HABIB jenama barang kemas yang tidak asing menyambut ulang tahun ke 60 tahun dengan mempamerkan barang kemas eksklusif dan setiap satunya kaya dengan warisan. Barang kemas HABIB menggunakan identiti Malaysia sebagai inspirasi.
Dan sempena sambutan ulangtahunnya yang ke-60, HABIB telah melancarkan sebuah pameran khas di mana barang kemas yang ditonjolkan semuanya berinspirasikan warisan budaya Malaysia.
Dinamakan sebagai “Heritage Journey”, pameran ini juga menampilkan koleksi barang kemas antik yang terbesar di negara ini.
“Barang kemas yang dipamerkan ini mempunyai kisah tersendiri di sebaliknya dan kami mengajak pengunjung untuk menerokai sejarah dan nilai-nilai murni yang membantu dalam penghasilan karya barangan HABIB,” kata Pengarah Urusan HABIB Group, Datuk Sri Meer Sadik Habib.
Heritage Journey bukan hanya diadakan untuk meraikan waktu istimewa bagi jenama barang kemas dan permata terkemuka Malaysia ini.
Ia juga bertujuan bagi membawa pengunjung untuk mengikuti sebuah perjalanan warisan yang melakarkan permulaan kisah hidup Datuk Haji Habib Mohamed Abdul Latif.
Beliau telah membuka bisnes ini pada tahun 1958 di sebuah kedai barang kemas kecil di Pitt Street, Pulau Pinang.
Pada hari ini, kedai dua tingkat yang dihiasi dengan reka bentuk seni bina Jawi Peranakan itu masih berdiri kukuh sebagai penghormatan kepada insan istimewa di sebalik nama jenama HABIB ini.
Tingkat atasnya telah diubahsuai khas untuk menjadi galeri warisan HABIB yang menampilkan lebih daripada 1,000 jenis barang kemas indah yang lama, iaitu sejak 100 tahun lalu.
Meer berkata bahawa ayahnya, yang telah meninggal dunia April lalu, mempunyai pelbagai idea yang bukan konvensional. Beliau telah membuktikan yang apa saja boleh dicapai dengan kerja keras dan keazaman.
“HABIB, yang telah dia bangunkan daripada kosong 60 tahun lalu, kini sudah berkembang untuk menjadi lebih daripada sekadar sebuah bisnes barang kemas. Saya berharap legasinya akan diteruskan apabila kami tunaikan janji untuk menawarkan ‘hadiah kegembiraan’ bagi banyak lagi dekad yang akan datang.”
Bagi mereka yang tidak sempat ke pameran Heritage Journey yang telah berlangsung di The Curve pada awal bulan, anda berpeluang meneliti perhiasan hebat ini di IOI City Mall, Putrajaya dari 24 November hingga 2 Disember ini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi memenuhi permintaan bakal pengantin yang masih meninjau keperluan kahwin, baru-baru ini berlangsung Lokal Kahwin Fest 2018 di Dewan Seri Amar, Kemaman Terengganu. Kira-kira 100 vendor perkahwinan menyertai dalam acara ini. Bagi memeriahkan acara ini, turut dianjurkan Pertandingan Andaman dan Busana Pengantin. Biarpun pertandingan ini pertama kali diadakan namun sambutan yang diterima amat menggalakkan dari serata negeri.
Seramai 22 orang peserta yang menyertai pertandingan Andaman dan Busana Pengantin ini. Rata-rata dari mereka datang dari pelbagai negeri antaranya Johor Baharu, Kuala Lumpur, Pahang dan Kuala Terengganu.Pertandingan ini adalah secara berpasukan di mana satu team terdiri daripada Mua, pereka busana dan model.
Tema modern bridal look dipilih bagi sesi pertandingan ini. Setiap peserta diberi masa satu jam 30 minit untuk menyiapkan model masing-masing mengikut tema yang ditetapkan. Pertandingan ini diadili oleh juri profesional iaitu Mua selebriti Aizat Abdul Razak, pereka fesyen Raff Rafael dari raff Rafael Couture dan Ketua juri Mariam Shukor, Editor Pesona Pengantin.
Penjurian terbahagi kepada mekap 35%, busana 35% dan model 30%. ” Pemilihan pemenang mesti mengikut tema yang ditetapkan iaitu modern look wedding. Selain itu kekemasan dan kreativiti peserta paling dipentingkan. Konsep more to English Wedding…less is more,” jelas Raff
Ternyata setiap Mua tampil dengan teknik dan kepakaran masing-masing dalam menyolek wajah model mereka. Terserlah indah wajah model masing-masing selepas dirias. Sebaik menyarungkan busana pengantin, model -model ini nyata anggun dan mempersonakan.
Rambang mata melihat keindahan yang dipersembahkan oleh setiap peserta. Masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri. Setelah diamati dan diadili oleh barisan juri profesional sebulat suara memilih Mua Rizz Yahya, Designer Crystal by Naim dan model Yaya sebagai pemenang pertama. Mereka menerima wang tunai RM1500 beserta trofi dan hamper.
Pemenang kedua ialah Mua Syaff Aziz, Ratu Sehari Bridal dan model Sofea menerima hadiah wang tunai RM 1000 beserta trofi, sijil dan hamper. Manakala pemenang ketiga ialah Mua Omar Azmi, Teratak Bridal dan model Waa dengan wang tunai RM800, trofi dan hamper.
Tanpa penaja, majlis ini tidak akan semeriah ini. Terima kasih kepada pihak penaja utama iaitu Shasha Wedding Galleryz dan Alnnajah Exclusive. Sesungguhnya majlis anjuran AQJ EVENT, Puan Shereen Rahman ( CEO), Awie Entertainment & Events Management dan Mohd Zawawi Ahmad ini menjadi platform terbaik buat mua dan pereka busana menonjolkan kepakaran mereka dalam pertandingan seumpama ini.
Sumber foto: Smart Figure Production
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Apa Habaq Orang Perlis!”..Nampaknya negeri paling hujung di Semenanjung Malaysia kini telah menerima kehadiran kafe Starbucks yang berkonsepkan pandu lalu yang terletak di Kangar, Perlis.
Sejak dibuka secara tidak rasmi pada 24 Disember 2021 yang lalu, tular di media sosial deretan kenderaan beratur di laluan ‘drive thru’ untuk menikmati secawan kopi enak dari Starbucks! Khabarnya kenderaan beratur sejauh beberapa kilometer dari kafe Starbucks! Sungguh menakjubkan!
Lebih istimewa, tanggal 2 Mac 2022 yang lalu, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajah Lailatul Shareen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis berkenan merasmikan pembukaan Starbucks pertama Perlis.
Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Group CEO Berjaya Food Berhad, Dato’ Sydney Quays serta Tunku Laksamana Kedah, Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Salehuddin, Raja Muda sekeluarga yang sememangnya dekat di hati rakyat ini turut membawa bersama dua orang puteri baginda iaitu Yang Amat Mulia Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Yang Amat Mulia Sharifah Farah Adriana Jamalullail.
Keluarga diraja itu mencemar duli beramah mesra dengan kakitangan Starbucks Perlis yang terdiri dari anak tempatan yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap seni pembuatan kopi.
Pada majlis pelancaran, keluarga diraja berkenan menyaksikan demonstarsi sejarah kopi yang dipersembahkan oleh Ayesha dan Siti di mana keluarga diraja menunjukkan minat yang mendalam terhadap sejarah kopi dan penghasilannya.
Kesimpulannya, pasangan pengantin yang baharu sahaja menjengah ke alam perkahwinan bolehlah membawa pasangan anda ke sini untuk menikmati keenakan kopi dan hidangan-hidangan lain yang disediakan di Starbucks.Sambil itu boleh mencuba pelbagai menu terbaharu Starbucks antaranya termasuklah Starbucks Poached Pear Pure Matcha Latte dan Starbucks Poached Pear Oolong.
Bagi penggemar butterscotch pula, jangan lepaskan peluang menikmati Smoked Butterscotch Latte. Eratkan kasih sayang dengan secawan kopi kerana hidup bagaikan tidak lengkap tanpa secawan kopi!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pulut kuning begitu sinonim dengan majlis perkahwinan dan pertunangan kerana ia sering dijadikan hantaran. Pulut kuning dihias serba indah dengan hiasan gubahan sayuran yang segar dan diselitkan dengan telor puyuh serta lapisan serunding daging atau ikan bersama pulut yang lemak manis rasanya.
Sempena pameran perkahwinan yang berlangsung dari 1 hingga 18 Oktober di ruang legar, SACC Mall, Shah Alam berlangsung Pertandingan Menghias Pulut Kuning dengan tema Pengantin Raja Sehari.
Pertandingan ini disertai oleh enam orang peserta. Keperluan yang mereka perlu adakan ialah pulut kuning seberat 1kg dan bahan-bahan hiasan.
Masing-masing menonjolkan kepakaran yang tersendiri dalam menggubah pulut kuning agar tampil menarik.
Markah diadili bukan hanya dengan melihat rupa malah tekstur dan rasa juga diambil kira. Makanan haruslah mempunyai rasa yang sesuai dan cukup perasanya iaitu sebanyak 30%.
Selain itu persembahan makanan turut mengambil kira di mana makanan perlu bersih, menarik dan praktikal. Hiasan yang digunakan perlu bersesuaian dengan makanan dan 25% diberikan.
Markah juga diberikan kepada kombinasi, kesederhanaan dan keaslian iaitu sebanyak 25%. 20% diberikan untuk markah keseluruhan.
Penjurian dilakukan oleh barisan juri profesional iaitu Puan Ezatul Nazura Baba CEO dari Wangi World, Puan Mariam Shukor Editor Pesona Pengantin dan Puan Elina Kamarudin dari Majalah RASA.
Puan Norkamisah berjaya menggondol tempat pertama dengan hasil kreativiti yang ditonjolkan dan membawa pulang wang tunai RM300 serta hamper. Manakala tempat kedua jatuh kepada Puan Norlida Ahmad dengan hadiah wang tunai RM200 juga hamper. Satu-satunya peserta lelaki Mohamad Faizal mendapat tempat ketiga dengan hadiah RM100 serta hamper.
Ternyata semua peserta mempunyai kreativiti yang tersendiri. Setiap peserta diberikan sijil penyertaan oleh pihak penganjur iaitu Butik Jedan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti ramai sedia maklum, pelakon terkenal, Jazmy Juma sudahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Farah Athirah pada Sabtu lalu, 27 Jun 2026.Perkahwinan yang...