Sepanjang tempoh berpuasa, kita pastinya kekuranganair di dalam badan . Maka kesannya pada kulit yang dilihat kusam dan kering. Maka penampilan anda menjadi kurang menarik.
Agar kulit kekal sihat sepanjang berpuasa ini lakukan enam perkara menfaat ini.
1.Jaga Kandungan Air Dalam Kulit
Tahukah Anda bahwa 30% komposisi kulit adalah air? Hal tersebut dapat dibayangkan, apa yang terjadi jika kekurangan minum, cairan kulit akan menjadi kering dan tidak sihat. Oleh itu, jagalah keperluan cairan harian dengan minum 8 gelas air putih sehari ketika waktu buka puasa juga sahur.
2.Gantilah Kebiasaan Mandi Anda
Ads
Kulit kering membuat anda tidak menarik dan disebabkan oleh kebiasaan mandi yang tidak betul. Moms. Hindarilah mandi terlalu lama dengan air panas. Mengapa? Air panas dapat meningkatkan penguapan cairan dari kulit. Selain itu, elak menggosok sabun dengan terlalu kuat dan lama serta penggunaan scrubs yang berlebihan, yang mengakibatkan hilangnya minyak pelapis pada kulit yang diperlukan.
3.Cuci Wajah & Mandi Secukupnya
Perhatikan sabun yang anda gunakan. Mandi dan mencuci wajah sebaiknya dilakukan sebanyak dua kali dalam sehari.
Ads
4.Gunakan Krim pelindung cahaya
Elak jalan-jalan keluar rumah tanpa memakai krim pelindung cahaya dengan SPF. Selain dapat membuat penguapan cairan dari kulit bertambah, juga paparan sinar matahari dapat menyebabkan kulit kering serta dehidrasi.
5.Rutin Menggunakan produk rawatan kulit
Ads
Jangan lupa untuk tetap rutin menggunakan produk rawatan kulit yang terdiri daripada pembersih, toner, serum serta krim siang maupun malam. Ia dapat mengekalkan kulit agar sihat dan cantik. Selain itu, menggunakan masker setiap satu kali dalam seminggu pun dapat membuat kulit tidak kusam.
6.Makan sayur-sayuran & buah-buahan
Makanlah pelbagai jenis makanan semasa berbuka puasa dan sahur anda, termasuk di dalamnya sayur-sayuran dan buah-buahan. Mengapa? Selain kandungan air yang tinggi pada sayur serta buah-buahan, terdapat juga vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kulit.
Sumber: National of Health Institutes
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dah nama pun perempuan. Mesti suka untuk kelihatan cantik agar diri mereka tampil menawan. Ada yang sanggup berhabis duit untuk kelihatan cantik sebagai kepuasan diri sendiri.
Namun, ada pula yang mengeluh apabila sudah berumah tangga mereka tidak punya masa untuk menghias diri kerana sibuk menguruskan keluarga. Ingat bukan semua suami yang pandang pada kecantikan anda sahaja, malah hati anda juga.
Jadi, selain bercantik untuk suami tersayang anda juga boleh melakukan 5 perkara ini yang pasti nampak cantik dihadapan suami.
1. Senyum
Bila suami pulang dari pejabat, sambut suami dengan salam mesra dan senyuman dibibir. Suami yang tengah serabut tu boleh hilang rasa stress nya bila lihat anda senyum dan menyambutnya dengan baik.
2. Bercakap lembut
Wanita sinonim dengan sifat lemah-lembut jadi gunakan sifat ini untuk menarik perhatian suami anda. Suami mana sahaja yang tak suka bila isterinya cakap dengan penuh lemah lembut kan. Cair hatinya , kalau tengah marah tu boleh hilang rasa.
3. Memakai wangian
Pakailah wangi-wangian untuk suami kamu barulah dia pun suka duduk dekat dan sekaligus menambah kemesraan.
4. Rambut sentiasa terurus
Mungkin kadang kala anda sibuk untuk menguruskan anak sampai tak sempat uruskan rambut. Taktik paling senang dengan anda ikat sahaja rambu. Baru nampak kemas sikit.
5. Pakaian
Siapa kata baju kelawar tak menarik? ia adalah klasik sebenarnya. Cuma anda pakailah dengan kemas barulah suami terpikat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang isteri mestilah taat dan patuh pada perintah suami, tetapi itu tidak semestinya si isteri perlu mengikut semua kehendak suami walaupun benda itu salah bukan? Jadi, tak salah kalau si isteri nak menegur kesalahan suami tapi biarlah kena dengan cara.
Seeloknya berbincang dengan pasangan anda terlebih dahulu sebelum menentukan sesuatu perkara. Bukan apa, takut nanti ada perbalahan antara anda berdua. Jadi, gunakan komunikasi yang ada untuk berhubung.
Namun, itu tidak bermaksud si isteri boleh melakukan sesuka hati pada suami, adab perlu lah dijaga ya. Ingat 8 perkara penting ini!
1. Bercakap lemah lembut dengan suami
Dah nama pun suami, janganlah pula cakap terjerit-jerit padanya. Kalau anda berada di dapur sekali pun keluar berjumpa dengannya dan cakap secara sopan, itu kan lebih elok.
2. Jangan sindir suami dengan isu sensitif
Dah masuk alam perkahwinan anda dan pasangan kenalah ‘move on’ dari perkara lepas. Jangan pula sindir suami tentang apa yang telah dilakukan pada masa lalunya. Kecil hati suami nanti. Berdosa.
3. Dengar pendapat dan hormati pandangannya
Kadang kala si suami ni dia nak memberi pendapat tentang sesuatu perkara yang akan dilakukan. Si isteri jangan mencelah dan terus tidak bersetuju pula. Dengar dulu pandangannya dan kemudian baru beri reaksi.
4. Jangan berlawan untuk tunjuk siapa lebih berkuasa
Kalau ya pun tengah gaduh tak perlu lah sampai nak tunjuk siapa yang paling berkuasa. Contoh seperti rumah itu dibeli oleh isteri, jadi maksudnya isteri yang berkuasa didalam rumah. Salah tu, walau macam mana pun dia tetap suami anda dan ketua dalam rumah tangga anda.
5. Tunjuk kasih sayang dan hormat pada keluarganya
Hormatilah keluarga mentua anda bila berjumpa. Jangan pula diam dan anti-social sahaja. Nanti mereka anggap anda ini tiada adab pula. Layan lah keluarga dia seperti keluarga anda sendiri. Ingat anda bukan kahwin dengan suami sahaja malah seluruh ahli keluarganya.
6. Kadang-kadang dia perlukan masa bersama rakan
Anda juga kena fahami dia kalau ada waktu dia nak lepak atau berjumpa dengan kawan-kawannya. Sama seperti anda, jadi bertolak ansur ok.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak kira pengantin perempuan atau lelaki tentu sahaja anda mendambakan perut yang kempis menjelangnya hari perkahwinan. Untuk mastikan anda tampil sempurna, anda akan cuba sedaya upaya mengempiskan perut agar ia tidak membuak dan buncit bak jeli.
Malu jika perut menggelebeh sana sini, lebih-lebih lagi saat pengantin nak menyarungkan baju kahwin. Malah bimbang jika baju pengantin sudah gah, tiba-tiba mata tetamu tertumpu pada tompokan lemak yang ada di perut pengantin. Jadi awas ye!
Sebenarnya banyak kaedah dan cara untuk menjadikan perut anda kempis dan kecil. Anda boleh cuba beberapa cara yang efektif ini tanpa melakukan senaman yang ekstrem ataupun gila-gila. Semoga berjaya!
1. Hindari gula
Gula terdiri daripada sukrosa dan fruktosa. Ketika anda mengambil gula, fruktosa akan masuk ke dalam hati anda. Jika fruktosa yang masuk ke dalam hati anda terlalu banyak, maka hati akan mengubah fruktosa menjadi lemak. Gula, baik dalam bentuk padat ataupun cair mempunyai efek yang sama.
