Dalam sesebuah rumah tangga, suami isteri haruslah memahami hak masing-masing. Menjadi tanggungjawab suami untuk memberi nafkah kepada isteri seperti yang telah ditetapkan oleh Islam. Suami perlulah menyediakan nafkah zahir dan batin secukupnya mengikut kemampuan suami.
Ketahuilah bahawa terdapat 5 perkara yang isteri boleh gunakan haknya terhadap duit suami. Walau bagaimanpun, isteri tidak boleh mengambil kesempatan dan jangan sesekali minta yang berlebihan di luar kemampuan suami. Awas isteri! Jika tidak dijaga amanah duit pemberian suami ini dengan baik, silap-silap perbuatan anda boleh mengundang dosa.
5 PERKARA MESTI GUNA DUIT SUAMI
*Hal ni suami isteri mesti ambil tahu.
Dari segi nafkah suami kepada isteri, suami perlu sediakan 5 nafkah ini
1. Makan minum isteri.
?Duit belanja diri (Menurut Lembaga Zakat, potongan ke atas isteri adalah RM3000 setahun. Bila dibahagi 12bulan…jadi rm250 sebulan. Pun begitu, ia bergantung pada pendapatan/ehsan suami)
?Duit belanja dapur.
2. Peralatan mandian
Ads
3. Ubat ubatan / medical
4. Pakaian baru 2 persalinan setahun. Ini termasuk pakaian dalam, telekung, tudung, kasut dll.
5. Rumah yang selesa untuk isteri tinggal dengan aman dan mudah membuka auratnya (tiada yg bukan mahram). Termasuk segala bil berkaitan rumah.
~petikan kuliah Ustaz Fawwaz~
Ads
Nasihat saya… kepada isteri, bila dah tahu bab nafkah ni, jangan pula demand lebih-lebih hingga di luar kemampuan suami ye. Apa2 pun ikut kemampuan suami. Jadilah penyejuk hati suami dalam segala keadaan. Kalau suami tak mampu, sedikit yang suami bagi tu kita bersyukurlah. Bila bersyukur, moga Allah tambah nikmat dan hidup pun lebih bahagia.
Satu lagi, tolonglah para isteri untuk amanah dengan duit yang suami beri. Misalnya untuk duit belanja dapur, bila memasak tu jangan terlalu berlebihan. Makan berempat saja, tapi masak macam untuk 10 orang. Bila tak habis, simpan peti ais…terlupa pulak nak makan..akhirnya dibuang. Kata ustaz, isteri yang selalu macam ni…isteri yang khianat. Dia tidak amanah. Mungkin dia tak sedar yang perbuatannya itu boleh mendatangkan dosa.
Bagi suami yang isterinya bekerja pula, jangan sedap sangat guna duit isteri tanpa izinnya. Dah lah duit rumah guna potongan gaji isteri, duit dapur pun under isteri….duit makan isteri kat ofis tak pernah hulur…konon cakap, “duit gaji saya, saya simpan untuk emergency..untuk kegunaan kita jugak”….Awak, kalau isteri awak tu tak halalkan, tak lepas nanti awak kat akhirat.
Ada sahabat saya beritahu, suaminya setiap malam sebelum tidur akan selalu minta maaf dan minta dihalalkan jika dia ada teralpa tentang tanggungjawabnya atau ada termakan duit isterinya. Bila suami cakap macam tu…takkanlah kita tegar untuk tidak memaafkan. Betul tak?
Ads
Isteri jika bekerja, walaupun memang bukan tanggungjawab kita untuk cover belanja rumah, tapi jika suami memang tak mampu, kita belajarlah untuk sabar dengan ujian ni, belajar untuk redha dan seterusnya bersyukur. Kenapa perlu syukur? Bersyukurlah kerana di sebalik ketidakmampuan suami itu, ada hikmah tersembunyi. Allah rupa-rupanya nak bagi kita pahala besar. Mulai sekarang, segala yang kita belanja untuk keluarga tu niatkanlah sebagai sedekah. Sedekah pada keluarga terdekat, pahalanya sangat WOW melebihi pahala sedekah fisabilillah kata ustaz. Sentiasa ingat, hidup kita di dunia ni untuk kumpul pahala sebanyak-banyaknya.
Syurga tu kan mahal.
Sesungguhnya sedekah itu menggugurkan dosa seperti air memadamkan api…juga membentengkan kita daripada api neraka.
Semoga bermanfaat.
Wallahualam.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam kehidupan yang dilalui setiap hari, tidak semua yang berlaku dan terjadi itu seperti yang diinginkan. Begitu jugalah dalam perhubungan di antara dua hati yang disulami dengan perasaan.
Bagi wanita khususnya, cinta adalah sesuatu yang terlalu mahal. Walaupun anda mengetahui akan ada pelbagai rintangan dalam menempuhinya.
Ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui dalam sesuatu perhubungan:
Terima pasangan seadanya
Rupa paras sebenarnya bukan ukuran utama dalam memilih calon suami. Memang benar anda juga inginkan suami yang elok dan senang dipandang. Tetapi apalah gunanya, sekiranya elok pada wajah tetapi buruk pada akhlak.
Jika anda sudah ‘memiliki’ seseorang yang dirasakan layak untuk menjadi suami pada tingkah lakunya, sedangkan rupanya mungkin tidak seperti yang diinginkan, maka terimalah dia seadanya. Apa yang kurang sedikit itu mungkin pada wajah tetapi jauh lebih baik pada agama yang dimilikinya. Jangan jadikan rupa paras itu sebagai keutamaan sehingga mengabaikan yang lain, kerana anda juga yang akan merana kemudian jari.
Fahami hati budi
Cuba memahami karenah pasangan adalah satu perkara yang amat dituntut akan kesabarannya. Apatah lagi sekiranya karenah itu sama sekali tidak sama dengan anda. Anda perlu bijak untuk menyesuaikan diri dengan perangai yang ada pada pasangan.
Selagi mana ia tidak di luar kebiasaan, bertentangan dengan agama, melanggar kesopanan dan tatasusila maka terimalah karenah itu sebagai bonus dalam hidup berumah tangga nanti.
Banyakkan memberi agar saling menerima
Memberi di sini bermaksud melebihkan sesuatu yang anda lakukan ke atas pasangan. Sebagaimana wanita suka dipuji, lelaki juga sebenarnya juga suka dipuji. Banyakkan pujian yang munasabah untuk diterima oleh pasangan. Bukan sehingga melebihi hak yang tidak sepatutnya.
Jangan lokek dengan ucapan terima kasih sekiranya dia melakukan sesuatu untuk anda. Maniskan muka dan senyuman. Sebolehnya jangan melakukan reaksi yang kurang senang sewaktu keluar bersama sehingga menyebabkan si dia tidak selesa.
Mengalah bukan bereti kalah
Dalam kehidupan suami isteri, masing-masing perlu ada sikap mengalah. Tetapi tidak ramai pula yang sanggup untuk beralah. Ini disebabkan perasaan ego yang tinggi serta keterlaluan menyebabkan suami atau isteri saling nak menang.
Sebagai isteri, seeloknya mengalah sama ada dalam terpaksa atau rela. Sikap inilah yang patut dipuji kerana di sebaliknya ada kekuatan yang tidak diketahui.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkara yang merunsingkan bakal pengantin terutamanya mereka yang kecil molek pastinya saat memilih potongan gaun kahwin. Bimbang sekiranya gaun kahwin yang akan disarungkan oleh mereka yang bertubuh kecil molek tidak nampak sempurna.
Anda mungkin teruja dengan model yang memakai gaun kahwin di majalah kerana semuanya tampil cantik dan mempesonakan. Realitinya, tidak semua orang memiliki bentuk tubuh tinggi dan langsing seperti model yang kelihatan sempurna saat memakai apa sahaja potongan baju kahwin.
Bagi yang bertubuh kecil molek, di sini ada empat panduan pilihan potongan baju kahwin yang boleh anda cedok agar baju yang bakal anda sarungkan nanti terletak kemas pada tubuh. Sebaiknya mereka yang bertubuh kecil memilih gaun dengan potongan A-Line, lurus ke bawah ataupun baju kahwin dengan bentuk trompet.
TIP 1: Garis detail vertikal akan menghasilkan sisi langsing dan tinggi dengan hiasan yang ringkas (gambar kiri). Bentuk badan dengan gaun tulle halus adalah potongan sempurna yang memberi siluet tubuh tinggi (gambar kanan).
TIP 2: Anda juga boleh memilih fabrik sutera yang jatuh untuk menampilkan kesan ramping bersama belahan dada bentuk V memanjang ke bawah seperti ini.
TIP 3: Bentuk A-Line begini akan mencipta kesan kaki panjang dan menutupi kekurangan pada bahagian pinggul. Pilih baju potongan kebaya dengan potongan tinggi pada bahagian kaki bagi menampakkan kesan kaki yang tinggi.
TIP 4: Gaun kahwin dengan potongan trompet bersama renda dan V-neckline seperti ini cantik untuk anda yang bertubuh kecil molek. Anda juga boleh memilih potongan baju kahwin yang ringkas warna putih memanjang tanpa banyak hiasan, kerana ia akan memberi fokus agar tubuh kelihatan langsing dan tinggi.
Sumber: brides.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menghadapi bulan Ramadan selama sebulan kita berhadapan dengan situasi kekurangan air dan nutrisi yang sepatutnya mengalir ke dalam tubuh. Oleh kerana faktor tersebut kecenderungan kulit jadi tidak anjal dan lembap sudah pasti berlaku. Kulit menjadi lebih kering dari kebiasaan.
Berhadapan dengan masalah kulit kering janganlah dibiarkan. Usahakan dengan cara berikut;
1. Pastikan air putih cukup untuk tubuh anda
Jangan hindari minum air putih, di masa berbuka dan sahur. Minumlah walaupun ketika itu anda tidak merasa haus. Adanya cairan dalam tubuh akan membantu metabolisme kulit dalam pergantian sel sehingga dapat menjadikan kulit nampak segar dan anjal. Keperluan air putih sama sekali tidak berubah meskipun anda sedang berpuasa. Tetaplah minum air minimum sebanyak 8 gelas sehari.
Kulit kering juga sebab kaki anda pecah-pecah. Lembutkan kaki anda dengan krim yang memberi nutrisi kulit kaki. Krim yang mengandungi Lecithin sempurna dan selamat digunakan setiap hari untuk mengatasi kulit pecah-pecah.
2.Makan sayur dan buah secara seimbang ketika buka puasa, menjelang tidur, dan ketika sahur
Jadikan rutin ketika berbuka dengan makan sahur dan buah supaya tubuh boleh menghalang dari radikal bebas yang mengakibatkan kulit kering.
3. Rajin memakai pelembap kerana kulit cepat kering apabila cairan dalam tubuh berkurang
Jangan malas pakai pelembap supaya kulit tidak kusam. Sapu pelembap secara rutin, terutama selepas mandi pagi dan malam. Untuk tubuh anda boleh memakai krim pelembap dengan kandungan minyak zaitun yang boleh memberikan kelembapan ekstra.
4. Elak terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal ketika siang hari di bawah matahari terik.
Jika anda mahu melakukan aktiviti fizikal, buatlah di waktu petang atau selepas maghrib agar cairan tubuh boleh segera diganti ketika berbuka. Kulit yang terdedah di bawah matahari tidak baik jika anda ingin kulit yang segar dan bebas kekeringan.
5. Sering berwuduk, supaya wajah dan kulit kena air dan hasilnya lebih segar
Perkara yang akan sering anda lakukan ketika puasa ialah wuduk. Membasuh wajah, kaki dan tangan dengan air wuduk dapat menyegarkan kulit secara segera. Niat ibadah, malah dapat bonus wajah cerah dan bersinar kerana sering berwuduk.
6. Berada di ruang yang berhawa dingin perlukan rawatan kulit lebih ekstra
Jika banyak menghabiskan waktu di bilik berhawa dingin, anda perlu pelembap. Sering berada di ruang berhawa dingin membuat kulit kaki jadi kering dan mudah menjadi pecah-pecah Gunakan lotion dengan kandungan minyak zaitun untuk tetap menjaga kelembapan kulit supaya kekal sihat dan cantik.
Jagalah baik-baik tubuh anda. Berpuasa bukan alasan untuk tampil tidak bermaya dan berwajah kusam.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!