Setiap wanita pasti tak lepas dari keinginan untuk selalu kelihatan cantik. Tetapi sebenarnya kebanyakan wanita masih tidak mengetahui akan makna kecantikan pada pandangan al-Quran dan Islam, jadi bagaimana kecantikan dalam pandangan Islam itu?
1. Wanita Yang Sentiasa Mencintai Allah Dan RasulNya
Wanita itu kelihatan cantik jika dia mencintai Allah SWT dan Rasulnya lebih banyak daripada cintanya terhadap apapun di dunia ini.
Ini kerana sekiranya cintanya pada Allah dan Islam telah kuat dan kukuh pasti wanita tersebut melakukan setiap perkara dalam batasan yang termaktub dalam agama.
Pendek kata, seseorang wanita yang cantik itu tidak akan melakukan hal yang dilarang dan dimurkai oleh Allah SWT.
2. Wanita Yang Teguh Menjaga Maruah Dirinya
Islam sangat mengangkat tinggi martabat wanita yang berpegang teguh serta menjaga maruah dirinya. Ini termasuklah dalam hal menjaga auratnya, pergaulannya serta pertuturannya yang bersesuaian dengan ajaran Islam. Wanita yang cantik pada pandangan Islam juga sangat malu dengan fitnah yang membuatnya sangat berhati-hati dengan setiap tindakannya.
Jadi mana-mana wanita yang sentiasa menjaga maruahnya sudah tentulah seorang wanita yang sangat cantik pada pandangan agama.
Ads
3. Wanita Yang Sentiasa Berzikir
Wanita yang cantik luar dan dalam sudah tentu tidak bercakap kosong, apatah lagi mengeluarkan kata-kata yang tidak disukai Allah, seperti makian atau kata cercaan.
Oleh itu, wanita yang cantik akan sentiasa membasahkan lidah mereka dengan zikrullah dan istighfar serta puji pujian kepada Allah SWT.
Bukankah bahasa yang cantik itu datangnya dari hati yang cantik dan bersih? Maka, dari situlah kecantikan yang hakiki itu muncul, bukannya dari alat solek yang mahal atau berjenama.
4.Wanita Yang Bersederhana
Ads
Wanita yang cantik tidak perlu berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara, termasukah dalam aspek berhias.
Ini bermakna dia akan bersederhana dalam apa jua perbuatannya, seperti pergerakannya, penampilannya serta perilakunya dalam kerja-kerja harian.
Allah dan ajaran Islam tidak menyukai wanita yang melakukan hal-hal melampaui batas.
“Katakanlah, ‘wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya, sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’.”
Az- Zumar : 53
5.Wanita Yang Sentiasa Dalam Wudhuk
Sudah tentu setiap wanita akan kelihatan cantik apabila wajahnya sering dibasuh dengan air wudhuk, apatah lagi jika lima kali sehari berwudhuk.
Selain membasuhkan kulit wajah yang tercemar dengan debu-debu, wudhuk juga akan menyerikan wajah seseorang dengan berkatnya yang tersendiri.
Dengan itu sudah tentu wanita yang cantik tidak bimbang untuk membasuh muka mereka dengan air wudhuk yang akan memadamkan hiasan di wajah, bahkan senang hati untuk berada dalam keadaan berwudhuk.
Ini juga membezakannya dengan golongan yang tidak pernah berwudhuk, pasti tidak kelihatan ‘nur’ pada wajah mereka.
Ads
6. Wanita Yang Menjaga Kesihatan
Bukan sahaja memiliki penampilan menarik, bersih, dan sopan santun, seseorang wanita itu pasti akan kelihatan lebih cantik apabila dia sihat dan cergas. Ini kerana wanita cantik pasti akan memelihara kesihatan dirinya dari aspek fizikal dan mental. Sebenarnya, sangat penting untuk wanita itu menjadi sihat dan jauh dari apa-apa jua penyakit demi menjalani tanggungjawab sehariannya, selain kelihatan lebih segar dan bertenaga. Pastinya seorang yang sedang sakit atau kurang sihat itu kelihatan pucat dan tidak bermaya, bukan?
Oleh itu, kecantikan yang dikatakan dalam Islam bukan dilihat pada kecantikan fizikal semata-mata, tetapi kecantikan itu sebenarnya dari dalam iaitu hati dan sikap seorang wanita itu.
Jadi, golongan wanita janganlah bimbang bahawa diri sendiri tidak cantik, bahkan berusaha keras mencantikkan diri dengan pelbagai cara dan kaedah sehingga lari dari batas ajaran Islam.
Kecantikan akhlak dan keindahan hati jualah yang sebaiknya berbanding dengan kecantikan fizikal yang pasti akan pudar walau seiring dengan usia, InsyaAllah.
Sumber: Tazkirah.net
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemakaian tiara membuatkan diri pengantin tampil berbeza bak seorang ratu. Siapa tidak mahu kelihatan cantik di hari bahagia, sekali semur hidup. Bermula dari mekap dan busana yang dipilih pengantin ingin dilihat menyerlah. Buat pengantin berhijab, penggunaan tiara hendaklah dipilih sebaik mungkin agar tidak mencacatkan penampilan.
Tip berikut boleh anda beri perhatian ketika memilih tiara :
1. Kalau gaun dan tudung pengantin sudah tampil mewah, maka anda hanya perlu tiara kecil dan simple.
2. Memilih warna tiara yang senada dengan gaun adalah pilihan terbaik, manis sangat!
3. Jangan takut untuk mengenakan tudung yang polos dan tanpa hiasan, jika anda sudah memiliki tiara sudah dapat menyerlah penampilan pengantin.
4. Tiara juga menjadi pelengkap dan tampil manis menghiasi tudung anda.
5. Bagi anda yang bertubuh sedikit besar, sebaiknya jangan memilih tiara dengan motif padat. Alasannya, agar penampilan anda tidak nampak sarat.
6. Tiara dengan motif padat yang lengkap dengan bling-bling menjadikan penampilan anda jadi lebih elegan.
Untuk memberikan anda inspirasi tentang idea pemakaian tiara untuk pengantin berhijab, jom lihat beberapa pilihan ini.
pic-pinterestpic-pinterest
Sumber Pic : PinterestSumber Pic : Pinterest
pic-pinterestpic-pinterest
Sumber: hipwee.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rancang majlis bersejarah dan elakkan kos perbelanjaan yang besar. Perkara ini tidak mustahil dilakukan jika anda bijak untuk berjimat dan sudah ada sasaran. Harus diingatkan, majlis yang sempurna perlu diukur dengan kemampuan individu itu sendiri. Jangan sesekali terikut-ikut dengan nafsu hingga mendorong anda berbelanja besar tanpa menghiraukan jumlah wang yang akan dikeluarkan.
Pastikan anda mempunyai bajet dan jangan sesekali berhutang. Lelaki bernama Amir Syahir ini berkongsi panduan untuk anda yang bakal melangsung perkahwinan dengan cara sederhana tanpa berhutang! Pasti menjimatkan.
PANDUAN BAJET KAHWIN SECARA SEDERHANA
Cuti sekolah dah nak dekat. Mesti ramai yang sedang merancang untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Alhamdulillah tahniah diucapkan buat yang bakal berkahwin.
Tapi, sebelum buat majlis kahwin, kena buat perancangan yang rapi supaya majlis yang dibuat berjalan dengan baik dan lancar.
Bila nak kahwin jangan buat pembiayaan peribadi. Buat majlis ikut bajet sendiri.
Pelamin dan meja makan tak perlu bunga beribu kuntum. Bunga pula tak perlu yang hidup saja. Nanti layu juga akhirnya. Lagi elok jika mampu buat sendiri. Minta tolong dengan saudara mara dan sahabat handai.
Hantaran boleh gubah sendiri. Tak perlu hantar kedai atau butik yang menelan belanja beribu ringgit.
Baju kahwin cukuplah dua pasang. Sepasang untuk akad nikah dan sepasang lagi buat bersanding.
Kad kahwin tak perlu yang hipster bagai. Kononnya nak nampak lain dari yang lain. Lepas kenduri orang buang jugak.
Kek kahwin tak perlu bertingkat-tingkat. Yang setingkat pun dah cukup menjadikan majlis meriah dan sanak-saudara bahagia.
Kalau akad nikah dah bersanding hari yang sama, cukuplah make up sekali sahaja. Tak perlu membazir bagai.
Goodies cukuplah setakat kemampuan sahaja. Tak perlu tempah yang mahal sebab nak nampak hebat dan mewah.
Tak perlu tempah set karaoke, DJ, live band bagai. Pasang lagu nasyid Raihan, Maher Zain, Opick pun sedap juga.
Berbulan madu di tempat yang mampu sahaja. Tak perlu tiru kawan berbulan madu sampai ke Maldives sana.
Buatlah majlis kahwin mengikut kemampuan kau. Tak perlu ikut orang, tak perlu tiru artis kesayangan kau tu. Tak dosa buat majlis biasa-biasa. Yang penting, perkara yang wajib diselesaikan terlebih dahulu.
Kehidupan lepas kahwin itu lebih penting. Kalau buat majlis macam anak raja, lepas kahwin menumpang rumah mertua. Duit deposit pun belum ada. Entah tahun bila dapat beli rumah.
Baik buat majlis biasa-biasa tapi meriah. Tanpa perlu buat pembiayaan peribadi. Barulah dapat memulakan hidup berkeluarga tanpa beban hutang. Kah!
Pokoknya, kalau berkemampuan go on sahaja. Tapi kalau acah-acah mampu, insaflah. Nasihat ini berdasarkan pengalaman admin yang dah berkahwin, maka tepuk dada tanya selera!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagusnya sikap pelakon, Harris Alif mengakui berkahwin pada usia muda bukan perkara mudah buatnya memandangkan dia perlu memikul tanggung jawab besar sebagai suami.
Melihat keadaan ekonomi yang tidak menentukan membuatkan Harris atau Nor Harris Alif Nor Rashid, 25, bekerja keras demi memberikan kehidupan selesa buat keluarga.
Harris Alif Kerja Keras Demi Tanggung Jawab Anak Isteri
Menerusi portal Mstar, suami Intan Ladyana ini berkongsi,“Kehidupan sekarang ini makin keras sebab bila sudah ada seorang anak dan tanggung jawab dengan isteri pula di samping anak kedua yang bakal lahir tak lama lagi jadi saya perlu lakukan sesuatu untuk tambah pendapatan.
Aktif Di Media Sosial Cari Rezeki
Tambah pula bakal diserikan dua anak, Harris cuba mencari rezeki dalam bidang perniagaan dan aktif di TikTok.
“Walaupun bukan dalam dunia seni tapi saya ada kerja lain macam uruskan perniagaan dan dalam masa sama aktif di TikTok juga, bila dah mula kenal dunia TikTok ni baru tahu boleh jana pendapatan juga.
“Bila saya buat live tu dan menyanyi mereka akan berikan ‘gift’, daripada situ boleh juga dapat duit lebih, memang keras ekonomi sekarang ini bukan saya saja tapi semua orang yang laluinya jadi perlu bertindak cepat supaya tidak jauh ketinggalan nanti,” kata Harris.
Begitulah sikap seorang suami yang bertanggung jawab, tahu tugasnya untuk mencukupkan keperluan anak isteri. Tiada istilah tak ada rezeki masuk jika rajin buat dua tiga kerja, nak-nak hidup zaman sekarang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!