Apabila pasangan sudah bersetuju untuk melangkah ke fasa perkahwinan ia suatu niat yang baik dan dituntut. Perkahwinan adalah institusi yang menemukan pasangan dan rakan kongsi hidup yang sehati dan sejiwa untuk sama-sama mengharungi segala suka dan duka erti kehidupan
Meraikan perkahwinan juga merupakan satu perkara mulia yang dituntut oleh agama dan fitrah. Namun harus diteliti, bagaimana sesebuah majlis perkahwinan mendapat keberkatan dan redha Allah s.w.t dengan menjauhkan perkara-perkara terlarang.
Antara beberapa larangan dalam majlis walimatulurus adalah:
1 – Tidak Terikut Seperti Upacara Perkahwinan Agama Lain
Sebagai perkahwinan yang menuntut keberkatan Allah, jauhilah perkahwinan yang dalamnya terdapat perkara-perkara terlarang. Begitu juga sesebuah perkahwinan yang mencampuradukkan budaya dan agama yang bertentangan dengan Islam.
Dalam hal bersanding, ianya dibolehkan jika hanya disaksikan oleh saudara mara dan mahramnya dan tidak bersandingan di atas pelamin dan diiringi dengan upacara tepung tawar dan sebagainya.
Ads
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”Surah an-Nur:31
2 – Tidak Bercampur-Aduk Antara Lelaki Dan Perempuan
Percampuran lelaki yang dimaksudkan adalah perhimpunan yang boleh berlakunya pergeseran tubuh antara lelaki dan perempuan. Sebaiknya asingkanlah tempat berkumpul antara kaum lelaki dan wanita agar tidak berlaku percampuran.
3 – Tidak Bermegah-Megah Dan Bertujuan Membangga Diri
Bermegah dan membangga diri sangat dilarang dalam apapun perkara dan perbuatan. Menurut Imam al-Ghazali;
“seseorang yang bermegah-megah sebenarnya telah melakukan syirik khafi terhadap Allah dan tidak akan masuk ke dalam syurga.”
Dalam hal perkahwinan, selalu kelihatan perbuatan berlumba-lumba dan bersikap riak dalam membuat majlis secara besar-besaran, walaupun terkadang majlis tersebut di luar kemampuan mereka. Jauhilah mengadakan majlis dengan tujuan ini.
Ads
4 – Elakkan Pembaziran
Pembaziran sering berlaku dalam pelbagai aspek, teutamanya dalam kewangan dan makanan. Ramai pasangan pengantin hari ini yang mengutamakan set pelamin, sesi bergambar, set hantaran yang mahal dan mewah, upah mekap dan sebagainya.
Ini juga menyebabkan terabainya perkara utama yang sepatutnya lebih dipentingkan, menyediakan makanan yang mencukupi, melayani tetamu yang hadir, solat fardu dan sebagainya.
“Dan janganlah kamu berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.”Surah al-A’raaf:31
5 – Membuka Aurat Dan Berlebihan Dalam Berhias
Perbuatan inilah yang paling dirisaukan kerana semakin banyak berlaku dalam kalangan pasangan yang berkahwin, terutamanya kaum wanita. Kadang-kadang terdapat wanita yang asalnya bertudung dan menutup aurat, tetapi mengenakan pakaian yang menampakkan aurat pada hari perkahwinannya.
Selain itu, sudah sinonim para pengantin wanita untuk mencukur kening dan memakai rambut palsu bagi kelihatan lebih cantik. Hal itu sebenarnya sangat dimurkai Allah. Ini termasuklah baju pengantin yang jarang, menampakan tubuh, dan singkat. Allah s.w.t berfirman:
Ads
“Hendaklah mereka (wanita yang beriman) menahan pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka mengenakan khimar dengan melabuhkan ke atas dadanya, dan janganlah dia menampakkan perhiasannya (aurat)… (kecuali kepada mahram mereka).”Surah an-Nuur 24:31
6 – Sesi Nyanyian Dan Muzik
Sesi menyanyi (karaoke) dan bunyian muzik juga antara aktivit yang sangat popular dalam majlis-majlis perkahwinan masyarakat Islam hari ini. Sehinggakan majlis yang tidak ada bunyian dan muzik pula amat sukar ditemukan.
