Potongan 2 ayat dari surah dalam Al Quran ini baik untuk dijadikan amalan harian terutama setiap kali mak ayah lakukan lepas solat fardhu. Kedua-dua ayat pendek ini mengandungi manfaat yang besar. Namun ada cara dan syarat untuk melakukannya.
Seperti yang dikongsikan Ruqyah Sufi, inilah doa kecantikan untuk menaikan seri wajah atau muka daripada surah nabi yusuf. Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajahnya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat)
Mari lah kita amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini.
Syarat Amalkan 2 Doa Ini
Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah.. teruskan… Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh membentuk anak-anak (so that anak hormat kita sebagai ibu bapa mereka), keluarga dan sahabat handai taulan.
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
Ads
Maksud Surah Yusuf Ayat 4 :
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“
Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
“Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu”
Ads
Cara Afdhalnya
Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Perlu diketahui :
Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.
Setiap kali bertemu atau bersua dengan isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati.
Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
Mungkin selama ini suami tidak sedar yang anda telah melakukan kesalahan yang mungkin boleh membuatkan isteri berduka sekali gus mengeruhkan hubungan dalam rumah tangga. Suami, tolong jangan ambil mudah! Cari dan ketahui apa jua kesalahan itu dan segera memperbaikinya demi keharmonian perkahwinan yang telah anda bina.
Kesalahan yang sering suami lakukan mungkin nampak mudah dan dianggap enteng. Namun jika dibiarkan berterusan, perkara ini boleh menimbulkan masalah di kemudian hari. Tidak hanya baik bagi kehidupan berumah tangga, mengetahui kesalahan lalu dan segera memperbaiki akan membebaskan anda daripada masalah psikologi yang kerap timbul akibat pertikaian dalam rumah tangga.
Berikut merupakan beberapa kesalahan yang biasa dilakukan oleh kebanyakan suami dalam rumah tangga.
Kurang cemburu
Menurut penelitian, lelaki tidak begitu cemburu pada perkara-perkara kecil, misalnya ketika isterinya melihat atau berbaik dengan lelaki lain. Padahal, isteri ingin sesekali dicemburui oleh suami. Dengan menunjukkan sikap cemburu, isteri mungkin akan merasa diri mereka penting dalam kehidupan lelaki yang dicintainya. Cemburu yang disarankan sesuai dengan batas normal dan jangan pula anda cemburu buta.
Bersikap ego ketika berhubungan intim
Suami kadang kala terlalu terburu-buru ketika melakukan hubungan intim. Padahal, suami memerlukan masa yang lebih lama untuk rasa ghairah dan terangsang. Terlalu terburu-buru mungkin boleh membuatkan isteri merasakan dirinya hanya diperlukan untuk pemuas nafsu saja. Mulai sekarang biasakan untuk pemanasan yang dilakukan dengan kasih sayang. Cara begini, isteri akan rasa dirinya dicintai sepenuhnya dan secara automatik tubuhnya dapat terangsang secara semula jadi.
Tidak menceritakan masalah kepada isteri
Kebanyakan lelaki mungkin tidak suka menceritakan masalahnya kerana takut dianggap lemah. Padahal membicarakan masalah yang dihadapi dengan isteri sangatlah penting. Dengan itu, isteri rasa dirinya dilibatkan dan dianggap penting dalam kehidupan suami.
Menghabiskan wang tanpa pengetahuan isteri
Sama ada sedar atau tidak, suami yang kerap menjadikan dirinya sebagai pemimpin tidak boleh sewenang-wenangnya menghabiskan wang tanpa pengetahuan iteri. Satus sebagai pemimpin tidak harus membuatkan suami bertindak semahunya tanpa melibatkan persetujuan isteri. Apalagi jika ia bersangkutan dengan urusan wang. Sebaiknya berbincang terlebih dahulu sebelum mengeluarkan wang agar tidak timbul isu di kemudian hari.
Kurang peka
Isteri kerap diam atau hanya memberi bahasa tubuh apabila kesal dengan tingkah laku suami. Sayangnya, suami pula kurang peka untuk mengetahui isyarat tersembunyi itu. Nah! Sekarang cuba suami lebih peka dengan keadaan yang dialami oleh isteri anda seperti memerhatikan gerak-geriknya yang tidak seceria selalu. Gerenti, isteri pasti suka apabila anda melakukan apa yang diinginkannya tanpa harus diberitahu sebelumnya.
Tidak menjadi pendengar yang baik
Ketika isteri anda sedang memberitahu masalahnya, dengarkan setiap ucapannya. Isteri lebih suka perasaannya difahami ketika dia sedang mencurahkan isi hatinya. Sayangnya, suami cenderung berusaha untuk mengatasi permasalahan yang dihadapinya atau mengungkapkan pendapat yang berdasarkan fakta. Di mata isteri, sikap tersebut membuatkan suami dianggap kurang berempati dengan keadaan yang mereka alami.
Jadi, sekarang anda sudah tahu kan apa saja kebiasaan-kebiasaan negatif lelaki yang mungkin boleh menimbulkan pertengkaran dalam rumah tangga? Ayuh, segera perbaiki hal tersebut demi keharmonian perkahwinan anda berdua.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suami harus tahu bahawa gangguan terhadap ketenteraman rumah tangga sebenarnya berpunca daripada ketidaktahuan suami terhadap apa yang diinginkan isteri. Sebenarnya ingin memahami isteri bukanlah sukar kerana yang penting suami harus peka terhadap keinginan isteri.
Lagipun jarang seorang isteri mengungkapkan keinginannya kepada suami secara berterus-terang. Apatah lagi jika isteri jarang mengeluh, suami akan sentiasa bersangka baik bahawa isterinya tiada masalah.
Untuk memastikan hubungan rumah tangga yang dibina semakin harmoni hingga terbentuknya sebuah keluarga sakinah mawaddah wa rahmah, suami perlu mengetahui 11 perkara yang sering diinginkan isteri daripada anda selama ini.
1. Jadikan isteri satu-satunya wanita teristimewa
Ini merupakan perkara yang paling diinginkan isteri terhadap suaminya. Apabila suami menjadikan isteri sebagai satu-satunya wanita paling istimewa dalam dirinya, ini akan menjadi salah satu alasan untuk isteri terus menjalankan rutin hariannya dengan penuh semangat, ceria dan rasa gembira.
2. Ungkapkan rasa cinta setiap hari
Ketahuilah bahawa luahan dan tindakan anda mempamerkan rasa cinta, kasih sayang serta belaian merupakan kunci untuk meraih bahagia dalam sesebuah rumah tangga. Tidak perlu keterlaluan mengungkapkan rasa cinta kepada isteri, cukup sekadar suami melakukan dengan gaya yang santai dan tanpa dibuat-buat kerana ia akan lebih menyentuh hati seorang isteri.
3. Isteri perlukan waktu rehat
Sesekali seorang isteri juga memerlukan masa untuk dirinya ‘bebas’ daripada melakukan rutin harian dalam urusan rumah dengan membiarkan isteri berjumpa atau berkumpul dengan teman atau ahli keluarganya. Selain memerlukan rehat daripada melakukan kerja rumah, isteri juga memerlukan jiwa yang sihat untuk terus menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.
4. Beri penghargaan kepada isteri
Dalam satu masa isteri banyak memainkan peranan sekali gus membahagikan masa dalam pelbagai perkara rumah tangga. Oleh itu sebagai suami mainkan peranan anda dengan memberikan penghargaan terhadap apa yang telah isteri lakukan, isteri capai atau pandangan yang telah isteri lontarkan. Penghargaan ini boleh suami mulakan dengan ucapan terima kasih, memuji, memeluk hingga memberikan isteri hadiah agar isteri tahu bahawa pengorbanan dan tindakannya itu sentiasa dihargai.
5. Sentiasa memahami isteri
Setiap isteri sentiasa mengharapkan suaminya memahami dirinya dengan cara suami mendengar keluhannya, bersimpati terhadap perasaannya dan membantunya di saat isteri menguruskan hal rumah tangga.