Ini termasuk juga gula dalam minuman botol, bahkan jus juga mengandungi gula yang cukup banyak.Tapi, ada gula yang baik buat anda iaitu gula yang terkandung di dalam buah asli. Buah selain mengandungi gula juga mengandungi banyak serat yang boleh meneutralkan efek sampingan dari gula.
Jadi cara mengecilkan perut tanpa olahraga ialah menghindari gula seboleh yang mungkin. Bayangkan gula itu bagaikan ulat yang akan anda hindari!
2. Banyakkan pengambilan protein
Protein berperanan penting dalam menurunkan berat badan. Fungsi protein dalam proses mengecilkan perut adalah: a) Mengurangi keinginan makan anda hingga 60% b) Meningkatkan metabolisme tubuh hingga boleh membakar 80-100 kalori/hari
Jika anda ingin menurunkan berat badan dan juga mengecilkan perut, cuba tambahkan pengambilan protein dalam menu anda sehari-hari. Ini kerana protein tidak saja membantu anda mengurangi berat badan tapi juga membantu mengurangi efek bertambahnya berat badan ketika anda memutuskan untuk berhenti berdiet.
Jadi, mulalah mengambil lebih banyak protein seperti telur, daging, ikan, ayam dan susu.
3. Kurangkan sumber karbohidrat
Mengurangkan pengambilan karbohidrat bererti anda mengurangkan nafsu makan dan mengurangkan nafsu makan bermakna anda mengurangkan berat badan selain mengempiskan perut. Diet rendah karbohidrat juga membantu anda mengurangi berat air (jumlah air yang disimpan dalam sel tubuh anda) yang menjadikan berat badan anda berkurang hanya dalam hitungan hari. Karbohidrat (roti putih, beras putih, tepung, pasta) menyebabkan kenaikan jumlah lemak di perut anda. Jika anda ingin menurunkan berat badan secara cepat, cuba kurangkan jumlah karbohidrat hingga 50 gram/hari.
50 gram karbohidrat/hari itu sama sahaja dengan: a) 1.5 potong kentang panggang b) Sesenduk nasi c) Dua keping roti gandum
Dengan mengurangkan karbohidrat hingga 50 gram/hari maka tubuh anda akan mengalami fasa ketosis. Ini adalah fasa di mana tubuh akan menggunakan sumber tenaga internal (lemak) kerana tidak mendapatkan makanan dari luar.
Selain membantu menurunkan berat badan dan mengecilkan ukuran pinggang, diet rendah karbohidrat juga membantu untuk mengurangi risiko terkena diabetes.
4. Makan makanan berserat
Ya, serat adalah salah satu makanan yang paling mudah dicerna. Namun tidak semua serat boleh membantu anda mengempiskan perut. Serat yang paling berguna adalah jenis serat kental (viscous fiber). Serat jenis ini akan menyerap air dalam tubuh dan membentuk gel di dalam pencernaan anda. Gel ini akan melambatkan proses lewatnya makanan di saluran pencernaan dan juga proses penyerapan nutrisi daripada makanan tersebut, sehingga anda akan berasa kenyang lebih lama dan akhirnya mengurangi porsi makanan anda.
Serat kental banyak terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang. Jadi, mulalah makan buah dan sayur sekarang!
5. Minum air dengan banyak
Ya, minum air sangat bermanfaat untuk mengempiskan perut anda dan menurunkan berat badan. Minum dua liter air (8 gelas) sehari boleh membakar 96 kalori/hari. Minum air akan lebih efektif membantu anda mengecilkan perut secara semula jadi jika anda minum 0.5 liter air (2 gelas), 30 minit sebelum makan. Jika perut anda sudah penuh dengan air sudah tentu anda tidak akan makan secara berlebihan.
Kopi dan teh hijau juga membantu dalam menurunkan berat badan kerana kafein yang terkandung di dalamnya membantu meningkatkan metabolisme tubuh yang bererti lebih banyak kalori yang terbakar.
Itulah lima cara mengecilkan perut tanpa senaman buat anda yang malas bergerak. Cara di atas akan jauh lebih efektif jika anda menggabungkannya dengan senaman secara teratur.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!