Hanya sekali lafaz, pelakon Syafie Naswip sah jadi suami kepada wanita bernama Nur Afiqah Ishak selepas melangsungkan majlis pernikahan di Dewan Wilqadry, Putrajaya.
Majlis akad nikah tersebut telah disiarkan secara langsung (Live) menerusi akaun Instagram milik pelakon tersebut.
Syafie Naswip Sah Jadi Suami
Dalam majlis yang diadakan secara sederhana itu, Syafie atau nama lengkapnya Muhammad Syafie Naswip, 31, telah dinikahkan sendiri oleh bapa kandung kepada pengantin perempuan dengan mas kahwin sebanyak RM300.
Selepas selesai majlis akad tersebut, pelakon yang popular menerusi filem Mukhsin itu dilihat sebak dan menitiskan air mata ketika membaca taklik iaitu perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut Hukum Syarak dan seperti mana diperuntukkan dalam Akta, Enakmen atau Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Negeri.
Ads
Segak mengenakan persalinan baju Melayu dan kurung putih, kedua-dua pasangan mempelai sama cantik, sama pada itu dilihat tersenyum tanda syukur selepas sah bergelar suami isteri.
Bersambung Majlis Resepsi
Tidak habis di situ, majlis resepsi terus diadakan pada jam 6 petang hari yang sama pasangan ini dinikahkan yang bertempat di Grandeur Hall, Putrajaya. Dengan pakaian biru lembut, nampak cantik berseri orang rumahnya.
Ads
Menerusi ruangan komen dalam Live yang ditonton lebih daripada 1,500 pengikutnya dalam Instagram, ramai peminat pelakon itu telah meninggalkan ucapan tahniah atas pernikahannya dengan Nur Atiqah.
“Alhamdulillah. Selamat menjalani kehidupan berumah tangga,” ujar seorang pengguna Instagram.
Ads
“Syukur alhamdulillah. Semoga kekal hingga ke syurga,” kata seorang lagi netizen.’
Difahamkan isteri kepada Syafie iaitu Nur Afiqah merupakan seorang pelakon dan juga model, berdasarkan komen yang ditinggalkan oleh pengikut suaminya dalam Instagram.
Dalam rumah tangga, pasangan suami selalulah berdoa agar rumah tangga terus kekal bahagia. Doa memiliki kekuatan luar biasa dalam kehidupan. Sesuatu yang nampak tidak mungkin di mata manusia akan menjadi mungkin atas kehendak-Nya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gigi yang tersusun rapi dan putih menjadikan penampilan seseorang nampak bergaya. Namun adakah ia dapat diperoleh hanya dengan memakai ubat gigi yang bersumberkan arang?
Senyuman seseorang itu nampak sempurna apabila gigi sihat dan cantik. Apabila gigi berwarna kuning, hendak senyum pun terasa malu.
Berikut perkongsian fakta daripada Dr Azila Mohd Kassim yang merupakan doktor gigi dari klinik pergigian Azila yang terletak di Bangi.
Menurut Dr Azila, jangan sesekali percaya dengan iklan ubat gigi bersumberkan arang yang kononnya boleh memutihkan gigi. Bahan ini juga tidak akan menghilangkan tartar atau karang gigi.
Arang dipercayai mempunyai mekanisme seperti magnet untuk menarik serta memerangkap kotoran pada gigi. Apabila seseorang itu berkumur, secara teorinya kotoran terbabit akan keluar bersama. Tiada bahan aktif putihkan gigi.
Gigi hanya boleh nampak lebih bersih, tetapi tidak boleh putih seperti didakwa kerana serbuk arang tidak mempunyai apa-apa bahan aktif yang boleh membantu memutihkan gigi.
Molekul serbuk arang sangat kasar dan bersifat menghakis. Kajian menunjukkan, penggunaan seawal empat kali sudah boleh menipiskan enamel gigi, sedangkan lapisan itu penting untuk melindungi dentin, selain lapisan ketiga iaitu pulpa selaku pusat saraf gigi.
Lapisan dentin secara asalnya lebih kuning berbanding enamel. Enamel yang menipis tidak akan terbentuk semula dan dentin yang kuning akan berterusan terdedah. Keadaan ini akan menyebabkan dentin mula menyerap warna kelabu daripada serbuk arang menyebabkan gigi bukan sahaja tidak putih malah menjadi kelabu kekuningan.
Anda boleh menggunakan apa sahaja yang dirasakan sesuai untuk menggosok gigi, tapi perlulah mengikut cara yang betul dan waktu yang bersesuaian. Selain itu, pastikan bahan yang digunakan dalam produk tersebut selamat dan tidak berbahaya.
Rawatan pemutihan atau ‘teeth whitening’ yang sebenar adalah apabila doktor gigi menggunakan bahan carbamide peroxide atau hydrogen peroxide. Hanya kepekatan 35 peratus hydrogen peroxide boleh memutihkan gigi.
Bagaimanapun hasilnya bergantung pada individu dan perlu diselenggarakan oleh doktor gigi bertauliah. Bahan-bahan ini berkemungkinan besar boleh mencederakan gusi sekiranya disalahgunakan.
Sedikit sahaja hydrogen peroxide terkena gusi akan menyebabkan gusi melepuh, terhakis dan menyebabkan ulser. Jangan menggunakan sebarang kaedah pemutihan gigi tanpa konsultasi daripada doktor gigi bertauliah.
Serbuk arang, baking soda dan lemon adalah mitos untuk memutihkan gigi. Di antara kesan buruk pembeli yang pernah mencuba ubat gigi activated charcoal (AC) ini ialah gigi bertambah haus dan sensitif.
Produk yang mengandungi arang atau ubat gigi pemutih ini boleh menghakiskan gigi dengan cepat jika tidak digunakan dengan cara yang betul dan tersalah pilih produk.
Sebenarnya serbuk arang dicampur gaulkan dengan beberapa ramuan dan hasil campuran akan diproses di bawah suhu yang tinggi. Kesannya arang yang terhasil akan menjadikannya lebih halus daripada arang biasa. Maka apabila digosok pada gigi kesannya gigi menjadi kelihatan putih.
Jadi AC ini tidak memutihkan gigi secara langsung. Bahan-bahan tersebut hanya membuang kotoran luaran dan menyebabkan gigi sensitif dan enamel menipis. Bahan ini juga tidak menghilangkan tartar atau karang gigi.
Perlu difahami bahawa warna natural gigi memang agak sedikit kuning. Keadaan ini disebabkan lapisan paling luar gigi (enamel) nipis dan lut sinar. Gigi sebenarnya menampakkan lapisan dalam (dentin) yang berwarna kuning.
Kebiasaannya doktor gigi tidak memandang pelik pada mereka yang memiliki gigi sedikit kuning sebab memang itu warna natural gigi.
1. Beruslah gigi dua kali sehari selama dua minit.
2. Gunakan ‘floss’ gigi sekurang-kurangnya satu kali sehari.
3. Elakkan minuman yang menyebabkan ‘stain’ pada gigi. Contoh kopi, teh dan nescafe.
4. Jangan merokok, shisha, vape dan pengambilan tembakau.
5. Lakukan pemeriksaan gigi berkala di klinik pergigian.
6. Lakukan rawatan pemutihan gigi di klinik pergigian berdaftar.
Setiap pasangan yang berkahwin tentunya mengimpikan zuriat sebagai penyambung keturunan. Ujian masing-masing berbeza. Ada yang mudah dikurniakan zuriat dan ada juga yang diuji dengan kepayahan mendapatkan zuriat yang diidamkan.
Bagi pelakon, Izzue Islam, setelah hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga, dia sudah lali dengan soalan tentang anak. Malah pelakon yang kini sedang meniti usia 32 tahun ini tidak pernah terasa hati selagi pertanyaan tersebut bukan berbentuk sindiran.
“Ketika awal perkahwinan, saya memang rimas kalau orang asyik bertanya mengenai anak. Saya respons mengikut intonasi pertanyaan, apakah mereka betul-betul bertanya atau mahu menyindir.
“Daripada marah, lebih baik saya beredar. Kalau sekadar bersembang, saya jawab sahaja. Tiada masalah kerana saya dan isteri akur, belum rezeki untuk menimang cahaya mata,” katanya.
Izzue pernah ditanya sama ada pernah membuat pertimbangan untuk mengambil anak angkat, pelakon asal Kota Bharu, Kelantan ini mengakui, pernah memikirkan perkara tersebut.
Bagaimanapun dia enggan menanggung risiko kerana bimbang tidak mampu melunaskan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik.
Atas alasan itu, Izzue dan isteri, Awin Nurin terpaksa menangguhkan dahulu hasrat tersebut.
“Saya pernah berbincang dengan Awin mengenai perkara ini. Namun, apabila difikirkan balik, saya jadi risau sebab takut anak terabai dan tidak mampu memberi kasih sayang sepenuhnya.
“Jadual kerja saya pula tidak menentu dan bimbang kalau dibawa ke hulu dan ke hilir, nanti jatuh sakit dan akan membebankan banyak pihak,” kongsinya.
Memiliki ahli keluarga yang begitu memahami karier dan kehidupan peribadinya, akui Izzue, baik keluarga sendiri mahupun mentua, mereka tidak pernah membangkitkan soal anak.
“Mereka sentiasa memahami dan tidak mendesak untuk segera memiliki cahaya mata. Ahli keluarga juga tidak pernah bertanya tentang pengambilan anak angkat. Lagipun, saya ada anak saudara yang ramai, jadi mereka tidak pernah bertanya perkara itu dan faham situasi kami,” jelasnya.
Secara jujur, kata Izzue, dia tidak sempat kesunyian, apatah lagi rutin hariannya sentiasa dipenuhi dengan komitmen kerja.
“Alhamdulillah, saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Cuma, sudah tentu ia akan menjadi lebih bermakna apabila dikurniakan anak.
“Ada juga yang memiliki ramai anak tetapi kehidupan porak-peranda, ditambah dengan kos sara hidup yang semakin meningkat,” jelasnya.
Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...