Kalau direzekikan tinggal sebumbung dengan mak ayah atau mentua, bersyukurlah Allah bagi peluang untuk anda rasa dekat.
Namun, tak mustahil ada juga boleh bawa’bermusuh’ bila mak ayah tinggal dengan menantu. Mungkin apa yang dibiuat itu tak berkenan di mata mereka. Lagi teruk minta mak ayah tinggal sebab nak minta jaga rumah, cucu dan anggap mereka bibik pula.
Tinggal Sebumbung Dengan Mak Ayah
Usahlah bebani mak ayah dengan kerja rumah bila mereka nak tinggal dengan anak menantu. Itu juga salah satu cara kita hargai mereka yang telah banyak berkorban untuk anak-anak.
Seperti yang dikongsikan oleh Mohd Fadli Salleh, mak ayah yang tinggal dengan anak menantu adalah satu rahmat dan rezeki serta jadikan rumahtangga kita bahagia.
Mak Ayah Ada Sekali, Itu Rezeki
5 tahun lepas, mak mentua aku buat keputusan nak tinggal bersama kami setelah ayah meninggal dunia.
Punya la seronok dengar mak nak duduk dengan kami. Arwah abah selalu pesan,
Ads
“Ada orang tua nak duduk rumah kita ni satu rahmat. Beruntung la anak-anak kalau mak ayah nak duduk dengan kita.
Rumah akan subur dengan bacaan Quran, ada orang tua yang bangun tahajud dalam rumah kita, rumahtangga lebih bahagia”.
Masa tu, anak ketiga aku Amar Ash Arumi, baru je lahir. Puan isteri baru lepas pantang. Aku terus bagitahu puan isteri,
“Nanti mak duduk dengan kita, jangan suruh mak jaga anak kita. Kita hantar kat pengasuh. Jangan suruh mak masak, basuh main, iron baju, lipat kain untuk kita.
Kita bagi mak rehat”.
Ads
Puan isteri terus setuju saja. Mak awalnya bagitahu nak jaga, tapi aku minta mak rehat saja. Tengah hari bila isteri pulang kerja, ambil anak dan boleh la mak main dengan cucu masa tu. Sampai malam boleh main. Tak dak masalah.
Jaga budak kecil ni renyah dan penat. Tambah-tambah baby. Makan minum kena suap, kencing berak kena basuh, nak tidur kena dodoikan. Sehari dua tak apa lagi.
Tapi kalau dah setiap hari, memang penat.
Anak usia 4 tahun baru aku tak hantar pengasuh. Dah pandai makan minum sendiri, dan pandai kencing berak, tak perlu dodoi untuk tidurkan. Masa tu baru aku bagi mak jaga.
Sama bila anak ke empat lahir pun sama. Ali dihantar kat pengasuh sebaik isteri habis pantang pada hari kerja.
Beri Hadiah Tanda Terima Kasih
Ads
Sesekali kami belikan mak hadiah, beg, bawa jalan-jalan dan sebagainya. Tanda terima kasih dan hargai mak.
Mungkin lain orang, lain caranya. Kalau aku, kami buat gitu. Bersyukur sangat mak nak duduk dengan kami. Rahmat besar sungguh.
Cuma bila terbaca screenshot ni, terkilan juga aku baca. Dah la suruh mak mentua jaga anak, lepas tu berkira pula. Kalau hantar kat pengasuh lagi mahal kena bayar.
Mak dah sanggup jaga anak kita, takkan nak berkira mak minta seratus je. Adeh, cannot brain aku ada juga orang pemikiran macam ni.
Semoga Allah kurniakan anak-anak yang menghargai ibu bapa, soleh dan solehah belaka. Amin.
Tak lengkap rasanya majlis perkahwinan tanpa gambar kenangan untuk dijadikan memori indah dalam hidup anda. Jurugambar adalah benda wajib ada dalam ‘list’ perkahwinan untuk semua bakal pengantin.
Namun, ada beberapa tips juga yang anda perlu tahu sebelum nak pilih jurugambar tersebut. Ia bagi memudahkan urusan kedua-dua pihak. Takut nanti timbul masalah pula. Ini beberapa tips dari Ameirfikri kongsikan kepada anda.
1. Sila kenal kerja jurugambar anda
Kenapa? ha kenapa eh, sebab sebelum kau tu nak makan, kau mesti memilih kan? makan mana sedap untuk tekak kau. Jadi masa pilih photographer pun, pilih lah ikut sedap mata dan sedap hati anda. Sila study gamba photographer anda.
2. Sila berkawan dengan jurugambar anda
Kenapa? bila kau senang buat kawan, photographer senang buat keje. Ini kalau kau menyombong tinggi mendongak langit, mood photographer pun jadi tak best. Bagi sikit ruang pada photographer anda untuk berkawan dengan anda. Photograoher ni manusia sama mcm anda jugak. Oh ya, dari start meeting pun boleh kenal each other.
3. Sila dengar penjelasan atau pandangan dari jurugambar anda
Kenapa? Sebab wedding photographer ni bukan 1 wedding je dia shoot. Mungkin dia dah betahun shoot wedding. Photographer selalunya tau apa dia buat. Engkau tu baru nak kawin esok , mungkin tips and advice dari photographer boleh digunapakai.
4. Sila beri informasi yang betul
Kenapa? Kau nak kawin, hire photographer untuk shoot wedding kau. Photographer perlukan details;- (tempat,timing, tentative )yang betul untuk majlis anda. Dan sila update time by time. Jangan esok kau nak kawin esok jugak kau bagi details, kau memang buat keje gile.
Sumber : Ameirfikri
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain menjadi mainan tidur, mimpi juga dipanggil tanda-tanda atau buat seseorang. Selalunya mimpi dikaitkan dengan tanda-tanda atau peristiwa-peristiwa yang sedang berlaku sekarang.
Jika ya, apa jenis mimpi yang akan menunjukkan jika seseorang akan bertemu pasangan hidupnya? Mesti anda tertanya-tanya bukan? Jom lihat dibawah ini!
1. Mimpi digigit oleh ular
Percaya atau tidak, mimpi untuk bertemu dengan ular bermakna bahawa anda telah bertemu atau rapat dengan pasangan, tetapi tidak menyedarinya. Jika anda bermimpi digigit oleh ular, ini bermakna bahawa dalam masa terdekat anda akan mendapat pasangan anda atau akan mempunyai hubungan yang serius dengan orang lain.
2. Mimpi mendapatkan cermin
Pada masa ini cermin sering dilambangkan sebagai pasangan. Ramai orang (terutama mereka yang berkahwin) mengatakan bahawa pasangan jiwa kita adalah cermin diri kita sendiri. Jika kita baik, pasangan jiwa yang dipilih oleh Tuhan juga baik. Jika sikap anda masih buruk, mulakan pertama untuk meningkatkan sikap anda. Kemudian mimpi untuk mendapatkan cermin boleh ditafsirkan bahawa perlawanan yang betul hampir.
3. Mimpi bertemu sepasang burung merpati
Sejak masa yang lalu, sepasang burung merpati dilambangkan sebagai cinta. Sekiranya anda bermimpi bertemu sepasang burung merpati, itu bermakna anda akan bertemu dengan cinta sejati anda. Sepasang merpati akan menggambarkan bahawa pasangan jiwa anda adalah seorang yang berkerja keras dan penuh belas kasihan. Walaupun dia mungkin tidak seperti yang romantis seperti yang anda impikan, tetapi dia sangat setia.
4. Mimpi dikejar oleh harimau
Impian kadang-kadang pelik. Beberapa mimpi menyeramkan sering ditafsirkan sebagai impian untuk bertemu pasangan. Kali ini, jika anda bermimpi dikejar oleh harimau, itu bermakna anda akan bertemu dengan pasangan jiwa anda. Kerana harimau keras dan gigih, impian seperti ini sering disamakan dengan seseorang yang tidak pernah menyerah, berterusan, dan sukar mencari jodohnya.
5. Mimpi melihat bunga yang menjalar pagar
Diberkati jika anda bermimpi melihat bunga yang tumbuh di atas pagar. Bunga boleh disamakan dengan hati yang semakin meningkat, sementara pagar adalah perlindungan. Kemungkinannya, jantung anda akan berkembang dalam masa yang singkat. Bunga pendakian disamakan dengan hubungan yang perlahan, tetapi kukuh, menyebarkan kerana terdapat pagar sebagai asasnya.
