Tidak semua wanita melihat hanya pada paras rupa seseorang lelaki itu untuk dijadikan pilihan hidup buat selamanya. Paling penting, kecantikan dalaman yang menjadi pengukur kepada ketulusan hati seseorang lelaki itu.
Namun, dalam memilih calon suami untuk menjadi imam kepada wanita kelak, beberapa kriteria yang akan dilihat oleh wanita terhadap lelaki. Kriteria-kriteria itu bukan sahaja mejadi faktor utama wanita boleh jatuh hati, malah boleh membuatkan hati menjadi cair dan jatuh cinta dalam sekelip mata. Jom kita lihat 9 kriteria utama pada lelaki yang boleh membuatkan hati wanita di luar sana cair sekaligus jatuh cinta!
1. ROMANTIK
Ingat, romantik bukannya gatal atau miang. Lelaki yang romantik adalah lelaki yang pandai mengambil hati dan bijak pula menggunakan kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang juga menjadi salah satu aspek yang menarik perhatian wanita.
Biar seseorang wanita itu kelihatan ‘rugged’ atau agresif. Namun, dalam soal atau perihal teman lelaki, kebanyakkannya memilih yang romantik dan gemar membuat kejutan yang indah.
Ads
2. BIJAK BERJENAKA
Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Lebih teruk kalau tersengeh-sengeh dan tersenyum simpul tidak tentu pasal. Ingat, untuk menjadi seorang yang kelakar tidak semestinya kamu membuat lawak bodoh. Belajar berjenaka secara spontan dan bersahaja kerana ini akan menghiburkan hatinya, membuatkan si dia merindui kerenahmu.
3. YAKIN PADA DIRI SENDIRI
Paling penting, jangan memperkecilkan kelemahan diri sendiri. Ada yang menyerah kalah sebelum berbuat apa-apa. Ini bukan sifat lelaki sejati. Anda harus berikan alasan kukuh, mengapa anda tidak boleh lakukannya.
Penting untuk berlatih bersungguh tanpa mengenal erti putus asa dan sentiasa berfikiran positif. Mungkin kerana sikap yakin diri yang tinggi, maka anda masih punya harapan atau ruang mendekati wanita yang selama ini anda puja dalam diam.
4. SENSITIF
Jadilah seorang lelaki dan pendengar yang baik. Wanita menyenangi lelaki yang mendengar setiap butir bicara mereka, memandang tepat pada matanya sepanjang berkomunikasi. Sifat ini dilihat sebagai satu penghargaan.
Ads
5. BERIMAN
Lelaki yang beriman antara kriteria yang paling utama yang wanita lihat pada seorang lelaki. Ini penting bagi seorang lelaki untuk membimbang wanita ke jalan yang lurus saat bergelar isteri nanti. Lelaki yang mempunyai iman yang tebal bukan sahaja penting untuk membimbing isteri, malah ia diperlukan untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia.
6. BIJAK
Antara impian wanita adalah mendampingi lelaki yang bijak dan berpendidikan tinggi. Meski kebijaksanaan bukanlah kayu ukur kematangan diri, tetapi lelaki dengan ilmu dan pengetahuan antara paduan yang menyerlahkan sifat seksi dan menarik untuk didampingi.
Ads
7. EKONOMI YANG KUKUH
Ramai wanita dituduh bersifat materialistik atau mata duitan. Mereka hanya mahukan lelaki yang berjaya dan mempunyai wang yang banyak. Tetapi, tidak semua wanita layak diadili sebegitu. Wanita sebenarnya pantas tertarik kepada lelaki yang kukuh ekonominya. Ini dilihat penting bukan saja untuk masa hadapannya, malah masa hadapan zuriat atau penyambung generasi seterusnya.
8. SUKA KANAK-KANAK
Sikap ini bukan saja membias sikap prihatin dan penyayang malah, secara tidak langsung, ia mengusik sensual naluri seseorang wanita. Lelaki dengan sikap sebegini dilihat punya kelainan dan tentunya mampu menjamin kesejahteraan kehidupan berkeluarga kelak.
9. PANDAI BERGAYA
Jika seseorang wanita menyenangi kehadiran seseorang lelaki yang serba ringkas, itu tidak bermakna mereka juga pantas menyenangi lelaki yang mengabaikan aspek kebersihan diri. Pastikan kulit, rambut, kuku dan tubuh sentiasa dalam keadaan bersih dan rapi. Pastikan anda bebas daripada sebarang masalah bau badan yang kurang menyenangkan. Sentiasa kemas meski berpenampilan ringkas.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Debaran pasti kian terasa bila hari perkahwinan anda semakin tiba. Bakal pengantin pasti sudah bersiap sedia dari segi kelengkapan mereka. Sudah semestinya baju lah yang paling penting sekali. Baju menjadi pelengkap utama sesebuah majlis perkahwinan selain pelamin dan dekorasi yang menarik.
Tapi kalau baju sahaja cantik tapi tak kena dengan warna kulit pun boleh ‘spoil’ kan mood juga. Oleh itu, ada beberapa perkara yang anda harus tahu sebelum memilih baju pengantin anda.
1) Kulit Cerah
Warna-warna yang menyerlahkan lagi keanggunan anda adalah seperti hijau zamrud, merah terang, biru gelap, ungu pekat dan kelabu.
2) Kuning Langsat
Penggunaan rona-rona terang seperti merah, merah jambu, kuning atau warna biru sgt sempurna untuk anda! Dan sebolehnya elakkan menggunakan warna krim, coklat & oren kerana akan membuatkan wajah kelihatan kusam.
3) Sawo Matang
Elakkan warna pastel kerana ia akan menengelamkan seri pengantin anda! Tapi pilihlah hijau zamrud atau warna-warna keemasan seperti emas/gangsa. Jika ingin pilihan selamat busana putih gading antara yg terbaik kerana ia akan membuatkan kulit anda kelihatan lebih bersinar.
4) Hitam manis
Warna yang menarik dengan kulit ini adalah warna kontra & terang tetapi anda haruslah berani untuk mengayakannya. Warna terang seperti putih, kuning keemasan dan merah amat menyerlahkan kulit anda nanti.
Jangan ambil mudah mengenai pemilihan warna baju yang sesuai dengan tona kulit anda kerana pemilihan warna yang sesuai akan member impak buat anda pada hari bahagia. Selamat naik pelamin!
Sumber : twtmalaywedding
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sikap lelaki kadangkala sukar untuk diramalkan. Mereka lebih suka mendiamkan diri sekiranya ada masalah dengan anda. Begitu juga sekiranya si dia semburu dengan anda. Mungkin si dia tidak menunjukkan dengan kata-kata tetapi mereka lebih gemar menunjukkan rasa cemburu itu dengan sikap dan tingkahlaku.
Sebagai wanita, anda harus peka dengan sikap lelaki yang cemburu. Jangan sampai dia berasa hati dan merajuk dengan anda. Susah pula nak pujuk nanti! Nak tahu tanda si dia cemburu dengan anda? Jom lihat 8 tanda-tanda ini!
1. MERENUNG TAJAM
Tidak kira di mana sahaja anda berada, anda boleh merasakan yang si dia memerhatikan anda dengan sangat terperinci. Ianya seakan si dia sedang memeriksa tentang perlakuan anda bersama orang lain. Dia akan memandang tajam pada mata anda seolah-olah cuba membaca fikiran anda. Mungkina anda menganggap si dia lelaki psycho, namun itulah cara lelaki menunjukkan rasa cemburunya.
2. MUDAH MARAH
Apa sahaja yang anda lakukan, semua tidak kena. Ada sahaja yang nak dimarahkan. Boleh dikatakan setiap masa, padahal tiada silap yang anda lakukan. Mungkin dengan hanya alasan yang kecil seperti keluar bersama sahabat wanita atau mungkin bekerja sehingga lewat malam di pejabat. Si dia seakan tidak memberikan peluang langsung kepada anda untuk menjelaskannya dan terus memarahi anda.
3. BERPURA-PURA SEOLAH TIDAK AMBIL PEDULI
Apabila si dia melihat anda berbual dengan lelaki lain, si dia selalunya akan berpura-pura seperti tidak kisah dan ianya ketara yang sebenarnya sedang berpura-pura. Jika si dia bertindak atau berkelakuan lain dari biasa, seperti tidak mengendahkan anda atau secara tiba-tiba membangkitkan pergaduhan tanpa sebab serta sekaligus mengaitkan perihal lelaki tersebut untuk menentang anda, ianya secara jelas menunjukkan yang si dia cemburu dan rasa tidak senang dengan anda.
