Sebagai seorang suami, adalah besar tanggungjawab yang dipikul dalam keluarga. Semua yang dilakukan memerlukan pertimbangan dan perhatian. Bukan boleh buat ikut suka, tapi kena atur mana yang dulu, mana yang kemudian, atau ada yang boleh di ketepikan.
Isteri pula kenalah faham suami, jangan terlalu mengongkong sebab nanti takut suami rimas. Beri suami sedikit masa untuk dirinya. Tahu kah anda isi hati yang ada dalam suami anda? Kalau tak tahu mungkin ini yang ada.
1. Lepak dengan kawan
Lepak dengan kawan memang best tapi, anak dan isteri di rumah juga perlukan perhatian. Mereka juga perlu ayah dan suami untuk urusan kehidupan. Maka, aturlah. Bukan setiap malam perjumpaan. Takkan sampai subuh lepak gelak sakan. Sekali sekali mungkin boleh terima, tapi jika selalu anak isteri akan jemu dan bosan, dan lagi bahaya isteri mula mencari keseronokan bila dia kita tinggalkan keseorangan.
2. Beli barang peribadi
Jam tangan g-shock, kasut dr cardin, seluar uniqlo, kemeja pelarez, dan macam-macam lagi yang saya suka. Kalau ada duit habis ke situ saja masa bujang. Tapi, bila kahwin ni dah mula akan fikir pampers, susu, baju anak isteri, makan minum mereka dan seribu satu lagi keperluan buat mereka.
Ads
Maka, keutamaan saya tetaplah pada anak isteri dahulu. Ada baki? Barulah untuk diri sendiri. Itu pun jika ada. Jika tiada, cukuplah dapat seikat nescafe ais peneman untuk menulis sedap lagi.
3. Hobi
Hobi adalah benda yang kalau ada masa lapang je, kita nak buat. Yang kita minat, yang kita suka, yang kita rasa duduk berjam-jam dengannya pun tak mengapa. Tapi bila dah jadi suami ni, kita kena bahagikan masa juga antara hobi dan anak isteri. Mereka pasti perlukan ayah dan suami mereka disisi. Kalau saya simple, bawa sekali anak isteri ikut hobi saya. Ajak mereka.
Terangkan mereka tentang ini. Dan jika mereka tak suka, saya pula follow hobi mereka. Anak suka apa, saya paksakan diri untuk suka. Isteri suka apa, saya belajar apa yang isteri suka. Akhirnya, masing-masing ada dapat juga masa bersama, dan menjalankan hobi masing-masing.
4. Masa sendiri
Ads
Suami atau isteri, pasti ada masa sendiri. Bukan apa. Kadang perlu tenang. Perlu bercakap dengan diri sendiri. Perlu pada masa untuk diri. Maka, anda perlu pastikan masa untuk anak isteri terisi, selesai itu isteri akan faham dan berikan masa itu untuk anda.
Suami, dia adalah manusia yang Allah lebihkan banyak perkara. Sabarnya. Doanya. Kekuatan usahanya. Semuanya Allah bagi buat bekalan menghadapi anak isteri yang sangat menguji.
Ads
Sumber : Abu hurairah asifa
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isu pilih pasangan hidup, selalu ada pesanan untuk wanita yang masih belum berumah tangga agar jangan terburu-buru terima seseorang dalam hidup.
Begitulah sepatutnya dan bagi Puan Syahirah Omar, wanita kena peka mencari jodoh terbaik kerana kita bukan hanya sedang memilih seorang suami, tetapi juga ayah kepada anak-anak yang bakal di lahirkan nanti.
Tip Pilih Pasangan, Jangan Cepat Terima
Seumur hidup adalah waktu yang lama, jadi menikahlah dengan lelaki yang tepat. Yang buat kalian merasa dihargai sebagai isteri , lelaki yang tidak jemu mendengar keluh kesah sehari-hari dan tidak membiarkan kalian kesepian.
Semua wanita layak mendapat lelaki soleh dan baik akhlaknya yang sangat menghormati isteri dan membimbing keluarga untuk sama-sama ke syurga.
Semua wanita layak mendapat lelaki setia, yang sentiasa menjaga pandangannya.
Semua wanita layak mendapat lelaki yang cintakan, menghargai dan tidak pernah jadikan kalian sebagai pilihan.
