Setiap pasangan yang dah berkahwin pasti menginginkan zuriat sebagai pengikat kasih sayang antara suami dan isteri. Sama ada cepat atau lambat, ia bergantung kepada rezeki yang Allah berikan. Kita hanya boleh merancang dan berusaha, selebihnya hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Jika anda sedang merancang untuk mempunyai zuriat, jangan lupa ambil asid folik. Ia penting untuk mencegah kecacatan janin dan boleh membawa maut iaitu Neutral Tube Defect (NTD). Anda digalakkan mengambil asid folik sebelum hamil lagi untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku.
Pengambilan asid folik ini ditekankan oleh Doktor Imelda Balchin di laman Facebooknya. Menurutnya, masih ramai lagi wanita di Malaysia tidak mengetahui kepentingan pengambilan suplemen folik asid sebelum hamil dan diteruskan pengambilannya semasa tiga bulan pertama kehamilan.
Masih ramai lagi wanita Malaysia yang tak tahu apakah kepentingannya mengambil suplemen folic acid sebelum hamil dan diteruskan pengambilannya semasa tiga bulan pertama kehamilan.
Tujuan suplemen folic acid ialah bukan untuk kesuburan, dan bukan untuk mencegah keguguran.
Ads
Suplemen folic acid itu penting walaupun untuk wanita yang tiada masalah kesuburan.
Tujuan utama folic acid suplemen ialah untuk mencegah kecacatan janin yang teruk dan boleh membawa maut, iaitu Neural Tube Defect (NTD).
Salah satu contoh NTD ialah tempurung kepala yang tidak terbentuk, iaitu Anencephaly. Bila tiada tempurung kepala, tidak ada perlindungan kepada otak yang bertisu lembut. Akibatnya otak yang terdedah kepada air ketuban akan dihakis atau dikikis di dalam kandungan ibu, sehingga ia hancur dan hilang, dan kemudiannya bayi ini akan dilahirkan tanpa otak.
Ads
Kita boleh mengesan dan mengesahkan kecacatan anencephaly ini melalui imbasan ultrasound scan dari 11 minggu kehamilan, seperti di dalam gambar.
Janin yang tiada otak boleh hidup di dalam kandungan ibu sehingga dilahirkan sebab tidak perlu bernafas sendiri. Ia mendapat oxygen terus dari uri ke dalam darahnya. Ia tak payah makan sebab boleh mendapat semua nutrisi dari uri terus ke dalam darahnya. Tetapi setelah dilahirkan, ia perlukan fungsi otak untuk bernafas dan perlukan fungsi otak untuk menghisap dan menelan susu. Tanpa fungsi otak, sejurus selepas bersalin, bayi ini akan meninggal dunia.
Begitulah kepentingannya suplemen folic acid, terutama sekali untuk wanita yang ada Diabetes atau wanita yang obese, sebab risiko NTD adalah lebih tinggi untuk wanita yang ada Diabetes yang tidak dikawal sebelum hamil atau wanita obese yang hamil. Satu lagi cara untuk mencegah kecacatan NTD ialah mengawal Diabetes dan kurangkan berat badan yang obese sebelum hamil.
Ads
Semoga semua ibu-ibu kita mendapat zuriat yang sihat dan bersalin dengan selamat.
Nota tambahan: Jangan tunggu dah hamil dan jangan tunggu buka buku pink di Klinik Kesihatan baru nak dapatkan suplemen folic acid. Anda boleh beli sendiri di mana-mana farmasi, murah saja, tak payah pun beli jenama yang mahal, sebab memang pun folic acid suplemen tu murah saja. Saya tak promote mana-mana jenama tertentu sebab itu tidak penting.
Untuk wanita yang ada diabetes, obesiti, atau pernah mendapat anak dengan kecacatan NTD, dos folic acid yang disarankan ialah 5mg sehari.
Untuk wanita yang tiada Diabetes, tiada obesiti atau tidak pernah mendapat anak dengan kecacatan NTD, dos 400 microgram atau 0.4mg sehari sudah pun mencukupi. Kalau tak boleh cari dos rendah 0.4mg, beli dos 0.8mg atau 1mg atau 5mg pun tak mengapa.
Nak kahwin tapi duit tak pandai simpan macam mana nak kahwin? itulah persoalan yang sering timbul dikalangan anak muda yang ingin berkahwin.
Ya, dengan zaman sekarang semuannya memerlukan duit untuk melakukan segala-galanya. Sebab itu kalau anda sudah berjumpa dengan pasangan dan niat untuk berkahwin dengannya perlu mengatur perbelanjaan anda.
Walaupun anda masih tidak menemukan jodoh lagi, ada baiknya simpanan lebih awal itu lebih bagus. So, nanti takdelah menunggu lama nak kahwin sebab tak cukup duit kan? Kami kongsikan kepada anda tips untuk menabung untuk simpanan tabung kahwin.
1. Simpan 10% dari gaji
Lepas tu letak duit 10% tu dekat tempat yang korang susah nak keluarkan dan dapat dividen. Kalau dapat simpan lebih 10% lagi bagus. Contoh: ASB.
2. Jangan beli kereta dulu
Usaha naik public transport. Dah kahwin nanti baru fikir beli kereta. Komitmen kereta sangatlah tinggi kalau beli sebelum kahwin lagi-lagi gaji RM1500 sebulan.
3. Elak makan dekat kedai hipster
Tak perlu dating makan luar tempat mahal-mahal. Nanti lepas kahwin dating je setiap masa. Tak dating nanti dosa.
4. Buat simpanan terus lepas habis belajar
Jangan tunggu dah nak kahwin baru nak menyimpan, kalau belum ada perancangan nak kahwin pun dah boleh simpan terus supaya nanti tak kelam kabut nak cari duit.
Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Namun, kita disarankan untuk berusaha dan merancang. Sememangnya bukan mudah untuk mencari pasangan. Apatah lagi yang cantik di mata, bahagia di jiwa. Kalau tersalah pilih, takut derita datang melanda. Terlalu memilih pula, takut membujang sampai ke tua.
Untuk membantu anda menggapai bahagia, silalah rujuk panduan berguna yang tersedia.
1. Sememangnya telah ditetapkan bahawa setiap orang itu berpasang-pasangan. Biasanya jodoh itu tidak jauh daripada kita. Hanya kita sahaja yang adakalanya tidak menyedarinya.
2. Untuk dipertemukan dengan pasangan, anda tidak boleh hanya berserah pada takdir. Usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan agar jodoh itu cepat sampai. Jangan mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga berjumpa jejaka idaman.
3. Serlahkan hidup anda dengan sebaik mungkin agar diri anda dapat menarik perhatian bakal pasangan anda nanti. Daya tarikan yang sebenarnya adalah daripada hati yang murni dan elakkan daripada perasaan negatif terhadap orang lain. Sayangilah orang di sekeliling anda supaya anda juga diberikan kasih sayang yang sama.
4. Tarikan lelaki pada sikapnya. Untuk perempuan pula adalah wajah dan bentuk badan. Oleh itu, anda perlu selalu menjaga penampilan, kecantikan dan kesihatan diri.
5. Buka hati dan minda untuk menerima cinta. Cinta itu datang tanpa dipaksa. Ia lahir di dalam jiwa yang sedia menerima kehadirannya.
6. Ramai yang kecewa dan terlepas peluang kerana lambat meluahkan hasrat di hati. Tidak salah sekiranya anda yang memulakan langkah pertama menghulurkan salam perkenalan.
7. Beri tumpuan kepada minat dan perasaan pasangan anda. Layan bakal pasangan anda dengan baik walaupun baru berkenalan. Wujudkan suasana selesa. Namun, jangan sesekali melampaui batasan agama. Adalah lebih baik jika anda membawa orang ketiga setiap kali bertemu muka.
8. Latih diri untuk pandai mendampingi orang lain. Buang perasaan benci dan gantikan dengan perasaan kasih sayang berterusan.
