Majlis merisik telah berlangsung kini tiba pula majis untuk bertunang. Sebelum melangkah ke acara seterusnya anda dan pasangan serta keluarga eloklah berbincang dengan jelas agar tidak berlaku salah faham dan sebagai di majlis itu kelak. Sebagai panduan gunalah check list ini supaya anda tidak tersasar dari tujuan yang sebenar.
Ads
Ads
Ads
Pilih tarikh, waktu & tempat. Agar memudahkan semua pihak kedua pihak keluarga pasangan telah menentukan tarikh, waktu dan tempat yang dipersetujui oleh kedua keluarga.
Tentukan jumlah hantaran lelaki dan perempuan – Cth: 7 dulang (P) balas 5 dulang(L) (Pastikan pihak perempuan bagi lebih dari lelaki. Selalunya dalam bilangan no ganjil)
Pilihan Tema hantaran – Biasa nya pemilihan warna yang lembut dan segar seperti merah jambu, kuning lembut dan putih.
Pilihan Gubahan sendiri / tempah -Buat sendiri (lagi jimat). Jika bijak mix & match dekorasi pada gubahan pastinya ia tampil menarik.
Pilihan warna pakaian L/P – Bergantung pada tema. Putuskan warna apa yang sedang trend kini.
Tentukan jenis barang hantaran – Cth: Perempuan = 7 (senaraikan barang-barang yang hendak diberi)
Tentukan jenis barang hantaran – Cth: Lelaki = 5 (senaraikan barang-barang yang hendak diberi)
Jumlah wang hantaran & mas kahwin
Cincin tunang – cincin ( ikut pilihan sendiri)
Pilihan pelamin : Sesetengah orang mahukan mini pelamin, setengah orang hanya gunakan katil yang dihias cantik. Terpulang pada anda di mana acara sarung cincin akan diadakan.
Mekap- tidak perlu mekap yang berlebihan. Memadai dengan mekap yang natural dan soft.
Jurufoto- penting sekali untuk merakam detik indah anda ini. Kalau mampu sediakan jurufoto khas.
Sediakan bajet jamuan makan – Katering atau pun masak sendiri. Kalau tidak ramai yang datang boleh masak sendiri .
Tentukan wakil pihak L/P sbg jurucakap – Biasanya orang tua yang berpengalaman, lebih nampak manis acara apabila ada orang tua yang memulakan percakapan.
Tentukan jumlah keluarga dari pihak L yg akan ikut serta – Cth: (L ) -7 orang, (P)- 10 orang
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi sesetengah orang, penampilan masih menjadi hal utama dalam kehidupannya. Jika tubuh terasa lebih di sana sini, pelbagai cara mahu anda lakukan. Banyak cara diet yang boleh membuat anda semakin bingung memilihnya. Diet dan hasilnya boleh membuat tercengang ialah dengan diet tidak makan nasi.
Untuk memulai segala hal, agar mendapat kejayaan yang setimpal anda perlu memiliki semangat yang kuat. Ini kerana dalam proses diet itu, akan banyak godaan yang menghalang dari turunnya berat badan, cacian daripada orang sekeliling, dan godaan terbesar ialah makanan enak. Oleh sebab itu, anda perlu bertekad yang tak boleh dikalahkan, untuk mendapatkan tubuh ideal.
Padahal, sebelumnya sudah memakan banyak makanan yang karbohidratnya lebih tinggi dari sepiring nasi, tapi masih merasa belum makan. Cubalah untuk diet tak makan nasi. Jika dibayangkan pasti akan terasa berat. Dalam hati akan banyak kerisauan melanda sebelum melakukannya. Apakah sakit perut kalau tidak makan nasi? Jangan terlalu banyak berfikir, mula lakukan dengan memberi pantang pada satu makanan iaitu nasi.
Karena tidak makan nasi, anda perlu mengganti makanan yang masuk ke dalam tubuh agar badan tetap kuat dalam menjalani hari. Anda boleh makan buah pada pagi harinya. Buah apa saja asalkan bukan buah yang memiliki kandungan karbo atau glukosa yang tinggi, misalnya durian, avacado dan manggis. Pilih saja buah-buahan seperti epal, betik, pisang, pear atau belimbing. Dan untuk siang harinya, makanlah secara lengkap sayur dan lauk asalkan tetap tanpa nasi. Kurangkan juga makanan berlemak. Untuk malam harinya, anda boleh makan buah kembali.
Gantilah minuman soda atau kopi , teh manismu dengan segelas air putih. Air putih juga boleh memberi kesan kenyang di tubuh, sehingga anda tidak makan makanan terlalu banyak. Banyak daripada kita yang tak suka air putih, namun setelah membiasakan diri untuk meminumnya setiap hari dengan tekun, hasilnya menakjubkan. Air putih murah harganya, tapi besar manfaatnya.
Mahu jadi tambah manis? Bukan bererti perlu makan banyak makanan manis. Dengan mengurangkan makanan manis boleh membantu diet untuk segera tercapai. Entah bagaimana?, biasanya orang-orang yang bertubuh gemuk sangat menyukai makanan manis secara berlebihan. Maka, mulai dari sekarang berhenti makan makanan manis.
Diet tak akan sempurna jika tak disusuli dengan senaman. Mulailah dengan senaman yang sederhana. Tak usah harus ke gym center, anda boleh senaman di rumah saja dengan cara yang sederhana. Banyak tutorial yang boleh membantu anda. Cukup luangkan waktu 30 minit sehari agar otot terbentuk tak menggelebeh.
Dengan membiasakan diri tak makan nasi, lama-lama menjadi gaya hidup sihat yang menjadi kebiasaan. Kalau dapat kurus anggap saja bonus, yang penting badan sihat dan tubuh segar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menurut buku 501 Persoalan Fikah Wanita oleh Zawiah Hassan, gula yang dimasuki semut masih suci. Cuma, kita perlulah membuang semut-semut itu terlebih dahulu.
Dari sudut kesihatan pula, ia bergantung kepada kuantiti dan jenis semut yang menghurung gula tersebut. Kebanyakan jenis semut tidak memudaratkan kerana ia adalah haiwan yang tidak berda rah. Malah sesetengah budaya mengamalkan tabiat memakan semut sebagai snek. (*Tapi, dalam Islam kita tak boleh makan semut kecuali tak sengaja.) Maka, sekiranya semut tidak terlalu banyak, bolehlah diusahakan untuk memisahkannya agar gula tersebut masih boleh digunakan. Mari cuba beberapa petua halau semut dalam bekas gula yang mudah dan berkesan ini.
8 PETUA HALAU SEMUT DALAM BEKAS GULA ANDA
Berikut adalah petua halau semut yang boleh anda cuba di rumah.
1. CENGKIH / KULIT KAYU MANIS
Antara petua halau semut dalam bekas gula yang paling popular dan lazim dipraktikkan adalah dengan menggunakan cengkih. Cuma letakkan beberapa tangkai cengkih ke dalam bekas gula yang dimasuki semut tadi. Kemudian, tutupkan bekas sedikit supaya baunya lebih kuat dan menghalau semut. Tapi, jangan tutup rapat sangat kerana nanti semut tak boleh keluar pula. Kalau tak ada cengkih, boleh juga gunakan kulit kayu manis.
Kedua-dua rempah ini bukan saja menghalau semut, tetapi turut memberi aroma yang enak kepada gula anda. Tapi, jangan risau kerana ia tidak mengubah rasa gula tersebut. Gambar di bawah ini contoh yang telah dilakukan oleh Puan Azura Abd Jalil melalui laman sosial beliau. Berkesan, bukan?
2. JEMUR TENGAH PANAS
Seterusnya, anda boleh menjemurkan gula tersebut di bawah matahari terik. Untuk memudahkan, pindahkan gula di dalam dulang atau loyang. Kemudian, jemurkan sekejap. Kalau takut terlupa sebab letak di luar, letakkan di tepi tingkap yang dimasuki cahaya matahari.
3. LETAK BEKAS GULA TEPI DAPUR GAS
Satu lagi cara yang hampir sama dengan menjemur adalah dengan meletakkan bekas gula tadi berhampiran dengan dapur gas yang dinyalakan. Lebih elok kalau gula dipindahkan ke dalam pinggan kaca atau bekas logam.
Sambil-sambil masak nanti, bekas akan menjadi panas dan semut pun akan lari. Tapi, jangan pula letak direct atas api ya, tak baik dibu nuh semut-semut itu. Lagipun, kalau semut ma ti dalam bekas gula, bertambah susah kita nak keluarkannya nanti.
4. PISAU
Petua halau semut dalam bekas gula yang seterusnya ini mungkin kedengaran pelik. Tapi, buat yang pernah mencuba tentu tahu keberkesanannya. Seperti yang dikongsikan oleh Puan LiaJane San ini.
Caranya, pacakkan pisau ke dalam bekas gula dan biarkan sekejap. Nanti, semut-semut akan keluar sendiri. Menurut beliau, petua ini didapati daripada majalah. Memang nampak kelakar dan mesti ada yang rasa was-was. Tapi, ia memang berkesan.
