Kalau direzekikan tinggal sebumbung dengan mak ayah atau mentua, bersyukurlah Allah bagi peluang untuk anda rasa dekat.
Namun, tak mustahil ada juga boleh bawa’bermusuh’ bila mak ayah tinggal dengan menantu. Mungkin apa yang dibiuat itu tak berkenan di mata mereka. Lagi teruk minta mak ayah tinggal sebab nak minta jaga rumah, cucu dan anggap mereka bibik pula.
Tinggal Sebumbung Dengan Mak Ayah
Usahlah bebani mak ayah dengan kerja rumah bila mereka nak tinggal dengan anak menantu. Itu juga salah satu cara kita hargai mereka yang telah banyak berkorban untuk anak-anak.
Seperti yang dikongsikan oleh Mohd Fadli Salleh, mak ayah yang tinggal dengan anak menantu adalah satu rahmat dan rezeki serta jadikan rumahtangga kita bahagia.
Mak Ayah Ada Sekali, Itu Rezeki
5 tahun lepas, mak mentua aku buat keputusan nak tinggal bersama kami setelah ayah meninggal dunia.
Punya la seronok dengar mak nak duduk dengan kami. Arwah abah selalu pesan,
Ads
“Ada orang tua nak duduk rumah kita ni satu rahmat. Beruntung la anak-anak kalau mak ayah nak duduk dengan kita.
Rumah akan subur dengan bacaan Quran, ada orang tua yang bangun tahajud dalam rumah kita, rumahtangga lebih bahagia”.
Masa tu, anak ketiga aku Amar Ash Arumi, baru je lahir. Puan isteri baru lepas pantang. Aku terus bagitahu puan isteri,
“Nanti mak duduk dengan kita, jangan suruh mak jaga anak kita. Kita hantar kat pengasuh. Jangan suruh mak masak, basuh main, iron baju, lipat kain untuk kita.
Kita bagi mak rehat”.
Ads
Puan isteri terus setuju saja. Mak awalnya bagitahu nak jaga, tapi aku minta mak rehat saja. Tengah hari bila isteri pulang kerja, ambil anak dan boleh la mak main dengan cucu masa tu. Sampai malam boleh main. Tak dak masalah.
Jaga budak kecil ni renyah dan penat. Tambah-tambah baby. Makan minum kena suap, kencing berak kena basuh, nak tidur kena dodoikan. Sehari dua tak apa lagi.
Tapi kalau dah setiap hari, memang penat.
Anak usia 4 tahun baru aku tak hantar pengasuh. Dah pandai makan minum sendiri, dan pandai kencing berak, tak perlu dodoi untuk tidurkan. Masa tu baru aku bagi mak jaga.
Sama bila anak ke empat lahir pun sama. Ali dihantar kat pengasuh sebaik isteri habis pantang pada hari kerja.
Beri Hadiah Tanda Terima Kasih
Ads
Sesekali kami belikan mak hadiah, beg, bawa jalan-jalan dan sebagainya. Tanda terima kasih dan hargai mak.
Mungkin lain orang, lain caranya. Kalau aku, kami buat gitu. Bersyukur sangat mak nak duduk dengan kami. Rahmat besar sungguh.
Cuma bila terbaca screenshot ni, terkilan juga aku baca. Dah la suruh mak mentua jaga anak, lepas tu berkira pula. Kalau hantar kat pengasuh lagi mahal kena bayar.
Mak dah sanggup jaga anak kita, takkan nak berkira mak minta seratus je. Adeh, cannot brain aku ada juga orang pemikiran macam ni.
Semoga Allah kurniakan anak-anak yang menghargai ibu bapa, soleh dan solehah belaka. Amin.
Anak tunggal sering dilabel sebagai anak yang manja kerana dia merupakan satu-satunya anak dalam keluarga. Ramai menganggap berkahwin dengan anak tunggal ini sebagai satu beban kerana dikhuatiri kehidupannya dikawal oleh ibu bapanya.
Sebenarnya, tidak semua anak tunggal begitu. Semuanya bergantung pada cara didikan ibu bapanya. Jangan sesekali berfikiran negatif kepada anak tunggal. Kenali dulu diri dan keluarganya.
Jika anda bakal berkahwin dengan pasangan anak tunggal, ini antara karakter mereka yang perlu anda tahu. Good luck guys!
1. Mementingkan Privasi
Disebabkan anak tunggal sudah terbiasa hidup sendiri, mereka sangat mementingkan privasi dan ibu bapa mereka juga memberi ‘ruang’ kepada mereka. Sebab itu ramai yang menganggap anak tunggal ini sombong. Padahal, mereka bukan begitu.
2. Lebih Teratur
Jika mereka dididik dengan baik, mereka akan menjadi seorang yang teratur. Malah, lebih teratur dari anak yang ada kakak atau abang.
3. Berdikari
Sewaktu kecil, mereka memang sedikit manja. Tetapi apabila meningkat dewasa, mereka pasti boleh hidup berdikari. Ini kerana mereka sudah terbiasa melakukan semuanya sendiri.
Hanya kerana mereka tiada adik-beradik, mereka tentunya sering meluangkan masa dengan ibu bapa di rumah. Mereka adalah insan yang sangat menghargai keluarga walaupun dengan saudara mara.
5. Akan Jadi Menantu Kesayangan
Sudah tentu anda akan jadi satu-satunya anak menantu pada ibu bapa mereka. Jadi, jika pasangan anda merupakan anak tunggalm hargailah mereka. Ntah-ntah, anda pula terlebih manja dengan ibu bapa mereka.
