Puas memikirkan cenderahati apa yang bersesuaian untuk tetamu? Jika masih berkira-kira untuk memberikan apa yang terbaik buat mereka yang hadir ke majlis anda, apa kata cuba buat sendiri beg uncang untuk mengisi gula-gula atau yang bersesuaian dengannya.
Istimewanya, beng uncang ini tidak perlu dijahit. Jadi bakal pengantin tidak perlu risau jika anda tidak mempunyai bakat atau kreativiti dalam bidang jahitan.
Kebanyakan fabrik ini anda boleh dapati daripada lebihan perca kain, sangat ekonomi dan menarik!
(Beg mini bersaiz 8″T x 4″L)
Bahan-Bahan:
1. Fabrik kain mengikut pilihan anda
2. 3/8” pelekat Fusible ( gunakan yang mudah lekat apabila diseterika)
3. Pinking Shears atau gunting corak
4. Pensel atau kapur
5. Pembaris
6. Seterika
Langkah 1
Mulakan di hujung fabrik anda, lipat fabrik tadi supaya sisi yang baik di bahagian dalam. Lipatan tersebut ialah di bahagian bawah beg anda. Ukurannya 8 1/4″ T daripada lipatan bahagian sisi. Ukur 5″ untuk bahagian atas beg dan lukis garisan menggunakan pensel atau kapur; lukis garisan lain di sepanjang sisi sebagaimana dilihat dalam foto ini.
Langkah 2
Gunakan gunting corak untuk memotong bahagian atas fabrik. Jika anda menggunakan pensel untuk membuat garisan, pastikan anda memotong di sepanjang garisan tersebut.
Langkah 3
Gunakan gunting untuk memotong bahagian sisi.
Ads
Langkah 4
Sekarang beg anda telah siap dipotong, tekan setiap bahagian tepi penjuru serentak. Inilah ketikanya anda menggunakan pelekat fusible; tekan bahagian penjuru supaya tidak ada bukaan di bawah penjuru setiap beg.
Langkah 5
Buka fabrik tadi dengan menghala ke atas. Mula dari bahagian bawah letakkan pelekat fusible di kedua dua sisi kain, letak berdekatan bahagian sisi.
Ads
Langkah 6
Baca langkah pengguna pelekat fusible; ia akan beritahu anda tempat yang sesuai untuk meletakkannya. Lipat dan tekan fabrik kedua dua bahagian kain mengikut arahan pada pakej. Tekan beg tersebut di kedua dua bahagian untuk pastikan ia sempurna.
Langkah 7
Terbalikkan beg ke bahagian yang betul. Betulkan bahagian sisi menggunakan pensel dan pembaris.
Ads
Langkah 8
Seterika kelim tepi.
Langkah 9
Gunakan reben dari cebisan kain untuk mengikat beg dan isikan gula-gula atau coklat yang ingin diberikan kepada tetamu. Untuk kesan yang lebih rustic , gunakan fabrik berbeza untuk setiap beg yang dihasilkan.
Masa Penyediaan: 30 minit, Masa Memasak:20 minit, Jumlah Hidangan:6 orang
Resepi Nasi Daging Air Asam ni sangat terkenal di sebelah utara tanah air. Selalunya dihidangkan di hari perayaan atau kenduri-kendara. Jika menggunakan bahagian daging yang banyak urat, haruslah direbus lebih lama dalam anggaran masa 2-3 jam. Kelebihan masak menggunakan daging yang banyak urat ialah rasa daging tu lagi menarik dan sedap, cuma agak leceh nak rebus dalam masa yang lama. Masa dapat dijimatkan jika anda ada pressure cooker.
Bahan-Bahan:
4 cawan beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos
500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3"x4"
5 cawan air rebusan daging
1 cawan sudu cair
1 helai daun pandan, carik dan simpul
2 1/2 sudu besar rempah kurma
1 batang serai, dititik
3 sudu besar minyak sapi
1 -2 sudu besar minyak sayuran
1/2 cawan tomato sup ATAU 1/4 cawan tomato puri
Sedikit kismis hitam
Bahan untuk rebusan daging:
1 sudu besar rempah kurma
2 inci halia, hiris nipis
Air dalam anggaran 7 cawan lebih
Bahan untuk ditumis:
1 biji bawang besar, hiris nipis
5 ulas bawang putih, hiris nipis
3 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
Bahan untuk air asam:
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 biji tomato, potong kecil
6 biji cili merah, potong kecil
1 inci belacan, dibakar di atas api sehingga wangi
1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat
2 sudu besar sos ikan Thai
3 sudu besar gula
1-2 sudu kecil garam
1 sudu besar kerisik
Sedikit perahan jus limau nipis
Cara Penyediaan, cara untuk memasak:
-Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.
-Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang telah ditos. -Kacau lagi beras selama 1-2 minit.
-Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, tomato sup, kismis, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Masak di atas api sederhana. Kaedah yang sama jika anda menggunakan periuk nasi. Pindah ke tapak periuk elektrik pada tahap ini dan biarkan nasi masak.
-Setelah masak, gemburkan nasi dengan lembit supaya tidak berketul.
-Cara untuk air asam:
-Gaulkan kesemua bahan air asam. Biarkan seketika supaya semua bahan air asam sebati.
Tips:
Kalau nak dapatkan nasi yang cantik, gunalah beras basmathi yang panjang.
Resepi Oleh: Che' Nom
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tarikh untuk majlis pertunangan tinggal beberapa hari sahaja lagi. Namun hantaran masih belum digubah.
Usah panik! Tarik nafas dalam-dalam. Sebenarnya hanya dengan sedikit bahan-bahan ringkas serta kreativiti, anda mampu menghasilkan hantaran dengan hasil air tangan sendiri.
Tidak perlu menggunakan bunga segar. Olahan bunga artifisial mampu mencipta gaya hiasan yang tersendiri. Yang penting anda bukan sahaja dapat menghasilkan hantaran yang cantik tetapi juga ‘super jimat.’
Bagi mereka yang ingin membuat sendiri hantaran boleh cuba idea ringkas seperti di bawah.
BAHAN-BAHAN:
Tin bekas makanan
Plastik pembalut
Dawai
Bunga artifisial
Gunting
Lidi
Reben
Pita Pelekat
4 Span (balut sekelilingnya dengan pita pelekat)
Tali Jut
Langkah Demi Langkah:
Ikat dua tin dengan tali Jut dengan kemas. Pastikan ikatan ketat bagi memastikan kedudukan tin tidak berganjak.
2. Letakkan tin di atas pelapik dulang kaca. Susun span di empat penjuru hantaran dan ikat dengan kemas menggunakan dawai.
3. Kemaskan kedudukan span dengan lidi buluh. Ia bagi mengelakkan span bergerak-gerak.
4. Cucuk bunga di atas span dengan kemas. Mulakan dengan bunga rona krim.
5. Seterusnya susun bunga dengan rona terang berselang dengan bunga rona krim tadi. Letakkan di atas dulang hantaran. Nah! hasilnya menjentik pandangan meskipun ringkas.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah rasa tak kek yang satu ini? Kek kukus coklat cheese memang nikmat jika dapat merasainya, cair dimulut katanya. Seronok jika dapat membuat kek ini dengan jayanya. Boleh cuba buatnya ikut resipi ini.
.
BAHAN A :
1 cawan gula*
1 cawan susu cair*
1 cawan koko*
1 cawan minyak*
1/2 cawan susu pekat*
BAHAN B :
3 biji telur (A)
BAHAN C :
1 cawan tepung naik sendiri
Bahan untuk cheese :
250gm cream cheese*
60gm gula castur*
25 gm tepung gandum*
25 gm susu segar*
1 biji telur
Cara membuat:
Campurkan semua bahan A dan masak atas api kecil kacau supaya tak berketul bila dah sebati tutup api n biarkan sejuk.
Pukul bahan B sampai kembang dan gebu kemudian masukkan bahan A kacau hingga sebati dan masukkan pula bahan C . Kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan coklat ke dalam loyang dan kukus hingga masak. Kemudian,diikuti dengan adunan cheese dan juga kukus hingga masak.
Setelah itu,tuangkan sekali lagi sebahagian lagi adunan coklat menjadikan 3 lapisan kesemuanya..kukus hingga masak.
Dah siap, angkat dan sejukkan barulah diterbalikkan.
*Loyang hendaklah disapu marjerin dan dialas kertas minyak.
CARA MEMBUAT ADUNAN CHEESE :
Pukul semua yg bertanda kecuali telur sampai gebu n masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati. Dah siap, bolehlah dikukus semuanya. Best sangat rasa. Lembut saja…
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!