5. ASAM KEPING / GELUGUR
Masukkan beberapa keping asam gelugur ke dalam bekas gula. Jangan risau kerana bau asam gelugur pun tidak akan menukar rasa atau warna gula.
6. CILI KERING
Selalunya kita dengar petua ini untuk halau kutu beras, bukan? Tak sangka ia boleh digunakan untuk menghalau semut juga. Ambil beberapa tangkai cili kering dan letak dalam bekas gula. Kalau nak potong kasar pun boleh. Tutupkan dengan longgar supaya semut boleh keluar. Jangan risau, tak ada rasa pedas yang tertinggal pada gulanya.
7. TEKNIK RENDAM DALAM AIR
Ini satu lagi teknik orang lama yang mungkin jarang kita dengar. Ia adalah perkongsian daripada Puan Zura Yusoff. Menurut beliau, cara ini memang amat mudah tapi cukup efektif. Cuma masukkan bekas gula tadi dalam bekas yang berisi air. Guna air paip saja. Kemudian, tunggu sebentar dan biarkan penutup terbuka untuk semut-semut keluar.
8. SEJUKKAN DALAM PETI AIS
Akhir sekali, dan cara yang paling senang anda boleh buat adalah meletakkan bekas gula di dalam peti sejuk. Letakkan bekas gula di bahagian sejuk beku atau freezer dan biarkan bekas terbuka sedikit. Tinggalkan semalaman atau beberapa jam. Semut akan hilang. Kalau semut asyik hurung bekas gula anda, simpankan terus di dalam peti sejuk. Mudah-mudahan selesai masalah.
SELAMAT MENCUBA!
Walaupun kebanyakannya petua orang lama, tapi tetap efektif. Kalau tak cuba, tak tahu. Apapun, lakukan seawal mungkin sebaik saja anda perasan bekas gula anda dimasuki semut. Jangan tunggu semutnya terlalu banyak baru nak halau kerana dikhuatiri memudaratkan keshatan pula.
Sumber: pertuaibu
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masyarakat sering menjadikan topik berat badan sebagai isu terpenting dalam kehidupan. Walau apa pun tanggapan kita terhadap bentuk tubuh yang kurus dan fit itu nampak cantik dan sihat. Cuba singkirkan fikiran negatif dan hapuskan sikap stereotype terhadap orang lain kerana setiap manusia punya cara tersendiri untuk tampil cantik, sihat dan hebat.
Suatu ketika Izzat Zin pernah mencapai berat badan mencecah sehingga 140 kg, seluar size 46 dia sendiri mengakui betapa sukarnya untuk dia menjalani kehidupan ketika itu. Berfikir panjang mengenang nasib sekiranya dia tidak mahu berubah juga bertindak, mungkin dia kekal seperti itu tanpa ada yang menghiraukan kewujudannya. Dia juga mahu menerima kemesraan serta layanan istimewa seperti mereka yang memiliki raut wajah yang tampan, mahu menyarungkan pakaian indah dari label berjenama serta mendapat pekerjaan yang baik seperti orang-orang lain yang menganggap penampilan fizikal sebagai tunjang utama untuk berjaya.
Apa salahnya menjadi orang yang gemuk? “Ya, saya dahulu juga sering menganggap perkara itu normal, namun masyarakat memandang saiz fizikal yang besar ini sebagai satu isu yang sangat besar bagi mereka serta meletakkan yang gemuk sebagai entiti yang lambat, malas, busuk dan tidak boleh melakukan lebih dari luar keupayaan, lebih menyakitkan bila ada yang melabelkan individu bersaiz besar ini sebagai bahan jenaka yang tiada perasaan. Saya menerima setiap kata-kata orang dengan senyuman, sehingga satu ketika ada sahabat yang berkata, sampai bila saya hendak jadi begini, gemuk, berkulit gelap dan nampak busuk. Kata-kata itu cukup menangkap ke dalam hati sanubari, sangat menusuk dan sedikit mengguris. Itu semua ada benarnya dan dari situlah saya tekad mahu berubah.
Dua tahun berdiet
Saya mula menyusun rencana diet, ketika itu saya berusia 24 tahun dan target pertama saya adalah untuk turun sehingga 100 kg. Apa yang saya lakukan? Saya elak dari mengambil nasi, roti dan segala jenis karbohidrat seperti mee kuning dan mee hun. Saya menikmati oat dan buah-buahan sahaja untuk tempoh itu. Hanya berdiet dan tiada sebarang rutin senaman saya lakukan, hasilnya memang kurus, tetapi kurus yang tidak sihat. Sejak itu barulah saya mula melakukan senaman dan mengatur kembali sistem pengambilan diet agar lebih seimbang. Saya mula mengamalkan pengambilan protein dalam setiap hidangan harian, bersenam secara kerap bagi mendapatkan bentuk tubuh yang lebih fit.
