Seronok bila kediaman yang kita duduki sentiasa kemas dan cantik dengan dekorasi indah. Bajet adalah perkara paling menghantui ramai pasangan, namun dengan hanya bajet serendah RM1000, anda juga mampu mengubahsuai rumah anda untuk tampil berbeza dari sedia ada. Tidak percaya?
Ikuti perkongsian Nuyul Nordin ini yang mungkin boleh memberi idea untuk anda mula mendekorasi kediaman untuk tampil hebat sepertinya.



AKHIRNYA SIAP PROJECT DIY WAINSCOTING PKP LAKI BINI UTK AREA RELAXING HALL KAMI TEMA EMERALD GREEN.

Tapi laki yg banyak buat, bini curah idea and curahkan nak beli apa buat sama² la. CABARAN kitorang sbb dinding kat rumah ni berombak², almaklumlah PEMAJUnya TALAM. Siapa tau, tau lah. So mmg kena kental. Dari mula pilih design, pilih kayu, pilih cat semua sama². Apa tema nak buat finally kitorng decide utk biarlan lapang senang nak golek² or nak solat kt bawah. Ada org dtg nak sharing EO pon plan buat kt situ je. So i need space yg lapang.

Wainscoting ni ada mcm jenis. Ada kayu, foam, pvc bagai. But kitorang suka kayu, sbb suka texture pada kayu. Feel dia lain. Biasalah lain org lain selera. And kayu ni yg best ada mcm² design.

Kitorang pilih 3 design kayu yg berlainan utk skirting, strip and frame. Skirting kitorang dpt RM25 utk sebatang (8kaki), Strip sebatang RM17.60 utk 8 kaki and Frame sebatang RM4.50 utk 7 kaki. Beli dkt hardware dlm tmn rumah je. Takde servis potong, so kitorng (laki) beli gergaji and apit G potong sendiri. Kemahiran Hidup sgt. Fefeeling dlm makmal KH.

CERMIN tu beli IKEA nama LOTS. Then potong la sendiri guna cermin cutter and tampal.

IKLAN

TIPS :





1. Buat sketch ikut ukuran hall korang and design sesiap. So senang kau tau berapa banyak kayu nak guna.

2. Jarak antara kayu paling cun buat 4inch antara satu sama lain. So ukur lah elok², kalau ada basi sikit2 tu halal jek la. Takda org dtg nak audit rumah kau.

IKLAN

3. Lepastu decide cat nak full ke half ke suku ke tompok ke atau xnak cat lansung. Terpulang.

4. Sabar, kental, buat dgn jiwa. Santai² je. Rajin buat, tak rajin berenti rehat.

KOS :
Ni kitorang takda survey kedai lain. Mmg beli dkt hardware dlm taman rumah je. Reason senang, kalau brg x ckup takot salah kira senang lari g beli. Bijak bukan? Terpulang kalau rajin g la survey kedai2 lain yg murah kan.

IKLAN

Ni kos utk hall size 15ft x 8ft







SKIRTING 4btg RM100
STRIP 4btg RM70.40
FRAME 32btg RM144
DURALSEAL (gam utk kayu) 4botol RM30
SILICONE FILLER 4botol RM22
MASKING TAPE 3gulung RM3
KERTAS PASIR 7keping RM7
APIT-G RM7
CAT NIPPON 4 litre RM140
BAHAN MENGECAT RM18.30
CERMIN IKEA LOTS RM150
CUTTER CERMIN RM12
MINYAK TANAH RM2

So lebih kurang RM 707.70

**Kod cat NIPPON EASY WASH GREEN ACADEMY

KREDIT : Nuyul Nordin