Tidak dapat dinafikan bahawa ramai yang menunggu keputusan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan bila keputusan keluar, anda didapati tidak layak untuk mendapat bantuan tersebut. Alangkah kecewanya hati.
Namun, jangan risau kerana anda masih lagi boleh membuat rayuan kerana kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei 2020.
Memetik artikel oleh Astro Awani, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan ini dibuat selepas mengambil kira rungutan rakyat akibat penolakan yang dianggap tidak relevan dengan situasi semasa.
Ads
“Ada yang permohonannya ditolak kerana dalam rekod menunjukkan pendapatan melebihi syarat kelayakan. Tetapi mereka sebenarnya telah hilang pekerjaan dan hilang sumber pendapatan.
“Ada juga yang memohon adalah pelajar yang telah menerima bantuan BPN bagi kategori 9 pelajar. Jadi permohonan mereka untuk mendapatkan bayaran BPN bagi kategori bujang ditolak,” katanya dalam perutusan khas di Putrajaya, Ahad lalu.
Ads
Selain menghantar e-mel, para pemohon yang mana permohonan mereka tidak diluluskan, boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter LHDN untuk membuat rayuan bermula Isnin 11 Mei 2020. Bagi negeri yang bercuti semalam, boleh pergi ke kaunter LHDN pada hari ini.
Ads
Foto: Sumber Internet
Perdana Menteri turut menekankan bahawa dia tidak berjanji yang semua rayuan boleh diluluskan. Tetapi rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, insyaAllah boleh diluluskan.
Sehingga 10 Mei, kerajaan telah meluluskan 2.3 juta permohonan BPN, termasuk permohonan baharu dan rayuan, yang melibatkan sebanyak RM1.7 bilion. Dengan kelulusan tersebut beliau berkata, jumlah penerima BPN setakat ini ialah 10.6 juta orang yang melibatkan bayaran berjumlah RM11 bilion.
Pengalaman saya merawat pesakit -pesakit yang gemuk/ obesity memang agak menghampakan kerana hampir 90% gagal menurunkan berat badan. Yang berjaya turunkan pun hanya 10% dari berat asal. Lepas itu hilang kawalan dan berat naik semula melebihi tahap asal.
Faktor yang amat penting untuk berjaya ialah mengubah caragaya hidup khususnya tabiat makan. Saya nasihatkan mereka tentang kawalan dan kurangkan amount makanan khususnya yang mengandungi gula dan karbohidrat saperti nasi , roti, mee, kuih-kuih, donut, biskut dan makanan junk.
Saya juga tekankan tentang exercise, berjalan kaki , atau berkebun, atau basuh kereta atau bersih rumah selama 30 minit setiap hari. Perlu kuatkan azam dan kesungguhan serta berusaha dengan tekun untuk mengubah beberapa tabiat yang tidak sesuai.
1. Jangan terlalu laju makan. Habiskan makan selama 20 minit. Jangan cuba berlumba untuk habiskan makanan antara suami isteri. Kunyah perlahan-lahan sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit atau lebih diperlukan untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.
2. Lebihkan tidor satu jam dari biasa. Kurang tidor boleh menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan-makan sampingan menyumbang kepada kenaikkan berat badan.
3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah-buah. Masak sayur sekejap tanpa overcooking, suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah-buah mengandungi banyak fiber , vitamin dan antioksiden serta kurang kalori yang menggemokkan .
4. Mulakan makan dengan buah-buah diikuti sup sayur dan mushroom. Ia boleh mengeyangkan tanpa mengemokkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.
5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepong gandum saperti donut, cakes dan lain-lain. Makan ‘whole grain’ wheat. oat, barley dan brown rice.
6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.
7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi gula dan manisan.
8. Minum teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.
9. Makan dirumah dengan masakan sendiri sekurang-sekurangnya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, boleh kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.
10. Amalkan ‘berhenti rehat seketika waktu tengah makan’ . Masa itu ia akan berasa kenyang. Minum air mineral waktu rehat makan.
11. Amalkan konyah ‘chewing gum’ ketika menonton TV atau ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemok kadangkala makan sedikit dihadapan orang lain tetapi dibelakang, atau senyap-senyap ia ulang makan.
12. Gunakan pinggan kecil (10′) menggantikan pinggan besar (12′) untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil. Lebihkan sayur-sayuran atau salad dan lauk-lauk dalam hidangan serta kurangkan nasi.
13. Bila makan direstoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak-kanak, bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan.
14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau ‘craving’ makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemok sering ketageh atau ‘craving’ makanan yang manis. Makan buah-buah atau kacang-kacang waktu ketageh nak makan, jauhkan segala makanan manis dan karbohidrat.
15. Berjalan 30 minit sejauh 2 – 3 km, atau cabut rumput rumpai dihalaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah. Exercise hingga berpeluh. Jauhkan minuman manis selepas exercise atau berkerja. Minum air mineral saja.
Perkara utama yang paling menjadi keutamaan bakal ratu sehari ialah busana dan solekan yang akan dikenakan pada hari bahagia nanti. Ini merupakan dua aspek penting bagi bakal pengantin.
Solekan yang keterlaluan dan tidak sesuai dengan majlis membuatkan raja sehari kurang yakin di atas pelamin. Apabila solekan tidak sesuai, sekaligus ia mengurangkan seri wajah di hari bahagia.
Solekan pengantin pada masa kini lebih kepada gaya solekan yang nampak natural. Warna-warna pastel dan bronze sangat diminati dan mendapat permintaan tinggi pada masa kini. Mainan warna-warna lembut mampu menaikkan aura seri pengantin. Akan tetapi mekap pengantin tidak terhad kepada warna-warna lembut sahaja.
Sediakan ruang yang selesa dari segi pengudaraan dan pencahayaan ketika proses solekan dilakukan. Pencahayaan amat penting untuk memastikan struktur wajah dan warna kulit dapat dilihat dengan jelas bagi menentukan bentuk kening, shading, warna foundation, eyeshadow, lipstik serta keseluruhan mekap bertepatan dengan kesesuaian wajah dan kulit masing-masing.
Manakala proses solekan pengantin kadangkala memakan masa sejam setengah sehingga dua jam menuntut ruang yang selesa dari segi pengudaraan bilik. Sekurang-kurangnya sediakan kipas angin ketika proses solekan dijalankan. Itu pun sudah memadai bagi keselesaan pengantin dan jurusolek
Tidak menjadi kesalahan sekiranya pengantin berbincang atau nyatakan kehendak solekan yang disukai. Namun, anda juga harus tahu bahawa tidak semestinya setiap kehendak pengantin itu dapat diterima oleh jurusolek kerana jurusolek mungkin mempunyai pandangan yang lebih arif dalam menentukan solekan yang lebih sesuai dengan struktur wajah, warna kulit, warna persalinan serta tema majlis yang diadakan.
Jadi, seeloknya cubalah berbincang untuk mendapatkan hasil yang disenangi oleh kedua-dua pihak. Sekiranya anda yang telah memilih jurusolek tersebut, maka apa kata anda serahkan kepercayaan jurusolek yang dipilih untuk lakukan yang terbaik.
Isu ini mungkin agak sensitif bagi sesetengah orang. Ada di antara pengantin tidak mahu keningnya di usik langsung atas sebab-sebab tertentu. Sebagai jurusolek profesional, biasanya sudah tentu mereka sentiasa menghormati dan menuruti kehendak anda dan tidak akan sesekali memaksa pelanggan.
Sebaik-baiknya minta pendapat daripada jurusolek anda tentang perkara ini kerana ada juga di antara anda yang telah memiliki kening yang cantik atau mudah dibentuk tanpa dicukur atau dibersihkan.
Bagi masa yang secukupnya untuk jurusolek anda menyiapkan solekan anda sehingga ke sentuhan terakhir. Kadangkala ada di antara tetamu yang suka menakut-nakutkan pengantin dengan menggambarkan solekan yang dilakukan hodoh dan sebagainya, sedangkan proses solekan belum pun selesai sepenuhnya.
Perkara ini bukan sahaja akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan jurusolek malah boleh mengganggu emosi pengantin yang risau akan hasil solekannya nanti. Jadi, seeloknya sila pastikan hanya tetamu tertentu sahaja yang dibenarkan berada bersama pengantin ketika proses solekan di lakukan.
Pastikan juga anda telah bersedia untuk disolekkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Mandi, cuci muka, makan dan selesaikan perkara yang perlu sebelum mak andam atau jurusolek tiba kerana kebanyakannya lebih suka memulakan kerja mereka sebaik sahaja sampai atas sebab-sebab tuntutan kerja, komitmen atau urusan lain.
Cemburu biar bertempat. Tahukah anda, cemburu jika tidak dibendung boleh membawa kepada masalah jiwa! Sebelum merebak, atasinya segera. Ini solusi untuk lelaki, suami yang berhadapan dengan isteri kuat cemburu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...