Yasin 7 Mubin ini dibaca untuk mendapatkan semula barangan berharga yang telah dicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.

Cuba Bacaan Yasin 7 Mubin Untuk Dapatkan Semula Barang Berharga Yang Hilang

Kaedah Membaca Yasin 7 Mubin
Kaedah yang dinyatakan ini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula. Yasin 7 Mubin perlu dibaca dengan kadar yang segera iaitu dalam tempoh 24 jam dari kehilangannya.

A. Langkahnya adalah seperti berikut:

Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.
Boleh juga dibaca Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali secara bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala, ketika dalam sujud yang terakhir.“Tidak ada Tuhan selain Dikau. Maha Suci Dikau Ya Allah, sesungguhnya daku adalah termasuk orang-orang yang aniaya.”
Selesai Solat Hajat,mulakan bacaan Surah Yasin mengikut kaedah seperti berikut;
Membaca Surah Yasin, apabila sampai pada setiap perkataan ‘Mubin’ (مبين), hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulangi semula bacaan Yasin daripada permulaan surah.

 

IKLAN

B. Cara-cara untuk membacanya ialah :

Bacaan Yasin dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan Selawat 11 kali.
Baca Yasin sehingga di Mubin (مبين) pertama (ayat ke 12) dan berdoa.
Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kedua (ayat ke 17) dan berdoa.
Baca semula dari awal sehingga Mubin yang ketiga (ayat ke 24) dan berdoa.
Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keempat (ayat ke 47) dan berdoa.
Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kelima (ayat ke 60) dan berdoa.
Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keenam (ayat ke 69)dan berdoa.
Ulang semula dari awal sehingga Mubin yang ketujuh (ayat ke 77), berdoa .
Lengkapkan bacaan Yasin sehingga habis ke penghujung surah dan disudahi dengan bacaan penutup (صدق الله العظيم).

Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.

IKLAN

Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui kehilangan barang tersebut.

 

 

IKLAN

Fadhilat Lain Yasin 7 Mubin
Dari kajian, kaedah di atas juga boleh digunakan untuk:

1. Pendinding dari gangguan jin dan syaitan.
2. Memanggil anak-anak yang lari dari rumah.
3. Melindungi diri dari difitnah atau dizalimi manusia.
4. Dibaca bagi pesakit yang sedang tenat (baca pada air untuk diminum).

 

Perlu ditegaskan, ini adalah satu kaedah zikir, janganlah meletakkan pergantungan kepada ayat, jaga iktikad anda dan berserahlah hanya kepada Allah SWT semata.

Selamat mencuba… Semoga ini dapat memberikan manfaat untuk kita semua .. Insya-Allah …

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI