Jika dilihat dalam adat perkahwinan bangsa lain, kebanyakan mereka percaya jika wanita bujang ‘menangkap’ bunga tangan yang dibaling oleh pengantin perempuan, itu bermakna mereka bakal mendirikan rumah tangga selepas itu.
Namun bagi kita masyarakat Melayu, bunga tangan yang digenggam oleh si ratu sehari hanyalah sekadar melengkapkan penampilan raja sehari untuk tampak sempurna.
Selain berfungsi sebagai elemen menambah keceriaan di majlis bahagia, gubahan bunga tangan turut menyuntik mood istimewa buat si mempelai agar tampak luar biasa serta mampu memukau pandangan tetamu yang memandang.
Panduan Dalam Memilih Bunga Tangan (bunga segar)
* Elakkan memilih bunga dengan haruman yang kuat. Ini akan mengganggu tumpuan anda ketika bersanding di pentas pelaminan bersama pasangan.
* Elakkan menggunakan warna bunga yang sama dengan warna tema majlis.
* Senaraikan jenis bunga yang anda inginkan. Jadi mudah untuk anda membuat kiraan bajet.
* Kombinasi warna bunga yang lembut seperti krim, kuning susu, jingga cair, violet, dan putih mampu menambah keanggunan.
Ads
Bunga Segar VS Bunga Artifisial
Bunga Segar
* Lebih menarik
* Harga bunga mahal
* Mempunyai aroma yang harum
* Tidak tahan lama
Ads
* Warna bunga bervariasi
Bunga Artifisial
* Kurang menarik
* Harga bunga murah
* Tiada beraroma
Ads
* Tahan lama
* Warna bunga terhad
Elemen Penambah Gaya Bunga Tangan
* Penggayaan kerongsang mampu menambah gaya elegan pada bunga tangan.
* Injeksi mutiara dan kristal pula mampu menyuntik elemen keserian.
* Jika inginkan sesuatu yang bersifat romantik dan penuh kelembutan, elemen bulu menambah nilai gaya pada bunga tangan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dapat dinafikan, kecantikan kulit wajah akan meningkatkan keyakinan diri wanita. Kulit segar, berseri dan menawan, menjadikan individu lebih selesa berhadapan dengan orang. Tambahan buat anda yang tidak lama lagi bakal menamatkan zaman bujang, mesti nak kelihatan cantik di hari persandingan.
Kulit kusam disebabkan masalah sel kulit yang bercampur. Sel kulit yang mati dan sel baharu saling bercampur menyebabkan kulit tampak gelap dan bernoda. Pertumbuhan sel juga lambat dan sel baharu kurang berkembang. Ini menyebabkan kulit tampak pudar.
Kulit sebegini sering mudah mendapat ‘white heads’ iaitu pengumpulan lemak dalam pori-pori kulit. Lemak ini berasal daripada kelenjar sebum atau kelenjar minyak yang terlalu aktif.
Oleh kerana pengeluaran lemak terlalu banyak, kulit jadi berminyak dan memudahkan jerawat tumbuh. Begitu juga dengan noda hitam akibat sel sebum dan bulu roma yang bercampur. Noda hitam yang banyak menyebabkan warna kulit menjadi tidak sekata. Kulit tampak kotor meskipun sudah dicuci.
Satu lagi masalah yang menjadikan kulit tampak kusam ialah kesan parut lama. Apabila kulit berparut akibat jerawat atau masalah lain, kesan kehitaman mudah dilihat.
Kehilangan kolagen
Mencuci muka saja tidak boleh membantu mengatasi secara menyeluruh. Jika seseorang wanita itu bekerja di kawasan yang terdedah kepada sinaran matahari, kulit akan menjadi lebih kasar, pigmentasi dan cepat berkedut.
Ini kerana sinaran matahari boleh menyebabkan berlaku pigmentasi. Keadaan itu menjadikan individu nampak lebih tua.
Sinaran UVA dan UVB juga menyebabkan kulit cepat kehilangan kolagen. Kolagen pada kulit tidak boleh diganti dengan hanya menggunakan produk kecantikan seperti bedak saja atau mengambil makanan tambahan mengandungi kolagen.
Kaedah terbaik ialah perlu menjaga kulit daripada kerap terdedah kepada cuaca panas yang turut memberi kesan kepada kehilangan kolagen dengan lebih cepat.
Produk kecantikan juga penyebab kulit kusam kerana sesetengahnya mengandungi bahan kimia yang tinggi.
Rawatan laser
Pada masa kini, teknologi laser digunakan dengan meluas bagi meningkatkan kecantikan kulit. Laser Fractional Co2 ( Carbon Dioksida) merangsang kulit dan mengelakkan masalah kulit kusam.
Apabila pixel dibuat, pancaran laser yang menusuk kulit akan mengeluarkan sel mati dan meningkatkan aktiviti sel baharu. Ini membolehkan sel lama dikeluarkan dan aktiviti penggantian kulit akan lancar.
Laser juga mengecilkan kelenjar sebum. Apabila minyak kurang keluar, wajah tampak lebih sekata dan lebih berseri. Penggunaan laser juga menghapuskan white head akibat minyak berlebihan.
Penggunaan laser yang berkualiti sangat mustahak bagi menghasilkan kesan yang diingini. Laser ada pelbagai jenis dan setiap satunya amat spesifik tindakannya.
Laser jenis Fractional Co2 bertindak menghapuskan jenis parut berlubang dan membuang sel mati yang melekat pada kulit.
Justeru, ia amat sesuai bagi rawatan kulit kusam. Laser ini juga sesuai bagi semua jenis kulit.
Guna pelindung
Laser Fractional Co2 juga akan menghilangkan kedutan yang halus pada bahagian mata dan dahi serta menegangkan kulit akibat stimulasi kolagen.
Selepas rawatan laser dijalankan, amat mustahak menjaga kulit supaya tidak terkena pancaran matahari selama seminggu. Pada waktu ini amat penting sekali kita menggunakan pelindung cahaya matahari yang baik dan krim pelembap yang disyorkan oleh doktor.
Sekiranya langkah ini diikuti, anda pasti mendapat hasil yang sangat baik dan kulit yang benar-benar halus dan mulus.
Kulit yang halus mudah diuruskan. Ia sukar berjerawat berbanding kulit yang kasar. Ini kerana kelenjar minyaknya adalah sekata dan tidak berlebihan.
Ia juga tampak sempurna apabila disapu bedak atau mekap. Pori-porinya kecil membuatkan sapuan mekap sempurna dan sama rata.
Ini juga membuatkan anda kelihatan segar dan berseri sepanjang hari. Mereka yang berkulit halus juga tidak berasa ragu untuk tampil tanpa mekap. Ini kerana kulit yang cantik dan licin akan tetap menarik meskipun tiada sebarang solekan dikenakan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Majlis perkahwinan merupakan momen yang paling istimewa untuk pasangan pengantin kerana di sini cinta termeterai bagi melayari kehidupan berumah tangga. Antara yang penting untuk difikirkan bagi melengkapi majlis perkahwinan ialah kek perkahwinan. Terpulang kepada anda untuk menentukan kek perkahwinan dengan rona dan hiasan yang bagaimana. Lima stail kek perkahwinan ini mungkin dapat membantu memberi inspirasi buat anda dalam menentukan kek pilihan.
1.DOMINASI WARNA PUTIH, RINGKAS NAN ELEGAN
Kek dengan rona putih sering menjadi pilihan untuk majlis perkahwinan kerana ia mampu memberi kesan ringkas namun dengan sentuhan elegan. Ramai meyakini warna putih menjadi satu kemestian untuk melengkapi dekorasi majlis perkahwinan kerana ia dianggap mewakili kesucian untuk majlis tersebut. Anda juga boleh menambah hiasan unik seperti hiasan mutiara, pita berwarna emas ataupun hiasan butter cream yang dibentuk menarik.
2.SENTUHAN FEMININ DENGAN WARNA MERAH JAMBU
Wanita lebih menyukai pada warna merah jambu. Paduan warna merah jambu bersama putih ternyata memberi kesan feminin dan elegan pada sesebuah kek perkahwinan. Bagi anda yang ingin merias kek perkahwinan agar lebih cantik dan menarik, tambahkan bunga-bunga ataupun pilihlah alas meja kek perkahwinan dengan dominasi warna merah jambu. Kek perkahwinan dengan warna merah jambu mungkin boleh menjadi salah satu pilihan untuk membahagiakan pasangan wanita anda.
3.RONA UNGU YANG MEMIKAT JIWA
Setiap individu mempunyai warna tersendiri sebagai warna yang mereka sangat senangi. Dengan hiasan bunga juga pola butter cream yang menarik, pastinya kek perkahwinan akan nampak mewawah di mata pasangan anda.
4.MAWAR MERAH BERI KESAN ROMANTIS
Mawar merah kerap kali dianggap sebagai simbol pada sebuah cinta untuk mengungkapkan perasaan cinta kepada pasangan. Mawar sering kali kita hadirkan dan kita beri pada momen-momen tertentu seperti ulang tahun ataupun ketika waktu melamar. Tidak ada salahnya anda menghadirkan kembali mawar merah ini sebagai tema untuk kek perkahwinan anda. Kek perkahwinan ini boleh menjadi kek yang akan mengingatkan kembali perjuangan cinta anda terhadap pasangan. Menarik dengan paduan warna putih dan merah, ia seakan-akan serasi untuk menghiasi acara resepsi yang penuh elegan.
5.HITAM DAN PUTIH TAMPIL ELEGAN
Anda dan pasangan mungkin ada keserasian dalam memilih warna hitam dan putih. Ternyata warna-warna ini boleh menjadi warna yang padu untuk memberi kesan elegan, ringkas dan mewah pada sesebuah kek perkahwinan. Malah hiasan bunga juga boleh menjadi penyeri untuk kek perkahwinan dengan tema kedua-dua warna ini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesetengah orang tidak kira lelaki ataupun perempuan, mereka terlalu mencari calon yang sempurna untuk dijadikan suami atau isteri. Namun, semuanya telah ditentukan oleh Allah.
Kita hanya merancang sahaja, tidak semestinya apa yang kita mahukan itu kita akan dapat. Jadi, kita perlu lebih berusaha dan sentiasa mendekatkan diri dengannya.
Tetapi, siapa sahaja yang ingin meneruskan kehidupan berseorangan tanpa sebuah keluarga? Meskipun sudah berusia namun masih belum berjumpa jodoh. Mungkin ini sebab anda masih tidak bertemu jodoh.
1. Terlalu memilih
Bila dah berkenalan dengan seseorang ada sahaja yang tidak kena dengannya. Dari segi penampilan, peribadi, dan sebagainya. Ada pula yang meletakkan pelbagai syarat menyebabkan hubungan tersebut tidak diteruskan.
2. Banyak komitmen
Setiap individu mempunyai berlainan komitmennya. Ada yang masih terikat dengan keluarga, pelajaran, pekerjaan dan diri sendiri. Komitmen juga boleh menyebabkan impian seseorang itu terhalang lebih-lebih lagi untuk menuju ke arah sebuah perkahwinan.
3. Sudah selesa hidup bersendirian / berdikari
Kebanyakkan mereka yang masih belum berumah tangga ini disebabkan mereka sudah biasa bersendirian. Malah, mereka sudah memiliki segala yang diidamkan. Ini menyebabkan mereka tiada inisiatif untuk mencari pasangan hidup.
4. Tidak didesak oleh ibu bapa
Sehingga sekarang masih ada yang tidak mendapat desakan dari kedua ibu bapa mereka untuk berkahwin. Mereka akan merasa senang kerana tiada siapa bertanyakan hal perkahwinan kepada mereka.
5. Masih mengejar kerjaya
Kerjaya yang diingini adalah salah satu impian dalam matlamat hidup. Mereka sudah meletakkan syarat kepada diri mereka untuk mengejar kerjaya yang mereka inginkan dahulu sebelum fikir soal jodoh.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...