4. MENGINTIP ANDA
Apabila si dia mula mengintip atau memerhati anda dengan lebih kerap, ke mana anda pergi, dengan siapa anda keluar atau mungkin dengan siapa anda bercakap, jadi mungkin ia adalah satu tanda cemburu. Bukan itu sahaja, bahkan apabila si dia sudah mula meminta kata kunci kepada emel, laman sosial media serta lain-lain untuk memeriksa segala perihal yang anda lakukan.
5. MOOD SWINGS
Dia mungkin seakan tidak ada apa-apa tetapi sejurus anda mendapat panggilan dari rakan lelaki sepejabat, anda akan melihat si dia seperti terlalu diam dan bertindak pelik. Atau mungkin dia menjadi marah dan secara tak langsung juga melakukan deraan secara fizikal. Mood swings yang berlaku secara tiba-tiba menunjukkan yang si dia dalam keadaan cemburu.
6. SI DIA TIDAK GEMBIRA BILA ANDA BERKONGSI PERIHAL SESEORANG
Anda akan mula perasan tatkala anda teruja untuk bercerita tentang seseorang, si dia kelihatan kurang gembira dan tidak selesa. Tidak kira perihal lelaki atau perempuan tetapi ianya menjadi lebih teruk apabila ianya mengenai seseorang lelaki lain.
7. KUAT MENGONGKONG
Adakah si dia sering bertanya di mana anda berada dan dengan siapa anda bersama sepanjang masa? Adakah si dia secara tiba-tiba mengganggu sesi girls outing anda bersama sahabat? Si dia kerap bertanya pada pukul berapa akan anda selesai? Sememangnya ia baik buat perhubungan untuk memberitahu segalanya, tetapi apabila setiap perkara perlu diberitahu, ini adalah tanda besar si dia sangat cemburu pada anda.
8. SI DIA BERSEDIH APABILA ORANG LAIN MEMUJI KECANTIKAN ANDA
Walhal sepatutnya si dia patut berbangga dan mengucapkan terima kasih apabila orang lain memuji akan kecantikan anda, tetapi si dia bertindak sebaliknya. Si dia mula naik berang dan marah. Lebih-lebih lagi lelaki yang memuji kecantikan anda itu. Dia berasa seolah-olah lelaki itu cuba mengurat anda walhal lelaki itu hanyalah bekas rakan sekelas anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lelaki bernama Azizul Azli Ahmad kongsi kesalahan yang sering kita lakukan bila masuk bab majlis kahwin. Kadang-kadang kita mungkin tak perasan tapi bila dah selalu, ini dah menjadi kebiasaan sampai kita anggap biasa.
#TabungKahwin.
KESALAHAN MENGURUS PERKAHWINAN.
Dalam program Tanyalah Ustaz bersama Dai Haidari sahur tadi
Perbelanjaan kahwin mesti dari duit ibubapa kita bukan dari duit hantaran lelaki.
Jika mampu 3 talam, buat sahaja 3 talam. Jangan guna duit orang buat kenduri kesyukuran kita.
Jangan bezakan jemputan vip dan orang biasa. Bolehkan asing tempat lelaki dan perempuan jika ada ruang, jika tiada tak mengapa.
Wajib hadir kenduri kahwin dan bawa buah tangan
Sunatnya datang jumpa pengantin dan ucap selamat dan tahniah kepada pengantin
Bagikan sumbangan pada pengantin bukan mak dan bapak pengantin.
Doakan kebaikkan pada pengantin sebaiknya.
Jangan kecil hati tak pangil pun tak apa. Bila dijemput wajib datang.
Jemputan utama ibubapa, adik beradik, kaum kerabat dekat dan jauh, diikuti jiran tertangga kanan dan kiri.
Kita jemput, moga Allah mudahkan urusan orang agar mudah datang.
Telefon membunuh pertemuan dalam menjemput walimatulurus. Semuanya nak ringkas dan cepat.
Kad jemputan jangan ada ayat AlQuran
Jika kita dijemput dan nak bawak orang lain, perlu maklum kepada tuan rumah.
Perbelanjaan walimah tanggujawab ayah dan ibu pengantin lelaki.
Guna duit simpanan sendiri bukan suruh buat pembiayaan bank.
Kenduri perempuan sepatutnya lebih acara kecil dari kenduri lelaki. Di Malaysia sebaliknya berlaku.
Tiada tarikh baik dan buruk dalam Islam.
Azizul Azli Ahmad
#KahwinSederhana
#UrusCaraIslami
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!