Lelaki Tak Suka “Surprise” Macam Perempuan

Bukanlah semua lelaki, tapi ada sesetengah lelaki malu dan rimas jika situasi di kelilingnya begitu rumit. Hence, make it simple! Memanglah seronok jika anda berusaha keras mungkin membuat hadiah DIY menggunakan kepakaran dan kreativiti anda namun jika dia tak suka untuk menerimanya buat apa? Sia-sia kan?

Bukan Semua Lelaki Suka Surprise, Jadi Isteri Tak Perlu Pening Sangat

Daripada anda perah otak buat perancangan kejutan atau buntu tak tahu hendak beli apa sebagai hadiah, ambil tahu dahulu tentang minatnya serta keperluan yang dibutuhkan si lelaki.

#1 Utamakan Apa Yang Dia Nak

Ambil tahu tentang hobinya, mana tahu dia perlukan alat bantuan lain seperti jika dia gemar fotografi mungkin dia perlukan tripod, aneka lensa kamera dan sebagainya. Jika dia banyak menghabiskan masa di pejabat dan sering tertekan dengan lambakan kerja, anda mungkin boleh hadiahkannya sekotak teh premium mahupun wangian aromaterapi untuk diletakkannya di meja pejabat.

IKLAN

#2 Tak Perlu Fikir Susah-Susah

Yup, rata-rata kita yang perempuan ni suka melebih-lebih walhal lelaki jenis yang “bantai aje”. Nah, jangan risau jika dia akan fikir yang bukan-bukan terhadap hadiah anda beri sebab lelaki tak serumit perempuan okay! Perempuan suka menilai maksud tersirat dan tersurat hadiah yang diberikan kepadanya namun lain bagi lelaki kerana mereka anggap, less is more.

#3 Perhatikan Apa Yang Mereka Suka Beli Untuk Diri

Jika anda lihat teman lelaki selalu membeli cakera permainan video, cuba belikannya hadiah yang ada kaitan dengan permainan video. Perlu tahu, jika lelaki sanggup berhabis wang untuk hobinya, dia pasti hargai apa yang anda beri jika objek tersebut ada kaitan dengan hobi serta minat obsesinya.

IKLAN
Bukan Semua Lelaki Suka Surprise, Jadi Isteri Tak Perlu Pening Sangat

#4 Di Mana Mereka Banyak Luangkan Masa?

Jejaka idaman anda tu mungkin tak suka membeli-belah selalu, namun jika anda benar sayangkannya anda mesti tahu apa yang dia suka dan ke mana di selalu luangkan masa untuk melepak dan menghabiskan masanya. Salah satu cara untuk tahu tentang minatnya adalah berpandukan tempat yang sering dituju untuk meluangkan masa lapangnya.

IKLAN

#5 Beri Apa Yang Mereka Perlu

Apa yang mereka perlu dan bukannya apa yang anda mahu. kalau mereka suka automotif tapi anda tak tahu sangat berkenaan topik itu, elak diri daripada membeli yang anda tidak arif kerana takut anda yang tertipu nanti. Jadi cuba kaji sedikit dan dapatkan benda lain yang dia suka tetapi kena dengan pengetahuan yang anda ada

GAMBAR HIASAN : TANGKAP PICTURES

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI