
Waktu malam merupakan waktu untuk kita beristirahat dengan tidur. Sebelum melelapkan mata kita haruslah berdoa dan berzikir agar ketika tidur kita dilindungi daripada pelbagai perkara buruk.
Sebagaimana yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Sayyidah Aisyah ra, ini merupakan empat amalan yang sebaiknya kita buat sebelum nak tidur.
Suatu ketika Rasulullah SAW pernah berkata kepada Aisyah, “Janganlah engkau tidur sebelum mengerjakan empat hal ini.”
1. Mengkhatam Al-Quran
2. Menjadikan para nabi pemberi syafaat bagimu di hari kiamat
3. Meminta reda daripada semua kaum Muslimin
4. Melaksanakan haji dan umrah
Aisyah lantas bertanya kepada Rasulullah, “Bagaimana aku boleh melakukan keempat-empat hal tersebut?”
Seraya tersenyum, Rasulullah menjawab:
1. Jika engkau tidur dan membaca surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali, maka seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran.
قل هو الله أحد … (x3)
(Qul huwallau ahad … hingga selesai di baca sebanyak 3x)
2. Apabila engkau bershalawat kepadaku dan kepada semua Nabi-Nabi maka engkau sama dengan menjadikan kami sebagai pemberi syafaatmu.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى جميع الأنبياء والمرسلين (x3)
(Allahumma shalli ala sayyidina Muhammadin wa ala jami’il anbiya’ wal mursalin, 3x)
3. Apabila engkau beristighfar untuk kaum Muslimin, maka engkau telah menjadikan mereka reda kepadamu.
اللهم اغفرلى ولولدي ولجميع المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات (x1)
(Allahummaghfirli wa liwalidayya wa li jami’il muslimin wal muslimat wal mu’minin wal mu’minat, 1x)
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir” seolah-olah engkau telah melaksanakan haji dan umrah.
سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله اكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم (x7)
(Subhanallah wal hamdulillah wa la ilaha illallah wallahu akbar, wa la haula wa la quwwata illa billahil aliyyil adhim, 7x)
Itulah antara empat amalan yang diajarkan Rasulullah SAW menjelang tidur kepada Sayyidah Aisyah yang sebaik-baiknya kita sebagai umat Islam mengamalkannya.
Jangan Buka Pekung Pasangan Di Media Sosial, Kawal Diri Anda

Saling membuka pekung antara gejala tidak sihat dalam rumah tangga, apabila ada suami isteri mengambil kesempatan menggunakan kuasa viral di media sosial sebagai jalan penyelesaian konflik.
Gejala itu sebenarnya bukan sesuatu yang fitrah dalam keluarga, malah umat Nabi Muhammad SAW sendiri dilarang agama daripada membuka aib, termasuk pasangan mereka. Bagaimanapun, ada pengecualian dalam ‘membuka pekung’ itu kerana golongan isteri boleh berbuat demikian sekiranya bertujuan menuntut keadilan tetapi bukan melalui media sosial, sebaliknya hakim atau mahkamah syariah.
Hal itu jelas dalam kisah Hindun, iaitu isteri Abu Sufian yang berjumpa dengan Rasulullah SAW dan mengadu beliau terpaksa mengambil duit suami secara rahsia untuk membeli keperluan diri dan anak. Hindun terpaksa berbuat demikian kerana sifat Abu Sufian yang sangat kedekut dan Rasulullah SAW membenarkannya, dengan syarat jumlah wang diambil sekadar memenuhi keperluan diri dan anak.
Ibrah daripada kisah itu cukup mengingatkan suami isteri supaya tidak semberono meluahkan masalah rumah tangga, apatah lagi membincangkannya secara terbuka dalam media sosial bertujuan memburuk-burukkan pasangan.
Tindakan Hindun menemui Rasulullah SAW ialah kaedah terbaik mencari jalan penyelesaian kerana mendapatkan khidmat nasihat Baginda yang memiliki keperibadian amat tinggi, amat boleh dipercayai dan sentiasa menjaga aib orang sekeliling.
Ahli motivasi dan pendakwah, Noor Laila Aniza Zakaria, berkata hal itu berbeza dengan masyarakat hari ini, yang menganggap media sosial sebagai jalan pintas menyelamatkan rumah tangga yang goyah.
“Menghebahkan masalah rumah tangga di media sosial tidak akan menyelesaikan konflik.
“Malangnya, ada berbangga kisah rumah tangga diketahui ramai kerana kononnya bukti mereka berada di pihak benar.
“Allah SWT tidak membenarkan hamba-Nya membuka aib orang lain di dunia kerana kesannya cukup besar dan dahsyat, malah di akhirat kelak, segala dosa di dunia akan dipertontonkan.
“Maka, kita perlu mengawal penggunaan media sosial dan menggunakan kemudahan teknologi dengan bijaksana serta berhemah,” katanya.
Noor Laila Aniza menambah, ramai terjebak dengan tindakan mengaibkan orang lain di media sosial kerana tidak dapat mengawal emosi.
“Banyak kes viral mengenai rumah tangga, malah ada isteri berkongsi gambar kekasih suaminya untuk menunjukkan keburukan pasangan. “Selain itu, ada isteri mengadu suami culas membayar nafkah di media sosial untuk meraih perhatian masyarakat.
Persoalannya, apakah isteri solehah akan menggunakan cara sedemikian untuk mendapatkan pembelaan, sedangkan jelas hukumnya atau mencari kaedah yang dibenarkan syarak seperti mengadu kepada wali atau kadi.
Ada sebahagian masyarakat menganggap bercerita di media sosial sebagai jalan melepaskan tekanan, meskipun ia sebenarnya mengakibatkan kita terdedah kepada dosa lebih besar.
“Saya ingin menegur segelintir masyarakat, yang suka membaca status mengenai konflik rumah tangga orang lain di media sosial.
“Ia bersangkut paut dengan hati dan akhlak kita. Jika boleh, bacalah perkara membawa kebaikan, usah mencampuri atau seronok berkongsi kisah keburukan rumah tangga orang lain.
Sebagai alternatif, cari jalan terbaik untuk mengadu nasib dan menyelesaikan isu rumah tangga secara aman serta harmoni. Ada ketika, sekiranya tidak diluahkan perasaan dan masalah yang terbuku di hati akan mengundang tekanan dan kemurungan, jika boleh cari orang amanah mendapatkan bimbingan.
Gunakan saluran betul seperti mendapatkan khidmat nasihat pejabat agama atau jika pasangan enggan berbincang, boleh terus ke mahkamah syariah bagi mendapatkan pembelaan. Sekiranya jalan terakhir ialah perpisahan, maka bulatkan tekad untuk ke mahkamah syariah dan usah buruk-burukkan pasangan, kerana ia menyukarkan lagi keadaan kerana membabitkan maruah.
Bagaimanapun, Noor Laila Aniza berkata, ada isu rumah tangga yang boleh dikongsi di media sosial bergantung kepada keadaan.
Sekiranya individu suami isteri berkongsi kisah di media sosial bertujuan demi keselamatan diri, maka ia dibolehkan kerana tidak bertujuan mengaibkan sesiapa, sebaliknya lebih kepada melindungi diri. Umpamanya, ada isteri memohon perceraian dan kes sedang dibicarakan di mahkamah, tetapi masih diganggu suami dengan pelbagai kekerasan seperti mencederakan dan mengugut.
Dalam kes sedemikian, beliau berkata, ia dibolehkan jika ketika itu tiada tindakan drastik sesuai diambil mahkamah, bagi melindungi diri mangsa dan keluarganya.
Sumber : Berita Harian
Jangan Ambil Mudah Soal Nikah, Ada Pernikahan Yang Diharamkan Dalam Islam

Sebagai seorang yang beragama islam, kita patut tahu jenis-jenis nikah yang diharamkan. Bukan semua pernikahan itu dibenarkan dalam Islam. Ada juga bentuk-bentuk pernikahan yang sebenarnya dilarang daripada kita meneruskannya, bagi melindungi diri kita. Antara-antaranya :
1. Nikah Syighar
Nikah syighar berlaku apabila berlaku satu pertukaran atau perjanjian lain, sebelum pernikahan itu boleh berlaku.
Sebagai contoh, lelaki A yang berjanji untuk menikahkan anaknya dengan lelaki B dengan syarat lelaki B perlu menikahkan anak perempuannya dengan lelaki A. Apabila berlaku perjanjian seperti itu, pernikahan tersebut adalah haram di sisi Islam.
2. Nikah Tahlil
Nikah tahlil ini adalah nikah yang selalu masyarakat kita gelarkan sebagai kahwin cina buta, di mana seorang lelaki lain berkahwin dengan seorang wanita yang sudah diceraikan talak tiga hanya atas permintaan bekas suami wanita tersebut. Pernikahan ini haram dan talak kepada wanita tersebut masih lagi berjalan.
3. Nikah Mut’ah
Nikah mut’ah amat popular di kalangan sesetengah masyarakat kita yang mengamalkannya, kerana pernikahan ini mempunyai kontrak seperti pernikahan selama 1 hari, satu minggu atau satu bulan.
4. Nikah semasa tempoh iddah wanita
Pernikahan semasa tempoh iddah adalah tidak dibenarkan kerana tempoh iddah adalah wajib dipatuhi bagi wanita yang diceraikan atau kematian suami.
5. Nikah dengan orang Kafir
Tidak dibenarkan sama sekali seorang lelaki atau wanita Muslim mengahwini seseorang individu yang bukan beragama Islam. Isu ini timbul kerana wujud beberapa negara yang membenarkan individu Islam di negara itu berkahwin dengan individu bukan Muslim. Walaupun secara undang-undang,pernikahan itu sah tetapi dari segi hukum, perkara itu bertentang dengan syariat.
6. Nikah dengan saudara ibu susu
Jika seseorang itu sudah pun disahkan berkongsi susu dengan seorang wanita, maka sebarang pernikahan di antara kedua-duanya adalah haram untuk diteruskan.
7. Nikah diantara dua individu yang mempunyai nasab
Nasab atau hubungan kekeluargaan membataskan pernikahan jika wujud. Rasanya kita sudah jelas tentang siapa nasab, namun perlu diingatkan yang yang serupa dengan info nombor 6 di atas, ibu susuan seorang lelaki adalah haram untuk dinikahinya.
8. Nikah diantara seorang individu dan gigolo/pelacur
Pernikahan di antara seorang individu dengan individu lain yang diketahui melakukan pekerjaan haram sebagai gigolo atau pelacur adalah haram kerana pernikahan itu membenarkan zina dan ditakuti tidak diketahui siapa ayah kepada anak yang lahir, jika si pelacur itu mengandung. Walaupun begitu, jika berlaku pernikahan antara seorang individu dengan bekas pelacur yang telah pun insaf dan berjanji untuk tidak melakukan perbuatan terkutuk itu lagi, pernikahan itu dibenarkan.
9. Nikah dengan lebih empat wanita
Poligami hanya membenarkan seorang lelaki Muslim mengahwini 4 orang wanita secara serentak. Jika lelaki tersebut ingin mengahwini seorang lagi isteri, dia perlu menceraikan salah satu isterinya. Ini berdasarkan kisah Ghailan bin Salamah yang mempunyai 10 isteri dan ingin kembali pada Islam dan Rasulullah memerintahkan dia memilih 4 orang isteri untuk diteruskan pernikahan mereka.
Ini Silapnya Ketua Keluarga, Bila Masuk Rumah Tak Peluk Isteri & Anak Tapi Pegang Hp Sampai Nak Pecah!

Setelah bergelar suami dan ketua keluarga pastinya anda memikul tanggungjawab yang cukup besar dalam mengemudi rumah tangga. Namun ada sebahagian suami yang kurang sedar mungkin ada perkara yang anda lakukan merupakan satu kesilapan anda sebagai ketua keluarga.
Bahkan saat pasangan ingin membetulkan keadaan ada suami yang rasa kurang senang seolah-olah isteri ingin tunjuk pandai sehingga timbulnya pertikaman lidah. Wahai suami selamilah perkongsian menarik Ustaz Ebit Lew tentang kesilapan-kesilapan ketua keluarga ini. Diharapkan perkongsian ini dapat mengubah para suami menjadi ketua keluarga yang lebih baik untuk isteri dan anak-anak.
Ya Allah berilah setiap lelaki dapat jadi orang Islam yang baik. Ketua keluarga yang bertanggungjawab. Zaman ini kita lelaki tak sedar isteri dan anak-anak ialah amanah Allah yang besar untuk kita pimpin masuk syurga..kasihan wanita dan anak-anak. Islam datang nasib wanita terbela. Darjat wanita ditinggikan. Sehinggakan beza seseorang dengan yang lain ialah takwa.
Muhasabah buat saya dan ketua keluarga. Kesilapan kita sebagai ketua keluarga. Marilah kita perbaiki diri kita supaya Allah sayang kita. Hanya untuk Allah sayang.
Suami balik kerja terus keluar tak sampai 30 minit terus keluar rumah main bola, berbual dengan kawan-kawan, lepak sampai lewat pagi. Ada yang 3 dan 4 pagi baru balik rumah..ya Allah sedihnya..
Suami masuk rumah tak peluk isteri dan anak-anak yang merinduinya..terlupa.beri salam..pegang hp dan hadap hp sampai pecah hp…
Badan di rumah tetapi hati tiada di rumah. Isteri anak bercakap tak pandang muka mereka. Pandang muka keluarga ketika bercakap sunnah Nabi saw..mata dekat hp jer..
Suami langsung tak bantu isteri. Biar isteri masak seorang diri. Biar isteri basuh baju dan lipat baju seorang diri. Anak dah ramai tetapi langsung tak kisahkan anak-anak. Tak tolong mandi dan uruskan anak-anak…
Suami tak faham hati isteri. Tak buat kejutan buat mereka. Tak sentuh tangan mereka. Tak peluk mereka dari belakang. Tiada ucapan cinta dan sayang lagi..
Suami sibuk dengan kawan, tengok tv, main hp walau waktu malam sepatutnya tidur di sebelah isteri tercinta.
Suami kasar bercakap melukakan hati isteri. Baran tak menentu dengan isteri dan anak-anak. Jadi boss besar semua order jer sampai. Tersilap atau terlambat marah. Tiada lagi erti sebuah keluarga
Tak pernah ajak solat tahajud berjemaah. Tidak jadi imam. Tak pernah ajak buat Ta’lim rumah.
Love till jannah. Tapi tak tak pernah dengar fatihah isteri. Tak pernah cek wuduk isteri. Tidak ada suasana nasihat menasihati. Bagaimana ketua boleh jadi baik tanpa nasihat.
Ukuran bahagia nama Allah yang disebut. Lagi banyak nama Allah disebut lagi bahagia. Kini banyak rumah sepi dari nama Allah. Di mana bahagia?
Tak menjadi motivator buat anak-anak. Sebagai ketua tak hargai orang yang berjuang buat kita..
Kedekut dengan isteri. Ada suami beli motor besar. Kereta besar. Tapi tak tanya isteri apa dia nak.langsung tak beri duit belanja buat mereka. Nak beli pencuci muka pun takde.
Pakai duit isteri. Terlupa isteri cuma membantu. Beri nafkah tugas kita lelaki..mereka bukan bibik atau orang gaji. Mereka bidadari yang akan bersama kita dalam syurga. Berilah masa untuk mereka. Hargai mereka.
Suami tak bawa isteri berjuang di jalan Allah dan belajar ilmu. Sehingga isteri tiada fikir agama. Risau akhirat.
‘Setiap pemimpin akan ditanya atas apa yang dipimpinnya’
Ya Allah tiada daya upaya kami melainkan dengan pertolonganMu. Pilihlah setiap lelaki dapat belajar iman. Berjuang dijalanMu. Bantulah kami dalam membimbing keluarga kami.