Hidup berumah tangga ni kena ada give and take. Bila seorang tak sempat nak buat, yang seorang lagi harus membantu. Bukan mengarah atau marah. Lelaki ini kongsi, dalam rumah tangga, suami perlu didik diri buat kerja rumah. Ini perkongsian menarik.
“Ayg, dlm peti ais ada apa lagi?”
Ikan kembung ada 5 ekor, tenggiri sekor, ayam sebelah…”esok ayg p pasar ya, duit abg dh letak dlm beg, klu xcukup, ambik yg abg selit tepi laci almari tu…”
Esok bila blk keje, “Ayg, pagi tadi p pasar habis brapa ringgit…?”
Ads
40 bang…”Dalam beg tinggal lagi brapa?”…30 lagi…saya ambik beg duit isteri, tambah lagi 50…Esok2 balik tanya lagi, duit kurang, kita topup…bukan nk bgtau yg saya ni byk duit, tapi itu tanggungjawab suami…duit yg dia habiskan tu, semua utk belikan brg2 utk dia nak masak…bg mkn minum ni termasuk dlm nafkah & tanggungjawab seorang suami…
Pastu, buka mesin basuh, tgok ada pakaian xbasuh lg…”Ayg, ada x lagi baju2 kotor yg nak basuh…?”Dia ambik, buh dlm mesin…kita pun masukkan air, masukkan sabun, biar mesin tu jalan sendiri…siap ja basuh, kita buh dlm bakul…”Abg, tinggal la, esok ayg sidai…”… Xpe, ni keje abg, abg sidai jap je ni…
Ujung2 minggu, ari sabtu dan ahad, tanya isteri, “umah dah sapu ke yg?” Dah…dua ari lepas bang…”Ok, abg sapu lagi…” Jumpa la rambut dia, bergumpal sana sini…”Ayg, meh nak tgok kepala…” Dia pun dtg…”Kenapa bang?” Saja, abg jumpa byk rambut bila abg menyapu umh, abg takut ayg dah botak je (saja gurau2 dgn isteri)…saya sambung sapu umah, mop umah, cuci kipas, lap almari…isteri jaga anak, suap anak sarapan sambil main basikal kat luar, saya dok dlm umah, buat keje2 umah…
Ads
Siap je keje, ambik periuk nasi, basuh beras, masak nasi 2 pot, cukup la utk kami satu keluarga…”Ayg, abg kluar beli lauk yg dh siap kt kedai…ari ni ayg xpyh masak, cuti, berehat…”
Ini adalah antara tanggungjawab seorang suami dlm rumahtangga…jgn bersikap lepas tgn dan menganggap ini tanggungjawab dan tugas seorang isteri…bila suami ada kesempatan, ada masa, kena buat smua keje2 ni dan bukannya mengadap hp atau keluar melepak dgn kwn2…
Ads
Didik diri utk buat keje-keje umah…ini keje suami…
Rasulullah s.a.w pun byk membantu isteri2nya dlm melakukan keje2 umah apabila baginda ada masa lapang…Sunnah ni, jarang suami2 nak ikut, tp klu sembang bab poligami, terangkat bontot nak ikut…tepuk dada tanya diri sendiri la ye sama ada kita dah buat belum tanggungjawab2 ni, klu selalu buat, lama kelamaan dh jd biasa…not a big deal pun…
Hakikatnya ini memang keje suami, dan utk menjadi isteri yg baik, mereka “tolong” buat sebab kita tak sempat buat…
Kredit : FB Firdaus Syakirin
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apa ciri wanita yang menjadi idaman lelaki? Perlu ambil tahu ye wanita di luar sana, jangan ambil remeh nanti bila di tinggal kekasih dalam beberapa bulan tongkat dagu la… jangan salahkan takdir pula. Bagi wanita yang di luar sana InsyaAllah beberapa tip dan cara untuk para wanita diluar sana agar mudah memikat lelaki idaman anda. Bukan mudah nak memikat orang yang kita idamkan sehingga tidur tak lena, mandi tak basah, makan terlajak kenyang sampai perut buncit tanpa sempadan itu cara membinasakan diri sendiri.
1.Lelaki tertarik pada wanita yang cantik
Cantik ini sebenarnya subjektif. Kalau seseorang itu merasa cantik dalam dirinya InsyaAllah dia akan kelihatan cantik. Ini bukan perasan atau syok sendiri tapi ini adalah yakin dengan pemberian Allah. Confident level kena tinggi dan bertempat ye, jangan riak berdosa. Maka bersiaplah selalu agar tampil cantik dan jelita sepanjang masa. Sejuk mata memandang.
2. Sifat keanak-anakan
Percayalah bahawa wanita yang ada sifat keanak-anakan dapat menarik hati orang lelaki, sebab sifat lelaki ini dia nak menjadi hero, nak membela. Orang lelaki ini dia nak macho. Dia nak menjaga, membela, mengawal, membimbing dan juga melindungi wanita. Sesekali macam budak tadika apasalahnya kan…comel, cute
gitu.. Tapi ingat jangan terlalu over nanti nampak macam orang gila dan tua-tua nak merengek..
3. Berakhlak tinggi.
Sudah semestinya semua lelaki di luar sana suka akan sifat wanita yang berakhlak. Sopan santun,lemah lembut ada sifat-sifat wanita timur. Jangan orang timur nak buat perangai macam sikap orang barat. Ingat! Orang barat pun tertarik dengan wanita timur okay!
4. Beragama
Tanyalah mana-mana lelaki di luar sana siapa tak nak wanita yang beragama? Segarang-garang dan sekeras-keras lelaki itu pasti dia nak kan isterinya beragama. Kalau dia dah huru-hara tak akanlah pasangannya pun nak yang haru biru juga. Wanita yang beragama ini adalah perintah Allah. Solat 5 Waktu dan sebagainya.
5. ‘Beauty with brain’– bijaksana
Bijaksana merupakan salah satu sifat-sifat wanita yang menjadi idaman lelaki iaitu pandai. Tapi ingat lelaki pun menyampah juga kalau yang menunjuk-nunjuk kepandainnya. Kalau tak tahu cakap saja tak tahu jangan buat-buat tahu. Lumrah orang lelaki memang suka tengok wanita cantik yang seksi tapi nak jadikan isteri sebenarnya tidak sekadar syok bawa kehulu kehilir saja. Faham-faham lah ye wanita di luar sana.
6. Lelaki tertarik dengan wanita yang memahami
Lelaki cukup tertarik dengan sifat wanita yang memahami iaitu gerak hati yang kuat. Kurang membebel, tak perlu cakap berulang kali dah faham apa nak buat. Pendek kata bijak berdikari. Tidaklah asyik hendak berkepit 24jam. Rimas kak oi…
7. Tidak terlalu cemburu
Nak cemburu boleh, bertempat ye. Kalau tak cemburu langsung pun tak boleh nanti dia ingat tak sayang pula. Kalau terlewat balik rumah atau menjemput anda di tempat kerja jangan la nak melompat naik angin cepat sangat, tanya elok-elok kan sweet.
8. Kuat memberi sokongan- Moral Support
Tidak kisah dalam apa jenis bentuk pun, sokongan anda sebagai seorang teman istimewa dalam hatinya akan cukup bermakna jika anda bijak memberi semangat kepadanya. Orang lelaki ni pun maja juga mereka pun perlukan perhatian. Kalau boleh dengar lah keluh kesah mereka kadang-kadang ye.
9. Tergoda dengan wanita yang sejuk mata memandang
Sejuk mata memandang, bukan rupa sahaja, perangai, akhlak, pertuturan, dalam tip di atas dah ada yang dinyatakan.
10. Ada kesamaan dan keserasian
Minat yang sama mendorong mereka untuk lebih ingin mendekati seseorang wanita itu. Persamaan ini memudahkan anda berkogsi minat yang sama tidaklah seperti langit dan bumi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan berkahwin mempunyai impian membina rumah tangga yang serba lengkap iaitu ada rumah, kereta dan peralatan moden yang memudahkan kehidupan mereka. Tetapi, tidak semua orang dapat mencapai impian hidup mewah dan senang selepas berkahwin.
Ini kerana sebelum berkahwin mereka sudah membelanjakan wang yang agak banyak untuk beberapa majlis. Umpamanya bermula dari majlis pertunangan sehingga perkahwinan. Hutang yang terbeban oleh pasangan yang baru berkahwin memang banyak. Justeru bagi yang bijak mereka akan sentiasa berhemah dalam perbelanjaan dan mengamalkan hidup sederhana bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga dan mengelak konflik suami isteri kerana masalah kewangan.
Berikut adalah tip untuk mengamalkan hidup sederhana bagi pasangan yang baru berkahwin.
1. Jika belum mampu membeli rumah sendiri, sewa rumah yang mampu dibayar. Biar tidak besar asal selesa dan dapat dijadikan tempat tinggal buat sementara selagi belum mampu memiliki rumah sendiri. Tinggal sendiri boleh mengajar pasangan tentang ilmu berumah tangga kerana apabila sudah tinggal berasingan dari keluarga mereka perlu lebih bijak merancang kehidupan.
2. Membeli keperluan asas dalam rumah tangga, seperti set dapur, pinggan mangkuk, sudu garpu senduk, seterika dan sebagainya serta set bilik tidur dan keperluan harian yang bersesuaian dengan harga yang mampu dibayar. Buat sementara waktu beli yang tidak terlalu mahal harganya.
3. Kenderaan amat penting sebagai pengangkutan ke tempat kerja atau balik kampung. Jika ada duit simpanan boleh membeli motor untuk memudahkan perjalanan suami isteri ke tempat kerja atau membeli kereta yang kecil dan murah untuk kegunaan suami isteri. Jika tidak mampu naik kenderaan awam sahaja ia lebih menjimatkan kos hidup.
4. Masak di rumah dan tidak membazir dengan membeli makanan yang mahal dan sentiasa berhemah dalam perbelanjaan. Memasak di rumah bukan sahaja menjimatkan malah mengeratkan hubungan suami isteri. Kata orang tua, air tangan isteri akan membuatkan suami akan sentiasa mengingati isterinya.
5. Jangan membeli barang yang tidak perlu seperti hiasan rumah yang hanya bertahan beberapa bulan sahaja. Elakkan membeli peralatan rumah yang tidak kerap digunakan. Berbelanja hanya bila perlu sahaja.
6. Sentiasa mengamalkan konsep bersyukur dan tidak tamak serta iri hati melihat apa yang orang lain ada. Misalnya melihat orang lain membeli baju, tudung, kasut dan barangan berjenama, kita juga mahu yang sama. Memadai dengan barangan biasa yang boleh dipakai dan tahan lama.
7. Jangan selalu bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain. Ikut kemampuan diri dan sentiasa berhemah dalam apa juga yang dibelanjakan. Jika ada wang lebih menabung sedikit demi sedikit.
8. Dari awal perkahwinan jika sudah mengamalkan gaya hidup sederhana ia akan menjamin kebahagiaan hidup di masa depan. Walaupun mungkin ada yang mampu hidup mewah selepas berkahwin, buang rasa sombong dan ego serta sentiasa mendidik anak-anak dalam suasana kehidupan yang sederhana bagi mendidik jiwa mereka menjadi mulia.
Kesimpulannya, memulakan kehidupan berumah tangga dengan cara hidup sederhana amat dituntut dalam agama. Mereka juga dapat menghayati konsep bersyukur dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan apa yang mereka mahu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan hubungan yang bahagia dan harmoni. Sikap saling mempercayai perlu ada dalam diri masing-masing dalam memastikan rumah tangga sentiasa dalam keadaan yang baik. Namun, anda juga pasti tidak dapat lari dari perselisihan faham dengan pasangan.
Ia dianggap perkara biasa dalam perhubungan. Perkara tersebut dapat mematangkan lagi hubungan bersama pasangan sekaligus membentuk rumah tangga yang lebih kukuh. Pasangan yang telah menemui kunci kepada kebahagiaan dalam hubungan akan menjadikan cinta mereka sentiasa kuat, lebih menyeronokkan dan setiap hari bagaikan hari baru yang penuh dengan bunga-bunga cinta.
