Memang bukan mudah untuk mengambil hati keluarga mertua. Meskipun terikat kerana perkahwinan, hakikatnya anda adalah ‘orang luar’ dalam keluarga. Bukan mudah bagi mereka untuk menerima orang baharu lebih-lebih jika anda menantu sulung. Seboleh mungkin elak membiarkan gap antara ipar berterusan kerana mereka kini adalah kakak/adik/abang baharu anda.
Tujuh cara ini mampu memikat hati mereka. Siapa tahu, dia mungkin lebih memahami diri anda daripada suami anda sendiri.
1. Berkongsi Minat
Tak tahu nak berbual topik apa? Cubalah korek rahsia tentang hobi dan minat mereka. Mana tahu mungkin anda mempunyai hobi yang sama dan siapa tahu anda boleh bertukar-tukar hobi dengan mereka. Tidak pun, apabila ada aktiviti keluarga seperti family trip, barbeku atau rewang kenduri jangan berat punggung untuk join.
Ads
2. Tambat Perut Mereka
Ini anda kena betul-betul belajar tentang selera makan mereka daripada ibu mertua atau suami. Ketahui apa makanan kegemaran adik-beradik suami anda. Senang nanti apabila mereka bertandang ke rumah, anda dah tahu nak bikin apa di dapur. Bila kena dengan perut mereka, pasti terus dekat di hati…
3. Jangan Mengampu
Hah! Sikap mengampu, memuji terlebih had dan sogokan hadiah bukan cara yang baik untuk bermesra dan menambat hati mereka. Biarlah perasaan ikhlas dan sayang itu muncul dengan sendiri, tak perlu menggunakan ‘rasuah’ segera. Takut nanti, lama-lama mereka akan perasan sikap anda yang terlebih-lebih inginkan perhatian atau ingin mendapatkan tittle ‘adik ipar terbaik’. Jadi lebih baik anda jadi diri anda sendiri dan simpan sikap pemurah untuk hari kelak.
Ads
4. Tak Usah Jadi Seperti Belangkas
Pengantin baharu… tak sahlah kalau tidak berkepit 24 jam, tapi silalah berpada-pada nanti takut meluat orang melihat. Jangan diekor sangat ‘punggung’ suami anda itu, cuba duduk bergaul bersama kaum wanita di dalam keluarganya. Kalau rasa memang tak boleh nak bercampur atau berbual sekalipun, tayang muka pun sudah memadai. Biar mereka sedar akan kehadiran anda dan nampak jugalah effort anda untuk meletakkan diri dalam keluarga itu. Cuba pandai membawa diri…
Ads
5. Busy Body? Jangan Sesekali
Jangan nak mengundang masalah sendiri! Kalau ya pun anda memang kaki gosip tapi tak perlulah melibatkan keluarga mentua anda. Bila terdengar apa-apa cerita yang kurang enak, pekakkan telinga dan keraskan hati. Cukup sekadar asam garam dalam kehidupan berkeluarga sahaja. Okaylah, kalau benar anda memang nak tahu tentang perkara sebenar, bertanya sahaja kepada suami dan noktah.
6. Jadi Teman
Jika ipar lebih muda daripada anda, bersedialah untuk menjadi tempat mereka mengadu. Ingat! Lepas mendengar, jangan menyampaikan. Simpan apa yang mereka luahkan ketat-ketat. Takut apabila tersebar, buruk padahnya.
7. Sering Berkomunikasi
Kadang-kadang penampilan ipar yang lebih senior nampak garang dan tegas. Tapi jangan jadikan ia sebagai penghalang untuk anda terus berbual-bual dan mengenali ipar dengan lebih rapat lagi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Percaya tak ais batu boleh membantu anda mengatasi masalah kulit wajah? Ia bukan sebagai penambah kesegaran pada minuman , malah mampu mengatasi berbagai macam masalah kulit wajah. Ini dia cara paling mudah dan murah yang boleh dicuba di rumah.
1. Mengatasi Jerawat
Bagi yang wajahnya bermasalah dengan banyak jerawat, gangguan kulit sebegini boleh dihilangkan dengan melakukan rawatan wajah menggunakan bahan utama ais batu. Mengapa ais batu boleh digunakan, ini kerana sekitar jerawat boleh ditenangkan dengan ais batu yang dingin. Caranya mudah, iaitu dengan meletakkan ketul ais ke kulit wajah sambil mengurutnya perlahan-lahan dengan gerakan memutar selama lebih kurang 15 minit saja. Cara ini sangat mudah tapi dipercayai mampu membuat bengkak akibat jerawat berkurang dan kemudiannya juga akan mengecut.
2. Mencegah Jerawat
Selain manfaat ais batu yang boleh mengecutkan jerawat dan bengkaknya, kaedah ini juga boleh mencegah timbulnya jerawat. Jika takut jerawat boleh datang atau muncul secara tiba-tiba, maka boleh mulai rawatan wajah menggunakan bahan super mudah ini. Sama saja, caranya adalah dengan letakkan ais batu ke seluruh wajah secara rata. Hal ini akan secara automatik membuat kotoran hilang dan minyak pun jadi berkurang. Ingat bahawa kadar minyak berlebihan yang kerap membuat jerawat datang tanpa diundang.
Ais Batu untuk Kulit Berminyak dan Kering
Minyak berlebihan pada wajah selain membuat wajah kita jadi kurang menarik kerana berkilau di sana-sini dan menjadikannya agak kusam, minyak di wajah juga mendorong timbulnya jerawat. Selain jenis kulit berminyak, ada juga jenis kulit kering yang juga boleh dirawat dengan ais batu.
1. Mengatasi Kulit Berminyak
Berminyak saja tidak masalah, tapi kalau berlebihan tentu akan menyukarkan juga buat kita dan yang pasti merosak penampilan. Cara paling mudah untuk membuat kulit wajah bebas dari minyak ialah dengan menggunakan ais batu secara teratur dan sering ke kulit wajah. Untuk hasil maksimum, cuba untuk menggunakan cara ini selama satu minggu. Alasan mengapa ais batu kerana ia mampu mengawal minyak; ini kerana sel-sel lemak akan dijaga di bawah kawalan sehingga minyak berkurang.
2. Mengatasi Kulit Kering dan Tanda-tanda Penuaan
Perlu diketahui bahawa kulit kering jugalah yang boleh membuat wajah kita nampak lebih tua kerana garis-garis kerutan akan lebih kelihatan kalau kulit anda jenis kering. Tapi ais batu membuat hidup jadi lebih mudah dan tampak awet muda. Banyak yang percaya bahawa ais batu mampu membuat aliran darah jadi lebih lancar. Apabila peredaran darah lancar, maka kulit wajah akan lebih cerah kelihatannya dan bahkan lebih berseri. Caranya termasuk sangat mudah hanya dengan letakkan ais batu setiap hari secara rutin ke seluruh bahagian wajah demi mengurangkan kedutan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kami kongsikan sebuah pengalaman dan tips oleh Puan Syaheera yang berjaya hamil setelah 5 tahun menunggu kehadiran cahaya mata. Menurut beliau, selain melakukan rawatan, ada beberapa rutin harian yang diubah secara agak drastik dalam tempoh 2-3 bulan sebelum dikhabarkan dengan berita kehamilan. Mesti ramai nak tahu apa rutin tu kan?
Jom baca perkongsian beliau selengkapnya di bawah ini.
MULA JALANI RAWATAN DI HOSPITAL KERAJAAN SEJAK 2016
Kami kahwin pada 2014 tapi di awal perkahwinan tu suami masih bekerja sebagai houseman. So bila HO ni, faham faham la. Kepenatan dan stres. Pada tahun 2015, saya ajak suami untuk cuba cari rawatan. Walaupun masa tu dia macam tak nak sebab segan dekat kawan kawan hospital dia kat O&G. Dan mungkin juga perasaan ego lelaki.
Tapi saya explain, kita kena usaha. Mungkin rezeki kita tak secepat orang lain. Jadi kena ikhtiar lebih dari orang lain. Maka sejak 2016 kami dah mulakan usaha buat rawatan. Tapi kami tak exposed dulu sebab saya rasa TTC ni agak private and confidential. Alhamdulillah masa kami mulakan rawatan tu, saya dah stabil emosi. Dah tak nangis-nangis sedih dengan soalan yang menghiris jiwa. Dah tak sedih bila UPT negatif. Thank you suami sebab banyak sangat bagi kata kata semangat.
2016 kami IUI di hospital kerajaan. Failed
2017 kami ulang IUI kali kedua di hospital kerajaan. Failed
Sepatutnya kami kena repeat 3rd IUI, tapi masa tu kami dah mula letih dan rasa nak berehat. Kami manusia biasa, rasa frust tu masih ada.
CARI ALTERNATIF DI KLINIK SWASTA
Satu hari, kami terbaca post Dr Hamid Arshat. Masa tu Mawar and Fizo Omar berjaya pregnant. Terus kami call klinik Dr Hamid. Jauh pun jauh la. Apa la sangat KL tu, drive 3 jam+ dah sampai. Mahal pun takpe la. Mula-mula scan kat klinik Dr Hamid, jeng jeng jeng!!!! Ada cyst. Sedih pulak lagi sekali. Dr kata cyst 8 cm kena operate cepat. Dan bila dah operate, Dr Hamid kata saya ada endometriosis stage 4!
CADANG NAK BUAT IVF LEPAS BALIK BERCUTI TENANGKAN FIKIRAN
Memang sedih bila dapat tahu masalah demi masalah yang menimpa. Kami ambil keputusan pergi bercuti untuk tenangkan fikiran. Balik Jepun, kami nak buat IVF. Waktu ni juga bermulalah segala pantang makan dan semua tips yang orang suggest.
Tapi dengan izin Allah, berkat doa dan dengan bantuan Clomid high dose masa tu Allah makbulkan sebelum sempat IVF. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Jadi saya nak ceritakan sikit antara rutin hidup yang saya ubah 2-3 bulan sebelum berjaya pregnant.
6 RUTIN HARIAN YANG SAYA UBAH SEBELUM BERJAYA HAMIL
Benda ni simple tapi tak ramai yang buat. Sebenarnya dah ramai yang cadangkan tapi saya tak buat sebab rasa benda ni tak ada impak. Tapi sampai satu tahap, saya desperate dan cuba semua tips ni sebab umur dah cecah 30 tahun. Saya dah aim nak mengandung sebelum umur 30. Ini antara usaha saya sebelum berjaya conceive dengan izin Allah.
1. TIDUR AWAL
Tak pernah buat sejak mula bisnes. Paling awal pun pukul 12 tengah malam – 1 pagi. Lagi lagi awal bisnes farmasi memang tak cukup tidur. Tambah dengan bisnes sampingan pulak, saya kena uruskan masa untuk 2 bisnes ni sampai la tidur pun ke laut.
Sejak Januari 2019, saya cuba tidur awal. Paling lewat mesti 11 malam. Biasanya 10 malam dah tidur kalau tak pergi farmasi. Tidur awal ni impaknya boleh tengok dekat mood kita yang lebih tenang. Bangun pagi pun ceria. TTC memang perlukan emosi yang tenang. Percayalah!
2. ELAK FAST FOOD & JUNK FOOD
Yang ni dah agak lama saya amalkan sejak dapat tahu endometriosis. Saya ikut je nasihat Dr Hamid Arshat untuk elakkan toksin daripada makanan yang tak sihat.
Ayam pun saya beli yang organik. Boleh search ayam Az Zain. Benda paling susah nak buat, tapi terpaksa korbankan. Kalau boleh, usahakan masak kat rumah. Kat kedai banyak MSG dan perasa. Tapi kadang-kadang tak sempat, banyak jugak makan kat luar. Cuma usahakan pilih menu yang lebih sihat. You can do it!
3. SNEK TTC
Saya sejenis suka makan buah tapi tak konsisten hari-hari. Sejak Jan 2019, buah-buah wajib ada dalam fridge. Especially TTC fruits yang kaya dengan antioksidan, macam oren, kiwi, berries.
4. ELAK STRES
Benda paling susah nak buat! Stres bisnes pasti ada. Sejak 2019, saya cuba control emosi. Tak marah marah, tak emosional. Enjoy my life to the fullest.
Gaduh suami isteri pun selalu kan. Tak gaduh tiap hari tak sah! Elakkan. Haha.
Saya buat perjanjian dengan suami. Jangan sakitkan hati saya, jangan marah saya, jangan emosional pada saya, jangan gaduh dengan saya. Hahahahaha. Nampak remeh tapi berkesan! Nampak kain pelikat bersepah pun abaikan je lah. Focus TTC!
5. LAW OF ATTRACTION
Law of attraction ni maksudnya kita menarik apa yang kita fikir. Nak ikutkan sebenarnya ni suami saya yang selalu amalkan. Saya jenis malas. Contohnya, dia akan reka nama anak. Berderet-deret list dia. Dia suka masuk kedai baby. Walaupun masa tu nak tengok barang apa pun tak reti. Dia suka baby. Jumpa baby kawan mesti nak dukung.
Lama lama saya pun terikut sama. Masa tu kitorang plan nak ke Jepun dengan kawan TTC. Kitorang semua duk imagine kan best kalau pergi Jepun semua pregnant atau ada baby. Berbulan bulan duk sembang. Jepun, baby, Jepun, baby. Ulang ulang sebut.
Fikir yang positif saja walaupun UPT negatif. Fikir yang baik baik, perkara baik akan datang. Just enjoy your life. Absorb positive vibes. Fikir baby, create nama baby. Baca pengalaman mengandung orang lain, beli baju maternity. Makcik makcik bawang tu abaikan je. Sampai satu tahap, orang perli pun saya gelak je. Pelik makcik bawang tengok kita gelak sakan. Mesti dia ingat meroyan. Haha. Tup tup! Memang jadi kenyataan dengan izin Allah.
6. TEKNIK BBT & OPK
BBT – Basal body temperature
OPK – Ovulation Prediction Kit
Saya sempat guna 2 benda ni untuk 2 bulan cycle untuk aim ovulation. Sesungguhnya, TTC journey ni tak senang. Nak meluah pada public rasa tak appropriate. Sampaikan saya create 1 Instagram account untuk luah perasaan dan abadikan journey TTC kitorang. Kalau korang search kat instagram, ramai yang create IG just untuk TTC journey. Kami tak expose diri, jadi anonymous.
Seronok sebab TTC community ni sangat supportive. No one knows the struggle. TTC 1 tahun tak sama dengan TTC 5 tahun. TTC 5 tahun tak sama dengan TTC 10 tahun. Tahap struggle tu lain.
TTC PERLUKAN KETAHANAN MENTAL & FIZIKAL SERTA SOKONGAN SUAMI
TTC ni nampak simple tapi bermain dengan ketahanan mental dan fizikal. Serioussssly. Pada yang dah kahwin lebih 2 tahun, sebenarnya dah boleh start jumpa doktor. Don’t worry, sebab kalau ada masalah kita boleh cari punca dan selesaikan awal-awal.
Ada isteri yang beritahu saya, suami dia tak nak jumpa doktor. Bagi saya TTC memerlukan komunikasi dan support yang kuat daripada suami. So suami suami tolonglah bagi kerjasama. Kata sayang isteri kan?
Syukur Allah makbulkan pada April 2019. Bila scan dan nampak kantung kecil dalam rahim, mengalir air mata. Nak nak bila daddy dia yang scan kan. Such an emotional moment for both of us. Lama kami tunggu. Cukuplah 5 tahun diuji. Setiap kali menulis, saya sentiasa doakan pada kawan kawan yang masih TTC, yang sedang IUI and IVF. Percayalah Allah sayang kita. Kalau bukan di dunia, pasti Allah kurniakan zuriat di syurga.
FACEBOOK : Puan Syaheera
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Adatlah dalam kehidupan berumah tangga ,kadang kala timbul rasa bosan dengan pasangan setelah melayari kehidupan bersama. Malahan bibit-bibit romantis antara anda berdua semakin pudar. Inilah punca-punca bila anda sudah mulai bosan dengan pasangan, pertengkaran mula berlaku.
Malah ada di antara pasangan yang hatinya sudah berpaling kepada yang lain. Sebaiknya hindari perasaan sayang anda kepada insan lain kerana sebaiknya tempat anda ialah bersama pasangan. Kembalikan rasa kasih sayang itu agar keharmonian rumah tangga semakin menyinar.
Salah satu perkara yang mudah dan sederhana boleh anda amalkan ialah dengan menggenggam tangan pasangan ketika mahu tidur. Cara ini memang nampak biasa namun besar manfaatnya. Berikut empat manfaat menggenggam tangan pasangan ketika mahu tidur.
Memberikan ketenangan yang luar biasa
Perasaan yang akan timbul dari memegang tangan ini adalah perasaan yang tenang luar biasa. Ketika pasangan saling mencari tangan yang mahu digenggam, maka perasaannya akan sangat luar biasa. Hal ini biasanya boleh menjadi penghilang perasaan bimbang atau rasa tidak sedap hati yang selama ini dirasakan. Genggaman tangan ini dapat menimbulkan perasaan saling menenangkan.
Melenyapkan rasa marah
Menggenggam tangan pasangan juga dapat melenyapkan perasaan marah yang mungkin terjadi dari siang. Menerima tangan atau memberikan tangan untuk digenggam boleh menjadi tanda saling memaafkan terhadap apa yang sudah terjadi pada hari itu. Hal ini akan membuat kesan yang luar biasa bagi keharmonian rumah tangga.
Membawa kesan; Dia milik anda
Jika sudah memasuki usia perkahwinan yang lama, maka perlu kepastian jika pasangannya memang benar ‘miliknya’ dan ada di genggamannya. Kesan ini juga yang boleh dirasakan ketika menggenggam tangan pasangan ketika mahu tidur.
Menerbitkan rasa kasih dan cinta ‘yang baru’
Perubahan baru yang belum pernah terjadi pada pasangan yang selama ini tidak pernah menggenggam tangan ketika hendak tidur, akan memberi kesan luar biasa atau magis, kerana melakukan perkara baru dan sangat menyenangkan, yang akhirnya seperti menerbitkan rasa cinta baru, semangat baru.
Jangan bimbang untuk memberikan kebahagiaan kepada pasangan anda dengan perubahan baru ini. Tentunya anda tidak boleh ragu atau malu dengan kebiasaan baik dan halal, jika itu akan membuat warna indah bagi keharmonian rumah tangga.
Sumber: InfoUnik
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!