
Tentunya setiap wanita mahukan pasangan atau teman lelaki yang lebih tinggi dan gagah perkasa. Kononnya lelaki yang tinggi boleh melindungi wanita dan berasa selamat saat keluar bersama.
Namun, lelaki rendah juga mempunyai kelebihan tersendiri berbanding lelaki yang lebih tinggi.
1. Mengurangkan Rasa Insecurity
Teman lelaki yang lebih rendah mengurangkan rasa insecurity anda terhadap saiz tubuh sendiri. Anda akan berasa lebih terkawal daripada dikawal kerana secara psikologinya anda berdua memiliki saiz yang sama. Malah anda juga akan berasa lebih selamat kerana kalau si dia mahu memukul, anda mampu menepisnya.
2. Ego Yang Rendah
Lelaki rendah mempunyai ego yang rendah berbanding lelaki tinggi. Mereka telah merasa keperitan ketika zaman remaja apabila sering di pandang tidak segagah lelaki tinggi. Jadi lelaki rendah mempunyai satu sifat yang lebih relax. Cuba bayangkan kalau anda berdua bergaduh, tentunya dia tidak mahu kehilangan teman wanita tinggi seperti anda yang sukar untuk di cari ganti.
3. Lebih Menghormati
Lelaki yang selesa dengan teman wanita yang lebih tinggi selalunya menghormati kerjaya, impian, kebijaksanaan dan bakat anda. Si dia secara terangan perasan ‘kekurangannya’ dan akan sentiasa menyokong daripada merendahkan diri anda. Dia dah cukup rendah untuk mendominasi perhubungan.
4. Kuat Bekerja
Tinjauan psikologi menunjukkan lelaki rendah lebih kuat bekerja kerana mereka mahu menjadi setanding atau lebih hebat daripada lelaki tinggi. Jadi anda tidak perlu risau bersama lelaki rendah kerana mereka akan melayan anda seperti puteri raja.
5. Berdiri Sama Tinggi
Kamu tidak perlu lagi mengira jumlah inci stiletto yang perlu dipakai untuk kelihatan ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ dengan pasangan. Pakai saja sneakers ataupun flat shoes sepanjang hari bersama.
Ciri-Ciri Lelaki Pilihan & Impian Perkahwinan Azira Shafinaz

Raut wajah yang jelita dan bakat tersendiri, Azira Shafinaz Ramlan , 27 tahun antara pelakon yang menjadi pilihan penerbit produksi. Bertemu dengan gadis jelita ini yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan De Fam pada satu sesi fotografi baru-baru ini, banyak impiannya dikongsi bersama.
Bicara soal jodoh dengan penyanyi dan juga pengacara PopTV ini, dia mengakui sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan dengan lelaki yang dikenalinya sejak lima tahun lalu. Namun persoalannya bilakah Azira bakal mengakhiri zaman bujangnya? “Kami belum ada kata putus bila untuk melangsungkan perkahwinan. Tetapi di dalam hati sering berkata ingin akhiri zaman bujang pada akhir tahun. Tetapi tidak tahu tahun bila,” tertawa memberi jawapan.
Ciri-ciri lelaki pilihan
Akui Azira menyukai lelaki yang penyayang dan memahami dirinya. “ Ternyata ‘dia’ seorang lelaki yang matang, rajin dan yang paling saya suka ialah dia amat mementingkan keluarga. Memahami itu sangat penting, sikap itu kena ada dalam diri partner kita. Selain itu Azira menyukai lelaki yang ‘family man’ . Azira tidak memandang sangat rupa paras yang elok, sebab ia hanya luaran, apa yang penting ialah dalaman diri seseorang itu. Di samping itu dia juga boleh membimbing Azira ke jalan yang sebaiknya,” jelasnya. Tambah Azira, pasangannya itu amat memahami kerjayanya sebagai anak seni dan sering menasihati supaya sentiasa pandai menjaga diri.
Faktor usia yang muda bukanlah halangan baginya untuk menjalin kasih, malah pernah dahulu mempunyai pasangan yang lebih muda. “Bila berpasangan dengan yang muda Azira pentingkan dalaman dirinya, tak kisah tentang umur, ia hanya sekadar nombor. Tetapi lebih mementingkan pengetahuan mereka. ‘What make him a man’itu yang Azira pentingkan,” akuinya.
Sejujurnya, Azira lebih menyenangi lelaki yang lebih tua daripadanya memandangkan mereka lebih berpengalaman. “Lelaki yang berumur mereka lebih relaks berbanding yang muda mereka tidak memikirkan tentang masa hadapan dan lebih mementingkan diri sendiri. Itu adalah satu sebab mengapa Azira memilih yang lebih tua dari usianya,” jelasnya.
Majlis perkahwinan impian
Mengakui suka melihat rekaan dan dekorasi yang ditampilkan oleh pereka Rekateemor dan Glam Wedding. Idea yang dicetuskan oleh keduanya sangat memukau setiap kali majlis perkahwinan berlangsung. Akui Azira rajin membuat rujukan di online perkahwinan dari Indonesia. Terpukau melihat dekorasi yang diilhamkan dalam majlis perkahwinan mereka. Tidak seperti mana dekorasi perkahwinan di Malaysia.
Buat masa kini, dia belum lagi memikirkan tentang tema majlis perkahwinan idamannya. Namun ada yang menarik perhatiannya di mana pelamin menggunakan Cinderella Carriage. “I like simple tapi memberi kesan wow,” akuinya.
Sebenarnya impian Azira mahu mengadakan majlis perkahwinan di Bali, di tepi pantai. Majlis perkahwinan tidak sempurna jika tidak dihidangkan dengan makanan yang enak buat tetamu. Itu antara salah satu sebab mengapa tetamu suka ke majlis perkahwinan. Di majlis Azira nanti akan pastikan makanan yang dihidangkan buat tetamu enak dan memuaskan hati tetamu mengikut cita rasa Azira. Tidak lengkap juga majlis perkahwinan tanpa pelamin dan juga adat yang merenjis. Tetapi untuk majlis Azira nanti , mahukan persembahan oleh rakan-rakan,” ceritanya.
Perlukah melalui proses bertunang? Dia dan pasangan bakal terus mendirikan rumah tangga tanpa majlis pertunangan seperti kebiasaan pasangan bercinta.
Memilih tema warna putih yang dirasakan suci untuk majlis perkahwinan. “ Rona putih kelihatan lebih tenang. Ditambah dengan percikan rona velvet Selain itu diserikan pula dengan bunga-bungaan yang menjadi kesukaan Azira, berkonsep ala fairy tale garden,”
Definisi perkahwinan
Mudah untuk mengungkap perkataan kahwin namun hakikatnya tidak. Bagi wanita ini, berkahwin ialah satu komitmen yang besar di mana perlu bersiap sedia dari aspek gaya hidup, pergaulan dan sebagainya. Oleh itu saling memahami dan bertolak ansur itu amat penting antara pasangan. Kalau tiada persefahaman , suatu perkahwinan itu tidak akan kukuh.
Buat Azira impian bulan madu ialah ke Maldive memandangkan suasananya yang romantik dan dirinya yang menyukai pantai.
4 perkara tentang Azira;
- Kuat tidur
- Pernah mengambil kursus Diploma in Business kemudian pernah belajar di London ambil kursus pendek untuk mekap.
- Suka kumpul barang mekap
- Teringin nak ada kembar
Perkembangan terkini
Buat masa ini, dia baru sahaja habis penggambaran tele raya dan tidak lama lagi muncul dalam drama 40 episod untuk slot Akasia di TV3. De Fam bakal tampil dengan single keempat dalam waktu terdekat. Namun kali ini bekerjasama dengan produser baru dan cara penyampaian lagu semua bertukar tidak sama seperti Supergirl tapi elemen rap masih kekal.
Jangan Membenci Jika Cinta Kamu Tidak Dibalas

Setiap orang mempunyai hak untuk jatuh cinta dengan sesiapa sahaja dan untuk memilih hati yang dia percayai kerana rasa cinta itu tidak boleh dipaksa. Dia benar-benar mesti rasa selesa dan dapat mencari keakraban ke arah seseorang.
Memaksa perkara tentang perasaan tidak akan menjadikan hubungan itu berfungsi. Sebaliknya, ia boleh mengakibatkan ketidakselesaan. Rasa tertarik kepada seseorang, anda juga memerlukan masa untuk mengenali mereka. Tidak perlu tergesa-gesa untuk menyatakan rasa itu.
Kenali antara anda dan dia terlebih dahulu. Perlahan menjadikannya selesa apabila sudah rapat dengan anda. Kerana ia bermula dengan keselesaan, rasa itu boleh tumbuh dengan perlahan. Mengapa anda tergesa-gesa, jika ada jodoh, pasti anda akan bertemu.
Perasaan tidak boleh dipaksakan. Sekiranya cinta anda tidak berbalas, anda mesti terima dengan tulus.
Apa yang ada di hati seseorang sukar difahami. Anda mungkin dapat rasa selesa dan mencari keserasian, tetapi anda hanya dianggap sebagai kawan. Mungkin dia bertindak balas dengan baik kepada semua orang yang dekat dengannya. Dan mungkin juga, dia terbuka kepada orang yang cuba memasuki hidupnya. Sehingga dia betul-betul rasa cukup selesa dengan seseorang.
Jika akhirnya perasaan anda masih tidak berbalas, anda mesti bersedia menerimanya. Sekiranya hatinya memang bukan terhadap anda, apa lagi yang boleh untuk dikatakan? Memaksa dia jatuh cinta dengan bukanlah caranya. Kerana segala yang terpaksa juga tidak akan baik di akhirnya. Satu-satunya cara, menerima realiti yang bukan apa yang anda mahukan.

Benci tidak menjadikan semuanya menjadi baik, tetapi sebaliknya anda akan dilihat sebagai seorang
Membenci bukanlah cara yang perlu anda lakukan apabila cinta tidak berbalas. Kerana membenci sebenarnya membuatkan anda kelihatan seperti orang yang tidak matang. Tiada gunanya perkara itu yang anda lakukan. Lagipun, anda membenci atau tidak, dia akan tetap rasa perkara sama dengan anda. Hatinya tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap anda. Jadilah matang. Cuba terima kebenaran.
Mungkin anda kecewa dengan sikapnya yang memberikan harapan kepada anda, tetapi realiti itu tidak sepadan dengan perasaan anda. Anda juga perlu ingat, mungkin anda tidak benar-benar mengenalinya. Mungkin dia benar-benar baik kepada semua orang. Dengan sikapnya yang baik, ini meraih harapan untuk mendapatkan hatinya. Dan mungkin, harapan anda kepadanya terlalu besar. Sehingga anda kecewa dengan diri anda sendiri.
Sekiranya anda seperti ini, tiada siapa yang boleh dipersalahkan. Mahu menyalahkan dirinya juga tiada gunanya. Mahu menyalahkan harapan yang anda cipta juga tidak berguna. Kerana ini semua telah berlaku. Menyalahkan keadaan itu juga tidak akan dapat mengubah keadaan ini seperti dahulu. Anda hanya perlu menerima bahawa sebenarnya perasaan anda tidak boleh dibalas olehnya.
EX Datang Balik, Antara Punca Ramai Tak Jadi Kahwin

Gagal berkahwin atau pelamin anganku musnah adalah sesuatu yang amat ditakuti oleh sesiapa sahaja. Sebagai insan biasa, perasaan bimbang itu wajar. Jadi sebab itulah, tidak ada salahnya jika anda mengetahui beberapa perkara yang mungkin akan membuatkan anda teragak-agak untuk mendirikan rumahtangga.
Dengan mengetahuinya, sekurang-kurang anda boleh menghindari dan berjaga-jaga agar perkara-perkara tersebut tidak menimpa anda bersama pasangan anda nanti.
1. Cinta Lalu Kembali Bersemi
Salah satu penyebab pelamin anganku musnah adalah apabila bekas kekasih datang kembali untuk memperbaiki perhubungan. Ramai yang mengalami masalah ini ketika sudah mendapat pengganti yang baru, tetiba sahaja bekas kekasih lama kembali menghubungi.Jangan cepat melatah, kerana ini adalah ujian ataupun dugaan untuk hubungan anda yang baru. Jika pasangan baru anda jauh lebih baik, usahlah tergoda dengan kenangan masa lalu bersama bekas kekasih yang telah meninggalkan anda.
2. Hubungan Tidak Direstui Keluarga
Setiap ibubapa sentiasa mengharapkan anaknya mendapat calon isteri/suami yang terbaik. Oleh sebab itulah mereka telah menetapkan ciri-ciri dan kriteria tertentu untuk calon menantunya. Apabila kekasih andanya tidak memenuhi ciri-ciri atau kriteria seperti yang mereka harapkan, mereka kemudiannya tidak merestui serta menghalang perhubungan tersebut.
3. Kedudukan Kewangan Belum Stabil
Penyebab lain yang menyebabkan sepasang kekasih tidak jadi berkahwin adalah kerana calon lelaki tidak stabil atau belum mempunyai pekerjaan tetap. Mendirikan rumahtangga bukan hanya bersandarkan cinta semata-mata, baik sebelum mahupun setelah berkahwin, semuanya perlukan duit!
Apabila pihak wanita tidak boleh bersabar menunggu pihak lelaki stabil daripada segi kedudukan kewangan, sudah pasti pelamin anganku musnah!
4. Pecah Tembelang!
Sebahagian orang menghalalkan segala cara supaya boleh berkahwin dengan orang yang sesuai dengan impian hidupnya. Dengan yakin tanpa rasa bersalah, bahkan berani untuk merahsiakan perkara-perkara penting yang dia takutkan akan membuatkan pasangan tidak mahu mengahwininya.
Namun, sepandai-pandai tupai melompat, sejauhmanapun seseorang itu cuba menyembunyikan sesuatu, cepat atau lambat segala penipuan tersebut akan terungkap jua. Apabila penipuan atau kebohongan itu terungkap sebelum berkahwin, boleh jadi pasangan dan keluarganya sangat kecewa dan tidak boleh memaafkan. Malahan tanpa ragu akan membatalkan niat untuk berkahwin.
5. Belum Yakin Untuk Menjadi Suami/Isteri
Ada di antara pasangan yang sedang mabuk dilanda asmara, tanpa berfikir panjang mereka akan terburu-buru untuk segera mendirikan rumahtangga. Namun, apabila mereka merenung kembali dan menyedari bahawa nanti mereka akan memiliki kehidupan yang berbeza daripada masa bujang dan masih rasa belum puas.
Mereka kemudiannya rasa belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami/isteri dan masih lagi mahu menikmati keseronokan masa bujang.
6. Visi Dan Misi Tidak Sama
Memahami dan mengenali pasangan itu secara menyeluruh memerlukan waktu yang cukup panjang ataupun lama. Adakalanya hubungan yang baru berlangsung beberapa minggu membuatkan seseorang itu berfikir untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius.
Tetapi, setelah mengetahui sesuatu yang ada pada diri calon suami/isteri, barulah anda sedar bahawa anda dan pasangan memiliki visi dan misi yang tidak sama. Akhirnya niat untuk mendirikan rumahtangga terpaksa dibatalkan!
7. Salah Satu Pihak Dijodohkan
Selain kembalinya bekas kekasih, pelamin anganku musnah juga boleh gagal apabila si dia dijodohkan oleh keluarga. Orang tuanya tetap berkeras dengan calon pilihannya dan pasangan anda tidak mampu untuk menolak keinginan ibubapanya kerana tidak mahu dianggap sebagai anak derhaka. Ataupun, mungkin anda yang berada di tempat tersebut.
Kesimpulan
Selain disebabkan oleh takdir, namun jodoh juga perlu anda usahakan. Salah satunya adalah dengan menghindari pelbagai perkara yang boleh membuat pelamin anganku musnah. Anda perlu berlapang dada, fikiran, rendah hati dan bermusyawarah bagi mencari jalan terbaik agar sebuah perkahwinan yang penuh berkat menjadi milik anda dan pasangan.