DOA AGAR DIMUDAHKAN BERSALIN NORMAL ATAUPUN CZER Jatuh cinta lagi…
Seorang tanya saya ustaz bila masa benar-benar jatuh cinta pada isteri. Jawab saya saat akad nikah…
Saat melihat isteri 3 kali mengandung. 3 kali bersalin. Jatuh cinta berkali-kali.. Benar-benar hati ini mencintainya dan semakin rindu kepada ibu yang melahirkan diriku..
Sepanjang malam menangis minta ampun pada Allah selepas isteri bersalin. Rasa benar-benar bersyukur dan rasa berdosa kerana tidak benar-benar menghargainya. Ya Allah terima kasih atas nikmat ini. Maafkanlah diriku kerana kecuaian dan dosaku.
Melihat isteri membawa perut ke sana sini. 9 bulan dengan penuh korban..Allahu akbar..
Saat bersalin kesakitannya..Allah..
Sambil duduk dekat kepalanya.dan usap-usap kepalanya. Lapkan air mata yang keluar serta kucup dahinya. Dan kata terima kasih sayang. Abang minta maaf. Kasihan sayang.. sakitnya..Allah..
Ads
Selepas isteri bersalin saya terus telefon mak saya dan kata mak, minta maaf semua salah silap selama ini. Dosa yang banyak.. Sakitnya wanita bersalin. Terima kasih lahirkan diriku ini..Saya juga terus telefon ibu mertua dan bercakap dengannya dengan nada sedih..terima kasih kerana melahirkan isteri yang baik buat diriku…
.
DOA AGAR DIMUDAHKAN BERSALIN NORMAL ATAUPUN CZER
DOA DARI SURAH MARYAM AYAT 26 Kisah ibu kepada Nabi Isa, Maryam, sangat mendebarkan. Saat bersalinkan Nabi Isa, Maryam bersendirian di tengah padang pasir dan hanya berserah kepada Allah SWT semata-mata.
فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا ۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَدًا فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنسِيًّا “Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini”.
Ads
Paling baik ialah jika anda sempat membaca keseluruhan Surah Maryam sehingga habis sebelum proses bersalin bermula.
DOA NABI ZAKARIA DARI SURAH ALI IMRAN AYAT 38 هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
Doa ini dipanjatkan Nabi Zakaria saat memohon agar dikurniakan zuriat buat dirinya dan isterinya yang mandul.
Asbab dari doa ini juga boleh kita amalkan semasa bersalin agar dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
Ads
DOA DARI SURAH FAATIR AYAT 11 وَاللَّهُ خَلَقَكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ جَعَلَكُمْ أَزْوَاجًا ۚ وَمَا تَحْمِلُ مِنْ أُنثَىٰ وَلَا تَضَعُ إِلَّا بِعِلْمِهِ ۚ وَمَا يُعَمَّرُ مِن مُّعَمَّرٍ وَلَا يُنقَصُ مِنْ عُمُرِهِ إِلَّا فِي كِتَابٍ ۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian Ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah.
Ayat ini mengisahkan tentang kisah kejadian manusia dari alam rahim sehinggalah menjadi manusia yang sempurna.
DOA YANG SUAMI BOLEH AMALKAN SEMASA ISTERI BERSALIN Suami yang berada disisi isteri semasa proses bersalin juga akan berasa cemas dan tidak senang duduk.
Melihat kesakitan dan keperitan yang ditanggung isteri saat mengeluarkan seorang bayi dari janin ke bawah.
Justeru, amalkan doa ini sepanjang proses kelahiran dan bertawakallah sepenuh hati kepada Allah SWT.
ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخي Ya Allah kau mudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan” Selain itu juga, suami boleh mengamalkan Surah Insyirah kerana setiap kesukaran itu pasti akan disusuli dengan kemudahan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam perancangan majlis perkahwinan, bajet memainkan peranan paling besar dalam menentukan kelancaran sesebuah majlis. Bagi yang mempunyai bajet besar, mungkin ia tidak menimbulkan masalah.
Namun, bagi yang ‘berkira-kira’, pastinya tidak mahu majlis impian terbantut serta tercela akibat kewangan yang tidak mencukupi atau ‘terbabas’ bajet yang telah disusun dengan baik.
Bagaimana hendak jimatkan wang untuk majlis kahwin? Anda boleh berjimat dengan tidak mengambil perancang majlis. Namun, andalah yang perlu menjadi perancangnya. Pelbagai cara boleh dijimatkan untuk majlis perkahwinan sekiranya anda mengamalkan konsep DIY.
Namun, bantuan dari ibu bapa serta saudara mara terdekat untuk khidmat nasihat berkaitan majlis yang ingin diadakan juga penting. Ini kerana mereka lebih berpengalaman dan banyak perkara boleh dikongsikan berkaitan urusan majlis perkahwinan.
Adakah wang perbelanjaan kahwin boleh dijimatkan menerusi hidangan makanan? Ya. Tahukah anda bahawa 60% daripada perbelanjaan kahwin akan disalurkan pada hidangan makanan untuk para tetamu? Sekiranya anda ingin menempah katering, maka sediakan wang ribuan ringgit untuk setiap hidangan yang dikira mengikut jumlah tetamu yang hadir.
Untuk bajet rendah, anda boleh berjimat dengan membuat gotong royong dan ‘rewang’ daripada sanak saudara dan jiran tetangga. Banyak juga bajet yang boleh jimatkan. Fikirkan pilihan terbaik untuk diri anda dan pasangan.
