Selain mendambakan seorang suami yang bertanggungjawab terhadap keluarga dan rumah tangga, isteri juga inginkan seorang suami yang romantis agar kasih sayang yang dibina dalam rumah tangga sentiasa mekar dan penuh warna.
Sebenarnya dalam memikat hati isteri bukan hanya hadiah-hadiah mahal pemberian suami yang boleh dijadikan ukuran kasih sayang.
Namun percayalah bahawa dengan 10 hadiah terbaik ini jika suami kasi bukan sahaja boleh mencaknakan lagi cinta terhadap isteri, malah memikat kasih sayang isteri sampai ke hujung hayat.
1. Hadiah Tanda Kasih
Tidak dinafikan seorang isteri akan rasa teruja jika suaminya tidak lupa untuk memberikan ciuman atau pelukan selain belaian kepadanya setiap hari. Ketahuilah bahawa hanya dengan ciuman, pelukan dan belaian itu akan membuatkan isteri ceria sepanjang hari.
2. Hadiah Mendengar
Berikan perhatian dan dengarlah setiap apa yang isteri ingin katakan. Biar isteri habiskan kaa-katanya dahulu sebelum anda ingin mencelah atau membalasnya. Apabila anda memberikan perhatian dengan memandang mata isteri saat dia bercakap, ini menunjukkan yang anda prihatin terhadapnya. Bagi isteri, suamilah orang terbaik yang boleh diharapkan untuk menjadi pendengarnya yang setia.
3. Hadiah Bantuan
Seorang isteri akan rasa dirinya dihargai jika suami menghulurkan bantuan dalam urusan rumah tangga tanpa disuruh seperti membasuh pinggan mangkuk, menjemur kain, menjaga anak, mengemas rumah dan sebagainya. Selain meringankan bebanan isteri dan mewujudkan kerjasama dalam rumah tangga, bantuan ini sedikit sebanyak akan mewujudkan suasana gurau senda saat anda berdua melakukan kerja bersama.
4. Hadiah Puji-Pujian
Ringankan mulut anda dalam memberikan pujian kepada isteri. Misalnya mengucapkan terima kasih kerana menyiapkan masakan atau minuman untuk anda atau memujinya cantik apabila isteri mengenakan pakaian baharu. Pujian yang suami berikan ini pasti mencairkan hati isteri sekali gus membuatkan rumah tangga anda sentiasa ahagia.
5. Hadiah Doa
Sentiasalah mendoakan agar isteri diberi kesejahteraan dan menjadi isteri yang solehah. Beritahu juga kepada isteri yang dia sentiasa ada dalam doa anda.
6. Hadiah Kejutan
Sesekali buatkan kejutan atau sesuatu yang isteri tidak jangka. Misalnya anda boleh memasak makanan kegemaran isteri sebelum isteri pulang ke rumah atau menghadiahkan jambangan bunga kegemaannya yang diletakkan di atas katil dengan kata-kata romantis atau ajak isteri ke tempat percutian idamannya. Pasti kejutan-kejutan ini akan menyemarakkan lagi kasih sayang anda berdua.
7. Hadiah Keceriaan
Jadilah seorang suami yang ceria dan penuh dengan gelak ketawa dalam rumah tangga. Keceriaan ini akan mewujudkan suasana harmoni dalam rumah tangga anda berdua. Kaji selidik yang dilakukan oleh CNN mengatakan lelaki yang memiliki sifat humor dianggap lebih cerdas berbanding lelaki yang selalu serius.
8. Hadiah Bersendirian
Berilah masa untuk isteri bersendirian apabila isteri menghadapi masalah atau isteri berdepan dengan sesuatu yang merunsingkan fikirannya. Jangan melulu menghulurkan bantuan kerana ada ketikanya isteri inginkan masa untuk meredakan dirinya terlebih dahulu sebelum berkongsi dengan suami.
9. Hadiah Riadah
Sertai apa jua hobi dan aktiviti yang isteri lakukan. Jika anda tidak berminat dengan hobi atau aktivitinya itu cukuplah anda memberikan sokongan dengan menemani isteri. Dengan cara ini akan telah memenangi hati isteri anda.
10. Hadiah Sehelai Nota
Jadikan amalan dalam diri anda dengan meninggalkan nota-nota romantis seperti “Abang tak sabar nak jumpa Sayang petang ini” atau “Senyuman Sayang buat hati Abang cair” untuk isteri tercinta. Tinggalkan nota-nota kecil ini di tempat yang mudah isteri lihat misalnya di stereng kereta isteri, di cermin meja solek atau di luar almari pakaian. Pasti berbunga hati isteri apabila menerima nota romantis sebegini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI