duduk asing

Pasangan yang baru berkahwin, seelok-eloknya cubalah duduk asing dengan mak ayah atau mentua. Bukan apa, orang yang baru belajar nak hidup bersama ini banyak dugaan dan cabarannya.

Banyak juga permulaan sesuatu hal yang belum arif, jadi kalau tak sempurna risau ada mata yang memandang jadi tak senang melihat situasi yang ‘kurang siap’.

Duduk Asing Itu Lebih Baik

Duduk Asing Lepas Kahwin, Ada Privasi Dan Lebih Menjaga Hati

Biarlah susah sama susah, senang sama senang. Bila dah rasa susah sama susah, senang sama senang, barulah ada rasa kemanisan, ada rasa kasih sayang dalam perkahwinan. Itulah yang cuba dikongsi oleh saudara Mohd Ezairol Rezan Zainol kali ini, jemput renungkan.

Aku setuju dengan pendapat yang mengatakan duduk rumah sendiri lebih baik jika pasangan tersebut baru berkahwin.

IKLAN

Banyak perkara yang “against each other” kita akan jumpa bila dah kahwin dan hidup bersama.

Dibesarkan Dengan Cara Berbeza

Duduk Asing Lepas Kahwin, Ada Privasi Dan Lebih Menjaga Hati

Kita kena ingat, cara kita di besarkan dengan cara pasangan kita dibesarkan tak sama. Adat dan budaya antara mereka dan kita juga mungkin berbeza. Mungkin pada kita itu biasa tapi tidak pada pasangan dan keluarga mentua kita.

IKLAN

Kadang orang yang dah berusia ni, mereka memang akan cepat terasa walau pun kata-kata kita itu bukan ditujukan kepada mereka.

Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri dalam hidup berumah tangga.

Tapi jika perkahwinan kita sudah melepasi tempoh yang matang, masing-masing sudah mengenal hati budi pasangan dan mentua, masa tu nanti barulah sesuai jika kita nak tinggal bersama dengan mak atau ayah mentua.

IKLAN

Sebab masa tu Aku pasti anda semua sudah pun menganggap mereka macam ibubapa kita sendiri, tiada rahsia nak sorok-sorokkan lagi.

Pendapat ini tidak terpakai untuk mak atau abah yang dah berusia dan tinggal sendirian di kampung. Dalam kes khas begini, Aku lebih suka untuk kita tinggal bersama dengan mereka.

Begitulah…

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI