
Bagi pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga, pastinya mereka inginkan zuriat bukan? Tetapi rezeki zuriat ini berbeza untuk setiap individu. Ada sesetengah yang dikurniakan zuriat awal, ada juga yang lambat dikurniakan zuriat tetapi yang paling penting jangan putus asa dan sentiasa berdoa meminta pertolongan dari Allah. Mari sama-sama kita manfaatkan perkongsian dari seorang wanita bernama Mariah Ibrahim ni yang berkongsi doa agar dikurniakan zuriat oleh Allah SWT.

1. DOA.
Doa sgt penting, selalulah berdoa tanpa henti. Setiap kali solat, mesti menangis. Rasanya kalau ditadah airmata ni, dah boleh buat banjir tu. Ini doa yg sy hafal dan baca xkira masa dan tempat.’Robbi Latazarni Fardaw Wa Anta Khairul Waritsin’ Ya Tuhanku, jgnlah engkau biarkan aku hidup seorg diri (tanpa keturunan) dan Engkau lah ahli waris yg terbaik. Ms doa tu doa minta apa yg kita nak secara terus terang. Contoh sy doa dgn Allah. Ya Allah engkau kurniakanlah aku zuriat pd bulan ini. Engkau berikanlah aku zuriat yg boleh mendoakan aku bila aku tiada nnt. Sempena bulan Ramadhan ni, jgn lupa berdoa sebelum nak berbuka nnt. Saya amalkan. Dan dgn izin Allah, mmg sy mengandung pd bulan Ramadhan tahun lepas.
2. BERAT IDEAL
Sy ni orgnya cutting “Rendang”….. Rendah dan terlebih makan a.k.a Obess ckit.
Mgkin ada yg ckp, org lain gemok elok je boleh mengandung… kita kne pk org lain mgkin hormonnya baik.. mgkin dorg subur. Kita xtau hormon kita cmner, so x salah klu kita dapatkan berat ideal. Try dptkan berat ideal.
3. UBAT UBATAN
Berckp pasal ubt. Dr strt kawen mmg amalkan asid folic. 4 thn ttc, 4thn jgk laa dok telan ubt tu. Beratus2 biji telan… Masa sy lekat bby ni, sy mkn asid folic brand Appeton. Selain itu sy mkn zinc plus. Nnt kwn2 bole try yaa… Mn tau dgn izin Allah berhasil.
4. WAKTU SUBUR
Sy gunakan opk utk mencari waktu subur. Cuma nak pesan dgn ttcian semua, klu bole ms bersama jgn terlalu fikirkan soal anak. Try enjoy ketika bersama.
5. SEDEKAH
Selain doa, perbanyakkan sedekah. Niat sedekah ni utk zuriat yg akn kita lahirkan nanti. InsyaAllah, bila kita memberi, Allah akan beri sesuatu utk kita jgk..
Dengan rs rendah diri,sy doakan semua kwn2 yg sedang menunggu kehadiran cahaya mata dikurniakan rzki mendapat zuriat secepatnya. Semoga tahun ini memberi kebahagiaan buat kita semua.
Aamiin Ya Robbal Alamiin.
.
Kredit : Mariah Ibrahim
Kena Dengar Nasihat Suami, Bukan Kekasih. Syurga Datang Lepas SAH BERKAHWIN!

Hebatnya menjadi seorang wanita dan isteri. Sebab itu, Allah janjikan ganjaran yang besar buat wanita dan isteri yang solehah. Ustaz Pahrol Mohamad Juoi kongsi pesan untuk para isteri:
“Sekalipun suami mu tidak baik, tetapi kau masih boleh menjadi wanita yang solehah dengan mentaati perintah dan kehendaknya yang tidak menyalahi syariat. Lihatlah betapa Siti Asiah boleh menjadi isteri yang solehah walaupun suaminya (Firaun) adalah sejahat-jahat manusia. Selagi dia menyuruh kepada kebaikan… walaupun dia bukan orang yang baik, kau wajib taat.”
Satu artikel yang baik untuk perkongsian:
Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan dunia sebagimana sabda Nabi SAW yang bermaksud : ” Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita solehah. ” (Hadis Riwayat Muslim)
Wanita cukup mudah untuk memasuki syurga Allah SWT apabila dia memenuhi empat ciri-ciri wanita solehah iaitu menunaikan solat fardu, puasa bulan Ramadan, menjaga maruah dan mentaati suaminya. Sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Walaupun wanita mudah masuk syurga kenapa pula wanita ramai di neraka sebagaimana Nabi SAW melihat ketika Israk dan Mikraj.
