggi yang dipanggil MEETime. HUAWEI nova 7i ini mempunyai MEETime yang mempunyai revolusi 180p panggilan video yang mana memberikan kualiti imej yang hebat dengan menggunakan data Internet yang sedikit berbanding dengan telefon lain.
Tidak perlu risau untuk membuat panggilan video dalam pencahayaan malap kerana MEETime mempunyai fungsi yang boleh menerangkan video. Pasti terubat rindu tatkala berhubung dengan yang tersayang.
Buat mereka yang gemar mengedit video pula, anda tidak perlu bersusah payah menggunakan telefon lain kerana HUAWEI nova 7i ada AI Video Editor yang membuatkan proses edit menjadi lebih mudah. Anda boleh menambah muzik latar dan memotong rakaman tanpa melalui proses yang merumitkan bagaikan seorang professional. Banyak transisi dan efek yang anda boleh pilih dengan hanya satu ‘tap’ sahaja! Hebat bukan?
Dengan semua kelebihan ini, terbuktilah HUAWEI nova 7i merupakan hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada insan yang tersayang.
Anda juga boleh memberikan peranti MateBook D 15, FreeBuds 3, dan Watch GT 2 kepada kesayangan anda supaya anda boleh mengekalkan komunikasi setiap masa di mana jua.
MateBook D 15 dengan fungsi Multi-screen Collaboration
Watch GT 2 (42mm) yang boleh bertahan selama 7 hari
Freebuds 3 dengan warna terbaru merah yang menonjolkan
Sekarang ini, HUAWEI sedang melakukan promosi yang sesuai mengikut keperluan masing-masing. Nikmatilah pakej plan Together 2020 HUAWEI SMART LIFE Instalment hingga ke 12 bulan hanya dengan RM4.87 sehari. Layari https://huaweitogether2020.3ex.com.my/ untuk maklumat lanjut.
Anda juga berpeluang memenangi trip ke Maldives dengan pembelian tertentu produk HUAWEI. Hanya scan QR code, jawab soalan yang diberikan dan lampirkan sekali resit pembelian dari 10th-16th Feb. Jangan lupa lengkapkan maklumat peribadi ya! Pemenang akan diumumkan di Facebook HUAWEI pada 14 Mac 2020.
Tempahlah di sini untuk memudahkan komunikasi anda bersama pasangan.
4. Ambil masa untuk mengunjungi pasangan
Jika pasangan masih dalam negara, latihlah diri anda dan pasangan untuk saling mengunjungi antara satu sama lain. Buatlah giliran agar anda berdua boleh berjumpa, mungkin seminggu sekali atau dua minggu sekali. Dengan cara ini hubungan romantis dan bahagia anda berdua bertambah semarak dan tidak akan pudar. Saat bertemu itu lakukan aktiviti bersama sepuas-puasnya seperti menonton wayang, masak makanan kegemaran suami dan sebagainya. Dengan cara ini akan membuatkan hubungan anda dan pasangan bertambah bahagia.
5. Kirim hadiah kejutan
Apabila tiba tarikh-tarikh penting seperti tarikh lahir pasangan, tarikh mula bertemu, ulang tahun dan sebagainya, hantarkan hadiah untuknya. Jangan disebabkan anda berdua tinggal berjauhan, anda mengabaikan tarikh-tarikh penting ini. Sebenarnya kejutan sebegini boleh membuatkan pasangan rasa dihargai dan teruja apatah lagi menerima kiriman istimewa daripada insan tersayang. Cara ini akan menghangatkan lagi kasih sayang anda.
6. Hantarkan mesej romantis
Tentu pasangan rasa teruja apabila menerima pesanan cinta daripada anda. Anda boleh menghantar pesanan ringkas dengan mesej cinta atau kata-kata romantis di telefon bimbitnya. Kata-kata ini akan membuatkan pasangan terbuai dengan cinta anda, lantas timbul rasa tidak sabar untuk bertemu dengan anda nanti.