Kecantikan

Cuma Guna Sudu Sejuk Mampu Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata!

Share

Kurang tidur biasanya menjadi punca utama mata sembab atau eyebag. Orang yang kurang tidur dikatakan mempunyai hormon melanin (pigmen) yang banyak. Hormon nilah yang mengundang “mata panda” dan penuaan semula jadi.

Selain kurang tidur, penyebab lain adalah:
– dehidrasi (badan kurang air)
– terdedah lama kat sinaran matahari
– kerap merokok
– anemia (kurang sel darah merah)
– penggunaan mekap yang berlebihan.

Oops! Silap mekap boleh nampak tua sebelum usia tau. Salah satu cara hilangkan eyebag, guna SENDUK SEJUK je. Bunyi macam pelik, tapi percayalahh cara ni cukup efektif.

Anda cuma perlukan:
– dua senduk (boleh gantikan dengan sudu)
– air sejuk atau beberapa ketul ais

Caranya:

Rendam sudu dalam ais selama 20 minit. Paling senang, biar sekejapp sudu kat tempat beku. Agak agak dah sejuk boleh tekap ke mata. Gosok-gosok lembut pada kawasan mata sehingga rasa sejuknya hilang.

Hah, kalau uols nak tahu, rasa sejuk kat sudu ni la yang buat kulit mata relaks. Mata pun nak rehat jugak tau. Rajin buat awal pagi, kalau tak sempat buatlahh kejap sebelum tidur ye.

Amacam best kan tips ni? Mudah dan teramat jimat duit kan. Jom buat.

 

 

 

 

Sumber : lubuk seni

IKLAN