Wanita yang mempunyai saiz badan yang agak besar atau plus size pastinya ingin terlihat anggun dan mempesona saat bergelar raja sehari.
Masalah yang sering dialami bagi golongan ini adalah gaya atau baju paling tepat agar tampak langsing dan bergaya.
Nak nampak langsing dan menyerlah di hari bahagia, ikut tip ini.
1. Potongan Baju
Pilihan baju sexy shoulder membiaskan ilusi terbaik pada bahagian atas badan terutamanya bagi yang mempunyai rangka bahu yang besar dan lebar.
Pilihan samada bukaannya hanya paras bahu (off shoulder) mahupun sehingga ke pangkal dada. Potongan kolar berbentuk v-shape juga sesuai dan akan memberikan kesan leher yang lebih jinjang.
Ads
Baju akan tampak lebih indah disusuli rekaan lengan daripada fabrik renda perancis polos, hanya hujung lengan direka sulam sedikit sarat.
2. Fabrik Bermotif
Sekiranya anda memilih fabrik atau baju yang mempunyai corak atau motif, elakkan daripada memilih motif horizontal dan saiz motif yang terlalu besar.
Sebaiknya anda memilih baju bermotif garis-garis vertikal dan secara tidak langsung, tubuh gempal kelihatan tinggi dan ramping. Garisan-garisan yang dihasilkan mencetuskan ilusi yang lebih langsing dan kurus. Tip ini mungkin kelihatan kecil, namun mempunyai pengaruh yang sangat besar secara visual.
Ads
3. Aksesori Ideal
Memilih aksesori yang sesuai tidak kurang pentingnya untuk penampilan yang lebih menyerlah. Pemilihan aksesori dan kasut yang tepat sangat penting bagi memastikan penampilan anda agar tidak kelihatan terlalu sarat dan berat.
Kebanyakan kaum wanita mengalami kesulitan menggunakan kasut yang terlalu tinggi, jadi pilihlah kasut yang tidak terlalu tinggi atau menggunakan wedges. Kasut yang agak tinggi akan memberi kesan tubuh yang lebih jinjang bagi orang bertubuh gempal.
Ads
4. Pilihan Fabrik
Dari segi pilihan fabrik, wanita plus size perlu memilih fabrik yang lebih lembut dan polos seperti sifon, sutera atau satin yang tidak terlalu berkilat.
Elakkan dari memilih fabrik jenis jersey atau fabrik jenis melekat di tubuh kerana ia akan menampakkan lagi susuk tubuh badan anda yang gempal itu.
Anda juga disarankan supaya memilih jenis fabrik yang lebih berat kerana ia bakal menghasilkan siluet yang lebih kemas dan terletak.
5. Memahami Bentuk Tubuh
Tip terakhir yang tidak kurang pentingnya dalam tip memilih baju kahwin bagi wanita plus size adalah dengan memahami bentuk tubuh badan anda sendiri.
Seperti mana yang kita ketahui, wanita bertubuh curvy juga memiliki bentuk tubuh pelbagai. Oleh kerana itu, pemilihan baju yang sesuai dan tepat turut menentukan pesona dan keanggunan penampilan anda di hari bahagia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biaskan aura anggun buat penampilan anda di majlis meraikan cinta. Sentuhan magis melahirkan solekan memukau dengan dandanan rambut yang mempesonakan. Pautan hati si dia bertambah mekar saat melihat penampilan si ratu persis bidadari saat melangkah ke astana cinta.
Olesan solekan malar segar sememangnya tak lapuk dek zaman. Sapuan rona tanah pada kelopak mata memberi kesan segar dan anggun. Sempurna dengan calitan gincu berona nude.
TIP: Oleskan sedikit pengilat bibir agar bibir tampak lebih mungil. Padanan gincu berona merah jambu lembut juga sesuai untuk solekan ini.
Gaya low bun memberi kesan yang lebih romantis buat ratu sehari. Alunan cinta dandanan disisir rapi dengan sulaman bunga orkid berona lembut.
TIP: Gaya dandanan ini boleh dipadankan bersama layah ringkas. Alunan layah dengan percikan batu permata dan jemeki memberi padanan yang sempurna.
Aura jelita lebih menyerlah dengan solekan ini. Sapuan pembayang mata berona sedikit terang memberi hasil solekan yang lebih menyerlah. Tampil sempurna dengan olesan gincu berona pastel.
TIP: Letakkan sedikit sapuan glitters untuk mencipta kesan bibir yang lebih glamor. Elakkan daripada memakai gincu dengan rona yang terlalu terang.
4.Cukup mempesona penampilan si ratu sehari dengan gaya braided Sulaman gaya rambut ini tampak kemas dengan sanggul di bahagian bawah yang menghasilkan sisi feminin yang tiada tara.
TIP: Untuk tampil lebih menawan, sulamkan gaya braided ini dengan kuntuman bunga baby breath. Padankan ia dengan subang ringkas dan minimalis.
SOLEKAN & DANDANAN : EMMA MUSTAFA MODEL : HANIA
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi bakal mempelai, seringkali menghadapi stres menjelang hari perkahwinan mereka. Hal itu memang wajar, kerana mereka harus memperhatikan betul-betul semua perencanaan dengan matang. Akan tetapi, stres yang berlebihan juga tidak baik. Ia boleh memberi kesan kesihatan menjelang hari bersejarah anda nanti.
Berikut beberapa makanan yang boleh membantu anda meredakan ketegangan.
Aiskrim
Aiskrim
Mengandungi amino tryptophan yang dapat menenangkan otak. Ia juga dapat dilihat sebagai makanan yang mampu memberikan rasa ceria dan lebih bertenaga. Bukan hanya tertarik dengan campuran warna serta dekorasi menarik, malah rasa manis pada aiskrim mampu meningkatkan tahap kecerdasan tubuh.
Coklat
Coklat
Kandungan serotonin yang ada di dalam coklat membantu untuk menurunkan rasa stres dan menghilangkan rasa ketegangan otak. Rasa manis ditambah dengan campuran hazelnut, pasti menggiurkan tetapi ingat, kawal pengambilannya. Tentu anda tidak mahu busana pengantin anda seperti ‘sarung nangka’ saat disarungkan ke tubuh.
Kacang Almond
Kacang Almond
Kacang badam dipercayai dapat mengurangkan kadar stres anda. Diperkaya dengan vitamin E, B2, magnesium dan zink, ia dapat menghilangkan tekanan pada otak. Amalkan cara pengambilan 1/3 cawan yang bersamaan 306 kalori.
Asparagus
Asparagus
Pengambilan asparagus mampu menghilangkan tekanan. Ini kerana ia mengandungi Vitamin B serta asid folik yang mampu menstabilkan emosi anda serta membantu untuk mewujudkan rasa tenang dan gembira. Cara masakan sama ada ditumis atau digril.
Daging
Daging
Daging adalah antara makanan terbaik untuk dijadikan sebagai terapi untuk mengurangkan stres. Ia mengandungi zink, zat besi dan vitamin B yang sememangnya penting dalam mengawal emosi anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kahwin oh kahwin! Seronok kalau bercakap bab Kahwin ini yang penuh dengan adat istiadat cantik suasana meriah tapi rangka kerja yang diperlukan sangat menyesakkan.
Selepas majlis nikah, acara yang paling ditunggu-tunggu tetamu dan keluarga ialah melihat pasangan mempelai bersanding diatas pelamin yang tersergam indah. Sudah pastikan pelamin yang dipilih mengikut tema yang sesuai dengan busana raja sehari pada hari itu?
Rasanya tidak perlulah berceloteh panjang mengenai tip memilih pelamin dan busana perkahwinan, harusnya pasangan pengatin bijak memilih mengikut cita rasa.
1. Konsep
Pastikan baju dan pelamin anda sedondon. Kalau anda pakai busana dari songket, minta bridal anda untuk sediakan pilihan pelamin sentuhan tradisional. Pelamin yang sarat dengan bunga-bungaan dan warna putih sesuai untuk perkahwinan bertemakan english style. Jika anda mahu pelamin berbunga, pilih busana dari renda.
2. Jangan Banyak Sangat Warna
Tradisional biasanya lebih sesuai dengan warna tegap atau keras seperti hijau zamrud, royal biru atau kuning emas berbanding english style yang lebih pada warna pastel. Mainan warna pada pelamin juga penting, biarlah kena dengan baju anda. Cukup sekadar mengenakan dua tona warna dalam pilihan.
Sumber-Pintrest
3. Wajib ada permaidani
Anda boleh tahu majlis tersebut hebat atau tidak dengan pilihan shaggy carpet atau karpet bulu. Pilihlah yang menyediakan shaggy carpet yang tebal dan tampak eksklusif kerana ia merupakan senjata senyap untuk kesan gambar persandingan anda. Pelamin tanpa shaggy carpet akan membuatkan gambar kahwin nampak seadanya dan hambar dalam kegembiraan majlis.
Sumber-Pintrest
4. Pemilihan kerusi
Kalau boleh elaklah memilih jenis kerusi tinggi sehingga menutup pandangan rekaan pelamin, pemilihan jenis kerusi sebegini tidak lagi menjadi trend. Cukup sekadar memilih rekaan kerusi yang rendah dan lebar bagi keselesaan dan tidak menggangu hiasan pelamin yang telah habis ribuan ringgit untuk dipamerkan pada majlis persandingan anda.
Sumber-Pintrest
Tip pelamin kali ini hanyalah pandangan, lebih baik mengikut kesukaan dan pilihan pasangan. Naik pelamin bukan setiap hari hanya sekali seumur hidup. Pilihlah yang mana anda suka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!