6. Suka Luangkan Masa Di Rumah
Kebanyakan anak tunggal lebih suka meluangkan masa di rumah ibu bapa. Mereka sangat menghargai masa ketika mereka keseorangan dan jarang untuk keluar rumah. Jadi, anda tidak perlu risaukan mereka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika anda adalah anak yang pertama kahwin dalam keluarga atau mempunyai ibu bapa yang moden, mungkin kita tidak didedahkan dengan 6 perkara ini.
1: Mas kahwin, wang hantaran untuk majlis nikah. Hal-hal ini selalunya dibincang dahulu sesama keluarga pasangan sebelum majlis pertunangan berlangsung. Selalunya pihak lelaki yang akan mengajukan soalan berkaitan ini dahulu dan pihak perempuan akan menetapkannya. Jadi, tidak adalah kekalutan atau rasa segan di majlis pertunangan nanti.
2: Cincin. Bagi pihak lelaki yang datang daripada jauh, selalunya majlis merisik dan bertunang diadakan serentak. Jadi, mereka akan membawa dua cincin pada masa yang sama. Satu untuk cincin merisik dan satu lagi cincin pertunangan. Bagi pasangan yang rumah keluarga mereka tidak jauh, mereka selalunya mengadakan dua majlis ini secara berasingan.
KADANG KALA PIHAK PEREMPUAN JUGA ADA MENYEDIAKAN CINCIN UNTUK PIHAK LELAKI. CINCIN UNTUK BAKAL PENGANTIN PEREMPUAN AKAN DISARUNGKAN OLEH IBU BAKAL PENGANTIN LELAKI. MANAKALA BAGI BAKAL PENGANTIN LELAKI PULA, CINCIN AKAN DISARUNGKAN BAKAL BAPA MENTUANYA.
3: Hantaran. Hantaran untuk majlis pertunangan lebih kepada makanan. Kek, pulut kuning, puding, kek cawan, kuih, dan sebagainya, Ada juga yang memberi kain untuk persalinan nikah. Menurut kebiasaan, hantaran daripada pihak perempuan lebih banyak daripada pihak lelaki. Sebelum pihak lelaki berangkat pulang, barangan atas dulang hantaran ditukar ke dulang pihak lagi satu.
4: Jamuan makan. Sebenarnya tiada peraturan dalam hal ini. Lauk campur makan tengah hari biasa pun sudah memadai.
5: Bakal pengantin lelaki. Bila majlis sedang berlangsung, bakal pengantin lelaki selalunya duduk di luar dahulu. Apabila dipanggil baru turut sama menyertai majlis
6: Kos majlis. Kos majlis pertunangan kebiasaanya ditanggung oleh pihak perempuan.
Kredit : Ikahwin
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila jerawat naik di muka, rasa confident yang ada pada diri sendiri pun menurun kan? Tambah pula kalau dalam masa terdekat ada temuduga atau majlis reunion bersama rakan, mana sempat jerawat nak hilang! Kalau dah bermacam-macam produk dah cuba tapi jerawat masih tumbuh seperti cendawan selepas hujan, apa kata anda cuba salah satu bedak kegemaran nenek kita iaitu bedak nyonya! Kalau anda nak tahu, dengan gunakan bedak ini jerawat pun tak naik tau.
TIPS KURANGKAN PERTUMBUHAN JERAWAT YANG SUKA TUMBUH TANPA RELA!
Kita suka pandang rendah bila tunjuk produk lama. Kadang-kadang yang baru ada kerana manfaat dan kebaikkan daripada produk yang lama. Bila cakap bedak Samfong aka bedak batu ataupun bedak nyonya memang nostalgik giler kan? Yelah, nilah bedak opah opah kita and ibu ibu kita. Memang lejen sangat. Kalau tengok kulit opah atau nenek kita. Awet mudakan? Gebu kan? Jelita dengan tersendiri kan?
2 minggu berturut sebenarnya kulit Ari tumbuh jerawat. Memang jerawat is biasa. Tapi ni jerawat kecil kecil yang menggerutu. Makin tumbuh tumbuh dan tumbuh. Aduuhh mak aiii, sakit. Asalnya sebab berpeluh dimuka, muka jadi gatal gatal dan menyakitkan. Cari punya cari solusi, ari nekad. Terai bedak nyonya ni. Yess, bedak nyonya ni ari pakai as mask dan juga tak lupa tips sebelum ni tepung dan limau. Memang kerap dan rajin buat dua tips ni.
Alhamdulillahh, getting better. Plussss, kulit jadi makin pelolesss. Heyyyy, rasa nk lompat bintang tau bila skin dah sihat and paling best jerawat makin malu nak tumbuh! Okeyyhh tak nak banyak cerita. Ari nak share tips mudah nih!
CARA-CARANYA
1/2 sudu kecil bedak nyonya
Sedikit air suam (pastikan dalam keadaan suam sedikit ye)
Campurkan dengan bedak nyonya. Pastikan tesktur tak terlalu cair untuk disapukan pada kulit. (Bau makin harummmm tau tenang je, hilang stress)
Sapukan pada kulit. Pastikan muka dibersihkan terlebih dahulu.
Tunggu kering dalam 15 minit atau semalaman.
Cuci dan rasakan perbezaan!
Amalkan setiap hari kalau busy dan malas bebeno, 3 kali seminggu secara bergilir. Mesti kulit muka pun licin!