Semua layak mendapat lelaki yang sentiasa membahagiakan, sangat memahami, melindungi dan tidak sesekali menyakitkan.
Semua wanita layak mendapat lelaki yang sangat bertanggungjawab sebagai ketua keluarga. Tanggungjawab sebagai suami, sebagai ayah, dan sentiasa berusaha berikan yang terbaik untuk keluarga.
Semua wanita layak untuk mendapat lelaki yang pandai menguruskan emosi, dan tidak menyakitkan isteri dengan mental, fizikal dan lisannya.
Semua wanita layak untuk mendapat lelaki yang boleh mendengar luahan, dan tidak mengaggap ianya sebagai satu bebelan.
Pesanan Buat Anda Yang Masih Bujang
Terlalu banyak kalau saya nak senaraikan di sini. Tetapi dalam kesibukan kita mencari lelaki yang terbaik, ada sepekara yang kita mungkin terlepas pandang. Pesanan ini terlebih dahulu untuk diri saya sendiri, dan buat semua wanita tidak kira yang masih bujang mahupun yang sudah berumah tangga.
1. Bila membaca semua ciri-ciri yang kita inginkan ada kalanya buatkan kita terlupa untuk melihat kekurangan diri sendiri. Terlalu high expectation mengharapkan yang terbaik, dalam masa yang sama adakah kita sudah benar-benar berusaha untuk menjadi versi diri yang terbaik?
The problem is everyone is looking for unconditional love, carrying a bag full of conditions.
Jika mahu pasangan yang kita harapkan, kita terlebih dahulu perlu berusaha untuk jadi seperti apa yang diinginkan . Berusahalah untuk memperbaiki diri kerana Allah, dan mohonlah agar dikurniakan pasangan, yang terbaik untuk dunia dan Akhirat .
2. Hakikatnya ramai yang struggle selepas berkahwin kerana semua ciri-ciri pada pasangan yang mereka nampak selama hari ini,langsung tidak seperti yang diimpikan.
Akhirnya ramai pasangan tidak mampu untuk mempertahankan perkahwinan kerana tidak lagi sefahaman dalam semua perkara.
My dear sisters, You don’t just marry their strengths.
Pasangan Punya Kelemahan
Pasangan kita juga mempunyai kelemahan diri kerana mereka juga seorang manusia yang mempunyai kelemahan diri sama seperti kita.
Hakikatnya perkahwinan ini adalah satu proses untuk kita dan pasangan belajar tentang banyak perkara. Dan perkahwinan juga adalah ibadah paling panjang dalam hidup kita.
Tanpa kebergantungan dengan Allah, tanpa berpandukan alQuran dan sunnah, tanpa ilmu rumahtangga, tanpa ilmu parenting, tanpa ilmu menguruskan emosi, tanpa pulihkan luka yang dibawa dalam diri, pasti perkahwinan kita sukar untuk bertahan.
3. Setiap pasangan perlu belajar bagaimana untuk menguruskan stress dan emosi setiap kali menghadapi masalah hidup dan juga masalah rumahtangga. Kebanyakkan pasangan memilih untuk menyalahkan antara satu sama lain dan tidak menyelsaikan secara sihat.
Isteri mendesak untuk selesaikan dengan segera, suami pula memilih untuk mendiamkan diri. Semuanya lebih memburuk jika emosi yang sakit tadi tidak diproses dengan baik dan memilih untuk mengelak dari menyelesaikan masalah.
Akhirnya suami pulang ke rumah seperti tak ada apa yang berlaku dengan harapan isteri sudah melupakan dan memaafkan semua kejadian yang menyakitkan.
Semua emosi yang tidak diurus secara sihat, komunikasi yang tidak jelas akan membuatkan hilang rasa hormat dan menjadi barah yang akhirnya merosakkan perkahwinan.
4. Setiap dari kita pasti mempunyai ‘sensitive spots’ yang dibawa bersama sejak dari dulu lagi. Semua ‘sensitive spots’ ini akan ‘activated’ bila-bila masa saja.
Tiba-tiba kita mula rasa ada yang tidak kena.
Ada saja perbuatan pasangan dan anak-anak yang mula trigger diri kita. Begitu juga dengan pasangan. Setiap dari kita membawa kisah hidup masing-masing yang membentuk siapa kita pada hari ini.
Dengan mengenali diri, mengenal pasti apa yang trigger diri dan pasangan, boleh membuatkan kita berusaha untuk lebih memahami, menghormati dan memberi ruang untuk masing-masing lebih bertenang terlebih dahulu.
Penting untuk memahami antara satu sama lain, berbanding dari terus tidak sabar merayu untuk selesaikan secepat mungkin, kerana ianya akan lebih mengeruhkan keadaan.
5. Kebanyakkan mereka yang tidak ada persefahaman antara satu sama lain adalah pasangan yang mempunyai masalah komunikasi.
Setiap salah faham yang berlaku adalah untuk sama-sama mencari bagaimana untuk capai titik tengah dan berusaha mencari jalan untuk selesaikan. Bukan sentiasa tidak mahu mengaku kalah dan sentiasa mencari salah.
Jika salah belajarlah mengakui dan memohon maaf. Ramai yang sangat ego untuk mengakui kesalahan dan memohon maaf pada pasangan. Lebih memilih untuk memberikan silent treatment dalam tempoh yang lama atau berperang di depan anak-anak.
Berusalah untuk belajar menguruskan masalah secara sihat. Anak-anak sedang melihat contoh dan menyimpan semua memori menyakitkan. Akhirnya mereka juga membina perkahwinan yang sama seperti ibu ayah kerana dalam tak sedar manusia akan terus mencari dan tertarik apa saja yang mereka ‘familiar’ sepanjang mereka membesar.
Terlalu besar sebenarnya impak dalam kehidupan anak-anak. Jika baik kitaran yang kita bawa, baiklah seluruh generasi kita. Jadi berusalah untuk perbaiki.
6.Setiap dari kita mempunyai matlamat hidup masing-masing. Sebaiknya kita berusaha mencari pssangan yang mempunyai cara fikir dan mempunyai matlamat hidup yang sama bagaimana untuk membina keluarga, bagaimana untuk membesarkan anak-anak , pembahagian tanggungjawab , dan banyak lagi.
Suka dan cinta pada rupa, karakter, akhlak, harta , agama saja tidak mencukupi.
Berusahalah untuk mencari pasangan yang sekufu pemikiran kerana ianya sangat penting dalam perkahwinan.Sukar untuk mendapat ketenangan bila hidup berpasangan jika tidak sekufu pemikiran.
7. Setiap dari kita membawa unresolved past yang mungkin kita sendiri tidak pernah sedar. Kita tidak boleh untuk teruskan kehidupan dengan baik bila ada bahagian dalam diri kita masih belum selesai.
Luka yang kita bawa ini jika dibiarkan, tidak dikenal pasti, akan memberi kesan dalam keseluruhan hidup kita termasuklah dalam perkahwinan. Semuanya akan menggangu kefungsian hidup kita, termasuklah untuk menjadi pasangan dan mendidik anak-anak.
Kita tidak akan sembuh jika tidak mengakui, dan memilih untuk memendam semua kesakitan.
They say, Time heals all wounds. But it doesn’t. Time cannot do that. If you never heal from what hurt you, you’ll bleed on people who didn’t cut you.
Kita Tak Sempurna
Buat semua wanita,
Tidak salah berusaha mencari pasangan yang terbaik, realitinya kita tidak akan mendapat pasangan yang sempurna.
Kerana yang sempurna hanya milik Allah semata.
Berusalah untuk menjadi wanita bijak yang sentiasa mencari ilmu dunia dan akhirat agar kita:
Bijak menguruskan emosi,
Bijak mendidik generasi,
Bijak menyelesaikan masalah,
Bijak membawa diri dan sentiasa memaafkan,
Bijak untuk memperbaiki diri dari kesilapan,
Bijak menilai baik buruk situasi dan diri sendiri,
Bijak agar tidak ditindas,
Bijak membuat keputusan,
Bijak memberi manfaat,
Bijak untuk bersusah payah didunia agar bahagia nanti di Akhirat.
Moga kita berpeluang mencari pasangan hidup terbaik yang sudi terima baik buruk kita dan keluarga. Itu pun penting.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kos perbelanjaan perkahwinan adalah salah satu benda yang akan menganggu perkahwinan. Yelah mana tidaknya dengan zaman sekarang semuanya memerlukan duit. Tempah itu ini. Upah perbelanjaan lagi dan sebagainya.
Pasti ini akan menjadi sedikit beban kepada bakal pengantin diluar sana. Jadi, macam mana nak jimat? macam mana nak kumpul dengan teratur? Jom kita lihat perkongsian daripada facebook Eira Qasandra ini.
Hi assalamualaikum semua . Post ni agak panjang tapi berbaloi untuk bakal2 pengantin kalau nak jimat kos kahwin. Sebelum tu nak ucap terima kasih yg sudi dtg majlis hari tu dan yang bagi byk hadiah. Even serdaha tapi tetap meriah. Semua ingat Kitaorg habis berbelas ribu . Sedangkan kos semua dalam RM8k ++ .
Untung betul suami aku kawin dgn aku sebab belanja tak banyak. Actually aku x expect pun untuk kahwin dgn suami aku ni.. sebab kitaorg dah lost contact 6 tahun end up jumpa balik dan 4 bulan lepas tu dalam bulan 10 kitaorg tunang.. Dan bulan 3 kitaorg nikah sanding.
Mula-mula memang dia tak cukup duit. Tapi kami sesama kumpul duit dan percayalah bila Kita nak buat benda baik nak halalkan hubungan Allah akan tolong.. Alhamdulillah allah mudahkan semuanya.. Rezeki sentiasa melimpah ruah sampai hari nak kahwin.
gambar sekadar hiasan
Ini listing berapa yg aku belanja untuk menyempurnakan majlis kecik aku ni.
1) Doorgift
RM300 ja aku habis untuk doorgift. Aku beli biskut chipcoklat dalam Tin n packing dalam zipbag 700pax..
2) Katering
RM6900 untuk 1000 tetamu makan . Menu nasi minyak, nasi putih,daging masak hitam,ayam masak merah,air asam,buah tembikai,air . Katering aku amik dekat dejavu catering, aku xrekemen sebab service diluar jangkaan.. Mintak lain dapat lain.
3) Mini Pelamin
RM150 amik dekat kawan aku . Takyah la pelamin mewah. Simple-simple manis-manis asal Ada untuk bergambar. Pelamin mini ni aku yang pasang sendiri..Gigih betul pengantin buat kje sebab nak bajet!
4) Baju Nikah
Saya beli time hantaran tunang RM50 beli kat asyura.
RM2250 Yang ni memula pakai duit sendiri. Tapi end up ada penaja. So, dah jimat untuk dewan ni.. Dewan ni all in dengan kerusi meja, capet and aircond.. Kos untuk canopi sebenarnya lebih kurang sama dengan dewan.. Tapi aku xnak buat kat rumah sebab akan mengganggu perjalanan kereta jiran jiran taman..
TOTAL = RM8120
Baki aku buat belanja lepas kahwin dan beli tiket flight untuk suami dan mak abah RM6000 untuk ke umrah dan tambah sikit untuk duit belanja ke sana nanti dengan duit salam yang mak abah dapat..
Aku memang nak majlis yang simple sebab niat aku nak belanja orang makan kerana allah taala..
Doakan semoga masjid yang dibina ini diredhai allah hingga ke syurga dan dimudahkan urusan kami ke umrah nanti.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bahaya bila masuk fasa tawar hati dalam hubungan, semua akan jadi rapuh. Jadi hilang mood dan akhirnya makan dalam. Banyak punca dan sebabnya.
Begitulah yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin, fasa tawar itu bila kau malas nak tegur, malas nak nasihat, malas nak cakap banyak. Jadi tak excited nak cerita, kau tak beriya-iya nak sembang.
Jangan Sampai Masuk Fasa Tawar Hati
Perbualan hati ke hati tu, dah lama tak jadi. Dah lama pendam, dah lama simpan. Banyak persoalan tak ada jawapan, banyak masalah tak ada penyelesaian.
Masa tu, hubungan dah tawar. Kau hal kau, aku hal aku. Tapi tanggung jawab tetap tunai, tetap buat.
Kurang Menghargai
Benda ni bukan berlaku selepas 10 tahun ke atas, tapi setahun dua pun dah rasa andai pasangan tu, tak memahami kita, tak menghargai kita, tak nampak apa yang kita buat untuk dia, tak cuba tanya isi hati kita, apa sebenarnya yang kita rasa.
Hubungan pada fasa tawar hati ini, hubungan yang dah reda dengan ketentuan. Panjang pendek, lambat singkat hubungan tu, atas takdir Allah s.w.t.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!