6. Mimpi duduk di atas ayunan dengan seorang lelaki
Dalam pelbagai simbol, kedua-dua buaian ditafsirkan sebagai langkah-langkah yang bersedia untuk membina hubungan yang berkualiti. Ia juga boleh menjadi tanda untuk mengarahkan hubungan dengan tahap yang lebih serius (berkahwin). Oleh itu, jika anda bermimpi berada di ayunan dengan seorang lelaki, hanya bersiaplah terdapat cincin yang dilingkari pada jari manis anda.
Mereka adalah beberapa mimpi yang menunjukkan anda akan bertemu pasangan jiwa anda. Percaya atau tidak, itu semua keputusan anda. Tetapi sentiasa percaya, bahawa anda boleh bertemu pasangan jiwa anda bila-bila masa dan di mana sahaja.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan mudah untuk menjalani kehidupan berumah tangga. Lebih-lebih apabila anda dan pasangan tinggal bersama keluarga. Banyak hati perlu dijaga. Di sini suami/isteri di sana emak dan ayah. Pasti wujud suasana yang kurang senang ketika tinggal bersama.
Usah rasa tertekan dengan masalah yang timbul dan jangan sesekali cepat melatah. Setiap masalah ada penyelesaiannya.
Berbincang
Sekiranya terdapat perselisihan faham, cuba duduk semeja dan berbincang. Kenal pasti masalah yang dihadapi dan selesaikan dengan cara yang baik. Jangan cepat menuding jari pada mana-mana pihak. Cuba bersikap adil dan bijak. Pasti masalah dapat diselesaikan dengan baik.
Lemah Lembut Dalam Percakapan
Perkara paling penting yang anda harus ingat, mesti menjaga percakapan. Jangan sesekali meninggikan suara atau bercakap kasar. Sekiranya anda bercakap dalam nada lemah lembut dan sopan, pasti kemarahan di pihak sana akan beransur hilang. Seperti kata pepatah ‘api jangan di simbah dengan minyak’ kalau dibiarkan makin marak.
Bersungguh-Sungguh
Jika masalah yang wujud disebabkan tabiat atau sikap yang tidak menyenangkan, bimbing pasangan anda untuk berubah. Anda juga perlu tanamkan azam dalam diri yang untuk sama berubah bagi mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia.
Bersabar
Mungkin anda telah menggunakan pelbagai cara untuk menjernihkan keadaan, namun hasilnya masih sama dan tidak berkesan. Jika perkara sebegini masih berlaku, cuba mengalah dan bersikap sabar. Tidak salah anda mengalah, kerana itu bermakna, anda mampu melawan ego kemarahan anda.
Sentiasa Bersama
Bagi pasangan yang baru berkahwin, kebiasaannya pihak wanita yang selalu mengalami masalah dengan keluarga mertua. Sekiranya isteri anda mengalami keadaan seperti itu, jangan rasa tersepit, anda perlu bijak menanganinya. Sentiasalah bersama isteri anda walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Sekiranya isteri tidak pandai masak, anda boleh membantunya bersama di dapur.
Luangkan Masa
Sekiranya ini terjadi, cuba luangkan masa bersama keluarga untuk keluar beriadah seperti berkelah di tepi pantai, mandi manda di taman tema air, dan banyak lagi aktiviti. Pasti hubungan kalian akan lebih erat dan bahagia.
Solat Berjemaah
Solat berjemaah sangat penting dalam mewujudkan sebuah keluarga bahagia. Dengan solat berjemaah, anda dan keluarga bukan sahaja dapat merapatkan silaturahim malah rumahtangga lebih diberkati Allah SWT.
Beri Hadiah
Jangan beri hadiah ketika ulang tahun kelahiran saja, anda juga boleh memberi cenderahati pada bila-bila masa. Mungkin ia kedengaran seperti rasuah, namun jika ‘kena’ pada caranya, hadiah tersebut akan bertukar menjadi pemberian paling indah oleh anda. Sekaligus dapat memujuk hati keluarga mertua anda yang dalam kemarahan.
Tip tambahan:
Elakkan berdebat untuk menegakkan kebenaran anda biarpun hakikatnya anda benar. Cuba beralah dan bersikap sabar.
Sekiranya anda dimarahi oleh ibu mertua, cuba berfikiran terbuka dan fikir balik kenapa anda dimarahi. Muhasabah diri kerana ia mungkin berpunca dari anda sendiri.
Jangan bersikap malas semasa bersama keluarga mertua.
INGAT! Anda bersama keluarga suami, bukan keluarga anda yang selalu melayan anda bak puteri raja.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!