Siapa yang tidak teruja nak kurus? Pelbagai cara diusahakan demi mendapat bentuk badan impian. Buat bakal pengantin pastinya dilanda dilema di saat menghitung hari untuk menempuh hari bahagia. Mana mungkin berbadan gempal dengan mudah menyarung persalinan pengantin yang mengikut figura badan. Takut pula dilabel sudahlah tidak cantik, gemuk pula. Aduhai bagaimana ye?

Maka dengan itu ada yang mengambil jalan mudah mencuba ubat atau suplemen kerana tergoda untuk kurus segera. Logik pada akal, mana ada perkara yang berhasil tanpa usaha yang berpanjangan. Inilah bahaya jika tindakan anda berasaskan nafsu dan emosi.

Jika anda ingin menurunkan berat badan secara kekal, amalan diet sihat dan senaman yang konsisten merupakan pilihan terbaik. Diet yang seimbang memberikan hasil yang lebih berkesan. “You are what you eat” – ingat frasa ini supaya anda tidak tersasar dari sewajarnya.

Dr Rafidah Abdullah, Pakar Buah Pinggang (Pakar Perunding Perubatan) berkongsi pengalaman peribadinya sendiri bagaimana beliau melakukan perubahan pada diri sendiri untuk mendapatkan bentuk badan yang sewajarnya. Dalam masa yang sama, beliau tetap memastikan tahap kesihatan yang memuaskan.

Ramai yang tanya apa panduan nak menguruskan badan. Beginilah, kesedaran diri saya bermula dalam tahun 2008. Gambar saya di bawah (kiri) masa itu BMI 29 ++.

Sebab? Cermin rumah saya berfungsi. Nampak dah yang segalanya dah tembam. Saya tahu, ibu bapa saya ada kencing manis. Nak tak nak, kalau saya teruskan kehidupan sebegini, kejap lagi saya akan dapat penyakit. Jadi, saya tekad, dan dengan semangat dan keyakinan diri, saya mula berjuang.

IKLAN

Alhamdulillah saya dapat turun dan maintain BMI 21-22. Turun dalam beberapa bulan; turun banyak sekali gus tidak sihat. Cukup 1-2 kg seminggu, itu pun dah banyak. Lebih dari itu, anda mungkin tidak sihat.

Antara tips penting yang saya praktikkan

1. Minum air kosong sahaja. Elakkan air bergula, berkarbonat dan bersusu pekat manis. Seksa juga sebab dulu favourite saya teh tarik.

2. Kurang kan nasi. Akan tetapi bukan Atkins ya. Sumber karbohidrat mesti ada; ianya punca tenaga. Saya ganti kan dengan roti gandum, chapati, naan, spaghetti dan sebagainya. Untuk saya sendiri, saya sangat kurang karbohidrat semasa malam kecuali esok nak lari lebih 20km?.

IKLAN

Saya? Makan nasi sekali seminggu saja.

3. Kurang kan makan luar. JANGAN makan fast-food langsung. Bahaya. Masak sendiri. Kurang kan garam, sos dan perasa tambahan. Benda-benda ini tiada di rumah saya!

4. Senaman. Minima untuk kesihatan: 150min seminggu atau 30 min 5 x seminggu. Akan tetapi jika mahu kurang kan berat badan intensiti senaman mesti ditingkatkan. Takat berlenggang-lenggang kat taman 10jam sehari pun tak cukup rasanya.

5. Kena tahu kalori masuk dan kalori keluar/digunakan. Banyak panduan kalori makanan yang saya guna kan MyNutriDiari. Boleh download program ini (gambar kedua). Saya bagi contoh berapa kalori setiap hidangan yang ada. Contoh: Nasi Goreng USA banyak kalori; lari 10km pun tak habis bakar yang ini. Juga ada panduan bagaimana nak kurang kan berat badan dalam ini.

IKLAN

6. Diet mesti SEIMBANG dan sesuai kan dengan aktiviti anda. Kesemua komponen makanan ada fungsinya!

Saya tak perlu buat hashtag #dietrafidah sebab keperluan setiap orang adalah berlainan. Elok kalau setiap seorang anda diberikan “empowerment” diri untuk membentuk kehidupan anda sendiri. Kalau tak, setiap kali nak makan, kena tanya kami.

Saya percaya, anda semua BOLEH!

Saya juga manusia biasa. #cheatdays tetap ada tetapi BUKAN hari-hari!

Yang tentunya, suplemen tak perlu; boleh baca panduan Pegawai Pemakanan Jazlina Syahrul yang mengingatkan Pinggan Sihat anda iaitu #sukusukuseparuh.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI