Bila dah kahwin, buatlah yang terbaik untuk isteri. Belajarlah menghargai sekecil-kecil perkara yang orang rumah buat.
Kalau berat mulut nak ucap terima kasih, boleh cuba tolong selesaikan apa yang isteri tak mampu nak siapkan. Tengok pinggan mangkuk kotor, cuci. Belum masak, ajar makan luar. Begitu lah…
Nak lagi faham kisah rumah tangga, jemput baca perkongsian Syafiq Ridhwan ini, moga kita saling menghargai.
Buatlah Yang Terbaik Untuk Isteri
Dulu masa baru kahwin, pernah saya cakap dengan bini. “Nanti bolehlah awak tolong buatkan saya bekal makanan setiap hari untuk pergi kerja”. Bini saya kata “boleh saja” sambil tersenyum.
Ads
Tahun pertama kahwin. Setiap hari saya bawa bekal ke office. Dan setiap kali tu juga, bila keluar makan dengan kawan-kawan, saya tak kisah menjinjit beg makanan dan makan bersama-sama dengan mereka.
Tahun seterusnya, saya dikurniakan cahaya mata. Rezeki. Pertambahan ahli keluarga membuatkan kehidupan kami menjadi semakin utuh. Tapi sedikit sebanyak ia telah mengambil masa bini untuk melebihkan masa di dapur.
Kalau dulu, bini akan habiskan masa yang agak lama di dapur. Setiap hari dia akan mencuba resepi-resepi baru. Malah ada jua satu ketika, pelbagai lauk dimasak walhal kami berdua je yang makan.
Ads
Lain Cerita Bila Ada Anak
Bila ada anak, masa di dapur menjadi semakin kejap. Kadang-kala, tak sampai beberapa minit ke dapur, dia sudah kembali ke dalam bilik untuk menyusukan anak, lepas tu saya ambil alih, dia bersihkan diri dan terus solat.
Itu belum cerita anak menangis ketika dia baru pegang kuali. Kagum betul! Tak pernah dia tinggal tanggungjawab sebagai seorang isteri. Ajaibnya, masakan dia masih rasa yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Sedap!
Tapi ada juga bila hari yang dia cuti, saya kerja. Bila saya balik kerja, dia akan cakap “Hari ni saya tak makan lagi. Anak tak boleh tinggal. Asyik menangis je nak berteman”. Tanpa banyak soal, saya minta dia bersiap, start kereta dan bawa saja ke mana tempat dia mahu makan.
Ads
Besar tanggungjawab seorang isteri. Pengorbanan melahirkan anak sudah cukup besar, belum lagi dia berusaha yang terbaik memberikan untuk si suami.
Pinjamkan Telinga Dan Bahu
Sebagai suami, buatlah yang terbaik untuk isteri. Walaupun dengan sekadar mengurutkan kaki ketika dia mengeluh kepenatan, dan meminjamkan telinga ketika dia cuba meluahkan setiap masalah yang dihadapi di pejabat.
Dan mengucapkan terima kasih untuk setiap hidangan dan mengatakan “sedap awak masak” juga mampu mengurangkan sedikit kepenatan yang dia lalui.
Benar.
Kita pada akhirnya, akan bersama kelak dengan orang yang kita sayang. Dan kita masih punya masa lagi untuk belajar lebih menghargai antara satu sama lain.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila dah bertunang, maknanya anda dah buat satu ikatan perjanjian dengan seseorang, tak kisahlah sama ada sama ada dulu, dia yang datang melamar awak , atau awak yang datang melamar dia dulu, jangan mudah pandang atau jatuh hati pada orang lain.
Dugaan bertunang memang banyak. Seperti anda diuji dengan wanita lain yang dilihat lebih baik, itu tandanya tunangan kamu itu yang terbaik, Ini kerana syaitan sedang mengada adakan keburukannya agar pernikahan kamu terbatal.
Manakala kebiasaan pada perhubungan secara tidak baik, pasangan akan dihias oleh syaitan , lantas dia tidak dapat melihat keburukan pasangannya, Maka tatkala lafaz akad nikah sempurna, hilanglah hiasan syaitan maka terdedahlah satu persatu aib iaitu penceraian dan sebagainya.
#1 Dugaan
Percayalah kebanyakan alasan putus tunang adalah dari perkara yang kecil seperti orang ketiga, cepat terasa dan tidak mahu bertolak-ansur. Iman dan nafsu tonggak utama untuk anda memastikan pertunangan selamat sampai ke hari besar. Bila berdua pasti akan ada perkara ketiga iaitu syaitan, ia akan lakukan apa sahaja untuk meruntuhkan jambatan untuk membina masjid baru. Beringatlah dugaan yang datang ialah kesan dari iman yang nipis dan lemah.
#2 Refleksi diri
Jangan terlalu cepat untuk membuat tohmahan. Kenapa ingin bersama dengan si dia buat selamanya jika anda tidak tahan untuk tempoh pertunangan? Anda punya masa yang panjang untuk berfikir dan perkara yang paling terbaik ialah berbincang dengan pasangan. Biar sama-sama mengenali kelemahan diri supaya dapat diperbaiki sebagai persediaan rumah tangga.
#3 Redha
Sekalipun hubungan pertunangan tidak dapat diselamatkan langsung cukup dengan mengenang jangan menjaja.Perkara ini bukan anda sahaja yang menanggung jadi bukan hati anda sahaja yang sakit kecewa. Jika anda percaya pada qada dan qadar pasti segala kesulitan hati dapat diserahkan dengan tenang. Lepaskanlah perkara yang pahit itu tak perlu lagi dipendam menjadi dendam.
#4 Move On
Bertunang adalah fasa yang paling rapuh sekali sebab itulah anda akan kerap kali mendengar ucapan ‘hati-hati bila berdarah manis’ kerana ia benar. Ringkasan tentang dugaan bertunang adalah datang dari sikap, tindakan, kelakuan anda sendiri. Tiada siapa yang paksa anda untuk mengeruhkan hubungan melainkan anda dengar nafsu godaan syaitan. Kalau anda tidak sanggup meredah dugaan dan menebalkan iman ketika bertunang jadi bersediakah anda untuk ke alam perkahwinan?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam bab mencari jodoh, wanita dilihat lebih berisiko jika mendapat jodoh yang lambat berbanding lelaki. Bagi seorang lelaki, kebiasaannya mereka tidak kisah memperolehi jodoh yang lambat kerana mereka merasakan ‘tarikh luput’ mereka adalah lebih lama berbanding dengan wanita.
Wanita yang terlebih dahulu memulakan langkah perkenalan adalah wanita yang berani. Tidak semua wanita boleh melakukannya. Ketika mahu memulakan langkah perkenalan, ada beberapa hal yang perlu anda ketahui supaya anda tidak dilihat terlalu murah di hadapan lelaki yang anda suka.
1. Dapatkan Maklumat Si Dia
Langkah pertama, dapatkan maklumat mengenai si dia sama ada sudah berpunya ataupun tidak. Jika boleh, elakkan untuk menyukai suami, tunang atau kekasih orang lain jika anda tidak mahu berdepan dengan pelbagai masalah kelak. Pastikan si dia juga betul-betul ‘single’ sama seperti anda. Anda mungkin boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui rakan-rakan yang rapat dengan lelaki tersebut. Malah di zaman teknologi sekarang, info perhubungan seseorang juga kadang-kala boleh diketahui hanya melalui akaun media sosial.
2. Mulakan Komunikasi
Langkah kedua, mulakan komunikasi dengan si dia secara sederhana. Ini bermaksud komunikasi anda dengan si dia adalah sekadar teguran biasa. Mungkin anda boleh bermula dengan sebagai seorang kawan sahaja. Kawal perasaan anda agar anda tidak nampak macam ‘terhegeh-hegeh’dekat si dia.
