Bila dah bercinta dengan anak dara orang, takkanlah nak habis sampai di situ sahaja. Tibalah masanya untuk membawa hubungan itu ke level yang lebih serius. Kalau sebelum ni ajak kekasih keluar, tak berjumpa langsung mak ayah mereka untuk minta izin lebih-lebih lagi yang lelaki. Saat nak sampaikan hasrat hati untuk jadikan kekasih hati sebagai suri hidup, mulalah tak senang duduk.

 

Janganlah bimbang sangat. Niat hati anda tu memang dah murni. Cuma anda perlu kuat untuk berhadapan dengan ibu bapanya dan menjawab soalan-soalan mereka. Kebanyakkan ibu bapa kini tak macam dulu. Mereka sekarang lebih sporting. Cuma, ini persediaan yang perlu anda lakukan.

 

Temu janji

Janganlah datang ke rumah mereka secara mengejut. Buat perancangan betul-betul. Nyatakan tarikh dan masanya sekali. jika tak mahu berjumpa di rumah, buatlah tempahan awal di kedai makan dan sebagainya. Tapi biasanya lebih selesa kalau berjumpa di rumah.

 

Penampilan diri

Adat berjumpa orang, sarungkanlah baju dan seluar yang elok dan kemas. Ingat, bukan harga dan jenama jadi taruhan tapi kekemasan dan penampilan diri yang beradap itu sangat penting. Sekalipun anda seorang mat rock, janganlah sarungkan jeans koyak rabak atau kemeja-T gambar Black Metal!

 

Untuk wanita pula, jauhkanlah baju-baju yang seksi. Berjumpa dengan orang tua tak sama dengan orang yang muda. Timbulkan sikit rasa malu tu supaya tidaklah anda direject awal-awal. Nak pakai baju kurung pun sangatlah digalakkan!

IKLAN

 

Rajin

Untuk wanita yang bakal berjumpa keluarga mentua, jangan sekadar duduk tersipu-sipu sahaja. Bila bakal mak mentua ke dapur, hulurkanlah bantuan. Sekiranya mereka kata tak perlu, anda duduklah semula. Ambil hati bakal mak mentua sikit.

 

Jangan overdo!

Apabila berborak, janganlah meninggi diri. Jaga percakapan. Unutk wanita, solekan anda tak perlu tebal-tebal. Tonjolkanlah sisi yang lebih ‘mesra’ kepada bakal mentua anda. Less is more sangat penting!

 

IKLAN

Ilmu agama

Kadang-kadang bakal mentua saja nak menguji. Lelaki yang dibawa berjumpa mereka adalah lelaki yang bakal menjadi ketua keluarga kepada anak dan cucu-cucu mereka. Tentulah mereka mahukan seseorang yang boleh membimbing sebuah keluarga ke jalan Allah. Janganlah sampai doa makan pun anda tak tahu.

 

Tidak berpura-pura

Jadi diri sendiri. Jangan tiba-tiba pula anda berkelakukan macam pelakon drama dalam TV atau menjadi seperti abang-abang anda yang baik pekerti itu.

 

Buah tangan

IKLAN

Datang rumah orang janganlah tangan kosong. Buah-buahan, kek atau makanan lain bolehlah dibeli dahulu sebelum datang ke rumah bakal mentua. Bab ini yang wanita mesti pandai.

 

Berbual

Mula-mula anda mungkin rasa tidak selesa berhadapan dengan mereka. Jika terasa ‘awkward moment’ tu, cubalah create conversation misalnya isu semasa ke, atau apa-apa yang anda rasakan sesuai ketika itu. Tanyalah mengenai kesihatan mereka.

 

Berkawan dengan adik-beradik

Jika pasangan anda ada adik-beradik lain, cubalah jadi kawan mereka. Komunikasi di antara anda boleh memudahkan perhubungan anda di kemudian hari nanti.

 

Kredit foto utama: TANGKAP PICTURES

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI