Siapa di sini suka mencari pasangan yang jauh dari negeri yang mereka duduk? Ramai pasangan yang memikirkan untuk mendapatkan pasangan daripada luar kawasan mereka. Tetapi, ada juga pasangan yang tidak mahu memilih pasangan yang berada jauh kerana sukar untuk berjauhan dengannya.

Namun tahukah anda yang anda boleh dapat banyak kelebihan apabila bertemu jodoh dengan orang jauh. Mari kita lihat antara 5 kelebihan yang anda boleh dapat apabila bertemu jodoh yang jauh.

1. Majlis akan meriah

Image result for majlis kahwin
Foto : 100comments

Apabila anda berkahwin dengan orang yang jauh, anda akan menerima kunjungan yang meriah dengan beberapa buah kereta yang akan mengiringi membuatkan majlis anda nampak begitu hebat sekali. Tidak hanya itu, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai lagi saudara-mara anda yang datang.

2. Belajar untuk hidup berdikari

Related image

IKLAN

Bagi anda yang baru sahaja berkahwin, anda perlulah bersedia untuk mengharungi alam perkahwinan. Sesetengah anak muda, mereka ingin hidup berdikari. Mereka bukanlah tidak sayangkan keluarga mereka. Mereka hanya inginkan satu ruang dan peluang bagi menguruskan keluarga sendiri. Bagi anak muda yang ingin merasai kehidupan sebegini, mendapat pasangan jauh mungkin adalah cadangan yang baik untuk anda.

3. Dapat berkenalan dengan keluarga baru dan saudara mara yang jauh

Related image

IKLAN

Kebiasaan pasangan jauh tidak akan bertemu jodoh saudara rapat mereka sendiri. Dengan itu, anda berpeluang untuk bertemu serta berkenalan dengan keluarga baru serta saudara mara baru. Anda boleh meluaskan kenalan anda pada keluarga pasangan anda. Bukankah Allah jadikan kita berberbeza bangsa dan suku supaya kita dapat berkenalan. Ini adalah cara yang terbaik untuk anda mengenali antara satu sama lain walaupun jauh.

4. Mendapat genetik yang baik

Related image

IKLAN

Di dalam Islam, perkahwinan antara sepupu atau sedara dekat adalah tidak terlalu di galakkan. Ini kerana, secara saintifik ia terdapat beberapa jenis penyakit yang berisiko sekiranya kedua dua pasangan adalah pembawa atau dari keturunan yang sama. Namun, perkahwinan jauh mampu mengurangkan risiko penyakit jenis kepada anak.

5. Ada kampung halaman

Image result for kampung

Jika anda berkahwin dengan orang jauh, anda akan mempunyai kampung halaman anda sendiri. Bermakna ia luar daripada kawasan anda. Bagi anda yang tinggal bersama keluarga di bandar, ini adalah salah satu peluang di mana anda dapat merasa suasana di kampung. Pasti anda akan menyukainya.