Pesona Pengantin senaraikan 5 ramuan cinta untuk anda miliki hubungan rumah tangga yang bahagia dan harmoni.
1. KEKAL POSITIF
Sikap yang ceria selalu membawa kebahagiaan dan emosi yang positif. Ramai yang inginkan pasangan yang bersikap ceria dan positif dalam kehidupan mereka. Sebaliknya pula dengan sikap tidak puas hati yang berterusan, sentiasa mengadu, kuat berleter akan memberikan emosi negatif dan seterusnya akan merosakkan hubungan dengan pasangan.
Anda mesti kekal positif dan jangan biarkan pasangan anda merasa sedih. Sentiasa optimis kerana anda dan pasangan anda boleh menempuhi apa sahaja asalkan anda mempunyai antara satu sama lain. Anda boleh buat jenaka tentang kegagalan anda, ketawa bersama , buat kesimpulan dan move on!
2. JADI DIRI SENDIRI DAN BERSIKAP JUJUR
Anda mahu menjadi lebih baik daripada diri anda sendiri. Anda sembunyikan kesilapan lama anda dan anda sorokkan cerita yang anda ingin lupakan tetapi sebenarnya anda tidak perlu untuk menjadi sempurna. Jadilah diri anda sendiri. Ramai yang suka bersembunyi di sebalik topeng, takut untuk menunjukkan pada orang lain diri mereka sendiri.
Bersembunyi adalah perbuatan yang meletihkan dan hubungan anda bersama pasangan anda tidak jujur dan akhirnya akan merumitkan. Amat penting sekali untuk anda menjadi ikhlas dan tidak takut untuk menunjukkan kepada pasangan anda apa yang anda rasa. Pasangan anda adalah orang yang paling dekat dengan anda. Jika anda punya masalah, segeralah meluahkannya. Langkah pertama untuk menyelesaikan masalah adalah melalui perbincangan.
3. BERIKAN SI DIA RUANG
Jangan asyik nak berkepit dengan pasangan anda 24 jam. Jangan halang hobi pasangan anda dan jangan sesekali abaikan hobi anda juga. Anda jatuh cinta dengan pasangan anda kerana caranya dan dia juga jatuh cinta dengan cara anda dan terima semua hobi dan tabiat anda. Melakukan pengorbanan adalah sia-sia.
Tiada siapa yang akan menghargainya. Pasangan anda tidak perlukan pengorbanan dan tidak mahu mendengar celaan anda. Anda dan pasangan anda cuma perlu bahagia bersama. Anda dan pasangan anda perlu membawa perkara yang baru dan menarik ke dalam hubungan anda. Jangan rosakkan apa yang anda sudah punyai.
4. SENTIASA MENYOKONG ANTARA SATU SAMA LAIN
Pasti ada di satu hari kita akan mengalami hari yang buruk sehinggakan ia mampu menghilangkan mood. Sekiranya hari itu tiba, berikan pasangan anda sokongan anda. Tunjukkan kepada pasangan anda yang anda ambil berat tentang mereka. Ia tidaklah sukar dan pasangan anda pasti akan merasa lebih baik.
Pastikan anda berikan perhatian kepada kehendak dan keperluan pasangan anda. Anda hendaklah sedar bahawa pasangan anda bukanlah bayangan diri anda mahupun harta anda. Anda perlu menghormati pasangan anda tidak kira jika pasangan anda berbeza dari diri anda.
5. TUNJUKKAN KASIH SAYANG ANDA
Ia amat penting untuk mengingatkan pasangan anda betapa anda menghargai semua tentang dirinya untuk anda. Bersyukurlah walaupun untuk perkara-perkara kecil. Jangan sia-siakan apa yang Allah sudah kurniakan untuk anda. Beritahu pasangan anda betapa anda menghargai setiap perkara dalam perhubungan anda.
Tunjukkan kepada pasangan anda betapa anda memerlukan dia dan jangan teragak-agak untuk menunjukkan kasih sayang anda kerana ia amat penting untuk membina hubungan yang mendalam dan kuat di antara anda berdua. Buat pasangan anda merasa istimewa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...