Akhirnya, pelantun lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif selamat bergelar isteri kepada pasangan duetnya Akwa Arifin. Rupa-rupanya mereka ini sering menjadi perhatian followers kerana dilihat sangat comel dan serasi bersama. Video yang dimuatnaik di laman Instagram masing-masing pun sweet betul!
Kredit foto: Instagram Najwa Latif
Menurut Mstar, pasangan penyanyi ini dinikahkan pada hari ini jam 8.30 pagi di Batu Pahat. Majlis yang diadakan secara tertutup ini dihadiri ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat. Isteri kepada rapper, Akwa, 30, menyerahkan mas kahwin berupa 2.5 gram emas kepada Najwa, 27.
Kredit foto: Instagram Najwa Latif
“Mereka mengambil keputusan untuk tidak memberitahu perancangan untuk berkahwin sebaliknya mengumumkan selepas selamat bergelar suami isteri.
Ads
Najwa dan Akwa juga tetap akan berjalan seperti dahulu. Sekiranya ada tawaran menyanyi, Najwa tidak ada masalah untuk memberikan komitmen.” kata pengurusnya, Azhari Jaafar.
Kredit foto: Instagram Akwa Arifin
Ads
Awal pagi tadi Najwa Latif memuatnaik sekeping gambar bersama suami tercinta usai majlis pernikahan. Kedua-duanya cantik menggayakan busana berwarna putih. Banyak komen yang diterima dari followers Najwa dan rata-ratanya terkejut dengan perkhabaran bahagia ini.
Ads
Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Selamat melayari bahtera perkahwinan dan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami kesukaran untuk membuang air besar dan mempunyai tekstur najis yang sangat keras. Sekiranya lebih tiga hari dalam seminggu tidak membuang air besar, bermakna seseorang individu itu sedang berdepan dengan masalah sembelit.
Masalah sembelit tidak boleh dibiarkan tetapi perlu dirawat kerana gangguan itu menjejaskan kesihatan dan mengganggu aktiviti seharian. Jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan ia boleh menyebabkan buasir.
Ada beberapa cara yang kita boleh lakukan untuk mengelakkan sembelit dan melawaskan pembuangan najis tanpa perlu makan ubat.
Berikut petua yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Niza Hamid. Petua yang beliau kongsikan hanya menggunakan bahan-bahan di dapur sahaja.
SUSU PANAS
Susu merangsang pergerakan usus dan membantu cepat sembuh sembelit.
Caranya:
Pagi ketika perut kosong, minum segelas susu panas. Jika anda tidak suka rasa susu, anda boleh menambah sedikit gula atau madu.
CUKA EPAL
Banyak manfaat cuka epal ini. Kalau boleh biar sentiasa ada di rumah. Cuka epal sangat cepat melegakan sembelit. Cuka epal juga membantu meningkatkan penghadaman selain mempunyai kesan positif terhadap kesihatan keseluruhan saluran gastrousus.
Caranya:
Campurkan dua sudu cuka epal dengan segelas air suam. Amalkan setiap kali sebelum makan. Boleh diamalkan sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam.
JUS LEMON
Jus lemon memang mampu melegakan sembelit. Lemon juga mudah untuk didapati.
Caranya:
Masukkan jus lemon secukupnya ke dalam segelas air suam. Lebih berkesan jika menggunakan air yang panas (tetapi jangan panaskan). Minuman campuran air dan lemon ini sangat berkesan menangani sembelit apabila diambil beberapa kali sehari.
AIR KOSONG
Ramai yang terlepas pandang. Kurang air adalah punca berlakunya sembelit dan penawarnya yang paling baik ialah banyakkan minum air masak. ‘Ubat’ mudah ini membantu bukan sahaja membantu melegakan masalah sembelit tetapi juga bagus untuk kesihatan.
Masyarakat di negara Jepun sangat memberi perhatian terhadap pengambilan air dalam kehidupan harian mereka. Mungkin ini adalah rahsia tubuh mereka yang sihat.
Caranya:
Minumlah setiap hari jumlah air yang disyorkan, 30 ml untuk setiap satu kg berat badan.
TIP MENCEGAH MASALAH SEMBELIT:
Makan pelbagai jenis makanan. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan sayuran.
*Lakukan senaman secara berkala.
*Jangan menahan untuk membuang air besar.
*Sekiranya tabiat membuang air besar anda berubah, dapatkan pemeriksaan doktor.
*Minum banyak air.
*Ketahuilah yang tabiat membuang air besar yang normal adalah berbeza mengikut individu.
Rutin yang positif dalam hubungan suami isteri, penyanyi dan penyampai radio, Mawi ajar diri minta maaf sebelum tidur untuk jaga hubungan rumah tangga.
Bukan kerana buat salah tetapi lebih itu caranya menghargai kehadiran isteri, Nora’ Asikin Rahmat, yang setia bersama dan menjaganya walaupun pernah menghidap sakit misteri beberapa tahun lalu.
Mengimbau kembali detik sukar pada 2013, Mawi atau Asmawi Ani menjelaskan keadaan dirinya sangat teruk apabila dikatakan sudah hampir gila, muntah darah dan sempat hilang ingatan menyebabkannya menyepi dari industri seni selama lima tahun.
“Dalam tempoh itu, memang saya tidak lagi bernyanyi. Apa yang paling menyentuh, Ekin tidak pernah meninggalkan saya.
“Memandangkan dia mahir ilmu perniagaan, dia buat bisnes dan saya bantu semampu boleh. Kami sama-sama bangunkan perniagaan untuk kelangsungan hidup.
“Selepas keluar dari hospital dulu, ingatan saya seperti terganggu. Ekin pun saya tidak kenal. Saya ambil masa tiga bulan untuk pulihkan memori. Ekin memang sangat penyabar. Betullah dia bidadari dan pelengkap hidup saya,” katanya.
Menurut penyanyi Aduh Saliha itu lagi, walaupun kenangan sakit misteri itu pahit ditelan namun ia menjadi hikmat besar yang menguatkan cintanya kepada isteri.
“Selepas saya sembuh, cinta dan sayang saya kepada isteri bertambah. Sebelum ini bukannya saya tak cinta, cuma selepas sakit dan melihat perjuangan Ekin, saya semakin menghargainya.
“Walau tidak melakukan apa-apa kesalahan, saya akan minta maaf kepada Ekin setiap malam. Dia juga melakukan perkara yang sama.
“Peristiwa lalu juga mengajarkan saya dan Ekin untuk berhati-hati. Dia juga yang siapkan bekal dan air untuk saya setiap hari sebelum bekerja,” tambahnya.
Untuk rekod, Mawi dan Ekin sah menjadi suami isteri pada 20 Disember 2008. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak iaitu Cahaya Malaika, 11.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam sesebuah perhubungan, berselisih faham dengan pasangan kebiasaannya selalu terjadi. Selisih faham sering terjadi kerana komunikasi yang kurang baik atau masalah eksternal lain yang tidak dijangka.
Ketika anda dan pasangan terjerat dalam dilema ini, maka suasana hubungan cinta pacaran menjadi tidak keruan.
Oleh itu anda perlu mempertimbangkan beberapa perkara yang harus dihindari saat berlaku perselisihan faham agar hubungan antara anda dan si dia tetap dapat dipertahankan.
Sebesar apa pun keinginan anda untuk membuatkan pasangan insaf dengan kesalahan yang dilakukannnya, jangan sesekali melibatkan keluarganya. Ia seolah-olah anda telah menghina dirinya. Memang anda boleh memberikan komen tentang dirinya namun itu bukan bererti anda berhak menghinanya. Bukannya menyelesaikan masalah, sebaliknya ‘perang’ akan menjadi bertambah kronik. Paling ditakuti, anda akan dibenci oleh pasangan kerana menghina keluarganya.
Jangan sesekali memperlekehkan pasangan. Jika benar anda terlalu marah dengan pasangan, cubalah untuk tidak merendah-rendahkan pasangan. Semua orang ada harga diri begitu juga dengan pasangan anda. Jika anda sendiri tidak mahu diperlekehkan oleh orang lain maka tentunya pasangan anda juga tidak mahu diperlakukan sedemikian. Sepatutnya dalam apa juga keadaan kalian saling menyokong antara satu sama lain.
Setiap orang mungkin punya nama panggilan yang tidak disukai. Kebiasaannya nama julukan sering diberikan oleh rakan-rakan ketika waktu zaman kanak-kanak mahupun ketika di sekolah rendah. Jadi, ketika berselisih faham dengan pasangan, elakkan sama sekali untuk memanggil nama pasangan dengan julukan tersebut. Ia seolah-olah mengejek pasangan tanpa kita sedari. Situasi ini sebenarnya boleh meruntuhkan kepercayaan diri si dia kepada diri anda.
Dek kerana si dia membatalkan janji temu disaat-saat akhir, anda langsung mengungkit-ungkit semua kesalahannya di masa lalu. Pendek kata, anda selongkar semua kesalahan yang dilakukannya sebelum ini tanpa melihat sisi kebaikan yang ada pada dirinya. Ini bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik mengatasi masalah yang kalian hadapi malah ia memburukkan keadaan.
Usahakan untuk tidak menyebut perkataan ‘kita putuskan sahaja hubungan ini’ saat sedang berselisih faham dengan pasangan. Apabila sedang dalam keadaan marah, sudah tentu anda berada dalam keadaan di luar kawalan emosi. Jangan sesekali terlepas ungkapan itu kerana ia ibarat satu doa. Jika setiap kali berselisih faham dengan pasangan, ungkapan ini meluncur laju daripada mulut anda maka tidak mustahil ia akan menjadi satu kenyataan. Jadi, setiap kali terfiikir untuk mengungkapkan perkataan tersebut, cuba tarik nafas dalam-dalam. Bertenanglah. Ingatlah bahawa tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...