3. Beri Masa Untuk Kenal
Langkah ketiga pula, perhatikan si dia sama ada si dia selesa atau tidak berkawan dengan anda. Sabar dan ambil masa seberapa banyak yang mungkin untuk berkenalan. Pada masa ini, anda mungkin dapat melihat dan membaca reaksi daripada sikap si dia kepada anda sama ada si dia sukakan anda ataupun sebaliknya.
4. Meluahkan Perasaan
Langkah keempat dan yang terakhir, perhubungan anda dan si dia mungkin sudah mula rapat. Namun si dia tetap juga tidak meluahkan perasaan kepada anda terlebih dahulu, jadi andalah yang harus meluahkan perasaan suka itu. Saat ini mungkin merupakan saat yang paling mendebarkan dalam hidup, namun anda harus cuba. Anda juga harus bersedia dengan segala jawapan yang akan diberikan oleh si dia sama ada menerima atau menolak anda.
Jika si dia menerima anda, Alhamdulillah ternyata usaha anda selama ini berhasil. Namun jika ditolak, jangan terlalu bersedih. Semua orang diberi hak untuk memilih pasangan masing-masing. Ingat pepatah ini, ‘bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.’ Insya-Allah mungkin ada jodoh yang lebih baik menanti anda pada masa hadapan. Siapa tahu?
Sumber : baitulmuslim
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cantik ini bukan hanya untuk orang bekerja sahaja, suri rumah pun wajib jaga penampilan. Barulah rasa lebih yakin dan tanda kita pandai hargai diri sendiri.
Jangan guna alasan tak sempat nak melawa sebab sibuk uruskan rumah tangga, nak seribu daya dan yang tak nak seribu dalih.
Suri Rumah Pun Kena Jaga Penampilan
Begitu lah umpamanya, jadi semua atas pilihan anda. Macam saudari Wawadels, dia pilih untuk bercantik-cantik walau hanya duduk di rumah sebagai suri rumah.
1) Self Love
Jaga penampilan salah satu cara kita nak tunjuk kita sayang diri kita. Sebagai manusia dan wanita memang lumrah suka yang cantik, kemas. Malah semua orang kelebihan dan keunikan masing-masing. Jaga penampilan tak semestinya kena makeup tebal, tapi pastikan kita dalam keadaan wangi, bersih tak kusut dan sedap mata memandang.
2) Respect
Siapa kata suri rumah kena selekeh je 24jam kan. Suri rumah sekarang banyak yang banyak duit yang ada pendapatan dari rumah. Jadi biar orang sekeliling kita tak pandang rendah pada kerjaya suri rumah sebab ramai yang tahu suri rumah pekerjaan paling mulia tapi ramai orang suka pandang rendah. Jadi walaupun orang tak tengok sangat, pastikan jaga penampilan supaya kita dapat respect dari diri kita dulu.
3) Kesihatan Mental & Fizikal
Bila jaga penampilan, kita akan menjaga kesihatan juga kerana auto kita teliti jaga kulit, rambut, tubuh badan, supaya semua dalam keadaan yang baik. I
Selain tu bila kita jaga penampilan ini akan buat orang lebih hormat pada kita dan bagi kesan pada hubungan sosial juga. Jadi mental kita pun terjaga rapi.
Apapun hidup ini kita usaha corakkan yang terbaik untuk diri kita tau. Jangan stress sebab setiap manusia istimewa dan kita manusia sebaik-baik ciptaan. Cubalah bangga dengan kurniaan yang Tuhan bagi, tinggal nak berhias sedikit sahaja. Mesti cantik dan nampak ‘mahal’ di mata suami.
Agak-agak mampu buat tak? Perlahan-lahan ubah dan pastikan anda cantik dengan cara sederhana bila duduk di rumah. Jangan takut untuk melawa walau cuma duduk di dapur. Moga cara ini dapat mengubah pandangan oran luar pada golongan suri rumah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!