Sirih junjung sireh ternama,

Untuk hantaran gadis jelita,

Bulan indah bulan purnama,

Menjadi igauwan di alam nyata.

 

Demikianlah antara pantun empat kerat yang menjadi pembuka kata untuk para juri yang melihat sirih junjungnya. En. Isthin Juki, 69 tahun yang merupakan antara peserta Pertandingan Sirih Junjung bersempena Wedding Open Day, merupakan antara peserta yang paling tua bertanding. Beliau yang berasal daripada Taman Akasia, Batu Berendam Melaka bertekad untuk menyertai pertandingan ini kerana minatnya yang mendalam terhadap gubahan sirih junjung ini.

Namun, walaupun ramai yang mempersoalkan masih relevan kah sirih junjung untuk majlis perkahwinan? Ia telah menjadi salah satu simbolik dalam adat resam melayu. Malah, sejak zaman dahulu lagi sirih junjung telah di gunakan dalam majlis pertunangan dan perkahwinan.

Minat Dari Dulu

Gubahan sirih junjung telah menjadi minatnya dari dulu lagi. Tidak hanya itu, beliau juga banyak menerima tempahan dari orang luar untuk gubahan sirih junjung. Dengan perniagaan kecil-kecilan atau ‘home based business’ membuatkan beliau meneruskan gubahan sirih junjung ini. “Alhamdulillah, masih ramai yang menempah gubahan sirih junjung dengan saya, tidak pernah merasa bosan kerana itulah minat saya.” Walaupun sudah berusia namun ia bukan penghalang buatnya untuk meneruskan aktiviti ini.

Gubahan Sirih Junjung Bukan Untuk Perempuan Sahaja, Isthin Buktikan Usia Bukan Penghalang

Mempunyai lima orang cahaya mata bersama isteri tercinta iaitu empat perempuan dan satu lelaki. Beliau sangat bersyukur kerana sentiasa mendapat sokongan dari isteri dan anak-anak. “Isteri saya seorang yang memahami jadi beliau faham minat saya dan tidak pernah menentang, anak-anak pula sentiasa memberi sokongan kepada saya untuk meneruskannya.”

IKLAN

Beliau yang mendapat tahu pertandingan ini daripada rakan, terus mengambil keputusan untuk mencubanya. Walaupun di saat terakhir beliau mendaftar, namun masih ada rezeki buat beliau untuk menyertainya. “Dapat tahu last minit dari kawan, itu yang terus nak masuk.” akuinya.

Banyak Pertandingan Telah Disertai

Bukan hanya pertandingan pada Wedding Open Day kali ini, malah Isthin juga telah menyertai banyak lagi pertandingan sirih junjung ini. Jadi itu membuatkan beliau sudah selesa dan biasa menyertai pertandingan. Di tanya adakah pertandingan kali ini memberikan saingan yang sengit kepadanya kerana ramai anak muda yang menyertai, beliau menjawab dengan penuh rendah diri supaya tidak boleh memandang rendah dengan kebolehan anak muda masa ini. Kerana tidak semuanya tidak tahu mengubah sirih junjung.

Gubahan Sirih Junjung Bukan Untuk Perempuan Sahaja, Isthin Buktikan Usia Bukan Penghalang

IKLAN

Walaupun hampir keseluruhannya adalah orang muda yang menyertai, namun itu tidak mematahkan semangat Isthin dalam bidang ini. Beliau juga berbangga kerana masih ada anak muda yang mengetahui gubahan sirih junjung ini. Baginya ia adalah satu saingan yang sihat dan sangat bagus untuk masyarakat.

Tidak Putus Asa

Walaupun tidak memenangi pada pertandingan kali ini, beliau akur dengan keputusan juri dan tidak akan mengalah. Baginya beliau perlu lebih lagi mengetengahkan antara tema yang di beri dan perlu menitik beratkan aspek kreativiti.

Tidak hanya pertandingan gubahan sirih junjung, beliau juga pernah memasuki pertandingan lain antaranya pertandingan lipatan iaitu hiasan keris dan tanjak di Singapura. Ia adalah salah satu pertandingan yang besar buatnya.

IKLAN

Gubahan Sirih Junjung Bukan Untuk Perempuan Sahaja, Isthin Buktikan Usia Bukan Penghalang

Gubahan Sirih Junjung Bukan Untuk Perempuan Sahaja, Isthin Buktikan Usia Bukan Penghalang

Pertandingan Gubahan Sirih Junjung bersempena Wedding Open Day anjuran Seri Pacific Hotel KL dan Pesona Pengantin itu telah berlangsung selama dua hari 23 Februari – 24 Februari 2019. Seramai 11 orang peserta telah menyertainya.

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI