Pernah tak anda terfikir kenapa ketika hari pertunangan, cincin di sarung pada jari tangan kiri manakala pada hari pernikahan, cincin disarung pada jari tangan kanan? Tapi yang pastinya, cincin yang disarungkan itu terletak pada jari manis, lebih sopan dan nampak cantik.

 

Dalam satu rencana ada ditulis, masyarakat Roman dan Mesir Kuno sangat mempercayai bahawa jari manis memiliki saraf atau pembuluh darah yang menghubungkannya terus ke bahagian jantung. Mereka berharap, apabila seseorang menyarungkan cincin pada jari manis ia menandakan hati mereka sudah dimiliki.

 

Sehinggalah kini, kebiasaan itu tetap diamalkan tanpa kita tahu di mana asal usulnya. Tetapi, apakah penjelasan disebalik pemakaian cincin di jari manis kiri dan kanan?

 

 

IKLAN

Cincin di tangan kanan

 

  • Orang Romawi kuno adalah yang pertama memakai cincin kahwin di sebelah kanan. Menurutnya tangan kiri bermaksud tidak bahagia dan ‘tidak dapat ditentukan’.

 

  • Manakala di India mereka sudah biasa menggunakan cincin di tangan kanan kerana tangan kiri dianggap ‘tidak murni’. Tapi sekarang diizinkan mengenakan cincin kahwin di mana-mana tangan sekalipun.

 

IKLAN
  • Lain pula dengan masyarakat di Jerman dan Belanda. Di dua negara ini, pasangan mengenakan cincin pertunangan emas di tangan kiri manakala cincin kahwin di jari manis tangan kanan. Ini menandakan perubahan status sosial.

 

Cincin kahwin di tangan kiri

 

 

IKLAN
  • Dalam sebuah artikel, di beberapa negara terjadi perubahan tangan di mana cincin kahwin di sarungkan dari tangan kanan ke tangan kiri. Ini membawa erti sebagai tanda rasa hormat dari seorang isteri kepada suaminya.

 

  • Di beberapa negara seperti Turki, Lebanon, Suriah, dan Brasil, cincin kahwin pada awalnya disarungkan di tangan kanan. Namun sekarang di sebelah kiri.

 

  • Manakala berbeza pula dengan di Sri Lanka. Pengantin lelaki akan mengenakan cincin kahwin di tangan kanannya dan pengantin wanita di tangan kirinya.

 

Jadi, di mana sepatutnya cincin kahwin disarungkan?

 

Cincin kahwin adalah simbol kasih sayang anda pada pasangan. Baik di tangan kiri mahupun kanan, cintailah pasangan anda seikhlasnya kerana Allah Taala.

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI