Ibu mana tidak sayangkan anak. Jika salah pasangan yang dipilih maka hancurlah hidup anak itu. Ada kalanya pasangan jugalah yang menentukan jalan hidup seseorang. Bagi Bonda Rozita kongsikan di instagrammnya, dia mendokan anaknya bertemu jodoh yang baik sejak berumur 12tahun.
Pendapat sy saja..kalau salah jgn ikut ya..Sy melihat doa ibu penting utk Anak2nya sbb tu sy mendoakan sejak anak sy berumur 12 tahun dpt jodoh yg baik2..Memilih nasab tu penting sgt
.
sy risau dgn jodohnya..xnak mereka salah pilih..sebagai ibu sy selalu mendoakan dia mendapat jodoh teman yg baik utk sepanjang usianya..KENAPA..??
.
Sy lihat manusia akn salah pilih dn lihat definasi perkahwinan dr sudut berbeza..pilihan utama ialah bermain dgn cinta dn kebendaan.. dan halakan cinta yg xda matlamat..
IKLAN
.
Cinta bukan semata2 dari kata dn ayat2 romantik shj..!bukan semata utk seks puaskn nafsu..! itu bukan namanya cinta..
.
Sebenarnya cinta adalah dr segi tanggungjawab..
IKLAN
kesetian ..dn tanggungjawab kita terhadap Allah SWT..!
.
Bijaksana ..sabar..1 tujuan mencintai Allah adalah yg paling sejati.. Allah x jadikan dlm diri manusia itu ada 2 hati..
.
IKLAN
Allah hanya menjadikn manusia itu mempunyai 1 hati.. Sbb satu2nya hati kita ini hanyalah utk diberikn kpd Allah SWT..
.
Walladzina Amanu Asyaddu Hubban Lillah.. Org yg beriman itu cintanya tersangat lah besar kpd Allah..
.
Maka..cuba kita renung2kn.. dgn cara kita memandang cinta ini sebenarnya yg bermasalah..Maka perkahwinan dn penyatuan jiwa juga maslaah nanti..
Individu panas baran sehingga sanggup menggunakan kekerasan terhadap pasangan disifatkan sebagai seorang yang hina dan sikap buruk itu adalah pilihan.
Buat pasangan yang belum berkahwin seharusnya tahu untuk mengesan tanda-tanda panas baran terhadap pasangan sebelum mengambil keputusan hidup bersama.
Jika tidak yakin, saya nasihatkan jangan sebab baran yang sebelum kahwin akan menjadi lebih buruk selepas mendirikan rumah tangga kerana adanya ‘kuasa veto’ selepas bernikah yang akan disalahgunakan oleh orang yang panas baran ini.
10 tanda-tanda pasangan anda seorang yang panas baran;
1. Maki hamun
Penggunaan perkataan kesat kepada anda dan orang lain. Sekiranya semasa bertemu janji pun sudah maki-hamun, apabila sudah berkahwin pasti akan lebih buruk.
2. Serangan fizikal
Lempang, tumbuk, cekik, tarik tudung atau rambut, mencubit serta genggaman tangan secara kasar – Jika pernah terjadi perkara seperti ini, larilah jauh-jauh. Lupakan si dia, keluar terus dari radar kehidupannya. Jika tidak, saya jamin anda akan merana.
3. Marah yang meluap
Pasangan anda penyayang dan baik orangnya tetapi ada ketikanya dia menjadi seorang yang sangat pemarah. Kadang-kadang perkara itu mudah sahaja seperti kenderaan lain potong barisan, tiba-tiba dia jadi terlalu marah, memaki hamun, meludah, bergaduh dan sebagainya.
Perlu tahu yang semasa dia berada dalam keadaan ‘normal’ itu adalah saat dia ‘cover’ baran dirinya. Jangan terpedaya.
4. Sering mengeluarkan perkataan menyakitkan hati
Bila anda ada masalah, pasti anda akan diperli sebagai cara untuk si dia melepaskan geram. Kadang-kala dia akan bersembunyi di sebalik ayat “saya bergurau jer” sedang perkara itu sering dilakukannya.
5. Menjerit
Ini selalu disalahertikan sebagai bercakap dengan kuat, tapi sebenarnya tidak. Bila dia panggil anda, dia panggil dengan jeritan terutamanya apabila timbul sesuatu krisis.
Jeritan ini lama kelamaan akan menjadi makian. Jeritan juga menandakan yang dia tidak menghormati anda dan tidak menjaga maruah anda jika ia dilakukan di hadapan orang lain.
6. Tidak boleh bergurau
Ada yang tidak boleh gurau langsung tapi ada yang sekejap boleh, sekejap tidak. Ini yang selalu merunsingkan anda.
Ada hari yang anda boleh bergurau, dia akan ketawa terbahak-bahak tetapi esoknya dia menjeling anda dengan pandangan yang amat tajam dan menakutkan, mendengus dan terus marah dengan gurauan anda.
7. Sentiasa menyalahkan orang lain
Orang yang sentiasa menyalahkan orang lain ini adalah orang yang terlalu ego dan tidak bertanggungjawab. Bila masuk bab marah, makian dan pukulan, dia akan menyalahkan anda atau orang lain di atas kelakuannya sedangkan dia yang memaki dan memukul.
8. Suka mengawal
Dahagakan kawalan dan kuasa – akibatnya anda akan ‘terpenjara’ walaupun sebelum berkahwin apatah lagi selepas bergelar suami-isteri.
Orang begini boleh menjadi sangat cemburu melampau yang menyesakkan nafas dan membuatkan anda rasa tercekik. Fikir panjang-panjang sama ada anda boleh hidup di ‘penjara ini setahun, 10 tahun, 20 tahun? Tepuk dada, tanya selera.
9. Mengharapkan benda tak masuk akal
“Saya nak awak jangan keluar dengan kawan-kawan perempuan lain”. “Saya tak nak tengok awak mesej dengan orang lain selain saya”.
“Saya tak nak dalam mesyuarat awak duduk sebelah lelaki”. “Saya nak awak terus balas mesej saya tak kira waktu, saya tak nak terima apa-apa alasan”. – Sangat menyesakkan bukan? Ini perkara biasa yang dihadapi orang yang ada pasangan panas baran.
10. Sentiasa mengadu dan mengeluh
Itu salah, ini salah. “Aku penat kerja, kau ape tahu?”. Fokusnya hanya pada diri sendiri, dia sahaja yang betul dan orang lain salah. Ada sahaja yang tidak kena.
Tiada daya usaha, hanya mengeluh, mengadu, menyalahkan orang lain dan marah. Orang sebegini juga tidak peduli pendapat orang lain. Dia tiada empati.
11. Berdendam
Orang yang berdendam menyimpan amarahnya di dalam hati dan boleh meletup pada-bila-bila masa. Jika dia tidak mampu meluahkan dendam kepada orang yang dia dendam itu, dia akan meluahkan kepada orang yang terdekat. Selalunya pasangan dan ahli keluarga.
12. Fizikal
Orang panas baran ini apabila dia marah, mukanya akan kemerah-merahan dan uratnya akan jelas nampak. Itu bermakna, tekanan darah di dalam badannya sedang berada di kemuncak hasil dari amarahnya itu. Amat bahaya kepada orang sekeliling.
13. Tidak berperikemanusiaan
Dia terlanggar kucing? Biasa je, tiada rasa kesal, tiada rasa kasihan. Orang sebegini selalunya tidak kesiankan orang yang dalam kesusahan. Kalau yang lagi teruk tu sampai tidak berhati perut langsung sanggup memukul binatang dan mendera serangga.
1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali – kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand hubungan intim sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal.
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dgn ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat tak tau aje kalau isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Tidak dapat dinafikan bahawa ramai yang menunggu keputusan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan bila keputusan keluar, anda didapati tidak layak untuk mendapat bantuan tersebut. Alangkah kecewanya hati.
Namun, jangan risau kerana anda masih lagi boleh membuat rayuan kerana kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei 2020.
Memetik artikel oleh Astro Awani, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan ini dibuat selepas mengambil kira rungutan rakyat akibat penolakan yang dianggap tidak relevan dengan situasi semasa.
“Ada yang permohonannya ditolak kerana dalam rekod menunjukkan pendapatan melebihi syarat kelayakan. Tetapi mereka sebenarnya telah hilang pekerjaan dan hilang sumber pendapatan.
“Ada juga yang memohon adalah pelajar yang telah menerima bantuan BPN bagi kategori 9 pelajar. Jadi permohonan mereka untuk mendapatkan bayaran BPN bagi kategori bujang ditolak,” katanya dalam perutusan khas di Putrajaya, Ahad lalu.
Selain menghantar e-mel, para pemohon yang mana permohonan mereka tidak diluluskan, boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter LHDN untuk membuat rayuan bermula Isnin 11 Mei 2020. Bagi negeri yang bercuti semalam, boleh pergi ke kaunter LHDN pada hari ini.
Foto: Sumber Internet
Perdana Menteri turut menekankan bahawa dia tidak berjanji yang semua rayuan boleh diluluskan. Tetapi rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, insyaAllah boleh diluluskan.
Sehingga 10 Mei, kerajaan telah meluluskan 2.3 juta permohonan BPN, termasuk permohonan baharu dan rayuan, yang melibatkan sebanyak RM1.7 bilion. Dengan kelulusan tersebut beliau berkata, jumlah penerima BPN setakat ini ialah 10.6 juta orang yang melibatkan bayaran berjumlah RM11 bilion.