Kalau cerita bab persiapan kahwin ni, bukan kecil-kecil. Cerita dan belanja dia boleh jadi dari awal kita plan tu sampailah majlis itu sendiri. Kalau tak cecah ribuan ringgit, tak sah. Apa yang menariknya, wanita bernama Syahirah ini kongsi di Twitter miliknya apa yang dia buat sendiri dan cara alternative untuk jimat duit.
Guna balik kan jimat
Ads
Korang kena banyak survey
Nak jimat duit, buat sendiri baru puas hati
Ads
Ads
Jadikan Pintrest sebagai sumber rujukan
Kreatifnya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkahwinan sememangnya memerlukan bajet yang banyak. Oleh itu jika anda ingin menjimatkan salah satu barangnya dalah dengan mengubah sendiri sirih junjung anda.
Ramai yang bertanya macam mana nak gubah Gubahan Sirih yang simple tapi nampak eksklusif. Jom kita lihat cara-caranya di bawah ini.
Bahan- bahan:
1) Span Kering
2) Lidi
3) Pasu Topi
4) Daun Sirih Plastik
5) Jarum Peniti
6) Gambir, Pinang, Kapur
7) Daun
8) Bunga Plum
9) Orchid
Langkah 1 : Letakkan span dalam pasu topi
Anda perlu sumbat span kemas dan “fit” dalam pasu topi.
Langkah 2 : Peniti daun
Gunakan jarum peniti untuk lekatkan daun sirih di sekeliling pasu topi dan cucuk daun sirih.
Langkah 3 : Gulung sirih junjung dan lilitkan dengan tape hijau
Kalau anda tak confident atau tak pandai gulung, boleh gam dulu daun sirih dengan hot glue gun, dan lilit dengan tape hijau.
Langkah 4 : Cucuk daun sirih ke dalam
Cucuk daun sirih yang digulung tadi dengan teratur dan kemas.
Langkah 5 : Letak bunga orchid
Bunga orchid tak semestinya kena warna krim, boleh letak orchid apa-apa warna sahaja ikut tema hantaran.
Langkah 6 : Letak daun dan aksesori
Letakkan bunga kecil dan daun-daun dimana-mana sahaja, asalkan dapat cover span dan tidak nampak penuh sangat.
Langkah 7 : Letak Pinang, Kapur, Gambir
Langkah ini kena hati-hati sikit, kerana ketiga-tiga barang ni agak manja dan senang hancur.
Langkah 8 : Siap!
Hasilnya cukup menarik!
Sumber : facebook ratuseharihandycraftenterprise
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tarikh untuk majlis pertunangan tinggal beberapa hari sahaja lagi. Namun hantaran masih belum digubah.
Usah panik! Tarik nafas dalam-dalam. Sebenarnya hanya dengan sedikit bahan-bahan ringkas serta kreativiti, anda mampu menghasilkan hantaran dengan hasil air tangan sendiri.
Tidak perlu menggunakan bunga segar. Olahan bunga artifisial mampu mencipta gaya hiasan yang tersendiri. Yang penting anda bukan sahaja dapat menghasilkan hantaran yang cantik tetapi juga ‘super jimat.’
Bagi mereka yang ingin membuat sendiri hantaran boleh cuba idea ringkas seperti di bawah.
BAHAN-BAHAN:
Langkah Demi Langkah:
2. Letakkan tin di atas pelapik dulang kaca. Susun span di empat penjuru hantaran dan ikat dengan kemas menggunakan dawai.
3. Kemaskan kedudukan span dengan lidi buluh. Ia bagi mengelakkan span bergerak-gerak.
4. Cucuk bunga di atas span dengan kemas. Mulakan dengan bunga rona krim.
5. Seterusnya susun bunga dengan rona terang berselang dengan bunga rona krim tadi. Letakkan di atas dulang hantaran. Nah! hasilnya menjentik pandangan meskipun ringkas.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...