Cabaran
Ketika pertama kali berdiet, cabaran paling sukar untuk dilalui adalah berhadapan dengan orang di sekeliling. Pada mulanya mereka kurang memberi sokongan dan menganggap apa yang saya lakukan sekadar angan-angan kosong, setelah melihat hasilnya barulah mereka memberi lebih sokongan dan dorongan. Bukan mudah untuk mengawal nafsu makan, jadi saya harus disiplin setiap hari agar tidak tergelincir daripada matlamat. Selain itu, cabaran untuk mengekalkan bentuk tubuh dan menjadi lebih baik adalah lebih sukar, jadi tetapkan matlamat dan jangan sesekali kembali semula ke sikap lalu. Ubah segala-galanya dan jadilah orang baru yang lebih positif dan sihat.
Motivasi
Saya pernah kembali gemuk semula, ketika itu saya terlalu selesa sehingga alpa dengan diet dan rutin senaman yang saya amalkan selama ini. Namun pengalaman itu mengajar saya erti diet yang seimbang dan memahami tubuh sebaiknya. Apa menu yang boleh menyebabkan badan mudah naik dan sebaliknya, kini berat saya sekitar 82 kg dan sedang berusaha untuk menjadi lebih fit dan sihat. Banyak faktor yang memotivasikan untuk terus kekal sihat, antaranya melihat orang-orang di bawah jagaan saya mendapat bentuk tubuh seperti yang mereka idamkan. Saya tidak boleh gemuk kerana saya sendiri mengajar dan memberi ilmu mengenai kesihatan, di samping perlu kekal aktif dan mengatur pemakanan yang lebih sihat. Saya sering mengingatkan pelajar saya bahawa kita memang perlu hidup secara sihat, tetapi janganlah sehingga mengabaikan corak hidup yang ceria dan membebankan. Diet secara sederhana dan jadikan diet sebagai satu rejim yang menggembirakan bukan menyiksakan.
Perubahan
Sejak mengalami perubahan fizikal ini, rezeki datang melimpah ruah, selain kesihatan lebih terpelihara. Keyakinan diri juga semakin meningkat dan corak komunikasi saya semakin diterima. Selain itu, badan menjadi lebih ringan dan sangat aktif dalam beriadah, jika dahulu saya seorang yang sangat malas untuk bersenam, kini aktiviti seperti mendaki gunung dan marathon adalah rutin senaman yang kerap kali saya lakukan.
Menu yang saya amalkan
Kini, menu diet yang saya amalkan adalah pengambilan protein dalam setiap hidangan. Selain itu saya juga akan minum minuman protein setiap kali bangun tidur kerana ia bagi memulihkan kembali struktur muscle kita setiap pagi. Tengah hari pula saya akan mengambil sayuran bersama ayam dan malam saya lebih kepada siakap stim ataupun sup ayam kurang minyak dan garam. Saya juga mengambil supplement seperti fat burner, vitamin c, magnesium, teh hijau dan black coffee untuk meningkatkan lagi tahap metabolisme dalam badan.
Tip kurus dan sihat
1.Paling penting, 80% kurus adalah dari penjagaan makanan, manakala 20% senaman akan membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan anda.
2.Rajinkan diri untuk membaca info-info berkenaan kesihatan dan diet yang betul. Jika rasa hampir mengalah, cepat-cepat baca kisah kejayaan orang yang boleh lakukan.
3.Jangan terlalu memaksa badan untuk cepat kurus. Ini akan menyebabkan badan cepat berasa bosan dan stres. Bila stres proses penurunan berat akan terganggu.
4.Lupakan pengambilan nasi, kerana jika disiplin paling mudah ini pun sukar untuk anda amalkan, langkah seterusnya akan menjadi lebih susah kerana nasi adalah karbohidrat yang paling mudah kita dapatkan setiap hari, jadi elakkan dari mengambilnya terus.
5.Baca kisah kejayaan orang yang telah berjaya.
6.Banyakkan senaman kardio yang diselang dengan latihan berat bagi mengelakkan badan menjadi terlalu kurus.
Diet, diet diet dan bersenam untuk hidup yang lebih sihat, jangan terlalu obses sehingga tidak mahu makan. Amalkan diet mengikut piramid makanan yang seimbang serta lakukan senaman. Untuk permulaan, tetapkan niat dan terus lakukan, jika tiada langkah mula mula, ia akan kekal sebagai angan-angan selamanya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...