“Aku telah meninjau syurga dan aku dapati kebanyakan penghuninya ialah kaum miskin, dan aku juga meninjau neraka dan aku dapati kebanyakannya penghuninya ialah kaum wanita .” (Hadis Riwayat Bukhari)
Sahabat yang dimuliakan,Walaupun banyak jalan-jalan kebaikan boleh dilakukan dan memudahkan wanita memasuki syurga Allah SWT, tetapi terdapat beberapa halangan terpaksa dihadapi oleh para wanita . Jika wanita tidak mengambil perhatian serius dan tidak berwaspada halangan, dugaan dan cabaran dikhuatiri wanita akan terjebak melakukan dosa dengan itu mereka akan dimasukkan ke dalam api neraka.
Seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang besar dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka (nusyuz).
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah radhiallahu ‘anha bermaksud: “Aku pernah bertanya kepada baginda: “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?” Baginda menjawab:”Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya”. Kemudian aku bertanya lagi :”Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab:”Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” (Hadis Riwayat Bazar dan al-Hakim)
Dalam sebuah hadis yang lain pula baginda bersabda bermaksud: “Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya.” (Hadis Riwayat Tirmizi dan Ibnu Hibban)
Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut adalah di antara ciri-ciri atau tanda-tanda isteri derhaka:
Pertama : Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami.
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Ibnu ‘Asakir pula menyebut: “Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya.” Isteri yang mementingkan harta dunia, suka kepada kemewahan dan perhiasan dunia tidak akan ada sifat qanaah dan sering membebankan suami dengan perkara-perkara diluar kemampuan suami. Sifat kebendaan ini akan menyebabkan mereka tidak akan bersyukur di atas nikmat rezeki yang diberikan oleh suaminya.
Kedua : Suka menyakiti hati suami.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.”(Hadis Riwayat Muslim)
Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: ” Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: ‘Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami’.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Biasanya apabila seorang wanita (isteri) memegang jawatan yang tinggi daripada suaminya, mempunyai keluarga yang berharta atau sebuk memegang jawatan di dalam masyarakat akan wujud sifat riak dan bangga diri. Suaminya dipandang sepi dan sukar untuk diberi nasihat. Bila dirumah sifat menjadi “bos” ketika dipejabat akan terbawa-bawa dirumah dengan ini sifat menghormati suami akan hilang dan jadilah dia seorang isteri yang derhaka.
Ketiga : Meneriama kedatangan seorang lelaki dirumah tanpa izin suaminya.
Suasana di akhir zaman ini kadangkala pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita tanpa batas. Wanita muslim terbawa-bawa sikap wanita barat yang bebas bergaul walaupun mereka sudah menjadi isteri seperti keluar makan bersama ditempat kerja, keluar membeli belah dipasaraya dan membawa kawan lelaki datang kerumah dengan alasan membincangkan urusan perniagaan atau aktiviti masyarakat.
Akibat daripada pergaulan bebas tanpa had ini amat mudah boleh mengakibatkan wanita (isteri) berlaku curang kepada suaminya di luar rumah.
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang bermaksud : “Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Walaupun lelaki yang datang kerumah isteri tersebut adalah terdiri daripada mahramnya perlulah mendapat keizinan suaminya terlebih dahulu. Tetapi jika suami tidak ada halangan di atas kehadiran mereka tidak menjadi masaalah .
Keempat : Keluar rumah tanpa izin suami.
Maksud firman Allah: “Janganlah mereka (perempuan-perempuan) menampakkan perhiasannya melainkan untuk suaminya.” (Surah an-Nur ayat 31)
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali.” (Hadis Riwayat Thabarani di dalam al-Awsat)
Wanita sering keluar rumah dengan berhias, berwangi-wangian dan berpakaian tanpa menutup aurat yang sempurna. Terdapat kebanyakkan wanita muslim tidak menjaga aurat ketika keluar rumah. Suka memakai seluar jean, berbaju kemeja T-lengan pendik, tudung tiga segi yang nipis dan kecil dan berpakaian ketat menampakkan susuk tubuh mereka. Walaupun suaminya mengizinkan isterinya memakai pakaian tersebut (tidak sempurna berpakaian menurut Islam) darisegi akhlak islam suami dan isteri tersebut akan mendapat dosa disisi Allah SWT.
Kelima : Meminta cerai daripada suami.
Sabda Rasulallah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang bermaksud : “Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak haram baginya bau syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Dalam kes meminta cerai kepada suaminya, seorang isteri dibenarkan sekiranya terdapat beberapa sebab yang di benarkan syarak seperti suami tidak memberikan nafkah zahir dan batin, suka memukul isteri dan menyuruh isteri melakukan perkara yang haram. Isteri boleh mengadu pada mahkamah syariah di atas perbuatan suaminya dan boleh menuntut fasakh. Jika isteri sudah merasakan tidak bersesuaian untuk hidup bersama suaminya dia boleh juga mengadu di makhamah syariah untuk Tebus Talak iaitu memberikan beberapa sejumlah wang sebagai tebusan kepada suaminya untuk dia diceraikan.
Tetapi dalam kes suami hendak berpoligami dan suami berkemampuan ketika ini isteri tidak ada hak untuk meminta cerai . Ini adalah kerana hukum berpoligami telah termaktub di dalam al-Quran dan ianya di halalkan oleh Allah SWT. Jika suaminya telah pun berkahwin lain tanpa pengetahuannya dan jika dia memaksa suaminya mencerikan madunya dia akan mendapat laknat Allah dan berdosa besar. Suaminya akan menjadi dayus apabila mengikut telunjuk isteri pertama dengan mengabaikan isteri keduanya.
Jalan sebaik-baiknya isteri pertama perlulah bertolak ansur dan janganlah mengikut nafsu amarah dan membelakangkan hukum agama. Jika kalian bersabar dan menerima kehadiran isteri kedua dengan hati yang tenang dan terbuka dan berfikiran positif ganjaran yang akan kalian terima cukup besar disis Allah SWT. Jika kalian bertindak secara melulu tanpa di dorong oleh iman dan takwa berdasarkan hadis di atas tidak akan masuk syurga isteri yang meminta cerai tanpa alasan yang dibenarkan syarak.
Keenam : Isteri yang tidak menunaikan hajat suami.
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maksudnya : “Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW terlihat wanita yang mengagumkan baginda. Kemudian baginda mendatangi isterinya (iaitu Zainab r.ha) yang sedang membuat adonan roti. Lalu baginda melakukan hajatnya (berjimak dengan isterinya). Kemudian baginda bersabda: Sesungguhnya wanita itu menghadap dalam rupa syaitan dan membelakangi dalam rupa syaitan (mengajak kepada hawa nafsu). Maka, apabila seseorang dari kalian melihat seorang wanita (yang mengagumkan), hendaklah ia mendatangi isterinya. Kerana yang demikian itu dapat menolak apa yang ada di dalam hatinya. (Hadis Riwayat Muslim, Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Baihaqi)
Sahabat yang dikasihi,
Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya pihak isteri supaya enam ciri-ciri yang boleh mendatangkan derhaka (nusyuz) dapat dielakkan.
Jika reda anak datang daripada reda ibu bapa maka reda isteri datang daripada reda suami. Isteri yang solehah akan menjadi ketua bidadari di syurga nanti sedangkan isteri yang nusyuz tempatnya di neraka . Kalian pilihlah mana yang terbaik kerana ahli hikmah ada berkata : “Wanita yang cerdik adalah wanita yang sanggup mengorbankan sedikit daripada perasaannya dan bersusah payah di dunia semata-mata untuk mencapai kebahagiaan di hari akhirat. ” Wallahualam
(Dipetik dari tulisan Abu Basyer dalam FBnya. Jazakallahu Khairan kathira Abu Basyer).
Hanya Dengan Solat Berjemaah Dapat Buat Pasangan Tunduk Dan Rasa Disayangi

Asyik nak bergaduh sahaja macam mana nak bahagia? Oleh itu, jom kita baca perkongsian dan tips dari lelaki ini tentang cara ‘ajaib’ untuk melembutkan hati pasangan masing-masing.
PETUA LEMBUTKAN HATI PASANGAN
Pagi tadi lepas Solat Jemaah, belum sempat wirid tau tau wife saya dah landing atas riba. Mungkin penat sangat jaga baby semalam kot. Takpela saya pun teruskan wirid dan doa sampai habis. Lepas doa, saya nak bangun, tapi bila tengok balik muka wife yang keletihan ni, tak sampai hati nak kejut. Maka saya biarkan lah dia tidur kejap.