6. Beri perhatian terhadap isteri
Cinta adalah memberi. Pemberian cinta yang pertama adalah perhatian. Sifat semula jadi wanita adalah mereka sangat menghargai setiap waktu yang mereka luangkan bersama suami selain menginginkan perhatian dan fokus sepenuhnya daripada suami. Misalnya saat penampilan isteri berubah dengan mencantikkan dirinya untuk kebahagiaan suami, isteri sangat mengharapkan suami memberikan perhatian terhadap perubahan tersebut dengan respons yang positif. Namun jika suami ambil sambil lewa, isteri merasakan yang dirinya tidak diendah dan terabai. Oleh itu berilah perhatian terhadap isteri walaupun sekejap kerana perhatian ini akan memberi makna yang cukup besar dalam dirinya.
7. Sentiasa hulurkan bantuan
Walaupun isteri memiliki kemampuan yang luar biasa iaitu ‘multitasking’, namun isteri bukanlah seorang ‘superwoman’ yang sanggup mengharungi pelbagai perkara tentang perihal rumah tangga seorang diri. Walaupun isteri mungkin jarang mengeluh atau meminta pertolongan suami untuk menguruskan kerja-kerja rumah, ketahuilah bahawa bantuan-bantuan kecil yang suami hulurkan akan membuatkan hati isteri gembira dan rasa bertuah memiliki anda sebagai insan istimewanya.
8. Mampu merendahkan ego
Jadilah seorang suami yang dapat merendahkan diri, adil dan sopan dalam melayani isteri. Lelaki sememangnya tidak dapat lari daripada memiliki sifat ego yang tinggi. Namun jangan disebabkan anda ketua keluarga, anda menjadi seorang yang kasar, ego, angkuh dan zalim terhadap isteri. Sentiasalah lemah lembut dalam setiap ungkapan dan tindakan serta jagalah hati isteri agar rumah tangga yang dibina sentiasa mendapat keberkatan.
9. Memiliki sifat humor
Rumah tangga yang sentiasa serius tanpa gelak ketawa tentu membosankan. Ketahuilah bahawa sifat humor merupakan cara yang terbaik untuk memberikan keceriaan dan mengurangkan ketegangan dalam hubungan suami isteri. Sememangnya wanita menyukai lelaki yang memiliki sifat humor sehingga mampu membuatkannya ketawa. Secara tidak langsung gelak ketawa boleh merapatkan lagi hubungan anda berdua.
10. Terima isteri seadanya
Tiada pasangan yang tidak dilanda masalah dalam hubungan rumah tangga kerana manusia dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Isteri akan rasa bahagia jika suami dapat menerima diri dia seadanya dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Kekurangan dan kelemahan isteri itu bukanlah untuk dihakimi sebaliknya anda sebagai suami haruslah berusaha membaiki kelemahan tersebut ke arah yang lebih baik.
11. Ingat setiap momen penting
Ini yang sering diabaikan oleh kebanyakan suami iaitu sering melupakan tarikh-tarikh penting anda berdua. Wanita sememangnya seorang yang teliti. Setiap saat yang menggembirakan akan diingati malah hatinya akan gembira jika suaminya turut sama mengingati saat tersebut kerana ia akan rasa dihargai dan disayangi. Oleh itu pastikan suami membuat ‘reminder’ pada telefon anda tentang tarikh-tarikh penting ini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila tarikh kahwin sudah ditetapkan kini tiba masanya untuk anda dan pasangan membuat senarai barang hantaran yang perlu disediakan. Untuk memudahkan kerja dan tidak buntu, bincanglah bersama pasangan keperluan untuk barang hantaran yang dikehendaki. Tetapkan tema untuk pihak lelaki dan perempuan.
Lebih mudah jika gubahan hantaran dibuat oleh seorang tukang gubah supaya sentuhannya sama untuk pihak lelaki dan perempuan. Pesona Pengantin bantu anda untuk senaraikan barang hantaran yang sesuai untuk lelaki.
Barangan Untuk Lelaki
Kemeja/Seluar
pic-pinterest
Kain Pelikat
Dompet dan tali pinggang
Al-Quran (atau tafsir)
Kasut
Set Wangian
pic-pinterest
Buah-buahan
Gajet
pic-pinterest
Kek
Coklat/Manisan
Sejadah
Potpouri/Bunga Rampai
Tuala
Jam Tangan
pic-pinterest
* Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, anda juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh. Untuk hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, terpulang pada anda tapi jika ada lebih baik.
Sumber : Gambar Pinterest
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!