“Dah Kahwin Lama, Selalulah Pegang-Pegang Tangan. Macam Masa Bercinta Dulu!” – Scha Al-Yahya

Share

Lagi lama berkahwin, kena lagi mesra. Dah ada pasangan halal, dah kenal hati budi masing-masing malah dah tahu apa yang boleh membahagiakan pasangan. Ingat tak bila kali terakhir anda berpegangan tangan dengan pasangan?

Kredit foto: Instagram @awalashaari

Kebanyakkan pasangan ‘tenggelam’ dalam cinta dan kasih sayang hanya pada lima tahun pertama. Sedangkan ketika itu, kita baharu hendak mula mengenali pasangan masing-masing. Tak sama tau kenal masa zaman bercinta dengan kenal bila dah tidur sebantal.

Bagi pasangan selebriti Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari, 10 tahun usia perkahwinan diraikan dengan kemeriahan walaupun hanya bersama keluarga kecil mereka.

 

Kredit foto: Instagram @schaalyahya

“Bila dah kahwin 10 tahun, kita lebih mengenali pasangan. Untuk buat majlis persandingan kali kedua tu, mungkin belum lagi buat masa sekarang kerana bila ada anak-anak, Scha tak menang tangan!

 

Alhamdulillah baru-baru ni Scha dan Awal menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke-10. Orang kata bila dah 10 tahun ni kita lebih mengenali pasangan dan kami sendiri ada juga caranya untuk mengekalkan kasih sayang di antara satu sama lain.”

 

Kredit foto: Instagram @schaalyahya

Tip Kekalkan Kasih Sayang Dengan Pasangan Dari Scha

  1. Selalulah berpegangan tangan dengan pasangan. Bawalah kembali saat-saat bercinta tu dalam rumahtangga.

 

2. Kami selalunya akan ambil kesempatan untuk bercuti. Percutian kami biasanya ada dua versi, iaitu pertama bercuti bersama keluarga dan kedua bercuti berdua-duaan. Dari situlah kita boleh luangkan masa bersama pasangan.

 

Kredit foto: Instagram @schaalyahya

Lain orang, lain cara untuk menunjukkan apresiasi kasih-sayang. Ada bajet lebih, buatlah lebih. Jika tidak, cukup sekadarnya sesuatu yang membahagiakan.

IKLAN