9. Lelaki mudah tertarik pada perempuan yang tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian.
10. Wanita pula mudah tertarik dengan lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Jangan terlampau kedekut semata-mata untuk berjimat.
11. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang boleh memalukan bakal pasangan. Senyuman ikhlas dan wajah yang menawan bakal meleraikan setiap kekusutan.
12. Keserasian adalah tarikan. Carilah bakal pasangan yang berkongsi minat yang sama. Jika ada perbezaan, jangan jadikan alasan untuk memutuskan perhubungan. Adakalanya, cara yang berbeza itu adalah pengikat kuat sesebuah perhubungan.
13. Perempuan membentuk hubungan melalui perbualan. Lelaki pula membentuk hubungan melalui aktiviti yang dilakukan bersama.
14. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai dan tidak digemari oleh bakal pasangan.
15. Berikan pujian yang ikhlas untuk memotivasikan pasangan. Jika perlu membuat kritikan, lakukan dengan tertib untuk tidak menyinggung perasaan si dia.
16. Orang yang berasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada diri dan bentuk keyakinan diri. Dalam pada itu, carilah pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semua perkahwinan semestinya mahukan pengakhiran yang bahagia. Tiada siapa yang inginkan hubungan mereka berakhir dengan begitu sahaja. Jika anda lihat, cinta dan kebahagiaan banyak terletak kepada status seseorang bukan dari niat yang suci.
Itulah sebabnya mengapa orang ramai mendapat banyak perceraian. Mereka berfikir perkahwinan itu perkara yang mudah.
Apabila anda berkahwin, anda memberi komitmen terhadap seseorang untuk mengharungi segala detik bersama. Anda perlu faham bahawa perkahwinan itu bukan tentang cinta. Tetapi ia adalah tanggungjawab yang besar. Setelah sekian lama mengharungi masa bersama ada kalanya pasangan anda mungkin berasa bosan, jadi untuk mengelakkan itu dari terjadi ikut langkah ini agar dia kembali jatuh cinta kepada anda.
Oleh kerana sudah lama bersama, anda mungkin memikirkan kerja lebih berbanding pasangan anda. Kadangkala pasangan anda akan berasa sunyi jika anda tidak mengendahkannya. Mereka mungkin berfikir anda tidak mengambil berat terhadapnya. Oleh itu, luangkan sedikit masa anda untuk mereka. Ia mampu menceriakan lagi hari anda dan dia. Beri perhatian seperti mana anda kenal dahulu.
Sentuhan fizikal tidak menimbulkan keajaiban. Tetapi kita semua tahu ini sentuhan yang lembut boleh digunakan untuk memujuk, menghibur dan saling mencintai satu sama lain. Untuk lebih romantis pegang tangan pasangan anda apabila anda berdua keluar berjalan. Ia akan mengimbau kembali seperti zaman percintaan anda dahulu.
Fikir kembali percintaan anda dengan dia. Fikirkan balik di mana saat anda bersusah payah ingin mendapatkannya untuk menjadi yang halal. Ingat kembali semua detik-detik yang membuat anda jatuh cinta. Bagaimanakah pasangan anda yang dulu dan sekarang. Lakukan semula segala-gala balik bersama pasangan anda.
Bilakah kali terakhir anda cakap ‘i love you’ pada pasangan anda? Jika baru, anda seorang yang menghargai pasangan anda. Perkataan i love you atau saya sayang awak boleh membawa maksud yang mendalam dan bahagia kepada seseorang. Sebutkan sahaja i love you sebeleum pergi kerja, sebelum tido seperti awal perkenalan anda dahulu.
Pujian juga adalah salah satu tips yang boleh membuat anda dan pasangan merasa disayangi. Pujian merupakan tanda pengiktirafan anda kepada pasangan. Seperti, ‘cantik pakaian awak hari ini’ atau ‘awak nampak hensem’. Ia lebih memberi impak yang positif kepada pasangan.
Sumber : weareheretoinspire
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!