Tidak apa sekiranya nyanyian tersebut adalah zikir dan nasyid yang mengingatkan manusia ke arah kebaikan. Yang dibimbangkan adalah nyanyian yang melalaikan, lebih risau jika ada nyanyian dari golongan wanita yang menjadi tumpuan para lelaki.
Oleh itu, jika perkara-pekara seperti ini dalam majlis walimatulurus yang kita jalankan, tinggalkanlah. Pernikahan yang baik mulakanlah dengan sesuatu yang baik juga.
Jangan disebabkan pelanggaran batas-batas syarak semasa diadakan majlis walimatulurus hingga Allah s.w.t tidak memberkati dan meredai majlis tersebut.
Sumber: https://tazkirah.net
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi sesetengah wanita, kehadiran bulu pada tubuh lelaki seperti di bahagian dada dilihat sebagai ciri-ciri seorang maskulin. Namun, terdapat juga yang menganggap kehadiran bulu pada bahagian tersebut dilihat sebagai perkara yang menjijikkan.
Namun, pastinya ramai orang, terutamanya golongan wanita yang mengetahui tentang kelebihan lelaki dada berbulu. Ada isteri yang menganggap bulu dada suami tu akan kelihatan mereka lebih seksi. Betul ke? mungkin ini sebabnya.
#1 Sukar Untuk ‘Berpeluh’
Kenapa lelaki yang berbulu dada sukar untuk berpeluh? Sebenarnya, bulu-bulu di bahagan dada mereka telah menyembunyikan kehadiran peluh supaya tidak jelas kelihatan.
#2 Tidak Dijangkiti Panau
Kulit yang dilindungi dengan bulu dada menyebabkan peluang untuk lelaki itu dijangkiti oleh apa-apa penyakit kulit sangat berkurangan. Sekiranya anda tidak percaya, cuba lihat pada bahagian ketiak anda. Pernahkah bahagian ini dijangkiti penyakit kurap ataupun panau?
#3 Nampak Kejantanan
Mereka yang memiliki bulu dada terbukti adalah lelaki tulen. Ini kerana, bulu dada selalunya hanya dimiliki oleh lelaki sahaja. Jika terdapat perempuan yang memiliki bulu dada selebat bulu dada lelaki, ia bermaksud perempuan itu adalah sotong atapun separa-wanita.
#4 Pelindung Wanita
Lelaki yang memiliki bulu dada dikatakan menjadi pelindung kepada wanita. Banyak perempuan yang suka dengan lelaki yang dadanya berbulu kerana menganggap bulu dada lelaki itu boleh memberi kasih sayang yang diinginkan. Ada juga yang beranggapan bulu dada boleh membawa rezeki kepada pasangan suami isteri itu jika suami berbulu dadanya.
#5 Memiliki ciri romeo
Jika anda jenis yang sering menonton drama dari Amerika Latin anda tentu perasan kebanyakan lelaki di dalam drama tersebut memilik bulu dada yang lebat. Mereka juga mempunyai ciri-ciri lelaki romeo iaitu suka memasang ramai teman wanita. Tapi di Malaysia tak semua begitu rasanya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hubungan cinta itu cukup mengasyikkan hingga kadang kala membuatkan kita lupa tentang musibah yang bakal menimpa. Jika tidak berwaspada, hubungan cinta yang dijalinkan boleh membawa bencana sekal igus mengundang ketidakpuasan daripada semua pihak.
Kini dengan teknologi yang serba moden seperti wujudnya laman media sosial, siapa sangka dari situ boleh tercetusnya bibit-bibit cinta antara dua jiwa hingga membawa hubungan tersebut ke gerbang perkahwinan.
Bahkan, ada yang sanggup melakukan hubungan cinta yang sukar untuk diterima akal dek kerana wang dan harta semata-mata. Pengantin senaraikan 8 jenis hubungan cinta yang tidak masuk akal dan membuatkan anda terkejut!
1. CINTA GANTI TIKAR
Pernah terjadi situasi di mana ada individu yang menjalinkan hubungan cinta dengan sahabat bekas kekasih. Ada baiknya jika menjalinkan hubungan istimewa dengan individu lain yang tidak berkaitan langsung dengan bekas kekasih kerana ini baik untuk mengelakkan situasi kurang senang yang terus berlarutan dengan sahabat.