Macam mana nak berjimat tanpa membazir duit pada cetakan kad kahwin? Pelbagai cara boleh dicuba dengan kehadiran internet masa kini. Anda boleh membuat kad kahwin digital dan menghantar jemputan menerusi emel atau ‘facebook’. Ini lebih menjimatkan tanpa perlu mengeluarkan bajet ratusan ringgit untuk kos percetakan kad sahaja.
Lupakan kad bercetak untuk tetamu VVIP, buatlah keistimewaan dengan jemputan kad secara formal agar ia tampak lebih sopan. Selain itu, DIY kad dan mencetak sendiri juga lebih menjimatkan bajet anda.
Banyak bunga yang diperlukan untuk menggubah dekorasi pelamin, tetapi bajet pula kurang. Bagaimana? Cara terbaik adalah dengan memilih jenis bunga yang murah harganya di pasaran dan beli secara pukal. Sekiranya tema majlis adalah merah, tidak semestinya anda perlu menggunakan bunga ros merah. Harganya pula agak mahal. Gantikan dengan bunga yang berharga lebih murah dan menjimatkan.
Anda perlu ingat, perbelanjaan pada dekorasi bunga hanyalah sementara iaitu sehari sahaja. Selepas majlis tamat, ia tidak akan digunakan lagi. Fikir-fikirkanlah. Elakkan pembaziran, amalkan penjimatan.
Apakah barangan yang boleh dijimatkan dari segi bajet, untuk majlis resepsi di dewan? Dekorasi bunga segar, boleh digantikan dengan gubahan bunga tisu bersaiz besar dan cantik. Bajet yang dikeluarkan hanya pada kertas tisu sahaja. Ianya murah dan senang untuk dibuat DIY.
Selain itu, kek kahwin juga boleh dikurangkan bajetnya dengan menempah kek artifisial yang semakin menjadi trend masa kini. Gubahannya mudah, dengan hanya menggunakan kain rona lembut dan susunan gabus akan kelihatan seperti kek betul. Sekiranya anda menginginkan kek betul, buatlah tempahan yang murah sahaja dan tidak membebankan pasangan.
Bajet apakah yang boleh dijimatkan dari aspek pakaian? Mestilah busana lelaki. Anda boleh berjimat sekiranya tidak membuat tempahan sewa kot tuksedo dengan butik. Gunakan kreativiti dengan memakai kemeja dan kot ringkas yang dibeli di pusat beli belah. Ianya tidaklah terlalu mahal dan boleh digunakan semula di kemudian hari. Tidaklah nampak membazir kan?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kita mungkin tiada pengalaman bila masuk bab nak mohon nikah ni, melalui pengalaman saudara-mara dan kawan-kawan bercerita sahaja kebanyakannya. Oleh itu, ini soalan dan jawapan yang berkaitan dengan permohonan nikah.
1: Siapakah yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ?
J: Orang yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ini hanya orang yang pernah berkahwin (duda/berpoligami), seorang bujang yang telah berusia melebihi 40 tahun dan individu yang cacat anggota tertentu.
2: Bagaimanakah seorang pemohon dapat mengenali Penolong Pendaftar Nikah yang perlu ditemuinya untuk mendapatkan sokongan untuk bernikah?
J : Pemohon hendaklah merujuk ke qariah masjid yang tempat dia tinggal / mengikut alamat dalam kad pengenalan beliau.
3: Adakah pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia?
J : Ya, pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia.Asalkan ia diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri di mana kursus itu dianjurkan.
4: Di manakah pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah?
J : Pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah di Pejabat Agama Islam yang berdekatan dengan tempat tinggal beliau.
5: Bilakah masa yang sesuai untuk seorang lelaki membuat permohonan nikah di Pejabat Agama Islam Daerah?
J : Permohonan tersebut boleh dibuat dalam tempoh sebulan sebelum akad nikah dilaksanakan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perempuan atau lelaki, bila dah penat bukan nak minta lebih. Cukup kalau pasangan faham dan sudi bagi ruang untuk berehat sekejap.
Tak perlu pun bawa keluar berjalan, nama pun penat. Perlulah masa untuk bertenang tanpa diganggu. Sebaiknya kalau ada anak, minyta pasangan jaga kejap. Kena ingat kita bukan robot. Ada masa, nak juga berhenti daripada melakukan rutin yang sama.
Nak lagi faham, jemput baca perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini. Pasti anda akan lebih dekat dan mampu menghargai pasangan.
Bila Dah Penat
Kita bukan nak mintak apa-apa, cukuplah dengan biar kita “berehat” dengan tenangnya.
“Berehat” tu bukan tidur, “berehat” tu bukan baring.
“Berehat” tu bukan tidur, “berehat” tu bukan baring.
“Berehat” tu adalah dengan membiarkan kita untuk ada masa dengan diri sendiri.
“Berehat” tu adalah dengan melupakan seketika apa yang kita lalui.
“Berehat” itu adalah dengan mengawal kembali perasaan serta emosi.
“Berehat” itu adalah dengan meluangkan masa beribadat kepada Ilahi.
Kena Fikir Positif
Percayalah kepenatan ini, asbab Dia nak bagi sesuatu kepada kita. Nak kita jadi the best version of ourselves.
Manusia “penat” dengan bermacam perkara. Penat dengan karenah orang, penat dengan perangai orang, penat dengan sikap pasangan, penat dengan mulut orang, penat dengan pelbagai musibah serta ujian, penat dengan perkara-perkara yang kita tak jangka berlaku dalam hidup kita.
“Penat” yang Insya-Allah diangkat suatu hari nanti dan kita boleh teruskan kehidupan seperti biasa.
Pesan pada hati, “Kuatlah untuk satu hari lagi…”
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!