Sambal goreng ini dikatakan sangat sedap untuk dihidang di dalam majlis perkahwinan, nampak mudah dan tidak memerlukan bahan yang sukar. Ikuti perkongsian resepi ini daripada Habibah Badar Bajrai di Facebooknya.

Dah lama tak masak sambal goreng ni. Nama dia, sambal goreng pengantin. Jangan tanya kenapa nama dia gitu. Sesungguhnya daku tak tau .Tapi lauk ni selalu ada kat time wedding kat Singapore.
Sambal goreng ni sedap sesangat tau. Ratah sedap, makan ngan nasi panas panas pun sedap. Tak payah lauk lain. Kalau ada yang nak cuba, ni Kak Bib share lagi sekali resepi dia

SAMBAL GORENG PENGANTIN

Bahan-bahannya
500gm daging
500gm paru paru
500gm limpa
500gm hati
* Semua bahan di atas direbus, potong dadu, goreng sekejap. Jangan sampai garing lak.
500gm udang digoreng kejap.

10 batang lada merah
10 batang lada hijau
5 tangkai lada kering
12 ulas bawang putih
3 batang serai
3 inci lengkuas
* Buang biji lada. Pastu, bahan di atas kita hiris halus. Lada kering tu kita hunting halus. Tak yah rebus. Pastu seme bahan kita goreng kejap.

IKLAN

Bahan Kisar
3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
10 batang lada kering direbus
* Semua bahan dikisar halus

2 kotak santan kara
½ cawan asam jawa
2 inci belacan
3 cawan bawang goreng
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Daun limau purut

Cara

1. Air asam jawa dan belacan digaul rata, dan tapis – tepi kan .

IKLAN

2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga garing dan naik baunya.

3. Masukkan air asam jawa dan belacan tadi. Kacau kejap.

IKLAN

4. Kemudian, masukkan daging, paru, limpa dan hati yang telah dipotong dadu dan digoreng, lada merah, lada hijau, bawang putih yang telah digoreng, bawang goreng dan daun limau purut. Kacau hingga rata.

5. Masukkankan santan, garam dan gula. Kalau kering, tambah sikit air.

6. Masak sehingga kuahnya mendidih dan pekat sedikit dan rencahnya meresap dalam daging, paru dan bahan-bahan lain. Kemudian masukkan lada kering yang telah digoreng. Gaul rata. Sambal ni rasa dia pedas pedas manis, dan basah sikit.

KREDIT : Habibah Badar Bajrai