2. CINTA KILAT
Biarpun hadirnya sepantas halilintar yang menyambar, ada baiknya jika anda sentiasa berwaspada. Ianya bukan lagi nyata apabila si dia menyatakan yang dirinya sudah jatuh cinta dalam masa beberapa hari sahaja kerana takut hanya berdasarkan kata manis sahaja. Kebiasaannya cinta sebegini hadir sekadar untuk memenuhi ruang hati yang kekosongan dan bersifat sementara. Seperti mana pantasnya ia datang, begitu juga pantasnya ia diakhiri.
3. CINTA MAJIKAN
Ruang pejabat bukan sekadar jentera penggerak kerjaya seharian. Kisah cinta pejabat paling klise adalah hubungan cinta antara majikan dan pekerja. Selain menjadi buah mulut rakan sejawat, hubungan cinta antara majikan dan pekerja juga mendatangkan kesan negatif kepada prestasi mutu tugasan dan tentu sekali sikap profesionalisme dalam kerjaya sukar dicapai.
4. CINTA SEJENIS
Mana-mana agama sekali pun tidak pernah merestui hubungan sejenis. Memang benar cinta itu buta dan tiada sempadan usia, jantina atau taraf tetapi menjalinkan cinta dengan kaum sejenis seharusnya dielakkan kerana ia ditentang oleh agama dan norma masyarakat. Jadi jangan sesekali nak cuba-cuba!
5. CINTA WARIS
Ada sesetengah ibu bapa yang mahu merapatkan kembali hubungan kekeluargaan dengan menjodohkan cinta anak-anak dengan sepupu mereka sendiri atau yang seumpamanya. Kononnya enggan pertalian darah dan harta kekayaan jatuh ke tangan keturunan lain. Tetapi fikirkan kembali jika hubungan terjalin itu kurang berjaya, seluruh keluarga dan keturunan pula yang jadi bahan cerita.
6. CINTA KEKASIH ORANG
Tindakan menjalin hubungan cinta dengan seseorang yang sudah berpunya tidak kira suami, isteri, tunangan dan kekasih orang lain) ibarat sengaja memperjudikan hati dan perasaan sendiri. Apatah lagi jika anda diletakkan sebagai pilihan ke dua? Risiko anda dijadikan boneka tempat melepas kesepian juga amat tinggi.
Malah, jika hubungan anda dan dia dapat dihidu dan dijejaki kekasihnya, pasti perang dunia ke-3 akan melanda. Elak menyandang gelaran orang ke-3, perampas atau seumpamanya kerana ianya tidak akan kekal lama.
7. CINTA OBSESI
Menyintai dan dicintai memang mengasyikkan tetapi jangan sesekali menunda perasaan cinta kepada perasaan yang sangat obses. Komited dengan percintaan memang perlu tetapi biarlah berpada-pada. Cinta obses adalah cinta yang tidak berlandaskan rasional akal sebaliknya mempertaruhkan perasaan, hati dan jiwa sepenuhnya.
Elakkan daripada terlalu mengagungkan cinta dan pasangan kerana sekiranya cinta obses yang anda miliki gagal di pertengahan jalan, kemungkinan anda terlibat dengan gejala negatif seperti membunuh diri atau menempah nasib yang buruk pada diri.
8. CINTA NAFSU
Cinta yang lahir atas sebab nafsu semata-mata tidak akan kekal lama. Selalunya individu yang tergolong dalam cinta seperti ini adalah mereka yang lemah dengan kata-kata pujian, sanjungan mahupun pujuk rayu seseorang. Jangan sekali terperangkap dengan kisah cinta begini kerana apa yang pasti anda sedang menempah masa depan yang berakhir dengan tangisan air mata dan maruah yang tercalar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin.
Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan. …
Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang?
Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif. ….
Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya. …
Tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup relax dan tenang. ..
Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)
FAKTA Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur dan semestinya akan lebih cantik kerana dapat tidur yang cukup dan berkualiti.
Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah cukur ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit sahaja bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.
Jadi pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami? kalau belum praktik mlm ni cuba ya…
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!