KEAJAIBAN SOLAT JEMAAH
Ada beberapa concept yang ramai tak faham dalam rumah tangga. Antara basic nya ialah, lelaki ni dia nak Di HORMATI. Manakala wanita pula dia nak di SAYANGI. Apa yang terjadi pada ramai pasangan. Diorang expect dapat benda2 itu dari pasangan mereka dulu.
Maksudnya, “kalau u sayang i, i hormat u”. Macamtu jugak lah pada lelaki. U hormat i, i sayang u. Sebenarnya, the key is kita kena mula dengan diri kita dulu. Kalau kita lelaki, kita yang mula tunjuk kasih sayang pada isteri kita dulu, nescaya isteri akan timbul rasa hormat pada suami. Automatic!
Dan yang bestnya, benda ni ada dalam SOLAT JEMAAH. Bila solat jemaah, automatic sense of HORMAT pada suami tu akan terbentuk dalam jiwa isteri. Sebab suami jadi Imam, apa suami buat semua isteri ikut, patuh dan taat. Bila suami doakan apa2 hajat pun semua isteri amin kan. Maka dua-dua ada matlamat yang sama, ada doa yang sama. Senang nak capai kejayaan dan matlamat kalau sama-sama berdoa ni.
CUBA DULU SELAMA 40 HARI
The cycle will continue, bila suami dihormati, dia automatic akan rasa bersalah kalau tak mencintai. Isteri bila dicintai automatic timbul rasa hormat. Begitu lah seterusnya kitaran emosi dalam perkahwinan, sebab Solat Jemaah. Jadi, kalau ada pasangan yang asyik-asyik nak gaduh, asyik-asyik tak sependapat, asyik-asyik suami nak marah. Ajak dia solat Jemaah. Susah lah kalau dah solat Jemaah hari-hari, nak gaduh jugak. Tak percaya cuba dulu 40 hari.
Bila kasih sayang ada dalam rumah, rahmat Allah tu turun mencurah-mencurah. Allah Redha suami isteri yang berkasih sayang. Rezeki melimpah- limpah Allah turunkan InsyaAllah. Paling bagus pergi masjid bawak anak-anak sekali. Tapi kalau sibuk sangat mulakan di rumah dulu Subuh, Maghrib, Isya. Yela, waktu lain masing-msing dah busy dengan urusan masing-masing kan. Waktu ni lah nak berkumpul family pun.
Macam kes kami, Alhamdulillah laki bini takyah kerja. So, kami ada plenty of time together. InsyaAllah itu jela perkongsian harini. Moga bermanfaat selamat beramal. Apa lagi? Ajak hubby solat jom.
Sumber: Afnan Rosli,
Baca Surah Al-Ikhlas Sebanyak 3 Kali Selepas Solat, Jiwa Sangat Tenang Dan Kurang Rasa Cemburu

Bismillahhirohmanirrohiim.
1. Qul huwa allaahu ahad(un), allaahu alshshamad(u), lam yalid walam yuulad(u), walam yakullahu kufuwan ahad(un).
2. Qul huwa allaahu ahad(un), allaahu alshshamad(u), lam yalid walam yuulad(u), walam yakullahu kufuwan ahad(un).
3. Qul huwa allaahu ahad(un), allaahu alshshamad(u), lam yalid walam yuulad(u), walam yakullahu kufuwan ahad(un).
MasyaAllah, jika tidak ada perbezaan di dalam3 bacaan surah Al-Ikhlas ini berati orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama dgn memperoleh ganjaran/seperti membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
Satu kali baca surah Al-Iklas sma dgn 10 juz, sedangkan membaca tiga kali surah Al-Iklas sma dgn 30 juz jdi ukhti wa akhi tdi sudh baca 3x surah Al-Iklas sma dgn mendapat pahala seperti membaca satu Al-Qur’an,masyaAllah Alhmdulilllah.
Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-Quran seluruhnya.” (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy).
Penawar Penyakit
Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3x selepas setiap sholat fardu, kita mengubati diri kita sendiri. Daripada Abu Hurairah;Rasululllah SAW bersabda: “Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani).” (HR: IbnuMajah r.a.)
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia darikesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap merekamelintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.” Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siang dan malam; Maka Allah memberinya sebuah istana dalam syurga.” (HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.).